CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Singgah di Masjid Kepong


"Mama, ada doa tau kalau masa kita kuar dari masjid", 

...tiba2 Shilah bersuara semasa kami sedang beriringan berjalan keluar dari masjid malam tu. Kami sekeluarga singgah solat maghrib di Masjid Ammaniah dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jaya Jusco Kepong Sabtu lalu. Masa tu baru berkumandang azan di masjid. Papa pun terus ajak singgah solat sementelah dah lalu depan masjid. Alhamdulillah maka dapat lah  semua bersolat di awal waktu.

Tersangatlah cantik masjidnya luar dan dalam. Hiasan tulisan2 khat di sekeliling dindingnya bertuliskan kalimah nama2 Allah. Begitu seni dan indah sekali dekorasinya. Imam yang mengimami solat maghrib kami pun tersangatlah sedap bacaannya. Bertuah rasanya dapat singgah solat di sana.


Berbalik pada kata2 Shilah, saya terus menunjukkan minat dengan bertanya lebih lanjut.

"Ohh iya ke, camane doanya?", saya cepat2 bertanya.

"Allahumma inni as aluka min fadlik"
bermaksud:  "Yaa Allah aku mohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.” (H.R. Muslim, Abu Daud dan Nasai)

"Doa nak masuk masjid pun ada Ma, cam ni.... Allahummaf tahlik abwaba rahmatik". 
bermaksud: "Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu" ((H.R. Muslim)


Saya terus meminta shilah mengulang2 bacaan doa tersebut supaya saya dapat ikut dan terus dapat menghafalnya. Alhamdulillah sesampai sahaja kami di kereta, saya rasa dah ingat dah dan rasa happy sangat dapat satu ilmu dari anakku itu. Woahh...


Sebaik sahaja masuk kereta, saya pun apalagi terus bukak cerita pada papa dan abang yang dah duk tunggu lama tu (biasa la ya, orang perempuan lambat sikit...hehe). Ilmu yang baru dapat tadi terus disampaikan pula pada ke dua-dua mereka. Sama macam saya, papa pun terus mintak shilah ulang2kan doa tersebut. Abang dengan earfon masih di telinga hanya tersenyum memandang kami yang tengah sibuk berguru dengan shilah tu... :)

Kemudian shilah menambah, "Ustazah kata kalau kita masuk masjid tapi masa tu takde orang, kita boleh baca 'Assalamualaina wa a'la iba dillah hissolihin', tu ayat ke 3 masa kita baca tahhiyat dalam solat", terang shilah panjang lebar.

Ohhh terima kasih anakku... kerana dapat sampaikan sesuatu yang bermanafaat buat mama, papa dan abang malam tu. Dapat belajar 3 doa segaligus dari Shilah...alhamdulillah syukur...


3 comments:

sot said...

Anak kami Iman Asilah ini special dan cerdik orangnya. Kalau di lebih kan usaha rasanya boleh mumtaz. Saya perhatikan daya hafazannya boleh tahan power, kalah papa dan mama nya.

Masjid Kepong ni memang menarik senibina luar dan dalam. Kebersihan terserlah. Di imami imam muda Hafiz. Sejuk hati.

Anonymous said...

Salam,

Pada 2/4/10 saya berkesempatan untuk singgah solat jumaat di masji Kepong ni. Memang masjid ni hiasannya amat cantik dengan dipenuhi ayat-ayat Al-Quran dan nama-nama Allah. Nama-nama Allah dihiasi di sekeliling tepi 'balcony' pada setiap tingkat.

Sekali pandang tidak ada salahnya tentang lokasi nama-nama ini. Tapi apabila jammah mula memenuhi setiap tingkat, hiasan nama-nama Allah kelihatan seperti dibawah kaki para jemaah pula. Pada fikiran saya, ia menjadi tidak sesuai pula.

fzi said...

Tuan/puan Anon..
Rasanya senario ini wujud juga di masjid2 lain... tak berani nak komen apa2 Wallahu'alam...
Timakasih singgah.. :)