CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label cabaran. Show all posts
Showing posts with label cabaran. Show all posts

Cabaran PMR

"Esok mama antar Shilah ek..."

Malam tadi Shilah mintak saya yang hantarnya ke sekolah pagi ni sempena hari mula2 pereksa.  Ok lah kalu camtu.... saya terus capai handfon call pakcik van bagitau, 

"....esok akak hantar k Man, balik cam biasa ngan Man..."  

"..Ooo...nak bagi semangat ya kak...", balas Man dalam nada berseloroh.

"...ha'ah, bihkurang camtu la Man..."

Jadi di saat  dan ketika ini, anakku Iman Asilah tengah buat pereksa. "Mama doakan Shilah diilhamkan Allah kecerdikan, diilhamkan Allah jawapan dalam menjawab semua soalan peperiksaan.  Jangan panik sudaaa....k anakku... doa mama mengiringi langkah mu... "

Ya Allah permudahkanlah urusan anakku....aminnn

Fzi dan Cookies

Kebizian melanda di saat2 akhir nak raya ni. Fzi bertemankan cookies hampir 10 jam di dapur setiap hari. Penat, sedikit stress dan hampir rasa putus asa, timbul rasa tak sure... dapat ke tidak siapkan order untuk tahun 2010 ni.

Sot banyak membantu di dapur. TQVM pa. Anak2 yang berdua di uia Nilai dan PJ bizi untuk persediaan Final exam. Jadi tak dapat selalu balik tolong mama. Shilah pula akan berhadapan dengan PMR awal Oktober, sibuk dengan sekolah dan tusyen...itu pun banyak juga tolong mama dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Namun alhamdulillah, kebizian ini tidak patahkan semangat Fzi untuk tetap bersama2 Sot untuk ke masjid BS setiap malam, bagi mengisi slot Solat Sunat Terawih 8 rakaat beserta mendengar tazkirah selama +-30 minit. Ada ambik note dari isi tazkirah yang disampaikan oleh para ustaz yang dijemput, tapi tak sempat untuk ditaip masuk blog.

Ya Allah berkatilah bagiku 10 terakhir Ramadhan ini, permudahkanlah semua urusan Ya Allah....aminnn


BB - Rawang - PJ - Nilai

Alhamdulillah... hari Sabtu lalu selamat sampai di Nilai, melawat kakak. Kakak tak boleh balik sepanjang sebulan setengah sebab tengah pereksa Mid Semester. Abang pun sama tengah periksa, tapi alhamdulillah jadual pereksa abang banyak gap, itu yang dapat lari balik time weekend. Yang sukanya Shilah lah sebab tiap minggu dapat jumpa abang, at-least terubat le rasa walaupun kakak tak dapat balik.

Minggu lepas semasa kami ke Penang pun
, kakak sorang je tak ikut. Pegi jenjalan ke Penang sambil papa ada urusan kerja di Kepala Batas. Sedih rasa time makan laksa penang, nasik kandar dan jeruk2 yang sume memang jadi faveret kakak tuh... huuu

Itu yang ngajak papa... teringat sangat nak pegi ziarah kakak. Jadi hari Sabtu tu, pagi2 lagi le saya masuk dapur, masak nasik untuk bawak bekal ke tempat kakak. Lebihkurang jam 12.30 tengahari baru gerak menuju ke Rawang. Singgah beli itu ini, masa rasanya macam cepat je... tengok2 dah dekat pukul 2 petang. Singgah ke kampus PJ dulu ambik abang. Sampai kat Nilai dah pukul 3.30 petang... Ouhh lewat sume anak-anakku makan hari tu....


Kami solat kemudian makan2 sambil tukar2 citer dekat masjid depan Mahallah kakak. Sambil bercerita tangan kakak laju je ambik makan durian dan kek karet yang bawak dari rumah. Durian tu siap2 masuk
tupperware, so takde lah berbau sangat semasa dalam perjalanan yang makan masa hampir 3 jam tuh.
Sempat lagi kami ke Nilai3 petang tu. Tak penah sampai pun ke sana. Selama hari ni duk asyik dengar citer pasal Nilai3 melalui kawan2 je. Jadi bila pegi sendiri tuh...ouhhh anak2 dan mama anak2 tak sabar2 nak turun keta bila tengok tempat tu cam gempak je... nampak macam2 adaaaa.... banyak barang yang berkenan, rasa sume nak angkut bawak balik... :)
Dah Maghrib, selamat hantar kakak balik Mahallah, bye bye dan wish gud luck untuk kakak yang ada paper pagi esoknya, Ahad. Same paper dengan abang iaitu btq (Basic theme of quran)........ Moga Allah permudahkan kedua2 anakku yang sedang struggle untuk Mid Sem Exam tu.... aminnn


Kakak Selamat Mendaftar


"k dahhh....jom...bilik kakak tingkat 7!"

