CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Semoga Allah Berkati


Tak terucap kepiluan ini

Titik hitam yg menghijab hati

Hitung dosa saat pergi takkan kembali

Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan

Bukan jauh ketentuan datang

Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang

Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna

Bukti Tuhan Maha Kuasa

Kemanakah arah tuju

Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka

Di dunia bakti di tempah

Tanam budi luhur budi

Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan

Tempat rahmat petunjuk pimpinan

Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan

Suluh terang jalan kebahagiaan




19 tahun berlalu.... Happy Anniversary buat perkahwinanku 29/4/1990.... semoga Allah Berkati Rumahtangga Kami...Moga sentiasa dilimpahi NUR TUHAN....amiin...

Rahsia 'banana split' yang sedap

"Waaahh, malam ni mama dapat satu ilmu pa... hehe", kata saya sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta.

Suami hanya mengerling sambil tersenyum. Keriangan jelas terasa dari perbualan pendek antara saya dengan jurujual kat gerai pisang semalam. Walaupun mungkin tiada apa lah sangat info yang dapat tu, namun berguna bagi saya dan mungkin sesapa saja yang berminat nak tahu... :)

Suami saya tunjuk sesikat 'pisang berangan' yang lain dalam banyak2 pisang yang tergantung tu, namun saya pilih yang lain pula. Saya lalu berpaling sambil memberi isyarat pada suami yang duk dalam kereta dengan hanya mengangkat ibu jari sebagai tanda pisang pilihan saya yang lebih sedap.

"Pandai akak pilih pisang...", kata isteri jurujual.

"Tak semua orang tahu pilih pisang. Ramai yang terpikat pada kulitnya yang bersih cantik saja. Yang orang biasa panggil 'pisang comel' tu. Yang sebenarnya yang akak pilih kulit berbintik2 ni lagi sedap dan manis rasanya. Kalau yang macam ni diaorang kat kampung2 tu tanam betul2 di tempat yang panas. Tu yang buat rasanya manis dan isi lebih sedap. Kalau yang licin cantik ni pula biasanya pisang dari pokok yang ditanam di tempat2 yang redup dan tak dapat cahaya matahari sepenuhnya, tu yang rasa dia masam sikit...", fuhhh panjang lebar beliau bercerita. "Boleh tulis dalam blog ni", bisik hati kecil ku sambil wajah tersenyum girang....:)

So teramat le sedapnya 'Banana Split' yang di serve kan buat suami dan anak2 ku malam tadi... hihi

Riadah le pulak!

Link"Jom joging...", ajak papa sebaik saja kami selesai solat asar petang semalam.

"Mmmm... jom", balas saya cepat.

Waktu tu sebenarnya dah berkira-kira nak bagi baja kat orkid di laman. Dah lama tak membaja, nampak 'kegeringan yang luarbiasa' dah orkid saya tu. Tapi tak mengapalah, yang tu boleh buat lain kali. Time time petang macam ni elok juga lakukan riadah.

So apa lagi, terus cari stoking, kenakan tudung, pakai kasut adidas saya yang masih kekal cantik itu dan kunci pintu rumah. Round le kami dalam lebihkurang 1km . Tak boleh lebih-lebih nanti elok2 nak bagi sihat, lain pula jadinya.... :)

Sampai balik rumah, semua sambung buat push-up. Ya lah... sementara masih berpeluh-peluh tu, masing-masing tambah bersemangat lagi le buat exercise. Banyak le terbakar kalori petang semalam...hehehe


Untuk complete kan pembakaran kalori itu, saya menghilang sekejap keluar melalui pintu dapur. Kutip pegaga dalam dua genggam, basuh bersih2 lalu blend kan ia dengan setengah jug air masak. Maka akhirnya tersedialah 4 gelas minuman herba pegaga sebagai hidangan pelengkap buat ahli riadah petang semalam.... ceywah!

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Ingin berkongsi dari satu forwarded e-mail yang diterima semalam.

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri… Buat Iktibar kita semua dan para suami/ lelaki, renung2 kan lah.

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan intim.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,t etapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda memperbaikinya. …InsyaAllah.

p/s: Semoga individu yang terbabit dalam kisah ini banyak2 bersabar dengan apa yang berlaku. Semoga dikurniakan kemudahan dan pertolongan Allah dalam meneruskan hari-hari seterusnya di samping anak2.... amiin..


Semangat Membaca

Selepas ke pesta buku hari tu, semua macam tekun membaca je. Pantang ada luang, semua capai buku dan ambil port masing-masing.... hehe

Macam saya hari2 duk belek majalah2 resepi yang dapat semua dengan harga murah hari tu. Semua ada diskaun 20% - 50% sebab termasuk dalam edisi yang lepas2. Tu yang bagus tu kalau dapat luangkan masa pegi pesta buku ni. Banyak benda boleh dapat dengan harga murah. Macam majalah2 ni semua baru out dated 2,3 bulan je. Tapi dah dapat harga diskaun yang untungnya sangat menjimatkan poket kita... hehe

Saya teruja sangat dengan majalah Rasa dan Saji yang dibeli kerana secara kebetulan jumpa yang masakan Thailand dan Pantai Timur. Kedua2nya dah lama nak cari. Jenis-jenis masakan berasaskan sea-food pun ada. Sebelum ini pernah terlintas di hati nak beli buku masakan yang jenis hard hard cover tu. Tapi bila tengok harga....perhhh...tak payah le, mahal sangat rasanya. Jadi bila dapat yang lelong2 macam ni, seronok bukan main...hehe

Jadi selamat membaca lah semua ya... mama suka sangat bila tengok semua pakat2 rajin membaca ni. Papa dah berazam nak khatam baca buku 2 biji setiap bulan... tu yang lepas dinner je terus capai buku sambung baca "Aku Terima Nikahnya" hasil tulisan Ustaz Hasrizal tu.... Saya pun baru tengah baca intro buku ustaz yang ketiga bertajuk "Rindu Bau Pohon Tin". Nak berlumba dengan papa untuk khatam secepat mungkin... :)

Moga-moga semangat membaca ini selalu membara dan jadi salah satu rutin dalam usaha menambah ilmu di dada. Bila kita membaca ni, banyak benda yang tak tahu jadi tahu. Minat membaca sesungguhnya dapat meluaskan pandangan kita, mencernakan minda, mampu mengungkapkan ucapan yang berhemah, melahirkan gaya penulisan yang kreatif dan macam-macam lagi kebaikannya.

Ingat ya slogan kita, "Buku Memperkaya Minda"...... :)

Adegan di pagi hari




Pagi ini baru hantar kakak balik asrama. Jadi bertolak dari rumah seawal 6.30 pagi nak bagi 'dan' sampai pukul 7.00 pagi. Dalam kegelapan jalan yang tak berlampu jalan itu, saya nyalakan highbim bila tak bertembung dengan mana2 kereta. Duk asyik main highbim sampai le hari beransur2 cerah.

Sampai di sekolah kakak tepat jam 7.00 pagi. Woaahh...on time! Lepas hi hi bye bye kakak, mula memecut balik. Sampai separuh jalan di pertengahan jalan Rasa, jem le pulak. Hai jem apa kat tengah2 paya ni? .....Hmmm dah agak dah.... kerbau melintas rupanya. Adalah dalam 50 ekor kesemuanya yang badan hitam berkilat bersalut lumpur. Jalan ke dua2 hala, berderet kenderaannya yang duk tunggu VVIP ni melintas. Semua menyeberang jalan berlenggang lenggok macam takde nak cepat. Hmmm... jenuh nak tunggu sampai habis semua. Saya ok le juga takde rushing ke mana2, tinggal nak balik rumah je. Tapi sedara2 yang dalam kereta lain mungkin ada yang wajah dah berkerut2 melihat adegan ini. Yalah waktu tu semua rushing ke tempat kerja.... standard le hehehe

Adegan itu jarang dapat dilihat. Saya pun apalagi... capai handfon...tangkap muat leee...... :)


Pesta Buku kembali lagi



Seminggu sebelum ini telah terasa bahang Pesta Buku yang tiap tahun kami ulang pergi. Dalam perbualan harian pun, balik-balik keluar cerita pasal nak ke pesta buku ini. Semua bersemangat nak pergi. Kakak yang balik rumah Jumaat lalu alhamdulillah terus baik demam, pun bersemangat nak pergi ke pesta buku....hehe

Lalu, semalam sampai lah kami sekeluarga di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bertempat di PWTC. Singgah terus ke sana sepulangnya kami dari bersama-sama memberi sokongan buat anak yang sulung menghadiri temuduga di MIAT, Sepang(sila klik di sini). Kalau MIAT terbaik buat anakku, mohon dikurniakan Allah kejayaan buat abang dari temuduga tersebut. Kalau memang dah tak dapat tu terima sajalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat anakku itu.

Sesampai di PWTC dah dalam pukul 2 petang. Selesaikan solat Zohor dulu sebelum mula meronda booth to booth. Kemudian mulalah masing-masing mengambil haluan sendiri nak membelek2 dan mencari buku. Abang dan shilah nampaknya menghala ke booth yang mempamerkan pelbagai komik, kakak dengan misinya mencari buku2 kerja tambahan untuk cabaran SPMnya, papa pula kelihatan have his own sweet time di Galeri Ilmu membelek buku terbaru Ustaz Hasrizal(SaifulIslam.com) manakala saya sendiri perlahan2 bergerak ke beberapa booth faveret termasuk Darul Fikir dan Nufair Street.

Begitulah ceritanya di Pesta Buku. Balik awal sikit tidak macam tahun2 lepas yang selalunya berganda lagi rondaannya. Umur dah meningkat dalam ertikata sebenar usia makin berkurang. Ketahanan badan tidak mengizinkan untuk meronda lebih dari had yang sepatutnya. Itu yang membuatkan kami suami-isteri memutuskan untuk pulang sebelum masuk waktu maghrib. Dah tak larat dah.... :)

Berkejaran di jalanan


Jam 11.30 pagi
: Bergegas ke Kuala Kubu dengan papa dia untuk ambil kakak. Dalam telefon semalam lagi kedengaran suara kakak dah lain macam. Demam le tu... Sebenarnya dari minggu lepas lagi tak berapa sihat, ditambah pula dengan jadual rehearsal yang padat untuk persiapan debat hari tu, lagi la tak kebah demam.

Walaupun dalam tak sihat sangat, kakak gagahkan diri juga untuk mengharungi pertandingan debat di Sambest, seterusnya di Samtaj dan kemudian penutupnya di Sg. Buaya. Di Samtaj hari tu keputusannya jatuh di tempat ke 2. Alhamdulillah syukur. Itu merupakan pertandingan Amal Islami antara sekolah2 agama. Manakala di Sg. Buaya pula merupakan pertandingan peringkat daerah melawan sekolah menengah kebangsaan di kawasan Hulu Selangor.

Jadi begitulah berakhirnya kisah debat kakak. "Tahniah kak, walau pun tidak dapat merangkul anugerah Johan namun mama bangga sebab kakak dapat pengalaman yang berharga dengan penglibatan kakak dalam acara tersebut."

Berbalik kepada cerita saya ke Kuala Kubu tadi, mula2 sekali memecut ke library awam untuk hantar buku2 yang dipinjam tempohari. 11 biji je yang dihantar, yang lagi 4 sambung tarikh baru. Seronok bukan main dapat pinjam lagi buku2 bermutu termasuk lah 1 buku pasal orkid, buku tentang herba, buku tanaman menjalar dan buku resepi makanan barat. Emmp... hepi nyerr...


Jam 12.45 tghhari: Masuk entrance sekolah kakak. Papa perlahankan kereta sebab bertembung dengan pelajar2 lelaki yang berpusu2 keluar untuk ke masjid solat Jumaat. Sesampai di pondok gazebo yang paling hujung, nampak kakak dah siap menunggu. Sugul saja wajah anakku...kesian....

"Camane demam kak?", kami silih berganti bertanya. "Hmmm.... ok sikit...", jawab kakak dengan nada yang kurang ceria... kesian anakku...

Papa terus singgah ke stesen Petronas belikan 100 Plus, snickers dan panadol buat kakak. "Makan sikit buat alas perut tu then telan panadol k, kak!", kata papa.

Jam 1.30 tghhari: Sampai rumah, papa terus bersiap nak ke masjid. Terlewat sikit lah hari ini. Abang dah siap tunggu dengan baju melayu. Shilah dah siap dengan uniform pengawasnya. Saya terus masukkan burger yang abang tolong masakkan tadi ke dalam tupperware buat lunch shilah. "Makan dalam kereta je ya anakku, tak sempat dah."

Lepas drop papa dan abang di masjid, saya dan shilah terus ke Buletin bookshop untuk binding kerja kursus shilah. Kena RM5 termasuk alas plastik tebal depan dan belakang...

Singgah beli daging burger Ramly(ayam) sebab tadi abang goreng ngam2 cukup untuk shilah saja 2 keping.

Pusing kereta singgah beli jambu asamboy untuk 5 beranak RM5 @ 5 plastik dan air jambu 2 gelas RM3 ... Terus asingkan siap2 buat kakak 1 gelas air jambu dan 1 plastik jambu...


Hantar shilah ke sekolah, dan terus menuju ke masjid nak ambik papa dan abang balik Jumaat. Bersesak-sesak dengan orang ramai yang baru keluar masjid. Tapi senang pusing kiri kanan sebab semua bagi laluan bila tengok lady driver... :)

Jam 2.30 ptg: Selamat balik ke rumah dan kalau ada yang nak ajak keluar lagi memang dah tak sanggup dah....alahai...


Kakak dengan debatnya


"Mama, kakak miscal", shilah memanggil saya yang pada waktu itu sedang sibuk menyiapkan makan malam. Cepat-cepat saya membasuh tangan dan pergi mendapatkan fon yang terletak di ruang makan. Terus saya memanggil balik nombor yang terpapar di screen telefon. Kakak tak bawa fon ke sekolah, jadi selalu lah tumpang buat miss-called dari fon kawan.

"Mama doakan kakak k, esok kakak akan ke Shah Alam lawan debat tu", pinta kakak.

Anak saya itu sekarang ni sibuk dengan pertandingan debat Bahasa Inggeris di antara sekolah-sekolah agama Selangor. Hari tu dah lawan dengan Sekolah Agama Rawang bertempat di Sekolah Agama Bestari PJ, alhamdulillah menang. Ekoran dari kemenangan itu kena berdepan dengan Samtaj(Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah) di Shah Alam pula hari ini. Esok InsyaAllah kumpulan debat kakak akan bergerak ke Sg Buaya pula. Kesian pula saya padanya, dalam sibuk2 struggle nak hadapi cabaran SPM tahun ini, terpaksa pula sibuk dengan aktiviti debat pula. Harap2 beliau pandai membahagikan masa. Semoga kejayaan akan sentiasa menemanimu anakku.....

"Ya Allah... kurniakanlah kemenangan bagi anakku Nur Farihin dalam pertandingan debatnya hari ini. Permudahkan dia dan kumpulannya dalam menghadapi kumpulan lawan, ilhamkanlah dia dan kumpulannya kecerdikan dan kecerdasan fikiran dalam mengutarakan idea2 yang bernas dan meyakinkan pihak juri. Kurniakanlah kemenangan bagi kakak dan kumpulannya dalam mewakili kemenangan bagi pihak Samt kkb. Kabulkanlah doaku ini Ya Allah... amiiin..."


Singgah di Masjid Kepong


"Mama, ada doa tau kalau masa kita kuar dari masjid", 

...tiba2 Shilah bersuara semasa kami sedang beriringan berjalan keluar dari masjid malam tu. Kami sekeluarga singgah solat maghrib di Masjid Ammaniah dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jaya Jusco Kepong Sabtu lalu. Masa tu baru berkumandang azan di masjid. Papa pun terus ajak singgah solat sementelah dah lalu depan masjid. Alhamdulillah maka dapat lah  semua bersolat di awal waktu.

Tersangatlah cantik masjidnya luar dan dalam. Hiasan tulisan2 khat di sekeliling dindingnya bertuliskan kalimah nama2 Allah. Begitu seni dan indah sekali dekorasinya. Imam yang mengimami solat maghrib kami pun tersangatlah sedap bacaannya. Bertuah rasanya dapat singgah solat di sana.


Berbalik pada kata2 Shilah, saya terus menunjukkan minat dengan bertanya lebih lanjut.

"Ohh iya ke, camane doanya?", saya cepat2 bertanya.

"Allahumma inni as aluka min fadlik"
bermaksud:  "Yaa Allah aku mohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.” (H.R. Muslim, Abu Daud dan Nasai)

"Doa nak masuk masjid pun ada Ma, cam ni.... Allahummaf tahlik abwaba rahmatik". 
bermaksud: "Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu" ((H.R. Muslim)


Saya terus meminta shilah mengulang2 bacaan doa tersebut supaya saya dapat ikut dan terus dapat menghafalnya. Alhamdulillah sesampai sahaja kami di kereta, saya rasa dah ingat dah dan rasa happy sangat dapat satu ilmu dari anakku itu. Woahh...


Sebaik sahaja masuk kereta, saya pun apalagi terus bukak cerita pada papa dan abang yang dah duk tunggu lama tu (biasa la ya, orang perempuan lambat sikit...hehe). Ilmu yang baru dapat tadi terus disampaikan pula pada ke dua-dua mereka. Sama macam saya, papa pun terus mintak shilah ulang2kan doa tersebut. Abang dengan earfon masih di telinga hanya tersenyum memandang kami yang tengah sibuk berguru dengan shilah tu... :)

Kemudian shilah menambah, "Ustazah kata kalau kita masuk masjid tapi masa tu takde orang, kita boleh baca 'Assalamualaina wa a'la iba dillah hissolihin', tu ayat ke 3 masa kita baca tahhiyat dalam solat", terang shilah panjang lebar.

Ohhh terima kasih anakku... kerana dapat sampaikan sesuatu yang bermanafaat buat mama, papa dan abang malam tu. Dapat belajar 3 doa segaligus dari Shilah...alhamdulillah syukur...


Sedap dan Berkhasiat



"Nak wat camane hah, anak aku tak berape berselera je makan sehari dua ni...", rungut Nida (kawan baik saya yang sejak zaman kolej lagi).

"Cubalah kasi vitamin.... weight gain Appeton tu ke...", saya cuba memberi idea.

"Dah.. macam2 vitamin dah aku kasi, tapi macam tu jugak le...badan tak nak naik2...", katanya lagi.

"Badan tak nak naik tu satu hal, masalah aku dia tak selera nak makan...", sambung Nida lagi sebelum sempat saya jawab.


Tiba-tiba je teringat dialog antara saya dengan Nida semasa beliau menelefon satu hari tu. Dek simpati dengan masalahnya itu, saya pun apalagi mula lah bukak rancangan "KUALI"... hehehe

Cuba kurangkan stress nya dengan bagi idea suh beliau terai ubah menu buat anak2 terchenta... :) Mana la tau berhasil, ya lah kita kadang terlupa nak ubah2 menu untuk hidangan di meja makan tiap hari. Asyik2 masak nasi putih dan menu lauknya pun duk main ulang yang sama je selang dua tiga hari...Balik2 ayam goreng, sayur lemak, sambal udang. Dan kalau breakfast pula asyik2 nasi goreng, mee goreng... Mau tak boring member... ehem, sori sahabatku... just joking.. :)

Supaya tidak dikatakan hanya mampu beri teorinya saja, maka saya pun bagilah satu latihan praktikal untuk rancangan masakan tu... hehe.. Resepinya mudah dan senang sangat untuk disediakan. Masakannya ala-ala western gitu... amat sesuai untuk hidangan sarapan pagi/supper. Gerenti anak2 suka...InsyaAllah.

