Dari Ubadah b. Somid, bahawa Rasulallah saw bersabda:
Wahai umatku, bagilah jaminan untuk aku 6 perkara. Bila kamu bagi 6 jaminan ini, aku akan jamin kamu masuk syurga.
1. Jujur, benar, ikhlas bila kamu bercakap
2. Dan hendaklah kamu tepati apabila kamu berjanji
3. Kalau orang bagi amanah pada kamu, kena tunaikan
4. Peliharalah kemaluan (maruah)
5. Tutup/tundukkan pandangan mata
6. Tahan/tegakkan tangan dari melakukan kejahatan
Orang yang ada 6 sifat ini adalah orang2 yang benar2 beriman dan dijamin Syurga Firdaus. (martabat Syurga yang paling tinggi)
Perkara paling senang untuk masuk syurga:
Bagi lelaki – tundukkan pandangan
Bagi perempuan – jaga lidah
dari 1:
Kena ada sifat benar kerana ia boleh membawa kebaikan dan kebaikan seterusnya membawa kepada Syurga. Oleh itu mesti tingkatkan taqwa kepada Allah (taqwa ialah tahap takut dan amal kita pada Allah Taala)
Selagi kita bercakap benar, Allah akan tulis kita yang benar(Saddiq)
Kata Nabi saw: Jauhkan dari kamu ‘dusta’.
Nabi kata jauhkan diri dari/jangan sama sekali bukan sekadar kata ‘jangan’(La). Ini menunjukkkan ia sangat perlu/penting.
Sesungguhnya dusta membawa kepada ‘bapa’ kejahatan dan sifat ini membawa kepada Neraka.
Kalau kita berterusan berbohong ia akan ditulis /dicop oleh Allah sebagai seorang pendusta.(semak Hadis nabi saw yang berkaitan)
Dari Abdullah Ibn Amru b. Ash, seorang sahabat bertanya kepada Rasulallah saw:
- menanya: Siapa yang paling baik di kalangan manusia Ya Rasulallah?
- Rasulallah saw: Orang yang mempunyai hati yang bersih (dia ada perasaan takut kepada Allah) penuh taqwa, tiada hasad. Lidah yang benar. Inilah sebaik2 manusia.
(Oleh itu perlu biasakan bercakap benar, latih anak2 kita bercakap benar)
- menanya: Selain itu siapa lagi Ya Rasulallah?
- Rasulallah saw: Orang yang membenci dunia dan sukakan akhirat.
( Orang ini hidup atas dunia menggunakan dunia sebaik2nya sebagai jambatan ke akhirat) - menanya: Selain dari tiga itu, siapa lagi ya Rasulallah?
- Rasulallah saw: Orang beriman yang mempunyai akhlak yang baik.
- menanya: Sifat yang terakhir ini kami ada Ya Rasulallah.
Dari Abu Hurairah, Rasulallah saw bersabda mengenai tanda2 orang munafik:
- bila dia bercakap, dia berbohong
- bila dia berjanji, tak tunai
walaupun pada hakikatnya dia menunaikan solat, puasa, keluarkan zakat dan mengaku dia seorang Islam.
Oleh itu, jangan menipu!
Ada pengecualian:
Boleh menipu kalau dalam masalah perang, mendamaikan antara 2 orang yang bersengketa, dan permasalahan suami isteri.(semak hadis yang berkaitan)
Bila kita bercakap benar:
- jiwa kita tenang. (benar itu memberi ketenangan)
- barokah(berkat); Pendapatan kita berkat
- mendapat martabat seperti martabat para syahadah
- terselamat dari sesuatu yang tidak baik.
dari 2:
Menunaikan janji bila kita telah berjanji walau dalam apa keadaan sekalipun.
dari 3:
Amanah. Kata Nabi saw:
Tidak ada iman orang yang tidak amanah.
Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak bersuci.
Dalam perihal menunaikan amanah ada firman Allah(Surah An-Nisa ….)
‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahlinya’
Imam Al-Thaubari kata: Dalam kita beribadat pada Allah kena ada amanah, seperti dalam solat, puasa, haji, zakat dsb. Satu perkara yang perlu diingat iaitu isteri adalah amanah kepada suami.
dari 4:
Sifat yang menjaga faraj/ kemaluan.
Sebab tak jaga inilah, maka berlaku macam2 gejala sosial dalam masyarakat. Perlu pelihara diri dari melakukan zina. Salah satu caranya, kena tutup aurat/jangan buka aurat untuk tuntunan umum.
Ini ada hubung-kait dengan yang ke 5: Tidak menjaga pandangan. Bila tak jaga pandangan boleh menyebabkan tak dapat jaga kemaluan/maruah diri.
dari 6:
Jangan kita menyakiti manusia samada dengan lidah atau perbuatan.
Tahap2 berbuat baik merangkumi banyak perkara termasuklah:
- buang duri, kayu dan tulang di jalanan
- senyuman pada saudara/kawan
- tunjukkan jalan untuk orang yang tersesat dll
Oleh itu muhasabah lah diri ~ di mana kita….
usrah oleh ustazah Jamilah
Jumaat yang mulia
0 comments:
Post a Comment