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan semasa pendaftaran kakak masuk UIA semalam. Pendaftaran bermula sejak Jumaat lagi. Tapi untuk course kakak kena hari Ahad jam 8.00 - 12.00 tengahari. Sekejap je siap semalam. Kami sempat bawak kakak kluar lagi for short outing ke One Utama selepas dah settle urusan asrama. Jam 3.00 petang dan siap2 hantar kakak balik untuk rehat sementara tunggu waktu bermulanya sesi orientasi buat pelajar2 baru.

Kakak akan melalui minggu orientasinya selama seminggu di kampus Sec.17 PJ sebelum dihantar ke kampus pengajian di Nilai. Untuk seminggu ni, kakak ditempatkan di Mahallah Khadijah sebilik dengan rerakan yang sama course *yang sama2 akan ke Nilai nanti.*

Maka bermulalah era baru dalam hidup kakak, InsyaAllah from now onwards kakak dah boleh bergelar pelajar U dah bukan lagi budak sekolah dah....hehe... Maknanya kena tukar sistem le sikit... Kalau dulu, makanan terhidang je dekat Dewan Makan kat hostel tu tiap kali sampai waktu makan, pasni tak lagi. Kakak kena cari sendiri...huuuu..... Harap2 pandai2 lah ya, budget leklok duit makan tu nanti... :)

Sistem belajar pun tak sama macam masa sekolah dulu dah... Pandai2 lah bawak diri di sana nanti k. Cabarannya lebih... Ingat pesan papa, ingat
tips yang abang kasi, hati2 dengan suasana sekeliling, selalulah baca ayat kursi sebagai pelindung diri... mama kat umah akan sentiasa doakan kakak... GOOD LUCK ya kak...

... mama dah mula rindu...
huuu :))

Abang Ke Gunung Ledang

Hari ini anak saya yang sulung bersama2 tujuh orang rakannya *Kenet, Mizi, kawan Mizi, Dago, Afiq, Pa'an dan Haziq*akan bergerak menuju ke Gunung Ledang. Semua bersemangat nak sahut cabaran Gunung Ledang setelah alhamdulillah sebahagian mereka telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi pada cuti Sem yang lalu.

Kenet dari Sabak Bernam baru saja sampai tadi jemput abang, manakala dua lagi rakan sedang menunggu di stesen ktm Rawang. Mereka berempat akan ke Pasaraya NSK terlebih dahulu untuk membeli barang keperluan makanan sebelum bertolak ke Johor. Empat lagi rakan menanti di Johor di mana dua darinya bertolak dari N9. InsyaAllah abang dan kengkawan akan ditemani seorang renjer dari Jabatan Perhutanan Gunung Ledang semasa sesi mendaki nanti.

Mama harap abang kuat semangat mental & fizikal jika ingin berjaya untuk misi kali ini. Ingat pesan papa, mulakan langkah mendaki dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Iringi langkah abang dengan Zikrullah agar hati kita tidak lupa pada-Nya. Mama doakan abang dan kawan2 selamat mendaki, selamat sampai ke puncak Gunung Ledang, selamat turun dan selamat pulang ke rumah nanti... Mohon Allah lindungi dari segala bahaya....aminnn

Hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

papa hantar mms dari sana

"Tok gi Kualo Kubu, Ming?", tanya saya sambil tangan sibuk duk pilih ikan kat gerai Ming.

"Ohh mesti gi kak, semetar lagi...", balas Ming.

"Kak tok gi ko?, tanya Ming balik

"Post papa dio denge anok buje jah Ming...hehe"

Pagi2 lagi saya dah ke pasar tadi sebab hasben dan anak bujang akan ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral sempena Hari Penamaan Calon PRK Hulu Selangor. Ramai yang dah berkumpul di sana sejak awal pagi. Kawan anak saya yang ikut rombongan bapanya dari Sabak Bernam sampai seawal jam 4 pagi lagi. Semua bersemangat sekali... Alhamdulillah

Harapan... moga semuanya berjalan dengan baik tanpa ada yang tak kena di mana2. Moga Allah permudahkan...aminn

Serasikah Kita Dengan Suami?


"Cabaran utama kita ialah suami kita..."

...teringat kata2 seorang teman baik saya satu ketika dulu. Betul tu, sebab suami adalah orang yang paling dekat dengan kita dalam meniti hidup berumahtangga. Setiap tindak-tanduknya sering mendapat perhatian kita, tindakbalas dan reaksi kita.... Nak tergelak pun cepat, nak marah lagiiiii la cepat...hehe... Bese la tu.... :)


Tertarik hati nak kongsi e-mail yang dapat kejap tadi pasal persefahaman kita dengan suami....serasikan kita dengan suami? ...apa2 pun timakasih buat yang menulis artikel ini...timakasih juga buat yang forward kan nya pula pada saya....moga sama2 mendapat manafaat... :)


SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan
lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.” Teringat pesan ayah di suatu petang... “Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia
merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci
dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.” Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya.
Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata. “Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang
keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Illahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku.. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Illahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

The only real mistake is the one from which we learn nothing...”


