Wajib bagi manusia untuk mengetahui betapa mulia dan berharganya waktu, agar ia tidak menyia-nyiakan setiap detik waktunya kecuali hanyalah untuk dekat dengan Tuhannya dan selalu menyajikan yang terbaik dari setiap perkataan dan perbuatannya. Hendaklah niatnya selalu tegak untuk melakukan segala kebaikan, tanpa harus terganggu oleh lemahnya badan untuk tidak melakukan yang demikian.
Jika seseorang sedar bahawa kematian akan memotong seluruh usaha dan amalnya, ia akan sentiasa beramal dan bekerja di masa hidupnya untuk memperoleh pahala dan ganjaran yang abadi. Jika ia memiliki harta di dunia, maka ia akan berusaha untuk mewakafkannya, umpama menanam tanaman yang boleh dinikmati oleh generasi penerusnya. Ia akan membuat aliran sungai, berusaha membangun keluarga yang boleh mendoakannya ketika dirinya telah menghadap Allah. Ia akan cuba melakukan segala amalan yang pahalanya boleh dipetik tanpa henti. Ia juga akan menulis buku yang boleh dibaca oleh setiap orang setelahnya dan sentiasa beramal dengan pelbagai kebaikan. Dari karya-karyanya ramai orang yang dapat mengikuti jejak amalnya. Itulah manusia-manusia yang tidak pernah mati. Betapa ramainya manusia yang mati, namun pada hakikatnya mereka selalu hidup.
***sumber dari buku yang ditulis seorang ilmuan...
moga dapat dikongsi manafaat...
بسم الله الرحمن الرحيم
Memanafaatkan Waktu
Labels: ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment