Seminggu sebelum ini telah terasa bahang Pesta Buku yang tiap tahun kami ulang pergi. Dalam perbualan harian pun, balik-balik keluar cerita pasal nak ke pesta buku ini. Semua bersemangat nak pergi. Kakak yang balik rumah Jumaat lalu alhamdulillah terus baik demam, pun bersemangat nak pergi ke pesta buku....hehe
Lalu, semalam sampai lah kami sekeluarga di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bertempat di PWTC. Singgah terus ke sana sepulangnya kami dari bersama-sama memberi sokongan buat anak yang sulung menghadiri temuduga di MIAT, Sepang(sila klik di sini). Kalau MIAT terbaik buat anakku, mohon dikurniakan Allah kejayaan buat abang dari temuduga tersebut. Kalau memang dah tak dapat tu terima sajalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat anakku itu.
Sesampai di PWTC dah dalam pukul 2 petang. Selesaikan solat Zohor dulu sebelum mula meronda booth to booth. Kemudian mulalah masing-masing mengambil haluan sendiri nak membelek2 dan mencari buku. Abang dan shilah nampaknya menghala ke booth yang mempamerkan pelbagai komik, kakak dengan misinya mencari buku2 kerja tambahan untuk cabaran SPMnya, papa pula kelihatan have his own sweet time di Galeri Ilmu membelek buku terbaru Ustaz Hasrizal(SaifulIslam.com) manakala saya sendiri perlahan2 bergerak ke beberapa booth faveret termasuk Darul Fikir dan Nufair Street.
Begitulah ceritanya di Pesta Buku. Balik awal sikit tidak macam tahun2 lepas yang selalunya berganda lagi rondaannya. Umur dah meningkat dalam ertikata sebenar usia makin berkurang. Ketahanan badan tidak mengizinkan untuk meronda lebih dari had yang sepatutnya. Itu yang membuatkan kami suami-isteri memutuskan untuk pulang sebelum masuk waktu maghrib. Dah tak larat dah.... :)
بسم الله الرحمن الرحيم
Pesta Buku kembali lagi
Labels: membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hmm bestnya kalau dpt pergi.. nak pergi tapi tak berkesempatan..
Strozze...
Kalau takdan tahun ni, InsyaAllah berpeluang pegi tahun depan...
Selamat menimang cahayamata... bagitau le dapat baby girl/boy k...
salam mak cik..
nnti kita jmpa..
hari tu xde can plak..
first time g book fair,
ya allah,crowded sguh
Wsalam.
k intan, InsyaAllah one day mesti dapat kenal intan... :) Moga Intan berjaya dalam interview ari tu!
salam...area kkb ada public library ka...kat belah mana tu....
Wsalam...
Malia, kalau kita dari masjid kkb, masuk terus jalan nak gi hospital, belok kanan pastu kanan lagi terus jumpa library tu. Besar librarynya dan banyakkkk buku... jom malia!! Rugi kalau kita tak gunakan kemudahan awam yang tersedia....
Post a Comment