Rindu

"Mama, tu sume sampah la...kakak nak buang tu..."

Terkejut saya bila tiba2 kakak menegur waktu saya diam2 duk kais2 kertas dalam plastik putih yang duduk tepi kabinet tuh.

"mmmm....tau... mama saja nak ambik topi ni. Ngapa buang topi abang ni?"

"Opps sori.... tapi topi tu kan abang dah tak pakai dah.... buat semak je Ma...."

"...ya la....tapi jangan le dibuang... ni kan kenangan abang pegi PLKN dulu...susah2 abang pegi sana 3 bulan... "

Saya terus mengibas2 topi yang dah bercampur sekali dengan habuk, gumpalan kertas dan barang2 yang nak dibuang tu.

Tiba2 je hati terkenang kat abang. Dah 3 minggu abang tak balik. Sibuk katanya....

Cepat rasa sedih tiapkali terlintas ingatkan abang. Sebabnya anak yang sulung tu lain sikit prihatinnya. Abang akan datang jengah kalu tengok lama sikit saya kat dapur. Kalau lama saya tak masuk dapur pula, mesti abang akan ke ruang tamu, cari. Kalau lama saya duk siram2 pokok kat laman, mesti abang akan tiba2 terpacul tengok dari pintu dapur sambil kata..."
dah la tu Ma...."

Raya dan Exam


Abang mendapat pengalaman
yang berharga dalam
menjayakan ibadah kurban...


Hari ini, hari ke 3 Aidil Adha.... Anak2 mula beransur balik ke hostel masing2. Abang akan mula gerak balik kejap lagi ke kolejnya di PJ. Kakak pula akan saya hantar petang esok balik ke sekolahnya di Kuala Kubu Bharu. Tinggallah Shilah yang masih tetap setia menemani kami, jadi adalah teman saya kat rumah sepanjang 6 minggu Shilah bercuti sekolah ni.... :)

Rumah akan kembali jadi sepi selepas agak meriah kami sekeluarga beraya tiga empat hari. Kakak akan balik sambung menghadapi SPMnya yang sedang berlansung. Paper yang paling akhir ialah pada 16hb December ini iaitu bagi kertas Pendidikan Syariah Islam. Abang pula InsyaAllah akan hadapi mid-sem examnya bermula minggu depan...

....moga Allah kurniakan kecerdasan fikiran buat kedua-dua anakku yang berhadapan dengan peperiksaan ini.....aminnnn


Jangan lupa untuk baca doa pendek ini sebelum nak mula peksa tu anak2ku..... ini doa penerang hati...moga Allah terangkan hati kedua anaknda agar boleh jawab peksa dengan baik....aminnn...


yang bermaksud:
"Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)


Esok SPM !!


Selamat periksa Kak........

Dari rumah kita yang jaraknya 30km dari sekolah kakak, mama hanya dapat tolong doakan.... Moga kakak serta semua rakan2 yang akan menduduki SPM 2009 tenang nak jawab periksa bermula esok....Moga dimudahkan urusan oleh Allah swt..... aminnn

Esok kakak akan berhadapan dengan BM kertas 1 & 2 serta Sejarah kertas 1.... InsyaAllah


Yakin boleh ya kak.... Usaha + doa + tawakkal pada Allah InsyaAllah akan membuahkan hasil dengan izin-Nya.....aminnn


Redah je....



"Camane kak min?, tanya saya sambil mengangkat kening pada kak min yang nampaknya dah bersiap-sedia.
Berpaling pulak pada kak maya..... pun nampak dah ready.....

"OK, redah?, tanya saya lagi sambil senyum menunggu jawapan.

"Jom, redahhh je.......", usai jawapan kak min tu, kami tiga orang serentak bergerak laju menuju ke kereta.... meredah hujan yang masih belum reda sepenuhnya .... rasa2nya kalau tak berlari, harus lencun la jugak... :)

Macam tu lah gayanya kami petang ni lepas kelas tadi *kelas yang sepatutnya semalam, diganti hari ini*.... Hujan turun dengan lebat takkala ustaz masih sedang mengajar. Nasib baik masa hujan lebat tu dah hampir ke penghujung masa... dah nak masuk waktu Asar dah.... Jadi hanya sekejap sajalah bunyi suara ustaz 'antara dengar dengan tidak' bagi saya....tak tau lah pulak pada pendengaran orang lain.... hehe

Bila kebetulan ada bahagian cerita yang agak lucu diterangkan oleh ustaz, bagi yang mendengar dengan jelas tu.... tergelak la.... Saya yang berusaha pasang telinga betul2, ikut lah tergelak sama walaupun tak berapa jelas isi ceritanya....
:)

Ohh...hujan lebat....namun Alhamdulillah.... kami redah je....

