CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Keperluan Menuntut Ilmu

Ini adalah sedikit nota yang sempat saya tulis dari pemahaman saya dalam mengikuti usrah Ustazah Jamilah di Surau Muhajirin tak lama dulu. Semoga mendapat manafaat bersama.

Info:
Ustazah gunakan kitab Imam Al-Thaubari yang bertajuk ‘Wasiat2 daripada Rasulallah saw' yang mengandungi 100 Hadith yang berupa wasiat Rasulallah saw kepada umatnya sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan. Tidak diketahui samada kitab tersebut ada terjemahan BM atau tidak.

Intro:
Perlu terus menuntut ilmu walaupun tok guru/ ustaz yang selalu mengajar dah pindah atau tiada.

Orang yang berilmu tak sama dengan orang yang tak berilmu. Oleh itu kita mesti menuntut ilmu untuk membezakan kita dengan orang yang tak berilmu.

Orang yang Allah nak bagi kebaikan adalah kerana 'rahmat Allah' bukan dengan sebab kerajinan kita. Oleh itu perlu diingat kita sampai ke satu-satu majlis ilmu itu adalah kerana rahmat Allah kepada kita. Dengan sebab itu kena sentiasa bersyukur. Kehidupan yang baik adalah dengan rahmat Allah, dengan kasih sayang Allah.

Firman Allah:
Sesiapa yang Allah nak beri hidayah/petunjuk, Allah akan buka hatinya untuk Islam, akan lapangkan dada. Allah akan sesatkan dia(jika tak nak bagi hidayah), Allah akan jadikan dadanya sempit dan terbiar. Demikianlah Allah jadikan siksaan kepada orang2 yang tak beriman.

Kalau Allah tak merahmati kita, sebenarnya tak ada apalah kita sekarang ini…

Kesimpulannya..
‘Barang siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, dia adalah dikira fisabilillah(berjuang di jalan Allah) sehinggalah dia pulang dari menuntut ilmu.’

Oleh itu ambillah daripada sesiapa saja(mana-mana majlis ilmu) selagi ia boleh memberi manafaat.

Wallahu'alam.



0 comments: