CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Hindari Doa Orang Yang Kena Zalim

Daripada Ibnu Abbas ra berkata:
Bahawasanya Rasulallah saw mengutus Muaz ke negeri Yaman(untuk menjadi Amir dan Qadhi),
lalu beliau bersabda kepadanya:
'Hindarilah doa orang yang terkena zalim,
maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah swt
sebarang benda yang mendinding'.
(at-Tirmizi)



Rasulallah saw berpesan kepada kita takutlah kepada doa orang yang kena zalim. Pada hakikatnya orang yang kuat hendaklah membantu yang lemah dan yang kaya hendaklah bantu yang miskin dan yang pandai pula cubalah bantu yang jahil. Menzalimi seseorang dengan salah-gunakan kuasa atau kekuatan hanya akan mengundang murka Allah. Maka Allah swt dengan adilnya pasti akan membela yang lemah dan teraniaya. Perlu berwaspada kerana doa orang yang kena zalim adalah mustajab dan terus saja diterima oleh Allah swt. Allah Maha Adil , maka jaga2lah takut kita tergolong dalam orang yang menzalimi.

Hendaknya kita cuba menjaga hubungan antara sesama manusia samada muslimin mahupun bukan Islam. Cuba kita bayangkan kalau doa atau keluhan orang kafir yang kena zalim sekalipun, Allah swt akan makbulkan, apatah lagi kalau yang teraniaya itu seorang yang beriman dan kuat beribadat.

Wallahu'alam.


Kelas ustaz Fauzi
Hadis Penawar Hati.