CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Pesta Makanan SMKBS


"Kau tinggal berapa lagi?", tiba-tiba terdengar soalan dari budak lelaki yang duduk di sebelah saya kepada kawannya.

"Ahh...banyak agi...RM3.50 lagi...." jawab kawannya yang dari tadi saya tengok tak duduk diam sekali *budak lelaki le katakan.. hehehe...* Berpusing2, berlari2 dan kadang main lawan2 dengan kawan2 nya yang tiga empat orang lagi tu.

"Eleh sikit je tu...aku ada RM6.50 lagi".... pintas kawan sorang lagi...

Hahaha.... seronok juga dengar celoteh budak2 tu sambil saya duk layan makan Laksa Johor. Saya terfikir, sure banyak beli kupon tu, dengar masih banyak lagi balance tu... Yalah, katalah kalau masuk Rumah Hantu dah RM3, makanannya pula kalau yang heavy macam nasi tomato dah RM4, laksa pun RM4.... "Ohhh ni mesti mak diaorang kena bagi RM10 sorang ni...atau mungkin lebih...", saya duk tolong mencongak-congak budget mereka dalam hati.... ;p

Papa dah hilang entah ke mana, tengah pusing2 cari makanan lain. Shilah pula bizi di gerainya, jual spagheti, abc, choc. cake dan macam2 lagi. Sibuk la member sebab pegang amanah sebagai ketua mewakili kelasnya 2 Dinamik. Guru kelas shilah tak dapat hadir kerana ada urusan. Nasib baik, adalah seorang guru ganti yang tolong2 pantau kerja2 di gerai mereka.


"Ok senyum, makcik ambik gambar... nanti masuk computer...",kata saya sambil tersenyum kat budak2 tadi.

"Fuyooo.... masuk computerrrr....hehe", jawab mereka ramai-ramai... :D


Saya tak banyak berjalan round gerai2 tu semua. Tak sanggup berhadapan dengan panas terik mentari. Jadi papa je yang cari makanan seperti Laksa Johor yang sedang saya makan tu, Nasi Tomato, ABC, dan Rojak Jawa. Habis la beli kupon RM30. Campur dengan kupon yang shilah dah beli RM15. Bukan main lagi berhabis tengahari tu.... "takpe lah makan sambil menderma", kata papa.... :D

Selepas menjamu selera di bawah pokok besar yang meredupkan suasana tu, kami bergerak beli lagi nasi tomato, spagetti, keropok dan abc sebab nak lari kejap ke Kuala Kubu melawat kakak. Kesian...anakku itu dah 2 minggu tak balik. Jadi kami tinggalkan Pesta Makanan dalam pukul 2 dan janji dengan shilah nak datang balik ambik pukul 4 nanti...

Dalam kereta duk buat kesimpulan dengan papa tentang keberkesanan hari Pesta Makanan itu. Banyak kebaikan yang tersirat. Contoh bila adanya hari semacam tu, selain dari dapat tambahkan budget untuk sekolah, dalam masa yang sama hubungan pelajar, guru-guru serta keluarga masing2 pun tambah erat bila dah ramai2 berkumpul gitu. Semua bertungkus-lumus dan bekerja-sama dalam memupuk semangat berpasukan *team-work* bagi mencapai matlamat menjayakan Hari Pesta Makanan.... Alhamdulillah...


...label makanan ini suami yang tolong lukiskan untuk gerai shilah






...antara pilihan makanan yang ada





Hari tandatangan buku rekod


Dah beberapa kali dalam sehari dua ini, Shilah duk ulang tanya, "Mama, kalau shilah dapat no 10 mama nak kasi apa?" "Mmm...Tengok lah nanti biar dapat dulu, mama kasi le", jawab saya dengan acuh tak acuh je.

Tak lama lepas tu Shilah tanya lagi, "Mama, cakap la betul2 kalau Shilah dapat top 5 pula, mama nak kasi apa?" "Empp, kalau betul dapat macam tu, nanti mama kasi hadiah yang paling Shilah suka k...", jawab saya untuk sedapkan hatinya, sekaligus hendak menutup pertanyaan yang berulang-ulang kali itu. Dalam hati saya berkata2, *biar betul anakku dapat top 5, hari tu rasa dapat nombor corot...Shilah...Shilah... *

Maka tibalah hari ini, hari untuk tandatangan buku rekod di sekolah. Saya turun rumah tadi pun dah dekat pukul 3. Tu pun Shilah tak berhenti hantar mesej suruh cepat. Kesian...penat lah tu. Hari ini dia terpaksa ke sekolah dari pagi lagi sebab terlibat dalam urusan cari barang2 dengan guru kelas untuk persediaan Pesta Makanan hari Ahad nanti.

Sampai2 mata terus melilau cari parking. Kereta bersesak-sesak sepanjang jalan depan sekolah. Nasib baik adalah rezeki satu lot parkir tersedia untuk saya tidak jauh dari hujung pagar sekolah. Ibu-bapa dah ramai sampai. Bagus betul, semua nampaknya prihatin untuk datang. Even kaum bapa pun ramai *Wallahu'alam samada ambik cuti/balik awal dari ofis* untuk datang tandatangan buku rekod dan tanya2 cikgu perihal pelajaran anak2 di sekolah.

Sampai saja di pintu makmal *cikgu tak buat kat kelas*, tiba2 Malia kawan saya menyapa...."Tahniah kak... Iman dapat nombor 5...pandai....."

Saya yang masih terpinga2 hanya menjawab, "Oh iya ke... Alhamdulillah..."

Ohh... itu lah sebabnya Shilah duk ulang2 tanya tu, rupa2nya dia dah dapat info dari sumber2 yang boleh dipercayai yang dia dapat top 5.... syukurlah...

Tahniah anakku...maafkan mama sebab kekadang under-rate Shilah... bukan kata Shilah tak bagus tapi mama assume macam tu sebab tak de tengok Shilah study sangat. Yang mama nampak Shilah duk asyik dengan novel je hari2 sebelum pereksa hari tu. Kalau tak novel, komik... Kalau tak yang dua2 tu, ber'my-space' la jawabnya...;p

Camane pun, tahniah ya, belajar lagi dengan extra tekun untuk pereksa penggal ke 3 nanti. Cikgu Shilah kata tadi dekat mama, "Kalau Iman dapat nombor satu InsyaAllah dapat naik kelas samada Tingkatan 3A atau B tahun depan. Kalau dah kelas bagus tu InsyaAllah semua yang lain pun bagus termasuk kawan-kawan dan guru yang lebih bagus dan prihatin."

____________________
____________
_________

Hmmm....Mama doakan Shilah dapat score PMR nanti....InsyaAllah.


Kentang oh kentang....

Teringat nak cerita pasal pengalaman beli kentang. Satu hari tu kalau tak silap dalam 2 minggu lepas, singgah lah kat pasaraya NSK. Macam biasa kalau ada urusan di Rawang, memang selalu lah singgah ke sana. Kalau tak ada nak beli lauk pun, kurang2 singgah beli air mineral dua kotak supaya tak terputus bekalan air minum kat rumah.

Hari tu beli kentang sekali. Saya kerap beli kentang. Sementelah kentang memang satu keperluan untuk projek karipap bagi fzfrozen food kami. Minggu sebelumnya dah beli, tapi tak puas hati sebab bukak2 kotak... kentangnya kecik yang amat! Padahal dah pesan siap2 kat budak yang kerja tu supaya ambik yang saiz besar.

Masa nak bayar tu saya bayarlah harga untuk kentang saiz besar. Macam selalu takde la saya mahupun suami nak
check saiz kentang yang dalam kotak tu. Kira harap kat budak tu saja lah. Tup tup bila balik rumah dapat yang teramat kecik la sangat... Sampaikan nak kupas sebiji pun punya la lama ambik masa... apalagi nak kupas untuk buat inti karipap saya*rasanya boleh 'sekerat hari' makan masa*.... aduhai...