Caranya mudah,
  • kentang dikupas kulit, kemudian di slice kan kasar2, jangan le halus macam nak buat fun fries.
  • Selepas itu goreng lah ia dalam minyak yang banyak supaya masak serata.
  • Bila dan masak dan agak garing sikit2 tu, angkat keluar.
  • Keluarkan minyak dari kuali hingga tinggal lekat2 kat kuali je sikit, kemudian gorenglah bawang merah yang dah dimayang barang seulas.
  • Masukkan kentang yang digoreng tadi.
  • Tuangkan sedikit sos lada hitam. Kacau perlahan2.
  • Kemudian pecahkan sebiji telor ke dalam mangkuk dan masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali yang berisi kentang tadi. Kalau boleh jangan sampai telor kuningnya pecah. Balik2 kan ia, goreng sampai masak.

Dah siap pun.....

Sedap dimakan dengan sos cili dan sedikit mayonis. Nak lebih maju, completekan meal tadi dengan hidangan salad dan sos Thousand Island. Selamat mencuba.

Solat Sunat Taubat(2)


Alhamdulillah, pagi ni cari masa kejap untuk sambung tulis pasal solat sunat Taubat.. Saya pegi ke usrah kak asmah pun dah agak lewat Isnin lalu, disebabkan ketika itu masih tengah sibuk dengan kerja2 menggoreng donat sebelum mula bersiap untuk ke kelas ..(saat itu rasa 'masa' sangat kritikal.... :))

Sampai-sampai kawan2 dah nak habih ngaji. Dah sampai ke surah-surah 3 Qul dah. Jadi Kak asmah mulakan dengan cerita2 pasal mengapa pentingnya kita mulakan kelas dengan membaca zikir2 tertentu itu. Sebab utamanya ialah tidak lain dari untuk menghindar diri kita dari sebarang gangguan syaitan. Beramai2 kita membacanya, tak tau doa siapa yang masin. Untuk mengambil berkat dari bacaan ayat2 suci al-quran itu(untuk tidak membiarkan berlalu begitu sahaja), berbotol2 air mineral di letakkan di tengah2 ruang samada yang di sediakan oleh kak asmah juga yang di bawa sendiri oleh kami2 semua. Air tersebut kami pakat2 bawa balik selepas kelas berakhir. Banyak manafaatnya buat ahli keluarga masing2 contohnya macam saya sendiri bawa balik untuk tujuan kecerdasan minda dan kejernihan perilaku anak2ku.


*******************
sbgn perihal solat sunat Taubat...

Cara mengerjakan solat sunat Taubat

  1. Waktu bila kita boleh tunaikannya ialah tak kira masa siang/malam tapi lebih afdal malam kerana ia merupakan saat yang lebih mustajab untuk kita bermunajat kepada Allah.
  2. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Tapi tak ada limit boleh diulang2 dalam keaadaan yang bersungguh2.
  3. Surah yang boleh dibaca selepas Fatihah terpulang kepada individu masing2. Kalau ada masa buatlah yang panjang, kalau tidak ada masa hanya baca Qulya di rakaat pertama dan Qulhwallah di rakaat ke 2.
  4. Bacaan ketika sujud elok dibaca doa nabi Yunus (dibaca 40x) . Ini tak wajib tapi elok diamalkan.
  5. Bacaan zikir selepas solat termasuklah: Astaghfirrullah hal azim, subhanallah hi wabi hamdih dan Astaghfirrullah hal azim alla dzi lailahailla hu walhayyul qayyum waatubuilaih dan juga zikir penghulu istighfar Janganlah hanya baca 3, 4 x. Bacalah jikalau boleh 70 - 100 x.
  6. Berdoalah selepas solat.

Kriteria orang-orang yang bertaubat

  1. Mesti ada penambahan ilmu/ibadah kalau mengaku dirinya bertaubat. Contoh kalau dulu tak berapa rajin buat yang sunat2, sekarang dah mula dan konsisten.
  2. Semua amalan yang dilakukan diniatkan semata2 kerana Allah. Untuk mendatangkan pahala bagi segala ibadah, kena ada niat. Dan perlu diingat bahawa ibadah bukan hanya khusus kepada solat dan puasa sahaja. Semua amalan baik yang dilakukan jika diniatkan semata2 kerana Allah sudah bertukar menjadi ibadah.
  3. memaafkan musuh2 dan seteru2. Contoh: Masih tidak dikira orang-orang yang bertaubat jika dah tak bertegor-sapa dengan orang-orang yang pernah sakitkan hati. Kalau hati bersih, InsyaAllah kita tak ada musuh dengan orang.
  4. mampu jaga kata2 dan lidah. Bermaksud mampu mengawal lidah dari mengadu domba, fitnah dan buat benda2 mazmumah.
  5. penampilan diri lebih baik dari sebelumnya. Contoh kalau dulu tak tutup aurat, bila dah bertaubat dia dah pakai tudung.
  6. tinggalkan kawan2 yang tak elok dan buruk budi pekerti lalu berdamping dengan kawan2 yang tergolong dalam barisan ulamak atau kawan2 yang baik amalannya.
  7. akhlak dan budi pekerti sendiri mesti bertambah baik.
  8. memperbanyakkan bangun untuk tunaikan Qiamulail(solat malam) dan berusaha memendekkan tidur di malam hari.
  9. banyakkan bersedekah/mengamalkam kebajikan.
Kesemua kriteria yang tersebut di atas memang nampak simple sahaja tapi ternyata berat untuk dilaksanakan. Adakah kita semua ada kesemua 9 kriteria ini?

Menjawab mewakili diri sendiri.. Wallahu'alam.


Happy birthday papa..!!!!






Masa pegi ambik fon kat dalam bilik, terpandang ada 1 missed call dan 1 mesej dari kak asmah.

"Tak pegi masjid ke?", mesej kak asmah berbunyi.

"Ada apa kat masjid? i didn't get any info pun", balas saya.

"Hari ni pemilihan ajk masjid, penting, datang ya", respond kak asmah.

"Moga yang terpilih nanti orang yang berhemah dan takde kepentingan peribadi. Tengah masak ni, hari ni bezday papa dia", reply saya lagi.

Hari ni memang tak ke mana2. Just spend masa kat rumah je. Pagi2 lagi join papa n anak2 menonton cerita "Ong Bak 2" sebagai memenuhi waktu santai di pagi minggu ini. Boleh tahan juga ceritanya, terpegun juga le dengan watak Taeen sebagai hero yang gagah perkasa...hehe

Habis je cerita, terus mula pakat2 masak dengan anak-anak. Nak celebrate bezday papa yang now dah 45. Alhamdulillah, banyak perkara berlangsung dalam bulan 4 ini termasuk lah anniversarry perkahwinan kami yang ke 19. Birthday abang pun jatuh bulan 4.

So sempena usia yang dah makin berkurang ni...
"mama doakan papa dikurniakan Allah kesihatan untuk dapat meneruskan segala amalan yang baik, moga papa dipermudahkan Allah dalam segala urusan, moga beroleh kekuatan dalam memenuhi tanggung-jawab dan amanah sebagai khalifah Allah serta mampu menjadi hamba Allah yang bertaqwa di-sisiNya...amiiin..."


Nur dan Hidayah


Balik dari kelas ustaz semalam, macam biasa singgah ke pasar malam kejap. Kesian pulak dekat anak bujang yang duk tunggu rumah tu. Jadi singgah le beli pati kacang soya(taufufa) yang memang jadi faveret abang dan Shilah.

Lepas tu, round2 kejap cari apa-apa barang yang abih stok kat rumah. Dalam banyak2 gerai tu, adalah satu gerai yang memang tiap2 minggu saya singgah. Dan nak jadi kisah, tiap2 minggu tu jugalah tuanpunya gerai suami isteri akan berbasa-basi tanya saya dari mana... "pakai cantik2 ni datang dari mana..." :)

Setiapkali ditanya soalan yang sama tiap minggu, saya pada mulanya teragak2 juga le nak jawab...bimbang dikatakan riak/nak menunjuk2 pula. Last last bagitau juga, "Ooh ada kelas kat masjid tadi", jawab saya sambil terus menunggu reaksi mereka.

"Haii..akak ni bila lah nak dapat pegi dengar-dengar kat masjid tu. Hati tu memang teringin sangat nak pegi tapi 'masa tu la'... tak dapat2 lagi. Tengoklah macam meniaga ni time nya dari petang sampai ke malam. Camane nak pegi! Tapi akak memang teringin sangat, ya lah umur pun bukan muda lagi...nak jugak belajar2", terang akak tu panjang lebar sambil memperlihatkan wajah yang sedikit kesal.

"Betul tu, ingat kena pencen cepat dari meniaga ni, baru boleh pegi2 ke masjid/surau",sambung suami beliau tanda mengiakan kata2 isterinya.

Sepanjang perbualan, saya hanya banyak menganguk-ngangguk dan sesekali menyampuk untuk menunjukkan tindakbalas. "InsyaAllah boleh, boleh tu pegi nanti..Kalau tak dapat juga boleh dengar melalui kaset2 atau cd...", saya memberi idea.

"Ha'ah itu ler... tapi kang dengar melalui kaset kang tak boleh tanya2 ustaz pulak...."

"Kang mengantuk pulak..."

Empp.... macam tu lah serba sedikit sedutan dialog antara saya dengan akak suami isteri tu. Saya faham dengan situasi mereka yang cuba memberi macam2 alasan itu. Semua untuk gambarkan keadaan yang tidak mengizinkan bagi mereka untuk dapat mengubah jadual kerja seharian. Hmm..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Namun bagi saya dalam usaha kita nak cari ilmu ini, kita mula2 sekali(in the first place) kena sedaya upaya cuba elakkan dari highlight kan alasan2 yang negatif. Alasan2 seumpamanya awal2 lagi secara otomatik terus block minda kita dari dapat memandang ke hadapan dengan lebih jauh lagi.

Teringat saya akan kata-kata ustaz sebagai intro setiap kali sebelum kelas bermula..."Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana diberi hidayah oleh Allah swt untuk sampai ke majlis ilmu ini. Bersyukurlah kerana Allah tiupkan hati kita untuk berbuat baik dan tidak menjadikan hati kita lara dan lalai. Nafsu memang mengajak untuk lalai, tapi kita kena cepat2 perbetulkan..."

Semasa sesi soal-jawab sebelum kelas berakhir semalam, ustaz ada selitkan kata2.... "Kadang apa yang kita suka dan rasa baik, tak baik bagi Allah; sebaliknya kadang apa yang kita tidak suka dan cuba elakkan, itulah yang baik bagi Allah. Contoh macam kemalangan jalanraya, memang sesuatu yang kita tak mahu dan minta dijauhkan oleh Allah Taala dari kita. Tapi Allah takdirkan accident sebab mahu menyedarkan kita pada satu2 perkara...Setiap sesuatu perkara yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya..."

Oleh itu berusahalah mencari hidayah Allah. Tugas memberi nur dan hidayah adalah kuasa Allah swt. Namun kita yang dikurniakan Allah dengan segala macam nikmat dan kesempurnaan, berikhtiarlah dan berdoalah dalam mencari nur dan hidayah-Nya....

Wallahu'alam.