CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Pesta Buku Kembali Lagi

Alhamdulillah..

Pesta Buku Antarabangsa akan kembali bertamu pada minggu depan bermula 4hb April dan berakhir pada 13hb April, 2008. InsyaAllah kami sekeluarga akan mengunjungi PWTC sepertimana tahun-tahun lepas di mana ia merupakan salah-satu dari acara tahunan kami. 

Selalunya tak cukup dengan sekali pergi, anak-anak meminta untuk pergi lagi '2nd time' untuk tujuan mendapatkan buku-buku yang dijual/lelong dengan harga yang murah berbanding dengan '1st visit' di minggu pertama. Jadi mau tak mau terpaksa lah ikut kehendak anak2 yang bersemangat memberi berbagai alasan kononnya buku kerja belum cover semua, ada hit novel yang tertinggal belum beli dan macam2 alasan lagi.

Berkunjung ke Pesta Buku memang menyeronokkan sebab kita tenggelam dalam ribuan buku-buku yang bermutu dan bermanafaat untuk semua peringkat umur. Tapi bab penatnya berjalan dan meronda dari satu booth ke satu booth, tak boleh cerita... jadi kena kuat stamina untuk misi Pesta Buku ini. Anak-anak mungkin ok, tapi bagi kami yang dah makin berumur ni memang tak berapa larat untuk meronda dalam dewan besar itu yang kalau dihitung-hitung maunya 2km berjalan. Berhentinya hanya waktu kami rehat untuk solat dan makan, kemudian sambung berjalan lagi.

Dalam bab memilih buku, saya biasanya melekat di booth Al-Hidayah, Pustaka Islamiyah, Ikim, Jahabersa dan beberapa booth lain yang mempamerkan buku2 dakwah dan ilmiah. Manakala suami dan anak2 biasanya berpecah membawa haluan sendiri. Yang menjadi penghubung antara kami untuk mengesan antara satu sama lain hanyalah telefon bimbit yang setia di tangan masing2.

Setiap tahun saya mengambil peluang membeli buku2 agama yang dijual dengan harga yang murah namun bermutu dari segi percetakan maupun mengandungi isi yang padat dan bermesej. Selain dari untuk diri sendiri, saya beli dan simpan buku2 tersebut untuk digunakan sebagai cenderahati buat kawan2 atau saudara-mara yang berkunjung ke rumah. Begitu juga dengan novel2 remaja yang baik dan mempunyai mesej(tidak terlalu heavy jalan ceritanya), saya beli dan standby untuk birthday kawan2 sekolah anak atau jiran. 

Semua itu berguna lebih-lebih lagi jika kebetulan kita tidak mempunyai hadiah lain di rumah atau tidak sempat keluar mencari. Ada di antara novel2 tersebut dijual dengan harga rm12 untuk 10 buah novel, maknanya sebuah novel berharga lebih-kurang 80 sen walhal harga sebenar novel tersebut ialah rm10.90. Begitu juga dengan buku kerja anak2 yang berharga sekitar rm1 - rm5 yang jauh berbeza harganya jika dibeli di kedai2 buku biasa.

Untuk koleksi peribadi pula, saya dan suami memang meminati buku2 hasil terjemahan Syed Ahmad Semait dari Pustaka Nasional, Singapura(sekarang dikenali dengan nama Pustaka Islamiyah). Alhamdulillah, kami sempat bersua muka dengan beliau di Pesta Buku 2006 dan sempat pula bergambar kenangan bersama beliau.. Namun tanpa diduga selepas 3 bulan dari tarikh tersebut kami mendapat khabar sedih yang beliau telah kembali ke rahmatullah setelah menemui ajal dalam nahas jalanraya...Innalillah.. Masih jelas tergambar di ruang mata, kenangan semasa berbual-bual dengan arwah mengenai buku2 beliau yang menjadi koleksi kami setiap tahun.

Di pertemuan itu arwah sempat menitipkan tandatangan dan pesanan bertulis di buku 'Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani' (karangan Sidi Syeikh Abdul Qadir Jailani) yang beriya disyorkan oleh beliau untuk saya memilikinya. Pesanan itu berbunyi..'Baca Untuk Dimengerti, Baca Untuk Menambah Ilmu'.. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.. Semoga Allah membalas segala kebaikan beliau di dunia ini yang banyak membantu dalam menyebarkan dakwah dan ilmu pengetahuan...Aminn..


Bual Bicara Bermakna

Assalamualaikum.

Makan tengahari pada hari ini saya rasakan begitu bermakna dan lain dari hari-hari minggu sebelumnya. Sebabnya kami bertiga iaitu saya, suami dan kakak(anak kami yang no.2) berbual mengenai seseorang yang 'public figure'. Mulanya kami hanya makan sambil borak pasal kakak dan kerja sekolahnya..bila tiba-tiba saya membuka cerita pasal Tuan Guru Nik Aziz. Selepas kerja memasak selesai, saya dan suami sebenarnya sempat meluangkan masa menonton biografi tok guru melalui video klip yang baru saya slotkan dalam blog pagi tadi. Jadi adalah bahan untuk saya ceritakan balik pada kakak mengenai apa yang saya tengok dalam paparan video tersebut.

Mengenali tok guru memang membuat saya merasa kecilnya diri ini..bila melihat perjalanan hidup tok guru yang berilmu tinggi dan zuhud pada dunia. Benarlah kata-kata yang mengatakan tok guru memang seorang yang 'brilliant'. Saya mengesyorkan kepada kakak malah sesiapa saja yang terbaca cerita saya ini supaya melihat video di bawah untuk mengenali personaliti dan ketinggian peribadi tok guru.

Suami saya mencelah mengingatkan saya pada satu peristiwa masa kami balik ke Kelantan satu ketika dulu. Ada seorang anak kepada saudara kami merangkap jiran di taman perumahan yang sama, pernah menceritakan betapa dia yang baru menimang seorang cahaya-mata akan ke Kampung Pulau Melaka untuk meminta tok guru mencukur jambul anaknya. Maknanya, dia secara peribadi mahu mendapatkan khidmat seorang menteri besar untuk menyempurnakan cukur jambul anaknya.

Saya rasa kita belum pernah mendengar mana-mana peminpin negeri yang berfungsi sepertimana tok guru yang mana bukan saja di pandang sebagai seorang peminpin negeri oleh rakyat malah melihat tok guru sebagai 'seorang tok guru'. Contohnya saudara kami tadi yang menganggap tangan tok guru yang akan menyuapkan kurma kepada bayinya InsyaAllah mendatangkan berkat dari Allah swt. Ini adalah kualiti peminpin yang di cari dan diperlukan oleh rakyat khususnya rakyat Kelantan. Dengan ilmu agama yang padat, dengan personaliti yang merendah diri dan dengan ucapan/ceramah yang berasaskan dakwah, tok guru kekal sebagai ketua di tempat kami dan tidak pernah tewas sejak menceburkan diri dalam politik pada tahun 1967(iaitu sejak dari tahun saya dilahirkan).

Betapa saya mengharapkan lebih ramai pemimpin berhemah dan hebat seperti seorang tok guru Nik Aziz Nik Mat. Ianya perlu supaya tidak ada lagi rakyat yang terpaksa menghormati peminpin hanya kerana merasa takut padanya bukan menghormati kerana merasa selesa dan selamat di bawah payung pimpinannya. Oleh itu seorang bakal pemimpin cubalah berusaha untuk mempunyai kualiti asas agama yang tinggi dan teguh sepertimana tok guru kami sebelum mampu bergelar seorang peminpin yang diredhai Allah swt...


Hindari Doa Orang Yang Kena Zalim

Daripada Ibnu Abbas ra berkata:
Bahawasanya Rasulallah saw mengutus Muaz ke negeri Yaman(untuk menjadi Amir dan Qadhi),
lalu beliau bersabda kepadanya:
'Hindarilah doa orang yang terkena zalim,
maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah swt
sebarang benda yang mendinding'.
(at-Tirmizi)



Rasulallah saw berpesan kepada kita takutlah kepada doa orang yang kena zalim. Pada hakikatnya orang yang kuat hendaklah membantu yang lemah dan yang kaya hendaklah bantu yang miskin dan yang pandai pula cubalah bantu yang jahil. Menzalimi seseorang dengan salah-gunakan kuasa atau kekuatan hanya akan mengundang murka Allah. Maka Allah swt dengan adilnya pasti akan membela yang lemah dan teraniaya. Perlu berwaspada kerana doa orang yang kena zalim adalah mustajab dan terus saja diterima oleh Allah swt. Allah Maha Adil , maka jaga2lah takut kita tergolong dalam orang yang menzalimi.

Hendaknya kita cuba menjaga hubungan antara sesama manusia samada muslimin mahupun bukan Islam. Cuba kita bayangkan kalau doa atau keluhan orang kafir yang kena zalim sekalipun, Allah swt akan makbulkan, apatah lagi kalau yang teraniaya itu seorang yang beriman dan kuat beribadat.

Wallahu'alam.


Kelas ustaz Fauzi
Hadis Penawar Hati.


Kisah Dan Teladan

Abu Hazim r.a telah ditanya: 'Apakah harta kekayaanmu?' Abu Hazim r.a lalu menjawab: Ada dua perkara iaitu keredhaan Allah dan tidak perlu kepada bantuan orang lain.' Beliau ditanya lagi: 'Kalau begitu kamu ini seorang yang miskin?'Abu Hazim r.a lantas menjawab: 'Bagaimana mungkin aku seorang yang miskin, sedangkan penolongku adalah yang memiliki semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi, semua yang ada di antaranya dan semua yang ada di bawah tanah.'

Tips Membersihkan Hati

Membersihkan hati

1) sentiasa bersangka baik

  • sangka buruk datang dari syaitan
  • sangka buruk datang dari hati yang sakit
  • maka elakkan sangka buruk

2) buang segala hasad dengki

  • cuba rasa senang bila lihat orang senang
  • cuba rasa susah bila lihat orang susah


Jauh dari gangguan syaitan

  • sentiasa berada dalam keadaan berwuduk semasa suci dari hadas besar
  • banyakkan membaca al-quran dengan tartil
  • selalu cuba melapangkan waktu ke majlis ilmu
  • sering membaca ayat Kursi dan zikir2 lainnya
  • istiqamah solat Dhuha
  • banyakkan bersedekah

Kepentingan Selawat

# berusahalah kita untuk mendapat syafaat Rasulallah saw di akhirat nanti

# Abdullah bin Amru bin Al-Ash ra telah mendengar Rasulallah saw bersabda: Sesiapa yang membacakan selawat untukku sekali, Allah akan menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. (Muslim)

# Ibnu Mas'ud ra berkata Rasulallah saw bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari Kiamat ialah yang terbanyak membaca selawat kepadaku. (At-Tirmidzy)

# Saidina Ali ra berkata Rasulallah saw bersabda: Orang bakhil(kikir) iaitu apabila disebut namaku kepadanya lalu ia tidak membaca selawat untukku. (at-Tirmidzy)

# maka sama2 lah kita cuba istiqamah berselawat ke atas Nabi saw 10 kali setiapkali selepas menunaikan solat fardhu, sekurang-kurangnya kita sudah dapat berselawat sebanyak 50 kali setiap hari *di luar solat*.... alhamdulillah

Rahsia Khusyuk Solat

  • bersedia untuk solat
  • tamaninah, bukan tergesa-gesa
  • faham ayat-ayat yang dibaca
  • potong bacaan, maksudnya membaca bukan dengan 1 atau 2 nafas
  • baca dengan tartil, tidak terlampau laju
  • kena tahu/yakin Allah jawab permohonan kita dalam solat
  • meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, kemudian letakkan kedua-dua tangan ke dada
  • melihat di tempat sujud
  • perlu berdoa dalam solat(panjangkan doa yang kita masukkan dalam sujud)
  • membuang segala benda yang menyerabutkan di tempat kita solat
  • elakkan memakai pakaian yang bewarna-warni dan berconteng dengan berbagai gambar
  • jangan ada makanan terhidang untuk kita makan sedangkan dalam masa yang sama kita hendak solat. Oleh itu makanlah dulu.
  • jangan kita solat bilamana kita menahan buang air besar/kecil. Selesaikan dulu.


Kuliah Ustaz Wan, Surau Muhajirin

Syarat Sah Wuduk

  1. menggunakan air mutlak(air yang suci dan menyucikan) Contoh: air hujan, air laut, sungai, perigi, mata air dan embun
  2. mengalirnya air atas anggota, walaupun 1 atau 2 titis, kena mengalir
  3. tidak ada di atas anggota tadi sesuatu yang boleh mengubah air sehingga memudaratkan air, contohnya kayu cendana yang mengeluarkan warna kuning, air bedak, gincu dan sebagainya.
  4. tidak ada di atas anggota tadi sesuatu yang boleh mengubah air sehingga memudaratkan air, contohnya kayu cendana yang mengeluarkan warna kuning, air bedak, gincu dan sebagainya.
  5. tidak ada di atas anggota tadi penghalang untuk sampainya air pada kulit contohnya: tahi lalat buatan, lilin, cat kuku, dakwat yang pekat, chewing gum dan sebagainya.
  6. bagi mereka yang sentiasa buang air/mengalami istihadah: apabila masuk waktu solat barulah ambik wuduk. Sama dengan tayammum. Kalau ambil awal-awal, tidak sah. Selepas ambil wuduk kena terus solat, tidak boleh pergi buat aktiviti lain contohnya memasak/bersembang. Syaratnya kena basuh, ikat terlebih dulu untuk satu fardhu dan berapa sunat pun boleh, tapi untuk fardhu lain kena buka, basuh dan ikat balik.

    info:
    Setiapkali keluar dari bilik air, Rasulallah saw sentiasa berwuduk, sentiasa suci, tiada hadas kecil. Sebelum mengambil wuduk, Rasulallah saw menggosok gigi terlebih dahulu(bersugi).
    Pentingnya menggosok gigi ini sehingga Rasulallah saw ada bersabda; Kalau tidak memberatkan umatku, mahu saja aku mewajibkan umatku bersugi setiap kali hendak menunaikan solat.
    Menggosok gigi adalah sunat Muakkad.


Kuliah Ustaz Wan, Surau Muhajirin

Lukisan Alam

Alhamdulillah..

Bersyukurlah.... kerana kita masih dikurniakan satu kehidupan yang kita tidak tahu bagaimana dan di mana kita pada esok harinya. Hadirkanlah dalam hati kita rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala pemberian yang dipinjam dari Allah hari ini.

Nikmat yang dikecapi adalah kasih-sayang dari Allah swt. Oleh itu panjatkan lah rasa syukur kerana Allah yang melimpahkan taufiq dan hidayahNya.

Bersyukurlah kerana kita sentiasa didorong oleh Allah berbuat yang baik.

Bersyukurlah kerana Allah memperteguhkan iman kita. Setelah diri dilatih dengan selalu mendengar ceramah(majlis ilmu), solat2 fardhu, solat2 sunat dan lain-lain, maka itu akan dapat mempertingkatkan iman kita, InsyaAllah. Perlu istiqamah dan ikhlas dalam menjaga rutin ini. Ikhlas mesti dipelihara jangan biar ia bercampur dengan rasa riak dalam beribadat kepada Allah.

Walau bagaimanapun, Allah boleh menarik nikmat yang diberikan bila-bila masa sahaja. Kesenangan dan kesihatan yang Allah bagi pada kita, boleh hilang sekelip mata. Oleh itu selagi kita bernafas di mukabumi ini, selagi masih dapat melihat lukisan alam ini maka sentiasalah kita mengucap syukur pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, baik di masa susah mahu pun senang. Wassalam.


lirik lagu Lukisan Alam nyanyian Kumpulan nasyid Hijjaz buat renungan kita bersama..

Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam
begitu aturan Tuhan

jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

dalam suka hitunglah kesyukuranmu
dalam senang awasi kealpaanmu
setitis derita melanda
segunung kurniaanNya

usah mengharapkan kesenangan
dalam perjuangan perlu pengorbanan
usah dendam berpanjangan
maafkan kesalahan insan
begitu ajaran Tuhan

dalam diam taburkanlah baktimu
dalam tenang buangkanlah amarahmu
suburkanlah sifat sabar dalam jiwamu itu
suburkanlah sifat sabar di dalam jiwamu itu..



6 Jaminan Syurga

Dari Ubadah b. Somid, bahawa Rasulallah saw bersabda:
Wahai umatku, bagilah jaminan untuk aku 6 perkara. Bila kamu bagi 6 jaminan ini, aku akan jamin kamu masuk syurga.