Jadi bila pegi kali kedua ini, saya bagitau la suruh cari yang betul2 saiz besar. Sebab tak nak diaorang tersilap ambik lagi. Hah... nak sangat yang saiz besar..... hah, tu dia.....dapat yang extra large la pulak.... hahaha

ini le bezanya dengan saiz yang kecik itu hari.... ;D



Gigih


Beautiful story....


Hanya itu ungkapan yang sesuai saya tujukan pada cerita ini. Thanks buat kak z yang forwardkan e-mail tersebut pada saya... Cerita yang dipaparkan meresap terus dalam fikiran dan melekat untuk direnungkan dalam2 erti sebuah kehidupan...


> Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke
> K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS
> sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah
Teluk
> Intan.
>
> Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan
> itu.Sebaik memesan
> makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun
muncul
> dihadapan.
>
> 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak
daun
> pisang yang menjadi
> penutup bakul kuih jajaannya.
> "Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
>
> Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20
> minit kemudian saya
> nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri
> agaknya. Mereka
> juga menolak, dia berlalu begitu saja.
>
> "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri
> meja saya.
> "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
> menepuk-nepuk perut.
>
> Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan
> bakulnya yang masih sarat.
> Setiap orang yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang..Pak
cik...kakak
> atau makcik."
> Molek budi bahasanya!
>
> Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya
bertemu
> pelanggan. Sambil
> memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa
> gigihnya dia berusaha.
>
> Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang
> yang ditemuinya
> enggan membeli kuihnya. Sel epas membayar harga makanan dan minuman, saya
> terus beredar ke
> kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang
> sama. Saya buka pintu
> , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan
enjin,
> kanak-kanak
> tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
>
> Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang
> 12 tahun.
> "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik
abang,
> ibu atau ayah abang",
> katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih
> dalam bakul dengan
> menyelak daun pisang penutupnya.
>
> Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di
> hati. Lantas saya buka
> dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
>
> " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata
> ikhlas kerana perasaan
> kesian meningkat mendadak.
>
> Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih
> terus berjalan kembali
> ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
>
> Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya
> saya melihat
> kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang
> pengemis yang
> buta kedua-dua matanya.
>
> Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak
> itu.
> "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
> "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?
> Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
>
> "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
> mengemis. Kata mak kita
> mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat
pada
> saya.
> "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan
masih
> banyak, mak pasti marah.
> Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
> katanya begitu lancar.
>
> Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
> banyak soal saya terus
> bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
>
> "Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya
> kelu nak berkata.
> "RM25 saja bang.....!
> Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan
> RM25. Dia mengucapkan
> terima kasih dan terus berlalu.
>
> Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan
ke
> K.Lumpur, baru saya
> terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??
>
> Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? ?
> Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar
kesian,
> tetapi kerana rasa kagum
> dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
>
> Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan
saya,
> siapa kita sebenarnya!! ! ---

Ikhlas dalam amalan


Bila sebut tentang amalan.... "...tak guna kalau kita banyak buat amalan tapi tau2 Allah tak terima amalan kita semasa hisab di Padang Masyhar nanti...."

Itu antara pesanan ustaz tempohari. Hari tu sebenarnya ustaz sambung mengulas terjemahan ayat dari surah Al-Kahfi tapi dalam masa yang sama sempat menyelitkan tazkirah yang ada hubung-kait dengan tafsir ayat yang sedang dijelaskan.



Antara isi tazkirah yang disampaikan ustaz....


