CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Solat Sunat Wudhu'

Saya dah miss kelas usrah kak asmah semalam. Kebetulan suami cuti, ada hal. Jadi takkan suami kat rumah saya nak ke kelas pulak.... tak sesuai, tak sesuai....:)


Walaupun tak ke kelas, saya sempat le semak2 notes yang dapat dari last lecture. Bila review balik pasal solat2 sunat yang disebut dalam kelas2 yang lepas, tergerak hati untuk share perihal salah-satu darinya.

Ianya ialah mengenai Solat Sunat Wudhu. Solat ini amatlah baik jika dapat kita buat setiapkali selepas kita mengambil wudhu. Kesungguhan kita untuk cuba kekal berwudhu adalah amat baik sepertimana sabda Rasulallah s.a.w:


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang -yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih)

Jadi selepas kita berwudhu, elok kalau kita dapat luangkan masa sekejap saja untuk tunaikan solat sunat wudhu' sebanyak 2 rakaat itu. Kalau tak dapat baca surah-surah panjang selepas fatihah, baca je surah al-Kafirun(Qulya) di rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas(Qulhuwallah) selepas fatihah di rakaat ke 2. Ambil masa sekejap sahaja actually sebelum kita mula nak sambung balik apa2 kerja lain.

Ada sabda Rasulallah yang menyebut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:

"Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'." (Muttafaq 'alaih)

Jom sama-sama kita menambah amalan berpandukan sunnah Rasulallah s.a.w.... kita cuba hidupkan sunnah Nabi s.a.w setiap hari, biar jadi istiqamah dan rutin dalam kehidupan, moga akan lebih terasa bermakna hidup kita sebagai hamba Allah yang mengharapkan hanya keredhaan-Nya......