CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dengan izin Allah kami tadinya beramai2 selamat buat Solat Sunat Tasbih di bawah pimpinan Ustaz Amran di Surau Al-Bayan.

Timbul rasa semangat bila buat solat tasbih ramai2. Kalau nak harap saya buat sorang2, rasanya tak terbuat. Masalah saya, kurang dapat fokus masa mengira tasbih yang dibaca. Dikhuatiri kalau sorang2,tak cukup bilangan tasbihnya nanti. Jadi rasa lebih selamat bila follow ustaz , InsyaAllah sempurna bilangan tasbihnya, cukup 300 tasbih... alhamdulillah..

Sebelum mula solat, ustaz memberi taklimat ringkas berkenaan dengan cara2 solat beserta bacaannya. Alhamdulillah terus faham walaupun ustaz terangkan secara sepintas lalu. Tahu sikit sebanyak cara2nya sebab sebelum ini pernah sekali dua buat, juga secara beramai2 dengan kengkawan usrah.... tapi lamaaaa dulu la...

Ustaz kata, kita tak boleh niat solat tasbih mengikut imam tetapi boleh ikut hanya pergerakan orang yang meminpin solat tersebut. Bacaan tasbih ustaz begitu jelas, jadi kami masing2 dapat ikut bertasbih dengan lebih yakin dan kusyuk...alhamdulillah


SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih


Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."


Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih

2. rukuk - 10 kali tasbih

3. iktidal - 10 kali tasbih

4. sujud - 10 kali tasbih

5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih

6. sujud semula - 10 kali tasbih

7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih


Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala


Surah-surah lazim yang kami baca selepas al-Fatihah tadi ialah:

1. Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
2. Rakaat Kedua : Surah al-Ikhlas
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Falaq
4. Rakaat Keempat : Surah an-Nas


Sekian, Selamat Beramal...