CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Lukisan Alam

Alhamdulillah..

Bersyukurlah.... kerana kita masih dikurniakan satu kehidupan yang kita tidak tahu bagaimana dan di mana kita pada esok harinya. Hadirkanlah dalam hati kita rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala pemberian yang dipinjam dari Allah hari ini.

Nikmat yang dikecapi adalah kasih-sayang dari Allah swt. Oleh itu panjatkan lah rasa syukur kerana Allah yang melimpahkan taufiq dan hidayahNya.

Bersyukurlah kerana kita sentiasa didorong oleh Allah berbuat yang baik.

Bersyukurlah kerana Allah memperteguhkan iman kita. Setelah diri dilatih dengan selalu mendengar ceramah(majlis ilmu), solat2 fardhu, solat2 sunat dan lain-lain, maka itu akan dapat mempertingkatkan iman kita, InsyaAllah. Perlu istiqamah dan ikhlas dalam menjaga rutin ini. Ikhlas mesti dipelihara jangan biar ia bercampur dengan rasa riak dalam beribadat kepada Allah.

Walau bagaimanapun, Allah boleh menarik nikmat yang diberikan bila-bila masa sahaja. Kesenangan dan kesihatan yang Allah bagi pada kita, boleh hilang sekelip mata. Oleh itu selagi kita bernafas di mukabumi ini, selagi masih dapat melihat lukisan alam ini maka sentiasalah kita mengucap syukur pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, baik di masa susah mahu pun senang. Wassalam.


lirik lagu Lukisan Alam nyanyian Kumpulan nasyid Hijjaz buat renungan kita bersama..

Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berbintang
itulah lukisan alam
begitu aturan Tuhan

jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

dalam suka hitunglah kesyukuranmu
dalam senang awasi kealpaanmu
setitis derita melanda
segunung kurniaanNya

usah mengharapkan kesenangan
dalam perjuangan perlu pengorbanan
usah dendam berpanjangan
maafkan kesalahan insan
begitu ajaran Tuhan

dalam diam taburkanlah baktimu
dalam tenang buangkanlah amarahmu
suburkanlah sifat sabar dalam jiwamu itu
suburkanlah sifat sabar di dalam jiwamu itu..



0 comments: