CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Surah As-Syams

Alhamdulillah...nampaknya belum terlewat lagi nak solat Dhuha... Baru je balik dari hantar kakak ke tempat kerja. Sampai2 rumah, tengok jam dah hampir pukul 11.00 pagi. Nak ajak sume yang belum Solat Dhuha, jom kita berhenti kejap buat apa jua urusan.... ambik masa dalam 10 minit untuk dirikan Solat Dhuha.


Dari Abu Hurairah r.a ,
Maksudnya: "Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)



Alhamdulillah, saya baca Surah As-Syams selepas fatihah di rakaat pertama dan Surah Ad-Dhuha selepas fatihah di rakaat ke dua. Kata ustaz boleh baca sebarang surah sebenarnya, seperti Surah Al-Kaafirun(Qulya) di rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas di rakaat ke dua... dan sebagainya.... terpulang pada diri masing-masing...


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya;
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya);
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!
[14] (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

************
Sebut pasal Surah As-Syams ni, anak saya yang berpeluang menyertai kem motivasi di Ulu Langat baru2 ini beriya-iya mengajak saya menghayati satu lagu nasyid yang bertajuk Demi Matahari. Para fasilitator telah mempopularkan nasyid tersebut kepada peserta2 kem motivasi. Alhamdulillah, kami semua suka mendengar bait2 senikata lagu nasyid tersebut yang menceritakan perihal Surah As-Syams. Lagu tersebut telah disampaikan oleh kumpulan nasyid SNada dari tanah seberang... jemputlah dengarkan ia sebagai halwa telinga....