"Allah tak terima amalan kita boleh jadi atas sebab:

  1. kita tidak ikhlas berbuat ibadah... maksudnya niat bukan kerana Allah.
  2. amalan kita tidak bertepatan dengan perintah Allah yang bersumberkan al-quran dan sunnah Nabi s.a.w
Contoh: Ada seorang hambaAllah tu memang kaki masjid dan memang kuat beribadat tapi bila sampai time bersedekah agak lokek untuk memberi. Bila nampak tabung masjid, beria-ia mengambilnya. Tetapi yang jadi menarik perhatian dan mengganggu tumpuan orang disekeliling ialah hambaAllah ini bukan nak masukkan duit sedekah sebaliknya tukar note RM50 nya dengan note RM10 sebanyak 5 keping dari tabung tersebut....alahaiiii..... :p... Kalau ya pun tunggu la dulu bang, kalau nak tukar sekali pun tunggu la time lain kot.....;p

Allah sesungguhnya Maha Adil. Kadang Allah bagi kita untung dalam meniaga. Namun ada masanya kita rugi. Jangan mengeluh bila berdepan dengan keaadaan itu sebaliknya elok kita kembali kepada sifat Allah yang Adil. Dalam masa yang sama, Allah bagi kita sihat - itu dah adil. Allah bagi kita senang hati dan tenteram perasaan, itu dah adil.. maka bersyukurlah...

Dalam mengajak kawan2 lakukan kebaikan contohnya mengajak untuk sama2 datang ke majlis ilmu, kita jangan putus asa. Tugas kita adalah berdakwah, tugas kita adalah mengajak. Yang buat kawan kita tergerak hati untuk datang adalah tugas Allah. Yang memberi Nur dan hidayah adalah Allah. Jadi jangan risau atau rasa putus asa bila ajak2 kawan, dia buat 'dono'...tak nak datang. Its ok, tugas kita sudah selesai sebab yang nak sentuh jiwa adalah Allah.

Majlis ilmu adalah majlis peringatan, untuk hidupkan hati kita yang kadang hidup yang kadang mati. Cuma jangan kita pertahankan ego dalam proses menuntut ilmu. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jangan disebabkan nak pertahankan prinsip, kita tidak mahu membuat perubahan. Kena kembali kepada Allah." Kena ikut Islam secara keseluruhan, tak boleh ambil separuh-separuh.. yang mana suka kita ikut, yang tak suka kita tinggalkan.

Bak kata Tuk Guru dalam ucapan di majlis Muktamar (yang saya tonton melalui Kelantan Tv bersama suami dua malam lalu) parti *** tak boleh ikut parti ****, parti **** tak boleh ikut parti ***. Jadi takpe, jangan sama-sama ikut. Yang semua kena ikut ialah undang-undang Allah. Peraturan yang Allah buat, semua orang boleh ikut sebab kita yakin dengan yang tukang buat. Tukang buat kita adalah Allah.... " begitulah antara sedutan ucapan beliau (sila klik kelantan tv untuk detail)


Sambung ustaz lagi....
Sebelum mulakan sesuatu urusan eloklah baca doa dulu. Berdoa kepada Allah terlebih dahulu sebelum sebarang usaha dibuat. Selepas itu baru lah bertawakkal. Kurnia Allah kepada kita adalah bersebab. Setiap yang Allah kurniakan ada sebab2 yang tertentu yang tersembunyi berbagai hikmah-Nya. Oleh itu kena yakin dengan Qada dan Qadar Allah.


Dalam setiap gerak-geri kita kena lah banyak bersabar. Jangan diikut rasa marah kerana marah itu berpunca dari api. Api adalah asas kejadian syaitan. Ada yang menyebut bahawa orang-orang yang cepat marah adalah tanda-tanda bakal menjadi ahli neraka. Manakala tanda2 orang yang dapat masuk Syurga adalah orang-orang yang sabar.

Setiapkali kita berjalan pulang dari majlis ilmu, bawalah balik akhlak yang lebih baik dari yang sebelum kita datang ke majlis ilmu. Biar ada perubahan dalam diri. Kalau sebelum tu selalu gelak kuat2 sampai nampak gigi geraham, slow kan sikit. Kalau sebelum tu susah nak senyum, biar lepas balik dari majlis ilmu selalu senyum.

