CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau Ingat Allah, Allah Akan Ingat Kita.

Assalamualaikum.
Semasa membelek nota2 usrah yang sering saya hadiri satu ketika dulu, ada satu nota yang menarik hati saya untuk dikongsi bersama sesiapa yang sudi membaca. Nota ini saya ambil semasa mendengar usrah seorang ustaz yang agak terkenal di Indonesia. Kami yang tinggal di kawasan ini alhamdulillah berpeluang mengikuti kuliah beliau yang kadangkala terbang ke Malaysia. Kami selalunya tidak melepaskan peluang pergi ke Surau Muhajirin jika mendapat khabar Ustaz Nursalam yang akan sampaikan tazkirah.

Sebahagian isi kuliah
  1. kalau ingat Allah, Allah akan ingat kita. Allah pemilik segala-galanya.
  2. dirikanlah Solat kerana itu 'Ingat Allah' yang paling besar. Zikir yang paling besar ialah Solat. Ini adalah kerana zikir, tahmid, takbir, munajat dan lain-lain semuanya ada dalam Solat.
  3. tujuan Allah suruh kita Solat adalah supaya kita ingat Allah. Allah akan bagi kebahagiaan, kesenangan, kepuasan kalau kita ingat Allah.
  4. orang-orang yang beriman, hati mereka tenteram kerana ingat Allah. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan tenteram. (Surah Ar-Ra'd 28,29) Dunia tidak pernah menjanjikan ketenteraman, oleh itu jika ingat yang lain maka hati tak akan tenteram.
  5. Sesiapa yang lalai dari mengingati Allah, Allah jadikan hidup orang itu sempit. Yang mana hidupnya mengeluh sahaja, yang kaya mengeluh, yang miskin pun mengeluh. Mengeluh kerana jiwanya tidak tenang.
  6. Manusia diciptakan oleh Allah dalam keadaan keluh kesah kecuali orang-orang yang Solat. Sebenarnya dalam Solat pun ada mengeluh, tapi tempat mengeluhnya jelas iaitu hanya mengeluh pada Allah, mengadu pada Allah.
  7. Akibat tidak zikir pada Allah, hidup selalu terasa sempit dan hidup selalu diikuti oleh syaitan. Oleh itu jangan berteman dengan syaitan. Para malaikat pula akan sentiasa mendoakan kita kalau sering zikir kepada Allah.

    Wallahua'lam.

0 comments: