CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Niat Kerana Allah


"Ingat.... niat kerana Allah...."

Begitulah sms balas yang sering saya dapat dari suami tiapkali saya sms beliau sebelum melangkah keluar pegi kelas.

Begitu juga semasa kami sekeluarga di meja makan, papa turut ingatkan .... "....apa2 jua yang kita buat biarlah semuanya kerana Allah. Tukar amalan biasa biar jadi ibadah. Semua perkara yang kita lakukan bila dah kita niatkan buat kerana Allah akan bertukar menjadi ibadah dan sudah tentunya InsyaAllah akan dapat ganjaran pahala dari Allah jika kita ikhlas dalam melakukannya..."


Ilmu yang papa dapat di Surau, papa sampaikan balik pada kami2 yang tak ikut pergi ni. Alhamdulillah dapat disematkan sebagai motivasi buat diri dan anak2. Diperingatkan tentang nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya pada kita...Alhamdulillah syukur... Disamping perlu mengukuhkan ibadah fardhu, hendaklah kita tambahi dengan amalan sunat. Kemudian tambahi lagi mencari redha Allah melalui apa jua amalan baik yang kita lakukan setiap hari....


....iaitu bermula

  • dari bangkitnya kita dari tidur, kita lafazkan doa mensyukuri nikmat hidup selepas mati selama 8 jam (tidur) itu
  • Kita membersihkan diri niat kerana Allah
  • solat subuh
  • bersarapan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim
  • berpakaian menutup aurat kerana Allah
  • membuat kerja rumah niat kerana Allah untuk kesejahteraan keluarga
  • melakukan semua kerja dengan sebaik2nya... semampu mungkin, niat kerana Allah
  • solat sentiasa di awal waktu
  • tidak berbohong, tidak mengata orang, jauhi hasad dengki dan tidak berburuk sangka kerana takut akan azab Allah
  • Berdakwah, ingat mengingati, menghadiri majlis ilmu dan bersilaturahim kerana Allah
  • Menjaga pergaulan dan tuturkata kerana Allah SWT
  • Beraktiviti dengan masyarakat kerana Allah
  • Beraktiviti dengan keluarga kerana Allah
  • Menjamah juadah makan tengahari atau makan malam dengan nama Allah
  • Terlelap dan beristirehat itu juga kerana Allah.
Maka benarlah... jika 24 jam yang terisi itu nawaitunya hanya kerana Allah, maka 24 jam itu InsyaAllah akan menjadi ibadah kepada Allah SWT.... aminn

***nota fzi: jemput lihat post saya yang terdahulu berkaitan dengan 'Niat Kerana Allah' di SINI. Takzkirah tempohari disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz NurSalam dari seberang..

10 comments:

Ummi Maryam said...

Salam,

syukur kak mempunyai suami yg soleh..seorang ustazah berkata "untuk meramaikan wanita yg solehah, perlu meramaikan lelaki yg soleh". Pilih menantu yg soleh untuk anak perempuan akk nnt ^_^.

fzi said...

Wsalam UmmuFarhan...
Alhamdulillah...timakasih... :)
"Hadza min fadli Rabbi"... Ini adalah kurnia dari Tuhanku (Surah An-Namlu ayat 40)
Namun sebagai hambaAllah, tentunya kami masing2 ada kekurangannya... :)
Jodoh anak2 tu kita serah kat Allah yang tentukan... moga sume dapat pasangan yang baik...aminn

Anonymous said...

salam ukhwah....

sedikit nasihat utk tikah juga...

terima kasih utk entri ini...

:)

fzi said...

Wsalam tikah...
Sama2.. akceli n3 tu khusus sebagai checklist buat diri sendiri... maklum lah kita ni kadang ingat kadang ter...lupa... :/
thx tikah sempat singgah baca.. :)

Husna Adilah said...

Salam..

Akak menerima award dari saya :-) untuk blog award. Boleh ambil award akak di blog saya: Warkah Untuk Bonda

Terima kasih atas penulisan2 yang baik2 untuk renungan bersama ;-)

fzi said...

Wsalam Dyla...
Tenkiuuuu.... :D
Alhamdulillah suka bila Dyla suka baca bahan kat sini.. :)
Nnt akak ke sana ambik... thx

Anonymous said...

alhamdullilah..mkcik dan anak2 mkcik untung sbb ade suami dan ayah yg penyayang..jauh beza ngn diri saya.ade keluarga yg lgkap , tp ketua keluarga x pndai nak ururskan keluarga.ayah saya , x reti nak nasihat kan emak saya sndiri.ape yg dikatekan ikut kan saje.malah sggup batu api lg. untung mkcik :)sekurg2 nye suami mkcik tau perihal hukum hakam agame..

fzi said...

Adik anonymous...
Bersabarlah... doa pada Allah selalu... kekadang kita rasa nasib kita tak berapa baik berbanding orang lain tapi yang sebenarnya ada lagi orang yang lebih tak bernasib baik dari kita... tabahkan hati.. Makcik doakan kebahagiaan buat adik sekeluarga.. aminn

Anonymous said...

trimekasih mkcik.slalu jgak saya view blog mkcik.ermm sronok bace..tgk dr gaye mkcik , mcm x penah ade mslah ngn family

fzi said...

..sama2.. :)
TQ sudi ke sini, moga ada yang baik dan boleh diambil manafaat...
Hidup kita ada turun naiknya, selagi bernama manusia memang tak sunyi dari masalah... apa2 hal mengadulah hanya pada Allah.. ngajilah bila2 lapang... InsyaAllah tenteram hati.. :)