CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Gula Oh Gula



Ohhh...Sebut pasal gula ni, hati saya betul2 tengah risau sekarang ni. Mau tidaknya, nak dapat sekilo pun susah. Asal keluar je, mesti singgah kat pasaraya atau kedai2 runcit berhampiran cari gula... tapi malangnya tetap masih takde...

Minggu lepas dapat jugak la dalam 2kg seorang *saya dan suami beratur dikaunter bayaran yang berasingan di Pasaraya G.U sebab seorang hanya terhad dapat 2kg saja*. Minggu ni langsung tak dapat, jawapan yang diberi bila tanya, "tak de" atau semua just tunjuk isyarat pusing2 tangan.

Alahai....camana sudahnya projek kueh raya saya ni... order alhamdulillah tengah masuk sedangkan bekalan gula yang ada kat rumah dari hari ke hari makin berkurangan.

"Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini....aminnn..."

7 comments:

sot said...

Sebelum balik ofis tadi isteri call mintak singgah kat kedai2 sepanjang perjalanan tu untuk beli gula yg memang payah nak dapat di pasaran. Tak tau le dugaan ke betul2 kejadian, memang ada komplot atau konspirasi.

Misi tadi mula2 singgah kat Giant Tmn Melawati, cari punye cari nampak le gula halus (gula kasar nye tak de), so saya ambik 6 pek. Time nak bayar cashier tu sound sorang limit 2 kg je. Ye le. Ok so belah singgah lak kat Giant Batu Caves dapt lagi 2 kg.

Sampai Rawang singgah Pasaraya Bintang, stok gula habis. Kat BB singgah Pasaraya SumHope limit 1kg je. Then singgah MatanChan kena Q tunggu staf die pek 2kg each. Kemudian last kopek singgah Pasaraya kita, but no stock. Ok lah dah lewat ni.

Total: 7Kg. Gula oh Gula....fz homemade cookies. Ya Allah permudahkan urusan kami.

kak zaa said...

betul tu...
amat susah nak dapatkan gula...

tadi lepas maghrib,sambil hantar brng customer ,singgah ke giant batu caves...
"2 kilo sorang sajer"..itu bangla sudah warning........
nak buat cemana...

ni kes mesti komplot sorok..
kita yang kena hadapi...
maknanya semua harga brng akan naik lagi menjelang perayaam...
naik dan terus naik...
turun...ntah lerr........

fzi said...

Thx papa, kena cari hari2 otw balik ofis k...kalau tak, camana nanti mama nak wat kueh orang... :)


Kak zaa, memang jadi masalah sekarang ni kan... boleh dengar ramai yang merungut-rungut masa duk beratur nak beli gula bih2 lagi peniaga yang banyak pakai gula contoh yang jual air kat pasar2 malam, yang jual kueh2 tempatan dan... yang buat cookies raya macam saya ni...:)
moga masalah ni cepat selesai

mamamin said...

alahaii fzi.. semalam saya kene jalan dari satu kedai kesatu kedai cari gula. last dapat sekilo, x boleh beli lebih, nak buat gula sirap x jadi la nampak nyer.. Belum pikir lagi nak buat juadah buka puasa lagi tu. Mana lah tau kan, tetiba anak2 call nak berbuka dirumah, haru dibuat nye alkisah gula ni.
macam mana pun fzi, nak kongsi sket kegembiraan saya pasal bisness internet. Hati dah malas nak pikir pasal ni, tapi dua tiga hari ni, nampak nye dah mendatangkan hasil.. dari malas nak percaya jadi percaya. link website tu ada kat blog saya, awak tengok la kalau ada masa terluang.

fzi said...

Tu la pasal...cikmin...jadi masalah problem pulak... nyusahkan kita je kan...dah le nak dekat posa nih!
Sabo je la...

Pasal biz cikmin tu nnt mlm ni saya tengok.. huh saya mmg berminat nih pasal2 biz nih...hehe
Now nak siapkan choc.cake yang org nak tomoro...rite

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

rendam buah kurma dalam air kelapa dan minum untuk ubat H1 N1

fzi said...

Timakasih Pak Karamu singgah...
Sama2 kita menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba...