CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Nur dan Hidayah


Balik dari kelas ustaz semalam, macam biasa singgah ke pasar malam kejap. Kesian pulak dekat anak bujang yang duk tunggu rumah tu. Jadi singgah le beli pati kacang soya(taufufa) yang memang jadi faveret abang dan Shilah.

Lepas tu, round2 kejap cari apa-apa barang yang abih stok kat rumah. Dalam banyak2 gerai tu, adalah satu gerai yang memang tiap2 minggu saya singgah. Dan nak jadi kisah, tiap2 minggu tu jugalah tuanpunya gerai suami isteri akan berbasa-basi tanya saya dari mana... "pakai cantik2 ni datang dari mana..." :)

Setiapkali ditanya soalan yang sama tiap minggu, saya pada mulanya teragak2 juga le nak jawab...bimbang dikatakan riak/nak menunjuk2 pula. Last last bagitau juga, "Ooh ada kelas kat masjid tadi", jawab saya sambil terus menunggu reaksi mereka.

"Haii..akak ni bila lah nak dapat pegi dengar-dengar kat masjid tu. Hati tu memang teringin sangat nak pegi tapi 'masa tu la'... tak dapat2 lagi. Tengoklah macam meniaga ni time nya dari petang sampai ke malam. Camane nak pegi! Tapi akak memang teringin sangat, ya lah umur pun bukan muda lagi...nak jugak belajar2", terang akak tu panjang lebar sambil memperlihatkan wajah yang sedikit kesal.

"Betul tu, ingat kena pencen cepat dari meniaga ni, baru boleh pegi2 ke masjid/surau",sambung suami beliau tanda mengiakan kata2 isterinya.

Sepanjang perbualan, saya hanya banyak menganguk-ngangguk dan sesekali menyampuk untuk menunjukkan tindakbalas. "InsyaAllah boleh, boleh tu pegi nanti..Kalau tak dapat juga boleh dengar melalui kaset2 atau cd...", saya memberi idea.

"Ha'ah itu ler... tapi kang dengar melalui kaset kang tak boleh tanya2 ustaz pulak...."

"Kang mengantuk pulak..."

Empp.... macam tu lah serba sedikit sedutan dialog antara saya dengan akak suami isteri tu. Saya faham dengan situasi mereka yang cuba memberi macam2 alasan itu. Semua untuk gambarkan keadaan yang tidak mengizinkan bagi mereka untuk dapat mengubah jadual kerja seharian. Hmm..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Namun bagi saya dalam usaha kita nak cari ilmu ini, kita mula2 sekali(in the first place) kena sedaya upaya cuba elakkan dari highlight kan alasan2 yang negatif. Alasan2 seumpamanya awal2 lagi secara otomatik terus block minda kita dari dapat memandang ke hadapan dengan lebih jauh lagi.

Teringat saya akan kata-kata ustaz sebagai intro setiap kali sebelum kelas bermula..."Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana diberi hidayah oleh Allah swt untuk sampai ke majlis ilmu ini. Bersyukurlah kerana Allah tiupkan hati kita untuk berbuat baik dan tidak menjadikan hati kita lara dan lalai. Nafsu memang mengajak untuk lalai, tapi kita kena cepat2 perbetulkan..."

Semasa sesi soal-jawab sebelum kelas berakhir semalam, ustaz ada selitkan kata2.... "Kadang apa yang kita suka dan rasa baik, tak baik bagi Allah; sebaliknya kadang apa yang kita tidak suka dan cuba elakkan, itulah yang baik bagi Allah. Contoh macam kemalangan jalanraya, memang sesuatu yang kita tak mahu dan minta dijauhkan oleh Allah Taala dari kita. Tapi Allah takdirkan accident sebab mahu menyedarkan kita pada satu2 perkara...Setiap sesuatu perkara yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya..."

Oleh itu berusahalah mencari hidayah Allah. Tugas memberi nur dan hidayah adalah kuasa Allah swt. Namun kita yang dikurniakan Allah dengan segala macam nikmat dan kesempurnaan, berikhtiarlah dan berdoalah dalam mencari nur dan hidayah-Nya....

Wallahu'alam.

3 comments:

sot said...

Usahlah mencari alasan dalam usaha membuat kebaikan. Sibuk dalam urusan dunia bukanlah satu alsan yg baik anyway. Bukankah kita semua ini dikurnia Allah 24 jam sehari semalam, tidak lebih tidak kurang?

Teringat saya kurang lebih kurang 12 tahun dulu, semasa menetap di Tmn Koperasi Polis Fasa I. Di depan rumah kami ada surau An-Nur yg memang hidup dengan kuliah maghrib pada setiap hari. Maka teringat saya pesan seorang ustaz, katanya "bersyukur kita kerana diberi Allah ruang untuk kita sama2 berada di majlis ilmu ini". Kerana ada yang memberi alasan rumah jauh dari surau hingga tidak berkesempatan ke majlis ilmu. Namun tambah ustaz "di majlis kita ini, ada yang rumah mereka jauh dari surau tapi masih juga datang berjemaah dan mengikuti majlis ilmu di surau" dan "ada pula yang rumah mereka hampir benar dengan surau atau masjid, tapi masih liat benar untuk menjejaki kaki mereka ke surau atau masjid itu".

Kesimpulannya: Usahlah mencari alasan. Jangan bertangguh dalam membuat kebaikan. Just Do It !!

amir acap said...

emm tol gak..kalo dgr kaset er ngantuk nnti..
hehehe

fzi said...

Wahh.. masa papa komen ni mama kat mana ek? Tq k... balik2 surau malam tadi terus baca post mama & terus pula bagi komen yang 'gempak' ni....hehe
thanks pa :)

Anakku memang suka tido hehe
Karang nnt mama antar pegi Jumaat jangan tido le masa dengar khutbah k...:)