Dalam bab ibadat pula, kalau sebelum tu liat nak baca quran, biar lepas tu jadi rajin. Kalau sebelum tu selalu tinggal solat Dhuha, lepas daripada tu, biar dapat buat dengan tetap. Dan kalau selalunya solat biasa dah nak habis waktu baru solat, maka biar berubah jadi solat di awal waktu.

Hati kita jangan dibiarkan mati. Allah bagi hidayah kepada semua orang. Tapi kena hidupkan hati baru lah hidayah Allah akan sampai kepada kita. Benar, adalah menjadi hak Allah untuk bagi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki kerana ia adalah hakmilik Allah. Tetapi kita sendiri kenalah persiapkan diri kita sewajarnya, baru InsyaAllah akan mendapat hidayah dari Allah swt.


Amalan biarlah konsisten atau dengan kata lain istiqamah. Jangan bila rasa sempit baru mula mencari-cari pertolongan Allah. Contoh, selama hari ini tak pernah buat solat hajat tapi bila tiba-tiba ada hilang barang, baru teringat nak buat solat hajat. Tu tak ikhlas namanya kerana berbuat amal hanya pada masa2 tertentu/terdesak sahaja."

Sesungguhnya bila taqwa jadi pakaian, InsyaAllah semua urusan akan dimudahkan Allah... aminn
Selamat beramal. Wassalam.


Sampai juga ke Majlis Ilmu


Selepas dapat sms yang berupa reminder dari kak An pasal kelas pukul 3 tadi, saya terus telefon suami untuk bagitau sekaligus minta izin untuk ke kelas ustaz. Papa bagi green light dengan kata 'ok', so terus le saya bersiap apa yang perlu sebelum melangkah keluar.

Bila start kereta, tengok jarum minyak hampir empty le pulak. "Ohh tak sempat ni nak berhenti singgah isi minyak". Jadi terus je saya memecut menuju ke surau. Risau dek minyak yang hampir kering, saya pun turunkan cermin kereta sebab tak pasang air-cond.

Sampai-sampai surau, waktu masih awal lagi, masih ada 5 minit lagi nak mula kelas. Tangan mula tekan2 nak naikkan balik cermin tingkap....ohhh dah tak boleh, sangkut.... "Ohh jangan la cermin ni buat hal pulak".

Saya terus cuba naikkan cermin tu, tetap juga tak boleh. Last2 bila duk tekan benda tu berkali2 dan dengan bersungguh2 pulak tu maka dengan tiba2 "pupp!".... oh patah la pulak tempat tekan tu. Ishk, camane ni.... Dah le masa saya tekan2 tadi, cermin nya makin menurun, naiknya tak mau langsung. Bila dah tingkap ternganga macam tu risau pulak, takkan nak tinggal macam tu je kat tengah2 padang tu. Buatnya hujan tiba2, tak ke naya...

Saya terus berdoa dalam hati agar Allah permudahkan. Mau tak gelabah, dah sampai depan surau dah jadi macam ni pulak. Dalam pada itu nampak lah dua-tiga orang kenalan saya yang sampai awal duk pandang-pandang dengan wajah penuh tanda-tanya. Tak mau bagi nampak ketara sangat, saya hanya mengangkat tangan*waving* sambil tersenyum seakan2 tiada apa yang berlaku.

Perlahan-lahan saya reverse balik kereta, dan tinggal kan perkarangan surau menuju ke bengkel kereta di Jalan Orkid. Dalam hati dah berkata-kata, "takde harapan le ke kelas petang ni".....

Sampai je kat bengkel yang selalu singgah tu, nak jadi cerita budak2 kerja tu pulak takde, pegi makan. Allah, semua macam tak kena je ni, apasal! Dah jadi macam cerita Lebai Malang pulak! Saya beristighfar dan memujuk hati agar tenang-tenang saja. "Akak nak cepat ek, kat belakang sana ada bengkel lagi", sapa kerani perempuan yang mungkin memerhatikan saya yang sesekali melihat jam tangan. "Ohh iya ke, k akak ke sana je lah...timakasih....", saya terus ke bengkel yang dimaksudkan.

