CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Followers

20.11.09

Senam Robik

Dah banyak tahun saya duk berulang-alik ke Kuala Kubu Bharu. Anak bersekolah di sana sejak tingkatan 1 lagi, itu yang kira dah familiar kita orang dengan persekitaran Kuala Kubu Bharu.

Ada ketikanya saya pegi belah pagi ke sana, bilamana tak sempat nak hantar kakak balik asrama petang Ahad. Akceli saya memang looking forward nak pegi belah pagi....boleh singgah beli mee kari Kak Kiah, boleh pegi pasar dan yang paling seronoknya dapat singgah Stadium kuala kubu.....nak tengok amalan gaya hidup sihat orang-orang yang tinggal di kuala kubu.... :)

Nak tau? Boleh kata ramai yang duk exercise pagi2 tuh....Seawal 7 pagi, ramai yang dah siap berada di trek stadium untuk mulakan brisk walking atau jogging. Ada group yang regular sejak bertahun-tahun buat exercise in group ala2 tai-chi gitu....siap ada muzik lagi.... sampai sekarang masih bertahan lagi group tu..... perghh :)

Ramai di antara mereka yang saya kenal sebab dulu masa anak saya nak ambik PMR, balik duduk rumah hampir setahun. Jadi berulang-alik lah saya setiap hari ke sana menghantar mengambil anak. Setiap pagi sebelum berpatah balik ke rumah, saya tak lepaskan peluang untuk join brisk walking dengan kengkawan kuala kubu....dah siap2 pakai proper attire untuk tujuan itu.... :)

Lepas brisk walking saya selalunya ikut Lily *kawan berbangsa Cina* buat intensif workout. Ingat lagi time tu, jarum timbangan berat.... maintain je walupun sesekali ada masanya saya terlebih selera makan....heheh

Bermula sejak2 hari tu lah, saya jadi bersemangat untuk tetap buat exercise walaupun jarang ke sana lagi pagi2 *dah anak masuk asrama balik*. Saya regularly buat exercise sendiri je lah kat rumah. Weekend keluar brisk walking dengan suami dan anak2. Sebulan dua ni dah start balik buat Senam-robik. Kekadang suami dan anak2 join sama ikut mama bersenam-robik.... pasang cD Yuriko Takashi..... terus ikut bersenam-robik sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..... tapi kerap juga la miss....biasa la tu..... :)


Alhamdulillah....elok jika dibuat secara konsisten senam-robik ni.... tapi niat kena jelas....semata2 untuk maintain kesihatan badan supaya sihat, cergas dan dapat meneruskan tugasan harian serta ibadat dengan lebih efisyen lagi... jom pakat2 kita amalkan Gaya Hidup Sihat.....heheh....


17.11.09

Esok SPM !!


Selamat periksa Kak........

Dari rumah kita yang jaraknya 30km dari sekolah kakak, mama hanya dapat tolong doakan.... Moga kakak serta semua rakan2 yang akan menduduki SPM 2009 tenang nak jawab periksa bermula esok....Moga dimudahkan urusan oleh Allah swt..... aminnn

Esok kakak akan berhadapan dengan BM kertas 1 & 2 serta Sejarah kertas 1.... InsyaAllah


Yakin boleh ya kak.... Usaha + doa + tawakkal pada Allah InsyaAllah akan membuahkan hasil dengan izin-Nya.....aminnn


10.11.09

Kalau Ada Yang Memuji.....

Tiba2 terdetik di hati nak kongsi ilmu yang saya dapat dari kelas di bawah pimpinan Ustaz Fauzi satu ketika dulu. Ilmu tersebut disampaikan ustaz secara spontan semasa slot tazkirah. Tapi alhamdulillah.... ianya terus melekat di fikiran saya sehingga kini.

Yang tiba-tiba jadi teringat nak sebut pasal ni, bila baru sekejap tadi saya balas komen seorang sahabat iaitu Are10 di blog orkid saya, Seri Orkid.

Saya jawab pujian 10 dengan ayat "Hadza min fadli Rabbi" yang bermaksud.... "Ini adalah kurnia dari Tuhanku"....... :)

Kata Ustaz, bilamana kita menerima pujian dari kengkawan atau pun sesiapa saja, kita jangan lah pula menjawab dengan berkata yang tidak baik atau memberi jawapan yang agak negatif contohnya macam:

  • ...eh...mana adaaa..... :)
  • ishk taklah.......
  • oh biasa-biasa je, mana ada cantikkk.....
  • eh awak ni, perli pulak.....
hahaha..... semua tu jawapan yang negatif dan tak bagi apa2 kebaikan atau kredit pun samada untuk diri kita atau untuk sahabat kita tadi.

Jadi kata ustaz, ada baiknya kita menjawab pujian sahabat kita dengan ayat yang tersebut di atas iaitu dari Surah 27 An-Namlu Juz 19 ayat 40 *sila baca terjemahan ayat tersebut yang begitu indah maksudnya untuk dimengertikan (kisah Nabi Sulaiman a.s)*

Sekian....wassalam... :))


8.11.09

Gambar Kelas

Pagi Ahad ni semua duk bersantai lagi..... Shilah sambung tidur lepas bangun solat tadi, papa pun.... Papa tu saya understood la malam tadi tidur lewat lepas tengok bola Kelantan lwn Negeri Sembilan yang berakhir dengan Kelantan tewas dengan mata 1 - 3. Saya yang tumpang sekaki tengok bola sebelah papa pun turut ghalik *kusyuk* tengok cara permainan geng n9 yang pada saya sangat fokus dalam permainan. Smooth je passing passing bola, macam machine.......

Apa2 pun tahniah buat yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2009 dan bagi Red Warriors jangan putus semangat...InsyaAllah boleh baiki dan tingkatkan lagi mutu permainan di masa depan....

Intro pasal bola pulak dah kali ni. Sebenarnya nak post gambar2 yang ambik time dekat surau Rabu lalu. Paste kan kat sini sebagai kenang-kenangan beramai2 kami di majlis ilmu.

Rutinnya, selepas kelas, kitaorang solat Asar dulu berjemaah bersama-sama kemudian stay kejap untuk acara makan2 juadah2 ringan yang dibawa secara pot-luck....
:)

kaum ibu tengah kusyuk mendengar
penerangan dari ustaz.....



kak min posing...


makan2 sambil berpeluang beramah-mesra


sume dah nak beransur pulang...
InsyaAllah jumpa lagi minggu depan :)

6.11.09

SPM menjelang tiba...


"M
ama, esOk tOlong bwk ayaq kOpi ye ma..."

Baru kejap tadi dapat sms tu dari kakak.

Ohhh sayunya rasa hati bila kakak sebut nak air kopi tu...ok nanti esok mama bawak 2 flask.....satu kita minum sama2 kat bawah gazebo tepi padang sekolah, satu termos lagi mama tinggalkan kat kakak... tahan la sampai malam kalu kakak tak habiskan sekali gus belah petang.

SPM dah dekat dah.... saya tau kakak tengah struggle sekarang ni....semua yang lain pun tentu tengah struggle di saat2 yang masih berbaki beberapa hari lagi ni sebelum SPM bermula.

Yang buat saya jadi risau sikit, kakak sekarang ni tak berapa sihat....kena selsema dari hari pergi dengar Seminar kat Ampang Pecah tempohari lagi. Tak kebah2 lagi selsema tu. Dalam talipon hari tu cakap, dah rasa nak tercabut hidung.... ishk kesian anakku.... saya hanya boleh advise telan panadol, kalu tak baik juga kena ajak ustazah pegi hospital Kuala Kubu.... atau kena talipon mama, mama pegi ambik bawak ke klinik." Kakak cepat2 kata "
takpe ma, biar kakak try makan ubat lagi, kalu tak tahan baru gitau ustazah."

Harap kakak kuatkan semangat ya.... Study lah masa tengah boleh study lagi ni. Gunakan masa sebaik2nya. Mohon pada Allah agar Allah sembuhkan dari selsema tu supaya kakak dapat study dengan lebih selesa. Nanti mama jumpa kakak esok, InsyaAllah pegi petang la kot sebab Shilah ada extra class belah pagi... kakak pun ada kelas tambahan jugak kan belah pagi....abang pulak tak balik minggu ni.... jadi mama InsyaAllah pegi dengan papa dan shilah je nanti. Nanti mama bawak makanan........


5.11.09

Hakikat Perkahwinan


Sebenarnya dah lama dapat forwarded e-mail ni....waktu tu dah siap2 forwardkan pula dekat kawan-kawan rapat untuk direnung-renungkan bersama. Tapi hari ini terlintas di hati untuk flash-back kan balik isi tulisan bermutu seorang hamba Allah ini....Sudi-sudikanlah membaca dan mengambil hanya apa yang baik.....


************

"Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu....


Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul dalam hubungan berumahtangga di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga boleh menjadi sebaliknya sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijabkabul selain menghalalkan hubungan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya."

************

***dari hati saya: Secara teorinya artikel pilihan di atas memberi sekilas pandangan tentang hakikat perkahwinan. Walaubagaimanapun praktikalnya tidaklah begitu mudah sebagaimana teori. Bila berada sendiri di alam rumahtangga, maka semua dugaan dan cabaran, pahit manis kehidupan secara tidak langsung harus ditangani sendiri. Semuanya sedikit sebanyak perlahan-lahan mengajar kita menjadi lebih matang dalam bertindak sesuatu. Sesungguhnya tidak ada yang sempurna dalam hidup ini. Oleh itu sama2 kita cuba ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.......sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah..... perbanyakkan bersyukur dan selalu beristighfar(mohon ampun dari Allah)...........

Wallahu'alam....

3.11.09

Ayat Seribu Dinar (2)


Petang semalam hujan lagi....

Papa pulak cuti, jadi lepas Solat Asar tu papa just duduk bersantai depan pc. Saya pula duduk tak jauh pun, tapi masing-masing fokus dengan urusan sendiri....papa dengan google nya dan saya pula tangan duk sibuk lipat kain yang berlonggok atas kerusi panjang.... :)

Sambil lipat kain sambil mulut duk baca ayat seribu dinar berulang-ulang kali. Tidak lah baca kuat, baca setakat nampak gerakan di mulut je...selebihnya saya pusatkan tumpuan bacaan dalam hati. Jadi, tidaklah rasa rugi, masa berlalu begitu saja. Lagi pun papa tak on speaker dekat pc, jadi suasana agak sunyi, takde dengar apa2 bunyi selain dari dengar bunyi hujan yang turun kat luar sana.

Nak cerita....belum habis lagi lipat kain, tiba2 handfon saya berbunyi.... Ohh kak Ina Hj Mokhtar rupanya yang telefon....

**************


Tiba2 je kak Ina telefon nak oder kueh Ambong kukus.... tak kisah siap pukul pukul brape....janji dapat buat petang tu....

Miracle...memang miracle bagi saya......

Baru kejap sebelum tu saya duk baca2 ayat seribu dinar yang mohon Allah murahkan rezeki itu....terus Allah dengar dan bagi cash pada saya rezeki melalui kak ina yang oder kueh 'dan dan' tu jugak....

Memang lah RM15 *harga sebiji kueh Ambong* kecil je bunyi nilainya...harga tak seberapa....tapi insiden ini bermakna bagi saya walaupun hasilnya hanya RM15....Syukur alhamdulillah....

Yakinlah dengan janji Allah.... benar....sesungguhnya janji Allah itu benar......



Sebagaimana maksud dari firman Allah dari ayat tersebut:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(surah at-Talaq: 2 - 3)


29.10.09

Redah je....



"Camane kak min?, tanya saya sambil mengangkat kening pada kak min yang nampaknya dah bersiap-sedia.
Berpaling pulak pada kak maya..... pun nampak dah ready.....

"OK, redah?, tanya saya lagi sambil senyum menunggu jawapan.

"Jom, redahhh je.......", usai jawapan kak min tu, kami tiga orang serentak bergerak laju menuju ke kereta.... meredah hujan yang masih belum reda sepenuhnya .... rasa2nya kalau tak berlari, harus lencun la jugak... :)

Macam tu lah gayanya kami petang ni lepas kelas tadi *kelas yang sepatutnya semalam, diganti hari ini*.... Hujan turun dengan lebat takkala ustaz masih sedang mengajar. Nasib baik masa hujan lebat tu dah hampir ke penghujung masa... dah nak masuk waktu Asar dah.... Jadi hanya sekejap sajalah bunyi suara ustaz 'antara dengar dengan tidak' bagi saya....tak tau lah pulak pada pendengaran orang lain.... hehe

Bila kebetulan ada bahagian cerita yang agak lucu diterangkan oleh ustaz, bagi yang mendengar dengan jelas tu.... tergelak la.... Saya yang berusaha pasang telinga betul2, ikut lah tergelak sama walaupun tak berapa jelas isi ceritanya....
:)

Ohh...hujan lebat....namun Alhamdulillah.... kami redah je....

Moga-moga dengan kehadiran saya dan kengkawan di majlis ilmu tadi, tetap dikira dan mendapat nilaian pahala dari Allah swt... moga Allah memberi ruang Nur dan rahmatnya, moga dikuatkan daya ingatan, ditetapkan iman, diteguhkan hati, di ubati segala sifat yang tidak baik dalam diri, dijauhkan dari bahaya, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki....yang jika ada rezeki itu di langit diturunkan, jika ada di bumi dikeluarkan, jika sukar dimudahkan dan jika haram di sucikan dan jika masih jauh didekatkan oleh Allah swt..... aminnnn


Memetik kata2 ustaz tadi, "Keteguhan iman perlu dipastikan agar kita terlepas dari segala penyakit batin. Sesungguhnya penyakit zahir senang di kenali.... boleh diikhtiarkan rawatannya oleh doktor dan pakar kesihatan namun sebaliknya, penyakit batin... hanya boleh dikenali melalui iman kita......"

Wallahu'alam.