CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Abang Ke Gunung Ledang

Hari ini anak saya yang sulung bersama2 tujuh orang rakannya *Kenet, Mizi, kawan Mizi, Dago, Afiq, Pa'an dan Haziq*akan bergerak menuju ke Gunung Ledang. Semua bersemangat nak sahut cabaran Gunung Ledang setelah alhamdulillah sebahagian mereka telah berjaya menawan puncak Gunung Angsi pada cuti Sem yang lalu.

Kenet dari Sabak Bernam baru saja sampai tadi jemput abang, manakala dua lagi rakan sedang menunggu di stesen ktm Rawang. Mereka berempat akan ke Pasaraya NSK terlebih dahulu untuk membeli barang keperluan makanan sebelum bertolak ke Johor. Empat lagi rakan menanti di Johor di mana dua darinya bertolak dari N9. InsyaAllah abang dan kengkawan akan ditemani seorang renjer dari Jabatan Perhutanan Gunung Ledang semasa sesi mendaki nanti.

Mama harap abang kuat semangat mental & fizikal jika ingin berjaya untuk misi kali ini. Ingat pesan papa, mulakan langkah mendaki dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Iringi langkah abang dengan Zikrullah agar hati kita tidak lupa pada-Nya. Mama doakan abang dan kawan2 selamat mendaki, selamat sampai ke puncak Gunung Ledang, selamat turun dan selamat pulang ke rumah nanti... Mohon Allah lindungi dari segala bahaya....aminnn