CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kelebihan Surah al-Kahfi


"Bang, jangan lupa angkat kain kalau nak hujan!"

"Jangan lupa shut down pc dan cabut modem kalau guruh/petir!"

"Kalau nak tidur baik2 bang, jangan terlupa pulak pintu belakang yang ternganga tu!"


Amboi! Banyak benar pesanan saya sebelum keluar pergi kelas tadi....hehe... Itulah antara skrip2 rutin yang rasanya abang dah hafal sepanjang dekat 2 bulan anak saya itu bercuti kat rumah ...hehe

Saya macam biasa agak tergesa-gesa gerak ke masjid, yalah nak kena settle kan dulu apa-apa yang belum settle kat rumah sebelum keluar. Sampai-sampai masjid tepat pukul 3....alhamdulillah... ustaz belum sampai jadi sempat le cool down kan nafas yang turun naik tu dulu.....

Hari ni Ustaz mula dengan surah baru iaitu Surah al-Kahfi yang terdiri dari 110 ayat kesemuanya. Jadi kami semua ikut ustaz baca dari ayat 1 - 10 sahaja. Masih berbaki 100 ayat. InsyaAllah to be continued membacanya pada minggu-minggu berikutnya. Tapi ustaz ada mintak kita orang cuba hafal 10 ayat yang pertama itu dan InsyaAllah ustaz akan test tengok camane minggu depan. Ya Allah, boleh ke saya nak hafal ni, dah le sekarang ni nak hafal doa 2 ayat pun payah nak lekat, apa lagi 10 ayat... hehe... apa2 pun cuba lah dulu, moga Allah mudahkan... :)

Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.

Ustaz menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

**** sila klik di sini dan sini untuk melihat entri2 yang terdahulu yang pernah disebutkan tentang surah al-Kahfi dan hari Jumaat.

Wallahu'alam.

Bacaan Surah Al-Kahfi

Ashabul Kahfi - Nasyid Kumpulan Raihan

17 comments:

amalia said...

insyaAllah mak cik..
mlm ni sy baca
hehe..
moga2 pahala tersalur bwt makcik sm..

sot said...

Hafal lah semoga dapat hafal dan jangan tak hafal takut tak hafal nanti...kalau tak hafal memang tak dapat hafal lah. Yang penting hafal dulu baru tahu dapat hafal ke tak dapat hafal. Sekian.

Unknown said...

honestly lah kan auntie, i tried tau nk hafal. but ayat dia punya la berbelit :/ haha
sekarang tangguh, hafal ayat lain :)

amir acap said...

insya'Allah mlm ni abg bace...nak suh silah bace gak r mlm ni..hehehe

fzi said...

Alhamdulillah.... tima kasih amalia... makcik pun baru dapat hafal 1 ayat je ari ni...hehe.. senang je yang ayat mula2 ni, tapi bila tengok ayat2 yang seterusnya... sume panjang2....huuu... ntah dapat tidak nak hafal lagi 9 tu.... hehe

Thanx k amalia..

fzi said...

Hai Shak... tima kasih k baca post makcik pasal surah al-Kahfi ni..

Memang susah nak hafal, makcik tadi pun ada la 20x duk ulang ayat yang sama. Tapi seronok at last ingat. Macam yang sebut dekat Amalia, baru dapat 1 ayat.... hehehe

Dalam bab hafazan ni makcik rasa Shak kena tanya amir camane...ceywah.. bukan apa tapi maybe dia dapat bagi tips sebab masa tunggu PMR dulu, papa amir ada antar dia ke kelas tahfiz, alhamdulillah amir dapat hafal 2 juzuk - Juzuk 29 dan Juz Amma

Thanks k Shak!

fzi said...

k, k pa... mama tau le papa tengah pressure buat tender kat ofis masa tulis komen tu... hehehe.. bawak2 le bertenang k... :)


Bagus bang! Istiqamah le kita dalam tingkatkan TAQWA kepada Allah swt...
sentiasa lah kita berusaha dalam hidupkan sunnah Rasulallah s.a.w

sha said...

InsyaAllah saya dah amalkan sejak saya tahu kelebihan ayat ni... cuma tuhlah sebab ayat ni panjang berbanding surah Yasin atau Mulk jadi mana yang sempat jerlah... heheh...
Boleh tumpang tanya belajar kat mana yer... nak gak join class kalau dekat

fzi said...

Its ok sha... ustaz kata takpe le kita baca sikit2 contoh 1 atau 2 m/s sekali baca then sambung lagi bila2 sepanjang hari Jumaat tu... at-least kita baca instead of zero.. slow n steady wins the race.. kan sha...

Akak tinggal belah Rawang. Jauh kut dari tempat sha kalu nak join kelas. Tengok dari profile sha di Shah Alam....

adam said...

salam mak cik,,apa kaba,,,pak cik sihat ke,,,ape2 pun doakan saya balik dgn selamat ye,,takut gak nal balik ni,,ilmu pun takseberapa,,nnt klu ade kesempatan kita jumpa ye,,insyaallah,,,bg para pengkomen ttg surah kahfi,,saya doakan kalian dapat menghafal dgn sempurna,,,lagi bagus klu kita baca,hafal,tahu makna,beramal,n istiqomah,,itu lagi bagus,,salam ukhwah dari saya,,

fzi said...

Wsalam Azuan...

Makcik sekeluarga alhamdulillah sihat walafiat, cuma keadaan cuaca kat M'sia skarang ni agak panas. Kebetulan le ngan azuan nak balik cuti. So banyak2kan lah minum air ya...stand-by...hehe

InsyaAllah boleh jumpa azuan nanti. Saifullah bila nak balik lagi? :) Kirim salam makcik dekat Saifullah k azuan...

Ttg surah al-kahfi, terimakasih atas saranan yang diberi. InsyaAllah akan cuba beramal sebaik mungkin sekadar yang termampu.

Unknown said...

salammmm hehe

fzi said...

Wsalam cikgu farha.

Tima kasih singgah sini...

adam said...

salam mak cik,,saifullah tahun ni tak balik,,die dah balik thn lps,,,mungkin thn ni giliran saya plak balik,insyaallah nnt saya sampaikan salam mak cik kat die,,,terima kasih makcik ingat kan saya,,mungkin cuaca dunia ni semakin hari ade perubahan nya,,jgn la sampai jadi macam mesir ni,,satu2 masa cecah 40,,memamg panas,,,tapi nk wat camne kan redha jela,,dtg negara org,,terima jela,,kim salam saya kat uncle ye,,,lama tak dgr kaba die,,harap2 sihat la,,lusa saya dah balik malaysia,,mak cik bg la nombor umh,,ni nohp malaysia,,0142649828

fzi said...

k Selamat balik Msia, mkcik doakan perjananan selamat dan selesa.

Unknown said...

Salam ...

saya pinjam beberapa keratan yang berkaitan dengan surah Al Kahfi ... terima kasih ..

drpd : http://panduanbapa.blogspot.com/

fzi said...

Wsalam Serambi...
Silalah... jemput kopipes mana2 yang rasa baik... sama2 berkongsi manfaat.. :)