CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Sebelum dan Selepas Membaca Al-Quran


Masa ikut kelas ngaji secara beramai2 di Surau Muhajirin satu ketika dulu, saya mula terbiasa mengamalkan doa sebelum dan selepas ngaji saing ngan kengkawan kaum ibu yang lain. Kebiasaan yang berupa amalan itu alhamdulillah dapat terus bertahan sehingga kini.

Amalan membaca doa sebelum dan selepas mengaji quran amat lah baik kalu kita dapat amalkan. Sekurang2nya mohon doa dulu pada Allah sebelum memulai bacaan. Sesudah membaca Quran pula kita mohon dan berdoa lagi ke hadrat Allah Taala. Mohon agar Allah beri kelapangan dada menerima ilmu serta mohon hidayah dan petunjuk pada kita yang sentiasa berharap semata-mata hanya kepada-Nya.


Sebelum nak mula ngaji, elok amalkan membaca doa:

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


....diikuti dengan:
yang bermaksud: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)


Usai membaca Quran pula, elok pula amalkan membaca:
Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."


8 comments:

Anonymous said...

Salam Fzi,

Saya cukup suka melagukan doa beramai-ramai selesai membaca alquran setiap kali habis kelas alquran.

Terima kasih Fzi

fzi said...

Wsalam kak ani..
itu la... bila ramai2 duk berguru tu tambah semangat kita ngaji kan kak ani...
Moga sama2 kita konsisten amalkan mana2 doa pendek yang senang ingat tu.. thx kak ani :)

Ayu Cute said...

Salam sis...
Ayu dah terbiasa dgn doa2 ni...sebab kalau di sekolah sblm mula bljrpun,pelajar akan mulakan dgn doa dulu....begitu jugak kalau nak baca Quran....semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan diterangkan hati....InsyaAllah

sot said...

Alhamdulillah, istiqamah.

fzi said...

Wsalam Ayu...
Alhamdulillah, moga anak2 kita turut terbiasa dengan amalan membaca doa ini samada masa mula nak belajar atau nak mula ngaji quran...
Sama2 kita istiqamah dalam amalan yang baik...
Thx ayu.. :))

fzi said...

Pa..
Alhamdulillah...sama2 kita ingat-mengingati.. moga hidup tambah bermakna... :D

Anonymous said...

Terbaik... Terima kasih tuan hamba... Moga di rahmati ALLAH swt... Amin ya ROBB...

Anonymous said...

Semoga tuan hamba di rahmati ALLAH swt... Amin ya ROBB...