1. Jujur, benar, ikhlas bila kamu bercakap
2. Dan hendaklah kamu tepati apabila kamu berjanji
3. Kalau orang bagi amanah pada kamu, kena tunaikan
4. Peliharalah kemaluan (maruah)
5. Tutup/tundukkan pandangan mata
6. Tahan/tegakkan tangan dari melakukan kejahatan

Orang yang ada 6 sifat ini adalah orang2 yang benar2 beriman dan dijamin Syurga Firdaus. (martabat Syurga yang paling tinggi)

Perkara paling senang untuk masuk syurga:
Bagi lelaki – tundukkan pandangan
Bagi perempuan – jaga lidah

dari 1:
Kena ada sifat benar kerana ia boleh membawa kebaikan dan kebaikan seterusnya membawa kepada Syurga. Oleh itu mesti tingkatkan taqwa kepada Allah (taqwa ialah tahap takut dan amal kita pada Allah Taala)

Selagi kita bercakap benar, Allah akan tulis kita yang benar(Saddiq)
Kata Nabi saw: Jauhkan dari kamu ‘dusta’.
Nabi kata jauhkan diri dari/jangan sama sekali bukan sekadar kata ‘jangan’(La). Ini menunjukkkan ia sangat perlu/penting.

Sesungguhnya dusta membawa kepada ‘bapa’ kejahatan dan sifat ini membawa kepada Neraka.

Kalau kita berterusan berbohong ia akan ditulis /dicop oleh Allah sebagai seorang pendusta.(semak Hadis nabi saw yang berkaitan)

Dari Abdullah Ibn Amru b. Ash, seorang sahabat bertanya kepada Rasulallah saw:

  • menanya: Siapa yang paling baik di kalangan manusia Ya Rasulallah?
  • Rasulallah saw: Orang yang mempunyai hati yang bersih (dia ada perasaan takut kepada Allah) penuh taqwa, tiada hasad. Lidah yang benar. Inilah sebaik2 manusia.

(Oleh itu perlu biasakan bercakap benar, latih anak2 kita bercakap benar)

  • menanya: Selain itu siapa lagi Ya Rasulallah?
  • Rasulallah saw: Orang yang membenci dunia dan sukakan akhirat.
    ( Orang ini hidup atas dunia menggunakan dunia sebaik2nya sebagai jambatan ke akhirat)
  • menanya: Selain dari tiga itu, siapa lagi ya Rasulallah?
  • Rasulallah saw: Orang beriman yang mempunyai akhlak yang baik.
  • menanya: Sifat yang terakhir ini kami ada Ya Rasulallah.

Dari Abu Hurairah, Rasulallah saw bersabda mengenai tanda2 orang munafik:

  1. bila dia bercakap, dia berbohong
  2. bila dia berjanji, tak tunai
    walaupun pada hakikatnya dia menunaikan solat, puasa, keluarkan zakat dan mengaku dia seorang Islam.

Oleh itu, jangan menipu!

Ada pengecualian:
Boleh menipu kalau dalam masalah perang, mendamaikan antara 2 orang yang bersengketa, dan permasalahan suami isteri.(semak hadis yang berkaitan)

Bila kita bercakap benar:

  • jiwa kita tenang. (benar itu memberi ketenangan)
  • barokah(berkat); Pendapatan kita berkat
  • mendapat martabat seperti martabat para syahadah
  • terselamat dari sesuatu yang tidak baik.

dari 2:
Menunaikan janji bila kita telah berjanji walau dalam apa keadaan sekalipun.

dari 3:
Amanah. Kata Nabi saw:
Tidak ada iman orang yang tidak amanah.
Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak bersuci.

Dalam perihal menunaikan amanah ada firman Allah(Surah An-Nisa ….)
‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahlinya’
Imam Al-Thaubari kata: Dalam kita beribadat pada Allah kena ada amanah, seperti dalam solat, puasa, haji, zakat dsb. Satu perkara yang perlu diingat iaitu isteri adalah amanah kepada suami.

dari 4:
Sifat yang menjaga faraj/ kemaluan.
Sebab tak jaga inilah, maka berlaku macam2 gejala sosial dalam masyarakat. Perlu pelihara diri dari melakukan zina. Salah satu caranya, kena tutup aurat/jangan buka aurat untuk tuntunan umum.

Ini ada hubung-kait dengan yang ke 5: Tidak menjaga pandangan. Bila tak jaga pandangan boleh menyebabkan tak dapat jaga kemaluan/maruah diri.

dari 6:
Jangan kita menyakiti manusia samada dengan lidah atau perbuatan.

Tahap2 berbuat baik merangkumi banyak perkara termasuklah:

  • buang duri, kayu dan tulang di jalanan
  • senyuman pada saudara/kawan
  • tunjukkan jalan untuk orang yang tersesat dll

Oleh itu muhasabah lah diri ~ di mana kita….


usrah oleh ustazah Jamilah
Jumaat yang mulia

Rumah kediaman

Rumah atau tempat tinggal adalah tempat untuk mententeramkan diri manusia dari segala kerumitan tabiat/kebiasaan.

Di sana dia akan dapat merasakan kemerdekaan diri dari segala macam ikatan dengan masyarakat kerana tubuh badannya akan dapat beristirehat, jiwanya akan tenang tenteram.

Firman Allah yang bermaksud,

Dan Allah menjadikan buat kamu rumah2 sebagai tempat ketenangan kamu”.
(An-Nahl 80)

Nabi saw senang sekali bila melihat sesebuah rumah itu luas dan beliau menganggap yang demikian itu termasuk kebahagiaan duniawi.

Sebagaimana sabda baginda:
“4 hal yang dikira dari kebahagiaan iaitu:
~ Perempuan(isteri) yang soleh
~ Rumah yang luas
~ Tetangga yang baik
~ Kenderaan yang menyenangkan
(Riwayat Ibnu Hibban)


Doa

Doa ialah kata2 munajat ke hadrat Ilahi untuk memohon sesuatu hajat atau meminta perlindungan daripada bahaya atau kejahatan.

Doa merupakan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam digalakkan supaya selalu berdoa kepada Allah swt bagi semua perkara kebaikan di dunia dan di akhirat.

Kebaikan di dunia ialah segala kesenangan dan kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia ketika hidup di dunia.

Kebaikan di akhirat ialah kebahagiaan hidup di alam akhirat dengan mendapat ganjaran syurga yang berkekalan di samping selamat daripada seksaan api neraka.


Langkah2 untuk berjaya di dunia dan di akhirat:

  • taat kepada perintah Allah, tidak menurut hawa nafsu dan takut akan azabnya.
  • amal ma’ruf nahi munkar (amar ma’ruf ialah menyeru, memerintah, menyuruh, mengajak atau mendidik kepada kebaikan. Nahi munkar ialah melarang, mencegah atau membenteras kegiatan(perbuatan) jahat. Kedua2nya tugas ibadah yang diwajibkan kepada setiap orang Islam. Ia mesti dilakukan seiring, tidak boleh menyeru saja tanpa ada mencegah.
  • bersabar, berdoa dan bersyukur
  • mengendalikan urusan dunia dan akhirat secara seimbang.

Seseorang yang berdoa dan berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan sesuatu, kemudian bertawakkal kepada Allah akan memperoleh kejayaan. Berdoa tapi malas berusaha adalah sia2.

Hikmah berdoa:

  • merapatkan hubungan kita dengan Allah
  • memberi ketenangan jiwa
  • insyaAllah mendapat keampunanNya
  • sentiasa menyedari kelemahan diri.

3 waktu paling afdal untuk berdoa:

  • ketika sujud dalam sembahyang
  • antara azan dan iqamat
  • antara dua khutbah.

Doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah saw.: Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada azab neraka.

Dilarang:

  • berdoa di tempat2 yang dianggap keramat untuk meminta pertolongan kerana itu perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah.
  • berdoa untuk keburukan dan kecelakaan orang lain.

Berdoalah hanya kepada Allah swt kerana Dia Maha Pemurah dan Berkuasa dalam memberikan pertolongan kepada kita dan redhalah atas segala ketentuannya.

Allah akan memperkenankan doa orang beriman yang berdoa dengan penuh keikhlasan dan keinsafan kepadaNya.


Mencari redha Allah

Berkongsi ilmu yang dapat melalui kuliah mingguan di masjid kawasan kami. Kuliah di petang Jumaat yang mulia itu adalah berkisar mengenai cara berpakaian muslimah dan amalan yang boleh membawa kepada redha Allah.


Intro dari Ustaz..

Hati kita kadang2 timbul macam2 sakit. Kena ubatkan dan akan sembuh dengan izin Allah.
Kalau buat salah atau dosa, segera lah beristighfar, minta ampun pada Allah.

****************

Tazkirah...

Firman Allah:
Hai anak adam, hendaklah kamu berpakaian yang indah semasa hendak ke masjid.

Dalam sembahyang, pakaian yang paling sempurna ialah berwarna putih.

Untuk muslimah(yang mukallaf/cukup umur, syarat2 pakaian adalah sebagaimana firman Allah

(Al-Ahzab 59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


(An-Nur 31)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


Wanita Muslimah hendaklah menutup kain kerudung mereka supaya menutup perhiasan mereka. Dan mestilah menggunakan kain yang tebal, warna gelap dan pakai bukan untuk bermegah-megah, berlagak atau untuk menarik perhatian.


Sifat2 pakaian mukminah:
-menutup seluruh badan kecuali muka dan ke2 tapak tangan dan dua zahir tangan.
-tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan
-tidak terlalu nipis hingga nampak warna kulit
-tidak menyerupai pakaian lelaki
-tidak berwarna yang terlalu menjolok mata/menarik perhatian
-pakaian yang dipakai tidaklah berniat untuk dipamerkan
-tidak menyerupai pakaian wanita kafir


Kita hendaklah cuba sedaya upaya meraih redha Allah dalam amalan kehidupan seharian. Setiap perbuatan adalah merupakan ibadah jika diniatkan semata2 kerana Allah.

Bila tetamu datang, sekurang-kurangnya hidangkanlah air suam sebelum mula berbual.

Cuba sediakan minuman (sebelum diminta menyediakan) lebih2 lagi masa suami balik kerja.( Semak kisah wanita pertama yang dapat masuk syurga yang begitu taat pada suami. Sebenarnya wanita itu adalah orang yang memegang tali unta yang ditunggangi Fatimah az-Zahraa anak Rasulallah saw di mana wanita tersebut yang melangkah terlebih dahulu masuk ke dalam syurga).

Kesimpulannya, isteri akan masuk syurga kalau suami redha.

Isteri mesti taat kepada suami selagi suami taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

******************

Penutup:
Kalau salah pada orang, segeralah minta maaf.
Kalau ada yang buat salah pada kita, segerakan pula memaafkannya. Kalau tidak perkara itu akan terbawa ke pengadilan di padang masyar di mana keadaan akan jadi tambah sulit.

Tips:
Untuk memulihkan anak2 supaya baik kelakuannya, atau untuk memulihkan suami yang beralih arah cuba amalkan membaca: Surah Alam Nasyrah. Niat apa yang kita maksudkan kemudian tiup di telinga masa anak/suami tidur. Cuba 7 malam berturut2. InsyaAllah berhasil dengan izin Allah…….

Wallahu’alam.

Makan Sayur Setiap Hari

(Penjagaan kesihatan dan perawatan alternative)

Bayam(merah)
mengandungi vitamin A dan C. Makan bayam memang baik untuk kanak2, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan atau masalah ginjal.
Seluruh bahagian bayam tua: Direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.
Akar: Direbus lalu di sapu pada tempat pendarahan dapat menghentikan pendarahan.

Bayam Itik(hijau)
Dimakan bagi tujuan mengeluarkan racun dalam badan.

Belimbing Buluh
Mengandungi vitamin A dan C.
Buah: Diawet dengan garam, boleh dijadikan minuman herba untuk merawat batuk, perut memulas kerana terlalu banyak hempedu dilepaskan dalam perut, panas badan, seriawan usus dan tekanan darah tinggi.
Daun: direbus dan diminum untuk mengubati bengkak pada dubur, melegakan demam panas, diabetis, penyakit seriawan usus(skurvi). Air rebusannya juga boleh disapu pada muka untuk merawat jerawat dan beguk.
Daun ditumbuk lumat dan tampal pada kulit untuk merawat batuk, bisul dan gatal-gatal.

Bendi
Bendi berkesan melawaskan buang air kecil dan mengurangkan radang. Ia mengandungi vitamin B.
Buah: Dikatakan baik untuk menguatkan otak, iaitu bagi menambahkan daya ingatan dan kecergasan.

Kacang Botor
Mengandungi vitamin A,C dan tokoferol(mempunyai kesan sebagai antipenuaan dan bersifat antioksidan).
Buah yang muda dan lembut dijadikan sayuran mentah, digoreng , dibuat kerabu dll.
Daun: ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul.

Kacang panjang
Mengandungi vitamin A penting untuk kesihatan mata, vitamin B untuk kesihatan sel dan vitamin C untuk menjaga kesihatan kulit.
Dimakan sebagai ubat herba tonik, menghilangkan rasa dahaga, ubat cirit-birit dan sebagai penawar kepada orang yang terlalu kerap membuang air kecil.


Kangkung
Mengandungi vitamin A dan C.
Dimakan sebagai ubat herba untuk melawaskan pembuangan air besar dan juga sebagai tonik. Kangkung digunakan sebagai penawar racun dalam makanan dan minuman. Kangkung direbus dan airnya diminum sebagai ubat batuk. Makan banyak sayur kangkung boleh menenteramkan keadaan gelisah, tidak lena tidur dan sakit kepala.

Kucai
Mengandungi vitamin C dan karotena penting untuk kesihatan mata.
Makan sayur kucai dipercayai akan meransang pemulihan daripada keletihan. Di makan atau direbus dan diminum untuk merawat masalah usus, sakit gigi dan tumor.
Boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit. Aktiviti antitumor mungkin disebabkan oleh kandungan karotena serta vitamin C yang banyak di dalam kucai.

Labu Kuning
Mengandungi vitamin A, B dan C.
Direbus dan diminum atau dimasak dan dimakan untuk rawatan menurunkan tekanan darah tinggi.

Lobak Merah
Mengandungi vitamin C dan beta-karotena penting untuk kesihatan mata dan vitamin C untuk kesihatan kulit.
Dibuat jus dan disapu pada tempat terbakar. Lobak merah dimakan sebagai tonik umum, tonik perut dan ubat untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Pegaga
Amalan kerap memakan pegaga menjadikan awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Peria
Mempunyai sifat antimicrobial, antitumor dan antivirus. Sebatian carantin yang terdapat dalam buah peria mengurangkan paras gula dalam darah. Buah dan daun mengandungi bahan kimia yang boleh merencat pertumbuhan tumor kanser tertentu. Untuk mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicelur dahulu, disapu dengan garam atau direndam di dalam air garam sebelum dimasak. Peria adalah makanan berkhasiat yang mengandungi banyak mineral dan vitamin.
Buah: dimakan atau direbus untuk diminum sebagai ubat herba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, rawatan kulit terbakar, luka-luka, penyakit kulit, sampu dan sakit perut.
Buah peria yang dimasak sebagai lauk dimakan untuk mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan, banyak kahak dan mencuci tubuh.

Saderi
Mengandungi vitamin A, B dan C
Direbus lalu diminum untuk rawatan demam denggi, tekanan darah tinggi, kekejangan otot dan sakit sendi. Saderi yang dimakan mentah boleh meransang aktiviti system saraf.

Salad
Mengandungi mineral, vitamin B, C dan beta-karotena penting untuk kesihatan mata.
Dimakan atau direbus dan diminum sebagai tonik, penawar, mengeluarkan angin dalam perut dan usus, melawaskan buang air besar dan mengatasi rasa haus.

Sengkuang
Mengandungi mineral, vitamin C
Jus ubi sengkuang dicampurkan gula diminum untuk melawaskan buang air kecil, penawar demam kuning dan gout.

Terung
Mengandungi vitamin B, C dan mineral
Buah: dimakan sebagai penawar jika tersalah makan cendawan beracun. Buah terung dibakar hangus dan abunya digunakan untuk disapu semasa masih panas pada buasir.

Terung pipit(t.manggor)
Mengandungi vitamin A, B dan C
Seluruh bahagian: ditumbuk lumat dan cecair diperah keluar digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan bisa sengatan serangga.
Buah: dimakan untuk melegakan sakit perut.
Akar: ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian kulit kaki yang retak, pada tempat bengkak untuk melegakan sakit dan mengedarkan darah dari tempat bengkak. Akar terung pipit direbus dan diminum air rebusan untuk merawat demam panas, pitam dan sawan.

Timun
Mengandungi mineral, vitamin A, B dan C
Timun dimakan sebagai ubat melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, merawat sampu, batu karang dalam hempedu dan mengatasi sakit kerongkong.
Buah muda: digunakan untuk mengubati masalah kulit seperti terbakar atau melecur dan untuk melicinkan kulit. Sekeping timun diletak pada kulit atau mata untuk kesihatan kulit.

Tomato
Jus tomato boleh menghalang pertumbuhan bacteria tertentu. Ia juga mengandungi mineral, vitamin A, B dan C.
Buah: boleh melawaskan buang air besar, digunakan sebagai ubat demam tifoid, batu karang, sampu, mata merah dan bengkak serta telinga bengkak.
Daun: ditumbuk lumat dan disapu pada muka untuk merawat masalah kulit yang terlalu lama terdedah kepada sinar matahari.

Ubi kentang
Kandungan asid askorbik dalam ubi kentang penting untuk kesihatan kulit.
Isi ubi mentah diparut dan tampal pada kulit terbakar atau campur sedikit minyak sebelum ditampal. Sekeping ubi kentang mentah diikat pada kulit yang melecur terkena air panas mendidih.

Ulam Raja
Mengandungi vitamin A dan mineral kalsium yang penting untuk kesihatan tulang.
Seluruh bahagian: dimakan atau direbus minum sebagai ubat herba untuk mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

Daun Selom
Mengandungi vitamin A, B,C dan mineral.
Selom boleh digunakan sebagai pengganti daun saderi. Daun dan batang: dilumatkan ditampal pada bisul, bengkak kerana kanser dan bekas gigitan atau patukan ular dan kala. Air rebusan selom diminum sebagai penawar demam panas, selesema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.


Keperluan Menuntut Ilmu

Ini adalah sedikit nota yang sempat saya tulis dari pemahaman saya dalam mengikuti usrah Ustazah Jamilah di Surau Muhajirin tak lama dulu. Semoga mendapat manafaat bersama.

Info:
Ustazah gunakan kitab Imam Al-Thaubari yang bertajuk ‘Wasiat2 daripada Rasulallah saw' yang mengandungi 100 Hadith yang berupa wasiat Rasulallah saw kepada umatnya sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan. Tidak diketahui samada kitab tersebut ada terjemahan BM atau tidak.

Intro:
Perlu terus menuntut ilmu walaupun tok guru/ ustaz yang selalu mengajar dah pindah atau tiada.

Orang yang berilmu tak sama dengan orang yang tak berilmu. Oleh itu kita mesti menuntut ilmu untuk membezakan kita dengan orang yang tak berilmu.

Orang yang Allah nak bagi kebaikan adalah kerana 'rahmat Allah' bukan dengan sebab kerajinan kita. Oleh itu perlu diingat kita sampai ke satu-satu majlis ilmu itu adalah kerana rahmat Allah kepada kita. Dengan sebab itu kena sentiasa bersyukur. Kehidupan yang baik adalah dengan rahmat Allah, dengan kasih sayang Allah.

Firman Allah:
Sesiapa yang Allah nak beri hidayah/petunjuk, Allah akan buka hatinya untuk Islam, akan lapangkan dada. Allah akan sesatkan dia(jika tak nak bagi hidayah), Allah akan jadikan dadanya sempit dan terbiar. Demikianlah Allah jadikan siksaan kepada orang2 yang tak beriman.

Kalau Allah tak merahmati kita, sebenarnya tak ada apalah kita sekarang ini…

Kesimpulannya..
‘Barang siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, dia adalah dikira fisabilillah(berjuang di jalan Allah) sehinggalah dia pulang dari menuntut ilmu.’

Oleh itu ambillah daripada sesiapa saja(mana-mana majlis ilmu) selagi ia boleh memberi manafaat.

Wallahu'alam.



Ciri2 orang yang bertaqwa

1. Sentiasa memelihara sembahyang
……sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. (Al-‘Ankabut :45)

3 cara dalam memelihara sembahyang:
-laksanakan Solat tepat pada waktunya.
-solat secara berjamaah
-solat dengan penuh kusyuk.

2. Memelihara anggota tubuh.
a) terhadap hati.
- Kalau rosak hati, seluruh anggota tubuh akan rosak.
- Baikilah hati dengan banyak berzikir dan berbuat ketaatan, maka tangan, mata, pendengaran, kaki, perut dan kemaluan pun akan baik.

b) terhadap lidah
Jauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna atau sia-sia. Perkataan yang tidak berguna ialah sesuatu yang tidak ada manafaat di akhirat kelak malah akan membahayakan diri di akhirat kelak.

c) terhadap pendengaran
- orang yang mendengar sebuah celaan, adalah teman orang yang mencela.

d) terhadap penglihatan
- banyak sebab dari penglihatan telah mengakibatkan kecelakaan pada hati dan timbulkan pelbagai malapetaka.

e) terhadap perut.
- pelihara perut dari makanan dan sumber yang haram.


Memanafaatkan Waktu


Wajib bagi manusia untuk mengetahui betapa mulia dan berharganya waktu, agar ia tidak menyia-nyiakan setiap detik waktunya kecuali hanyalah untuk dekat dengan Tuhannya dan selalu menyajikan yang terbaik dari setiap perkataan dan perbuatannya. Hendaklah niatnya selalu tegak untuk melakukan segala kebaikan, tanpa harus terganggu oleh lemahnya badan untuk tidak melakukan yang demikian.