Moga-moga dengan kehadiran saya dan kengkawan di majlis ilmu tadi, tetap dikira dan mendapat nilaian pahala dari Allah swt... moga Allah memberi ruang Nur dan rahmatnya, moga dikuatkan daya ingatan, ditetapkan iman, diteguhkan hati, di ubati segala sifat yang tidak baik dalam diri, dijauhkan dari bahaya, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki....yang jika ada rezeki itu di langit diturunkan, jika ada di bumi dikeluarkan, jika sukar dimudahkan dan jika haram di sucikan dan jika masih jauh didekatkan oleh Allah swt..... aminnnn


Memetik kata2 ustaz tadi, "Keteguhan iman perlu dipastikan agar kita terlepas dari segala penyakit batin. Sesungguhnya penyakit zahir senang di kenali.... boleh diikhtiarkan rawatannya oleh doktor dan pakar kesihatan namun sebaliknya, penyakit batin... hanya boleh dikenali melalui iman kita......"

Wallahu'alam.


Kakak Demam



Risaunya saya.... kakak masih demam lagi. Dah masuk 2 hari... kebah sekejap kemudian panas balik silih berganti. Dah makan ubat ikut time... tapi still macam tu jugak. Batuk, selsema semua ada sekali...

Hari ini atas permintaannya saya masakkan sup lagi. Semalam pun masak sup sebab fikir2 itu sajalah nampaknya yang boleh buat kakak dapat banyak air. Dalam pada tu, cepat2 saya rebuskan barli satu periuk. Kakak kurang minum air, tu la pasal. Jadi bila rebus barli tu, alhamdulillah banyak juga la nampak minum...kakak memang suka air barli. Sepanjang duk hostel pun kakak jarang minum air masak pun, minum time lepas makan kat DM *dewan makan* je, tapi bila dah naik hostel minum 100 plus je time dahaga. Tu sebab kami bekalkan kakak air 100 plus tiapkali kakak nak balik asrama. Kalau harapkan kakak nak minum air masak, payah la sikit.

Nampak tadi makan pun tak berapa lalu. Sikit je jamah. Padahal semalam masa lunch dan dinner saya dah rasa lega dah bila tengok kakak agak berselera... habis sepinggan nasik tu dan semangkuk penuh sup ayam.

Tapi hari ni sikit benar pulak makannya. Risaunya.... mama tau kakak tak kenyang makan tadi...dah la pagi tadi makan cekodok pisang dalam 5 biji je.... ohhh kesian anakku.. mama harap kakak kuatkan hati ya, lawan perasaan tak nak makan dan minum tu. At-least kalau kakak paksakan diri makan, ada lah tenaga tu sikit... ni lemah sangat mama nampak kakak.... even mama jelung2 kepala kakak pun masih tak mau turun panasnya... kalau turun pun sikit je kot.... risaunya hatiku Ya Allah....susah hati rasa... cepat2 la papa balik...rasa lambat sangat masa berjalan nak tunggu petang nanti papa sampai umah...


Gula Oh Gula



Ohhh...Sebut pasal gula ni, hati saya betul2 tengah risau sekarang ni. Mau tidaknya, nak dapat sekilo pun susah. Asal keluar je, mesti singgah kat pasaraya atau kedai2 runcit berhampiran cari gula... tapi malangnya tetap masih takde...

Minggu lepas dapat jugak la dalam 2kg seorang *saya dan suami beratur dikaunter bayaran yang berasingan di Pasaraya G.U sebab seorang hanya terhad dapat 2kg saja*. Minggu ni langsung tak dapat, jawapan yang diberi bila tanya, "tak de" atau semua just tunjuk isyarat pusing2 tangan.

Alahai....camana sudahnya projek kueh raya saya ni... order alhamdulillah tengah masuk sedangkan bekalan gula yang ada kat rumah dari hari ke hari makin berkurangan.

"Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini....aminnn..."

Hari Tandatangan Buku Rekod 2




H
ari itu tiba lagi..... Kali ini untuk sekolah kakak pulak. Jadi seawal jam 9 pagi saya dah memecut ke Kuala Kubu Bharu.

Sesampai di Dewan Abu Hurairah, nampaknya sudah ramai orang memenuhi ruang. Rupa2nya diaorang lagi 'pagi' dari saya. Ingatkan saya di antara orang yang terawal, rupa-rupanya antara yang terlewat...hehehe

Jumpa guru ganti bagi kelas kakak 5A. Ustaz Khairul Nizam ada urusan jadi terpaksa digantikan dengan salah-seorang ustazah untuk sempurnakan urusan dengan ibu-bapa para pelajar.


