CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Tambahi Dengan Solat Sunat

Sebelum bersiap nak pegi hantar kakak masuk kerja untuk shif pagi pukul 8, saya dan suami luangkan masa duduk depan tv9 sekejap mendengar tazkirah dari Ustaz Hj Zahazan. Sempat dapat sedikit kefahaman ilmu walaupun dalam masa yang terbatas itu... Alhamdulillah.

Kata ustaz, perlu untuk kita sentiasa bermuhasabah diri, menyemak sudah berada ditahap mana amalan kita. Kena semak bagaimana tahap solat kita, ilmu kita dan amal kita yang lain.

Jika kita merasa sudah cukup sempurna berbuat amalan fardhu elok lah jika kita tambahi dengan melakukan yang sunat.


Tetapi bila dah tambah buat yang sunat pun kita masih juga suka mengumpat orang lain, masih suka menceritakan perihal masalah orang lain, membuka rahsia dan aib orang lain dan sebagainya maka kena cepat2 sedar dan beristighfar. Matlamat sebenar kita nak dapat lebih pahala sebaliknya hanya beroleh dosa semata2 jika ini terjadi...rugi kita...

Oleh itu kena tambahi lagi.... Kalau selama ini, contohnya kita hanya tambah buat Solat Dhuha je maka kita tambahkan lagi dengan buat solat2 sunat yang lain seperti Solat Sunat Wudhuk, Solat Malam, Kobliyah & Ba'diyah dan sebagainya.


Simboliknya, macam kita ambik pemakanan tambahan. Kita kena makan suppliment yang dosnya lebih tinggi lagi sebab yang kita ambik selama ni dosnya tak mencukupi. Kita tetap lemah walaupun ada makan suppliment.

Realitinya walaupun kita rasa dah banyak beramal tapi kita dapati diri masih juga lalai maka mesti tambahi lagi. Dalam masa yang sama kena baiki amalan kita kerana mungkin ada yang tidak kena di mana2 seperti tidak kusyuk dalam solat, tidak memahami bacaan dan sebagainya. Kena caj lagi diri kita umpamanya macam kita caj bateri telefon bimbit kita. Bagaimana cara nak caj bateri untuk diri kita tu? Caranya termasuklah dengan:

  • kerap hadir di majlis2 ilmu
  • berdamping dengan orang-orang soleh sebab jika kita berada di kalangan orang-orang yang baik InsyaAllah akan improve kan diri kita jadi lebih baik
  • sering bermuhasabah diri

Wallahu'alam.

8 comments:

sot said...

InsyaAllah dlm amalan sunat ini kena istiqamah iaitu biar sedikit tapi consistent. Semoga diberi Allah kekuatan.

fzi said...

Aminn...ya Allah kabulkanlah...

Ummi Maryam said...

salam, akak entri yg bagus, nak mintak izin petik sikit ayat2 kat bawah tu nak letak dlm blog saya n saya akan bgtau sumber dr blog akak ni yer..tq.

fzi said...

Wsalam ummufarhan...
Alhamdulillah...timakasih sudi panjang2kan ilmu yang akak dapat dari majlis ilmu di tv9 tu...syukurlah.. moga ada manafaatnya buat kita semua :)

Macam akak tiapkali dengar peringatan2 yang macam gini sering termenung menginsafi kelemahan yang ada dalam diri...kena usaha perbaiki mana2 part yang tak baik tu... huhu

tunbegia said...

sungguh insaf,

salmm,

Anonymous said...

alhamdulillah Fzi dapat selalu ke Majlis ilmu. Kita manusia ni memang kena diperingat selalukan. Kalau tidak terlalai.

Memang bagus dapat buat sholat2 sunat ni. Boleh cover salah silap dalam sholat wajib kita. Yang perlu istiqamah.

fzi said...

Wsalam tunbegia..
Alhamdulillah

fzi said...

kak ani...
Slot majlis ilmu di TV9 tu kak ani...Kami raikan suasana dengan duduk mendengar sebagai audion dari rumah.
Itu yang berkongsi isi kuliahnya di sini..alhamdulillah