Berkongsi ilmu yang dapat melalui kuliah mingguan di masjid kawasan kami. Kuliah di petang Jumaat yang mulia itu adalah berkisar mengenai cara berpakaian muslimah dan amalan yang boleh membawa kepada redha Allah.
Intro dari Ustaz..
Hati kita kadang2 timbul macam2 sakit. Kena ubatkan dan akan sembuh dengan izin Allah.
Kalau buat salah atau dosa, segera lah beristighfar, minta ampun pada Allah.
****************
Tazkirah...
Firman Allah: Hai anak adam, hendaklah kamu berpakaian yang indah semasa hendak ke masjid.
Dalam sembahyang, pakaian yang paling sempurna ialah berwarna putih.
Untuk muslimah(yang mukallaf/cukup umur, syarat2 pakaian adalah sebagaimana firman Allah
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Wanita Muslimah hendaklah menutup kain kerudung mereka supaya menutup perhiasan mereka. Dan mestilah menggunakan kain yang tebal, warna gelap dan pakai bukan untuk bermegah-megah, berlagak atau untuk menarik perhatian.
Sifat2 pakaian mukminah:
-menutup seluruh badan kecuali muka dan ke2 tapak tangan dan dua zahir tangan.
-tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan
-tidak terlalu nipis hingga nampak warna kulit
-tidak menyerupai pakaian lelaki
-tidak berwarna yang terlalu menjolok mata/menarik perhatian
-pakaian yang dipakai tidaklah berniat untuk dipamerkan
-tidak menyerupai pakaian wanita kafir
Kita hendaklah cuba sedaya upaya meraih redha Allah dalam amalan kehidupan seharian. Setiap perbuatan adalah merupakan ibadah jika diniatkan semata2 kerana Allah.
Bila tetamu datang, sekurang-kurangnya hidangkanlah air suam sebelum mula berbual.
Cuba sediakan minuman (sebelum diminta menyediakan) lebih2 lagi masa suami balik kerja.( Semak kisah wanita pertama yang dapat masuk syurga yang begitu taat pada suami. Sebenarnya wanita itu adalah orang yang memegang tali unta yang ditunggangi Fatimah az-Zahraa anak Rasulallah saw di mana wanita tersebut yang melangkah terlebih dahulu masuk ke dalam syurga).
Isteri mesti taat kepada suami selagi suami taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
******************
Penutup:
Kalau salah pada orang, segeralah minta maaf.
Kalau ada yang buat salah pada kita, segerakan pula memaafkannya. Kalau tidak perkara itu akan terbawa ke pengadilan di padang masyar di mana keadaan akan jadi tambah sulit.
Tips:
Untuk memulihkan anak2 supaya baik kelakuannya, atau untuk memulihkan suami yang beralih arah cuba amalkan membaca: Surah Alam Nasyrah. Niat apa yang kita maksudkan kemudian tiup di telinga masa anak/suami tidur. Cuba 7 malam berturut2. InsyaAllah berhasil dengan izin Allah…….
Wallahu’alam.
0 comments:
Post a Comment