Alhamdulillah, kakak dapat tempat ke 10 dengan keputusan agak memberangsangkan iaitu 6A dari 11 m/pelajaran SPM. Tahniah k kak... Camane pun peratus masih perlu ditingkatkan lagi sekurang-kurangnya 10% lagi baru kakak berada dalam kedudukan yang selesa sikit. So, lebihkan lagi usaha k kak.....

Ok settle kat sekolah kakak singgah library hantar buku-buku yang dah dipinjam dalam tempoh yang agak lama. Dah berapa kali call Mona(kawan merangkap petugas library) untuk renew date....hihi

Last sekali sebelum tinggalkan pekan KKB, singgah ke pasar beli lauk. Ouhh...best nya hari ni dapat beli daging dan tulang lembu tempatan. Pakcik jual daging tu kata daging tempatan hanya ada kat pasar hari Jumaat dan Ahad je.... Ohhh berbunga-bunga rasa hati, dah lama tak dapat. Tak lalu dah nak makan daging impot.

Masa nak keluar dari parkir....tiba-tiba nampak sesuatu yang memaksa saya untuk turun balik dari kereta. Nampak apa tu???
_______________
______
____________
_________

....apa lagi.....D.U.R.I.A.N lahhhh...... hehehe...

Alhamdulillah dapat 3 biji yang besar dengan harga RM10.....


Sampai juga ke Majlis Ilmu


Selepas dapat sms yang berupa reminder dari kak An pasal kelas pukul 3 tadi, saya terus telefon suami untuk bagitau sekaligus minta izin untuk ke kelas ustaz. Papa bagi green light dengan kata 'ok', so terus le saya bersiap apa yang perlu sebelum melangkah keluar.

Bila start kereta, tengok jarum minyak hampir empty le pulak. "Ohh tak sempat ni nak berhenti singgah isi minyak". Jadi terus je saya memecut menuju ke surau. Risau dek minyak yang hampir kering, saya pun turunkan cermin kereta sebab tak pasang air-cond.

Sampai-sampai surau, waktu masih awal lagi, masih ada 5 minit lagi nak mula kelas. Tangan mula tekan2 nak naikkan balik cermin tingkap....ohhh dah tak boleh, sangkut.... "Ohh jangan la cermin ni buat hal pulak".

Saya terus cuba naikkan cermin tu, tetap juga tak boleh. Last2 bila duk tekan benda tu berkali2 dan dengan bersungguh2 pulak tu maka dengan tiba2 "pupp!".... oh patah la pulak tempat tekan tu. Ishk, camane ni.... Dah le masa saya tekan2 tadi, cermin nya makin menurun, naiknya tak mau langsung. Bila dah tingkap ternganga macam tu risau pulak, takkan nak tinggal macam tu je kat tengah2 padang tu. Buatnya hujan tiba2, tak ke naya...

Saya terus berdoa dalam hati agar Allah permudahkan. Mau tak gelabah, dah sampai depan surau dah jadi macam ni pulak. Dalam pada itu nampak lah dua-tiga orang kenalan saya yang sampai awal duk pandang-pandang dengan wajah penuh tanda-tanya. Tak mau bagi nampak ketara sangat, saya hanya mengangkat tangan*waving* sambil tersenyum seakan2 tiada apa yang berlaku.

Perlahan-lahan saya reverse balik kereta, dan tinggal kan perkarangan surau menuju ke bengkel kereta di Jalan Orkid. Dalam hati dah berkata-kata, "takde harapan le ke kelas petang ni".....

Sampai je kat bengkel yang selalu singgah tu, nak jadi cerita budak2 kerja tu pulak takde, pegi makan. Allah, semua macam tak kena je ni, apasal! Dah jadi macam cerita Lebai Malang pulak! Saya beristighfar dan memujuk hati agar tenang-tenang saja. "Akak nak cepat ek, kat belakang sana ada bengkel lagi", sapa kerani perempuan yang mungkin memerhatikan saya yang sesekali melihat jam tangan. "Ohh iya ke, k akak ke sana je lah...timakasih....", saya terus ke bengkel yang dimaksudkan.

"Kaka, fius rosak la...kalau mau ganti kena selatus lebih...", kata budak Ah Chong itu. "Hah??" Di pendekkan cerita yang dah panjang, Alhamdulillah, dapat settle semua dan kena charge RM10. Charge untuk naikkan cermin balik semula je.... *kalau nak tukar fius yang rosak tu, kena ada RM100 ++ yang macam Ah Chong kata....ohh lain kali je la jawabnya....hehe*

Tengok jam kat tangan dah hampir pukul 3.20 ptg...."Tak lewat sangat kot kalau pegi kelas...." Woahh...masih tak putus asa!

....Sampai2 ustaz tengah baca ayat ke 6 surah al-Kahfi. Saya mengambil port di beranda join kawan2 lain yang dah siap bersila kat luar tu...adalah dalam 12 orang kesemuanya. Seronok duk kat luar ni banyak angin.... hehe.. Yalah , takkan saya nak terjah masuk dalam surau kot, dah le sampai lewat....;p

Ambik masa 2, 3 minit jugak le nak cool down.... dalam hati bersyukur ke hadrat Allah yang telah permudahkan urusan tadi hingga.... sampai juga saya ke majlis ilmu petang ini.... Alhamdulillah....


Lusa anakku pergi


Jauh di sudut hati dah mula rasa sedih bila ingatkan abg akan meninggalkan rumah, lusa. Petang Sabtu ini, abg akan lapur diri di Pusat Asasi UIA di PJ untuk mengikuti kursus asasi kejuruteraan selama minimanya setahun. Kalau tak tersekat dek Bahasa Inggeris, InsyaAllah akan terus ke induk UIA di Gombak bagi tahun berikutnya. Kalau tak lepas, kena sambung asasi untuk setengah tahun/setahun lagi. Cuba buat setahun je bang....

Belajar di peringkat universiti bukan perkara main-main. Kena set di fikiran untuk cuba fokus dan belajar dengan sistematik. Kalau main2, bukan saja tak mencapai target malah akan menyulitkan abg, papa dan mama nanti, terpaksa fikirkan alternatif buat abg kalau tak lepas mana2.

Memang rasa bersyukur sangat2 dengan tempat yang abg nak pergi ni. Moga itu yang terbaik buatnya dalam mengejar cita2. Moga bila keluar nanti anakku akan jadi insan yang bukan saja berilmu malah mempunyai peribadi yang mantap dan beramal soleh. Moga InsyaAllah abg mampu menjadi insan kelas pertama yang sentiasa diredhai Allah....aminn...

Dalam 2 hari yang berbaki ini, banyak lah benda yang nak kena selesaikan. Banyak yang last minute sebenarnya. Hari ini baru nak pegi sah kan sijil, baru nak pegi multi-stem borang2 tu, gambar ukuran pasport belum ambil lagi dan beberapa barang keperluan abg belum beli lagi. Harap2 semua dapat settle dengan mudah dan tak ada masalah.

Semalam selepas ke pasar malam, sempat le singgah pergi cari baju Raihan(baju macam baju melayu tapi digelar fesyen Raihan) yang jadi salah-satu keperluan yang dimestikan oleh UIA. Masa keluar weekend lalu dah cari tapi tak jumpa saiz abg. Yang ada pun, design dan jahitannya pula tak berapa cantik. So semalam lepas round 2 kedai, dapatlah baju Raihan yang pada saya nampak cantik sangat, berwarna plum plum gitu...

Yang jadi buat lebih terasa di saat2 abg nak pergi ini, sebab selama lebih kurang 2 bulan abg kat rumah, banyak masanya hanya dengan saya saja kat rumah sehari-hari. Hari-hari masa abg banyak tolong-tolong kerja kat rumah. Tolong basuh kain, sidai kain kemudian petangnya angkat kemudian seterusnya lipat kesemuanya sampai clear semua. Lepas lipat terus hantar ke bilik masing-masing, takde nak tinggal bersusun kat family hall.

Abg juga banyak tolong dalam kerja2 saya buat frozen food di dapur. Nampaknya lepas ni tak dapat lah lagi nak tolong mama uli tepung....

Ini cabaran buat saya dan suami yang akan mula berpisah dengan anak-anak. Selepas ini abg akan terus mengorak langkah dalam usaha membentuk kehidupannya sendiri. Masanya bersama kami selepas ini mungkin semakin terbatas....ohhh...

Mama harap..."Abang belajarlah rajin2, jadi insan yang baik, sentiasa takutkan ALLAH, sentiasa terbuka hati abg untuk buat baik, solat di awal waktu, cari masa ngaji quran walaupun abg tentunya akan sibuk dengan tugas2 menuntut ilmu di sana nanti...."


Kakak dengan debatnya


"Mama, kakak miscal", shilah memanggil saya yang pada waktu itu sedang sibuk menyiapkan makan malam. Cepat-cepat saya membasuh tangan dan pergi mendapatkan fon yang terletak di ruang makan. Terus saya memanggil balik nombor yang terpapar di screen telefon. Kakak tak bawa fon ke sekolah, jadi selalu lah tumpang buat miss-called dari fon kawan.

"Mama doakan kakak k, esok kakak akan ke Shah Alam lawan debat tu", pinta kakak.

