CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Doa

Doa ialah kata2 munajat ke hadrat Ilahi untuk memohon sesuatu hajat atau meminta perlindungan daripada bahaya atau kejahatan.

Doa merupakan sunnah Rasulullah saw. Umat Islam digalakkan supaya selalu berdoa kepada Allah swt bagi semua perkara kebaikan di dunia dan di akhirat.

Kebaikan di dunia ialah segala kesenangan dan kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia ketika hidup di dunia.

Kebaikan di akhirat ialah kebahagiaan hidup di alam akhirat dengan mendapat ganjaran syurga yang berkekalan di samping selamat daripada seksaan api neraka.


Langkah2 untuk berjaya di dunia dan di akhirat:

  • taat kepada perintah Allah, tidak menurut hawa nafsu dan takut akan azabnya.
  • amal ma’ruf nahi munkar (amar ma’ruf ialah menyeru, memerintah, menyuruh, mengajak atau mendidik kepada kebaikan. Nahi munkar ialah melarang, mencegah atau membenteras kegiatan(perbuatan) jahat. Kedua2nya tugas ibadah yang diwajibkan kepada setiap orang Islam. Ia mesti dilakukan seiring, tidak boleh menyeru saja tanpa ada mencegah.
  • bersabar, berdoa dan bersyukur
  • mengendalikan urusan dunia dan akhirat secara seimbang.

Seseorang yang berdoa dan berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan sesuatu, kemudian bertawakkal kepada Allah akan memperoleh kejayaan. Berdoa tapi malas berusaha adalah sia2.

Hikmah berdoa:

  • merapatkan hubungan kita dengan Allah
  • memberi ketenangan jiwa
  • insyaAllah mendapat keampunanNya
  • sentiasa menyedari kelemahan diri.

3 waktu paling afdal untuk berdoa:

  • ketika sujud dalam sembahyang
  • antara azan dan iqamat
  • antara dua khutbah.

Doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah saw.: Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada azab neraka.

Dilarang:

  • berdoa di tempat2 yang dianggap keramat untuk meminta pertolongan kerana itu perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah.
  • berdoa untuk keburukan dan kecelakaan orang lain.

Berdoalah hanya kepada Allah swt kerana Dia Maha Pemurah dan Berkuasa dalam memberikan pertolongan kepada kita dan redhalah atas segala ketentuannya.

Allah akan memperkenankan doa orang beriman yang berdoa dengan penuh keikhlasan dan keinsafan kepadaNya.


0 comments: