CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau Ada Yang Memuji.....

Tiba2 terdetik di hati nak kongsi ilmu yang saya dapat dari kelas di bawah pimpinan Ustaz Fauzi satu ketika dulu. Ilmu tersebut disampaikan ustaz secara spontan semasa slot tazkirah. Tapi alhamdulillah.... ianya terus melekat di fikiran saya sehingga kini.

Yang tiba-tiba jadi teringat nak sebut pasal ni, bila baru sekejap tadi saya balas komen seorang sahabat iaitu Are10 di blog orkid saya, Seri Orkid.

Saya jawab pujian 10 dengan ayat "Hadza min fadli Rabbi" yang bermaksud.... "Ini adalah kurnia dari Tuhanku"....... :)

Kata Ustaz, bilamana kita menerima pujian dari kengkawan atau pun sesiapa saja, kita jangan lah pula menjawab dengan berkata yang tidak baik atau memberi jawapan yang agak negatif contohnya macam:

  • ...eh...mana adaaa..... :)
  • ishk taklah.......
  • oh biasa-biasa je, mana ada cantikkk.....
  • eh awak ni, perli pulak.....
..hahaha..... semua tu jawapan yang negatif dan tak bagi apa2 kebaikan atau kredit pun samada untuk diri kita sendiri atau untuk sahabat kita tadi.

Jadi kata ustaz, ada baiknya kita menjawab pujian sahabat kita dengan mengucapkan Alhamdulillah kemudian di-ikuti dengan ayat yang tersebut di atas iaitu dari Surah 27 An-Namlu Juz 19 ayat 40 *sila baca terjemahan ayat tersebut yang begitu indah maksudnya untuk dimengertikan (kisah Nabi Sulaiman a.s)*

Sekian....wassalam... :))
Link