Anak saya itu sekarang ni sibuk dengan pertandingan debat Bahasa Inggeris di antara sekolah-sekolah agama Selangor. Hari tu dah lawan dengan Sekolah Agama Rawang bertempat di Sekolah Agama Bestari PJ, alhamdulillah menang. Ekoran dari kemenangan itu kena berdepan dengan Samtaj(Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah) di Shah Alam pula hari ini. Esok InsyaAllah kumpulan debat kakak akan bergerak ke Sg Buaya pula. Kesian pula saya padanya, dalam sibuk2 struggle nak hadapi cabaran SPM tahun ini, terpaksa pula sibuk dengan aktiviti debat pula. Harap2 beliau pandai membahagikan masa. Semoga kejayaan akan sentiasa menemanimu anakku.....

"Ya Allah... kurniakanlah kemenangan bagi anakku Nur Farihin dalam pertandingan debatnya hari ini. Permudahkan dia dan kumpulannya dalam menghadapi kumpulan lawan, ilhamkanlah dia dan kumpulannya kecerdikan dan kecerdasan fikiran dalam mengutarakan idea2 yang bernas dan meyakinkan pihak juri. Kurniakanlah kemenangan bagi kakak dan kumpulannya dalam mewakili kemenangan bagi pihak Samt kkb. Kabulkanlah doaku ini Ya Allah... amiiin..."


Result SMA

Mama, kakak dapat Jayyid for SMA!”, kakak memberi khabar gembira melalui call semalam.

Ohh…ia ke kak? alhamdulillah… tahniah k!”, saya spontan menjawab, berbunga2 rasa hati bila mendapat khabar itu.

"Tapi tu la... tak dapat Jayyid-Jiddan la ma..", kedengaran suara kakak macam kesal.

"Hmm..tak pe la kak, dah rezeki kita takat tu..it's ok..bagi mama kakak dah terer dapat Jayyid",jawab saya cuba tenangkan hatinya.
Dulu kemarin kakak dah telefon minta doakan agar dia dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SMA(Sijil Menengah Agama yang khusus buat pelajar2 Tingkatan 4 sekolah agama) yang akan dikeluarkan semalam. Saya pun apalagi sehingga semalam(Jumaat) time teringat, masih tetap mengangkat tangan berdoa untuk kejayaannya. Alhamdulillah kakak berjaya dapat keputusan Jayyid yang merupakan keputusan tahap ke 3 selepas Mumtaz (paling baik) dan Jayyid-Jiddan(Ke 2 baik). Keputusan bagi ketiga2 tahap ini dapat melayakkan diri pelajar2 berkenaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat STAM di Tingkatan 6. Berjaya di peringkat STAM bermakna pelajar2 layak pula untuk terus menyambung pelajaran sampai ke Universiti Al-Azhar di Mesir kalau tidakpun sekurang2nya hingga ke Darul Quran yang memang menempatkan ramai bakal2 graduan Mesir.

Jauh di sudut hati saya mengharapkan agar terbuka hati kakak untuk ambik STAM. Tapi kakak nampaknya beria2 mahu fokus sampai takat SPM saja dan seterusnya mahu bergerak ke mana2 IPT (dengan izin Allah) hanya melalui keputusan SPM. Alasan yang diberi, kakak tak kuat menghafal dan rasa tak larat nak hafal kesemua 10 subjek dalam Bahasa Arab jika di peringkat STAM nanti.

Semua terpulang padamu anakku…. Mama hanya doakan yang terbaik buat kakak. Cuma pendapat mama jika kakak teruskan perjuangan menduduki STAM, akan bertambah-tambahlah lagi ilmu agama yang kakak akan ada. Peluang ini hanya datang sekali. Siapa tahu mungkin satu hari nanti kakak menyesal kerana melepaskan peluang yang pernah diberi. Masih banyak masa lagi. Fikirlah dulu. Bila sampai masanya, kakak buat lah keputusan dengan bijak. STAM adalah peringkat tertinggi buat pelajar sekolah menengah agama. Tujuannya bukan hanya untuk kita dapatkan sekeping sijil sahaja tapi yang lebih bermakna bagi mama ianya untuk kakak applykan dalam diri dalam membina jati diri yang lebih kuat. Kakak sekarang dah 17 tahun dan InsyaAllah tak lama lagi akan membina keluarga sendiri. Dengan ilmu agama yang kakak ada, InsyaAllah bersama2 dengan pasangan kelak akan mampu menerbitkan satu keluarga sakinah yang berkah lagi mulia di sisi Allah swt… Itu yang mama doakan buat semua anak2ku…. Semoga Allah makbulkan…

SPM Bermula!

Hari ini Selasa 11/11/2008, maka bermulalah exam bagi anakku Amir Asyraf dan semua pelajar form 5 seluruh negara. SPM bermula!! Pejam celik pejam celik sekejap saja masa berlalu, tup tup semua masuk dewan pereksa jam 8.00 pagi tadi. Semoga anakku yang jauh di mata(nun di Kedah sana) melangkah ke dalam dewan dengan penuh tekad di dada, bersemangat waja dan tidak mengenal rasa putus asa. Mama dari jauh hanya mampu mendoakan, selebihnya tinggal lah usaha, doa dan tawakkal abang sendiri di sana.

Sejak 12 hari yang lalu, suami saya tekun menghantar pesanan setiap hari melalui sms buat anak sulung kami itu. Setiap kali sms dikirim, suami turut mengforwardkannya kepada saya sekali. Terdetik di hati untuk merakamkan pesanan penuh bermakna dari hati seorang bapa kepada anaknya dalam hari2 terakhir sebelum exam bermula.

12 hari lagi SPM - jgn pressure atau panik. Kurangkan riadah. Cukup tido & rehat. Jaga kesihatan.Hari ini fokus latihan BM & BI. Solat hajat selepas setiap solat fardu. Wassalam.

11 hari lagi SPM - kena sistematik. Study smart. Make sure masuk. Buat latihan, semak jawapan sampai faham. Tanya kwn. Doa setiap lepas solat sunat @ fardhu. Never give-up. Wassalam.

10 hari lagi SPM - kena sistematik. Study smart. Kalau dah penat baca buku, buat math & add math pula. Ikut jadual. Make sure cover 10 subjek. Abg nak 10A bukan 5A. Never give-up. Wassalam.

9 hari lagi SPM - istiqamah anakku. Study smart. Berikan yang terbaik & berdoa mohon dengan ikhlas pada Allah agar diberi kepada abang yang terbaik. Mama pesan, stay calm. Abg nak 10A bukan 5A. Never give-up. Mlm ni kalau free, miss call ye. Wassalam.

8 hari lagi SPM - sabar anakku. Menuntut ilmu ini adalah satu perjuangan. Ia akan berterusan. SPM, matrik, universiti, kerja. Jgn panik. Usaha semampu nya. Wassalam.

7 hari lagi SPM - tabah anakku. It is all in the mind. Yakin boleh. Ingat Kung Fu Panda, tiada rahsia cuma dia yakin mee nya sedap. All the best. Yakin pada diri sendiri & tawakal pada Allah. Jgn negatif. Always positive. Selalu cakap InsyaAllah. Wassalam.

6 hari lagi SPM - stay focus. Papa & mama sentiasa doakan agar abg diberi kekuatan, kesihatan & ketajaman minda dlm persediaan menghadapi spm ini. Dan agar dipermudahkan dlm spm nanti. InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti. Wassalam.

5 hari lagi SPM - yakin boleh anakku. Rajin usaha membawa jaya. InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti. Wassalam.

4 hari lagi SPM - fikiran tenang hati senang. Kakak kata 'agi idup agi gelaban'. Mama pesan pandang depan jgn pandang blkg. Shilah kata 'anak burung atas pokok kelapa, peduli apa '(maksudnya stay fokus). InsyaAllah kejayaan cemerlang milik abg. Wassalam.

3 hari lagi SPM - Ada 442,936 calon spm tahun ni termasuk abg. Pastikan jadual periksa & bawa IC setiap masa. Di samping study sejarah, jgn lupa BM & BI. Fokus & tawakal. Wassalam.

2 hari lagi SPM - Asri makan pengat, sendiri mau ingat. Pengalaman ambik PMR dulu jadikan azimat, 7B jadi 7A. Jgn give-up. yakin boleh. Fokus & tawakal. You must believe. Wassalam.

1 hari lagi SPM - esok bermula lah perjuangan sebenar, Hadapi dgn tenang. Fikir dulu sebelum jawab. Mlm ini papa, mama & shilah solat hajat memohon dipermudahkan abg dlm exam ni. Baca doa & ayat kursi. Insyaallah abg rasa mudah. Selamat berjaya anakku, Salin karangan BM sama mlm ni. You must believe. Wassalam.

Hari ini SPM bermula - all the best anakku. Hadapi dgn tenang. Ada 10 subjek. Jgn panik. Lupakan keputusan lalu, ini permulaan baru. Perjuangan sebenar. Berikan yg terbaik. You can do it. Fikir dulu sebelum jawab. Semak sampai puas hati. Selamat berjaya anakku. Never give-up. Wassalam.

Bang... walau di mana abang selepas ini, walau siapa abang in future, mama harap abang ingatlah kiriman sms papa yang 12 hari ini.... Ianya tulus dari papa buat abang yang tengah struggle sendirian nak hadapi exam di sana. Abang jauh dari papa untuk papa supervise, tak macam masa abang nak ambik PMR hari tu. Masa tu papa bagi special attention kat abang. Papa turut sama tidur lewat dengan abang dan kemudian kunci jam pukul 4 pagi bangun untuk supervise abang study.

.......Selamat pereksa anakku. Jawablah dengan tenang. Semua di rumah mendoakan abang.
Wassalam.