Alhamdulillah..
Pesta Buku Antarabangsa akan kembali bertamu pada minggu depan bermula 4hb April dan berakhir pada 13hb April, 2008. InsyaAllah kami sekeluarga akan mengunjungi PWTC sepertimana tahun-tahun lepas di mana ia merupakan salah-satu dari acara tahunan kami.
Selalunya tak cukup dengan sekali pergi, anak-anak meminta untuk pergi lagi '2nd time' untuk tujuan mendapatkan buku-buku yang dijual/lelong dengan harga yang murah berbanding dengan '1st visit' di minggu pertama. Jadi mau tak mau terpaksa lah ikut kehendak anak2 yang bersemangat memberi berbagai alasan kononnya buku kerja belum cover semua, ada hit novel yang tertinggal belum beli dan macam2 alasan lagi.
Berkunjung ke Pesta Buku memang menyeronokkan sebab kita tenggelam dalam ribuan buku-buku yang bermutu dan bermanafaat untuk semua peringkat umur. Tapi bab penatnya berjalan dan meronda dari satu booth ke satu booth, tak boleh cerita... jadi kena kuat stamina untuk misi Pesta Buku ini. Anak-anak mungkin ok, tapi bagi kami yang dah makin berumur ni memang tak berapa larat untuk meronda dalam dewan besar itu yang kalau dihitung-hitung maunya 2km berjalan. Berhentinya hanya waktu kami rehat untuk solat dan makan, kemudian sambung berjalan lagi.
Dalam bab memilih buku, saya biasanya melekat di booth Al-Hidayah, Pustaka Islamiyah, Ikim, Jahabersa dan beberapa booth lain yang mempamerkan buku2 dakwah dan ilmiah. Manakala suami dan anak2 biasanya berpecah membawa haluan sendiri. Yang menjadi penghubung antara kami untuk mengesan antara satu sama lain hanyalah telefon bimbit yang setia di tangan masing2.
Setiap tahun saya mengambil peluang membeli buku2 agama yang dijual dengan harga yang murah namun bermutu dari segi percetakan maupun mengandungi isi yang padat dan bermesej. Selain dari untuk diri sendiri, saya beli dan simpan buku2 tersebut untuk digunakan sebagai cenderahati buat kawan2 atau saudara-mara yang berkunjung ke rumah. Begitu juga dengan novel2 remaja yang baik dan mempunyai mesej(tidak terlalu heavy jalan ceritanya), saya beli dan standby untuk birthday kawan2 sekolah anak atau jiran.
Semua itu berguna lebih-lebih lagi jika kebetulan kita tidak mempunyai hadiah lain di rumah atau tidak sempat keluar mencari. Ada di antara novel2 tersebut dijual dengan harga rm12 untuk 10 buah novel, maknanya sebuah novel berharga lebih-kurang 80 sen walhal harga sebenar novel tersebut ialah rm10.90. Begitu juga dengan buku kerja anak2 yang berharga sekitar rm1 - rm5 yang jauh berbeza harganya jika dibeli di kedai2 buku biasa.
Untuk koleksi peribadi pula, saya dan suami memang meminati buku2 hasil terjemahan Syed Ahmad Semait dari Pustaka Nasional, Singapura(sekarang dikenali dengan nama Pustaka Islamiyah). Alhamdulillah, kami sempat bersua muka dengan beliau di Pesta Buku 2006 dan sempat pula bergambar kenangan bersama beliau.. Namun tanpa diduga selepas 3 bulan dari tarikh tersebut kami mendapat khabar sedih yang beliau telah kembali ke rahmatullah setelah menemui ajal dalam nahas jalanraya...Innalillah.. Masih jelas tergambar di ruang mata, kenangan semasa berbual-bual dengan arwah mengenai buku2 beliau yang menjadi koleksi kami setiap tahun.
Di pertemuan itu arwah sempat menitipkan tandatangan dan pesanan bertulis di buku 'Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani' (karangan Sidi Syeikh Abdul Qadir Jailani) yang beriya disyorkan oleh beliau untuk saya memilikinya. Pesanan itu berbunyi..'Baca Untuk Dimengerti, Baca Untuk Menambah Ilmu'..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal Soleh.. Semoga Allah membalas segala kebaikan beliau di dunia ini yang banyak membantu dalam menyebarkan dakwah dan ilmu pengetahuan...Aminn..