Jika seseorang sedar bahawa kematian akan memotong seluruh usaha dan amalnya, ia akan sentiasa beramal dan bekerja di masa hidupnya untuk memperoleh pahala dan ganjaran yang abadi. Jika ia memiliki harta di dunia, maka ia akan berusaha untuk mewakafkannya, umpama menanam tanaman yang boleh dinikmati oleh generasi penerusnya. Ia akan membuat aliran sungai, berusaha membangun keluarga yang boleh mendoakannya ketika dirinya telah menghadap Allah. Ia akan cuba melakukan segala amalan yang pahalanya boleh dipetik tanpa henti. Ia juga akan menulis buku yang boleh dibaca oleh setiap orang setelahnya dan sentiasa beramal dengan pelbagai kebaikan. Dari karya-karyanya ramai orang yang dapat mengikuti jejak amalnya. Itulah manusia-manusia yang tidak pernah mati. Betapa ramainya manusia yang mati, namun pada hakikatnya mereka selalu hidup.

***sumber dari buku yang ditulis seorang ilmuan...
moga dapat dikongsi manafaat...

Perihal Hidayah dan Ilmu


Bismillahirrahmanirrahim..


HIDAYAH
Bukan semua orang akan mendapat hidayah daripada Allah taala. Hidayah adalah sesuatu yang kita mesti berusaha untuk meraihnya. Untuk tujuan itu, kena banyak berdoa kepada Allah dan banyakkan berbuat amal ibadat. Ibadat bukan hanya tertumpu kepada amalan khusus sahaja seperti sembahyang, puasa dan sebagainya, malah lebih dari itu. Pergi bekerja setiap hari itu juga merupakan suatu ibadah, jika kita pergi dengan niat kerana Allah. Membuang batu atau duri di jalanan untuk tidak menghalang laluan orang-ramai juga dikira ibadah. Semuanya terletak kepada kesungguhan kita dalam mencari keredhaan Ilahi. Oleh itu hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapainya, sebab bukan semua orang terpilih mendapat kurniaan Allah itu.


ILMU
Perkara yang membezakan antara kita orang-orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani ialah Ilmu. Orang –orang Yahudi adalah orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya, manakala orang Nasrani lansung tidak berilmu malah sesat apalagi mau mengamalkan apa-apa ilmu. Kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Maka hendaklah berusaha dapatkan ilmu, belajar dengan kesungguhan di samping memohon kekuatan dari Allah untuk ketetapan hati. Selebihnya, tinggal usaha kita untuk istiqamah dalam beramal... InsyaAllah.


**nota: tazkirah yang didengar melalui radio di satu pagi...



Kalau Ingat Allah, Allah Akan Ingat Kita.

Assalamualaikum.
Semasa membelek nota2 usrah yang sering saya hadiri satu ketika dulu, ada satu nota yang menarik hati saya untuk dikongsi bersama sesiapa yang sudi membaca. Nota ini saya ambil semasa mendengar usrah seorang ustaz yang agak terkenal di Indonesia. Kami yang tinggal di kawasan ini alhamdulillah berpeluang mengikuti kuliah beliau yang kadangkala terbang ke Malaysia. Kami selalunya tidak melepaskan peluang pergi ke Surau Muhajirin jika mendapat khabar Ustaz Nursalam yang akan sampaikan tazkirah.

Sebahagian isi kuliah
  1. kalau ingat Allah, Allah akan ingat kita. Allah pemilik segala-galanya.
  2. dirikanlah Solat kerana itu 'Ingat Allah' yang paling besar. Zikir yang paling besar ialah Solat. Ini adalah kerana zikir, tahmid, takbir, munajat dan lain-lain semuanya ada dalam Solat.
  3. tujuan Allah suruh kita Solat adalah supaya kita ingat Allah. Allah akan bagi kebahagiaan, kesenangan, kepuasan kalau kita ingat Allah.
  4. orang-orang yang beriman, hati mereka tenteram kerana ingat Allah. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan tenteram. (Surah Ar-Ra'd 28,29) Dunia tidak pernah menjanjikan ketenteraman, oleh itu jika ingat yang lain maka hati tak akan tenteram.
  5. Sesiapa yang lalai dari mengingati Allah, Allah jadikan hidup orang itu sempit. Yang mana hidupnya mengeluh sahaja, yang kaya mengeluh, yang miskin pun mengeluh. Mengeluh kerana jiwanya tidak tenang.
  6. Manusia diciptakan oleh Allah dalam keadaan keluh kesah kecuali orang-orang yang Solat. Sebenarnya dalam Solat pun ada mengeluh, tapi tempat mengeluhnya jelas iaitu hanya mengeluh pada Allah, mengadu pada Allah.
  7. Akibat tidak zikir pada Allah, hidup selalu terasa sempit dan hidup selalu diikuti oleh syaitan. Oleh itu jangan berteman dengan syaitan. Para malaikat pula akan sentiasa mendoakan kita kalau sering zikir kepada Allah.

    Wallahua'lam.

Petua

Saya ada 2 petua yang nak dikongsi bersama

1)
Ubat untuk sakit Gout ~
Cari 3 benda kat pasar Chow kit iaitu Bonglai, Lampuyang dan Halia Bara. Kena perhati dan tanya penjual kat gerai sayur tu yang mana satu sebab bonglai dan halia bara bendanya hampir sama. Ok..ambil sebesar ibu jari setiap satu benda tadi, tumbuk dan buboh ibu garam 2,3 biji. Lepas tu, perah untuk dapatkan airnya lebih kurang 1/4 cawan. Minumlah sebulan sekali InsyaAllah berkesan untuk merawat Gout. Petua ni saya dapat masa borak dengan emak neighbour sebelah rumah.


2)Menyuburkan rambut
~
Seminggu sekali saya cuba usahakan untuk merawat rambut saya, suami dan anak2 yang nampak tak bermaya. Caranya... ambil 2,3 batang daun lidah buaya, kupas kulit, bersihkan dan blend untuk dapatkan jelinya. Jeli itu kemudiannya dilumur di kepala dan dibiarkan selama lebihkurang 15 minit sebelum membilasnya. Nampak gaya berkesan...cubalah.