"Kaka, fius rosak la...kalau mau ganti kena selatus lebih...", kata budak Ah Chong itu. "Hah??" Di pendekkan cerita yang dah panjang, Alhamdulillah, dapat settle semua dan kena charge RM10. Charge untuk naikkan cermin balik semula je.... *kalau nak tukar fius yang rosak tu, kena ada RM100 ++ yang macam Ah Chong kata....ohh lain kali je la jawabnya....hehe*

Tengok jam kat tangan dah hampir pukul 3.20 ptg...."Tak lewat sangat kot kalau pegi kelas...." Woahh...masih tak putus asa!

....Sampai2 ustaz tengah baca ayat ke 6 surah al-Kahfi. Saya mengambil port di beranda join kawan2 lain yang dah siap bersila kat luar tu...adalah dalam 12 orang kesemuanya. Seronok duk kat luar ni banyak angin.... hehe.. Yalah , takkan saya nak terjah masuk dalam surau kot, dah le sampai lewat....;p

Ambik masa 2, 3 minit jugak le nak cool down.... dalam hati bersyukur ke hadrat Allah yang telah permudahkan urusan tadi hingga.... sampai juga saya ke majlis ilmu petang ini.... Alhamdulillah....


Ikhlas seorang isteri

Bila kenangkan kerja-kerja rutin yang perlu dilangsaikan setiap hari, kita kekadang tak dapat elak dari mengeluh. Kebetulan pula hari yang tak berapa ada mood, lagi la tak produktif kerja dan sesekali terkeluarlah keluhan. Penat juga duk ulang buat kerja yang sama. Macam kemas dapur tu memang kena kemas setiap-hari sebab hari2 guna. Kalau tidak berminyak dan melekit2. Menyapu juga kena hari2 sebab walaupun kita dah sapu semalam, sang cicak hari-hari lalu dan buang kotoran setiapkali lalu. Kena pastikan bersih untuk elakkan anasir2 yang tidak elok singgah lebih2 lagi di sekitar ruang solat. Kain pula hari2 nak kena clear, kalau tertangguh sehari alamat bertimbun lah jadinya. Tu belum masuk bab iron baju lagi...huuuu....

Masa rehat yang berharga saya gunakan sepenuhnya dengan cuba menambah ilmu dengan membaca buku2 yang banyak tak disentuh kebelakangan ini. Belek2 salah-satu buku yang dipinjam dari library, terbacalah oleh saya satu soalan yang dikemukakan oleh seorang individu, lalu dijawab oleh ustazah dalam buku soal-jawab feqah wanita itu. Ok lah, elok juga jika dikongsi di sini.

Soal-jawabnya adalah seperti berikut:

Soalan ?
: Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri apabila dia kadang-kadang terasa bahawa tugas rumah tangga yang dilakukan membebankannya dan timbul rasa tidak ikhlas melakukannya?


Ustazah: Perasaan ini timbul mungkin disebabkan oleh tugas yang banyak. Apabila ini berlaku boleh menyebabkan timbul perasaan tidak ikhlas melakukan tugas tersebut. Sebaiknya berbincang dengan suami bagi menyelesaikan masalah ini. Perasaan ikhlas boleh disemai apabila kita tahu ganjaran atau pahala yang kita terima kelak apabila ikhlas melakukan sesuatu untuk keluarga. Sentiasa berdoa kepada Allah bagi memudahkan urusan kita dalam menjalankan tanggung jawab kita terhadap suami dan keluarga.


Saya selalu ingatkan diri, mesti selalu memperbaharui tekad, *Semua terletak pada pilihan kita. Jika kita pilih untuk good mood, maka baik lah jadinya. Sebaliknya kalau memilih untuk bad mood, maka sepanjang harilah kita terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak gembira dan berat hati untuk lakukan banyak perkara." Jadi seeloknya bangun pagi2, mulakan hari dengan mood yang ceria, positif dan hargai nikmat kehidupan yang Allah kurniakan dengan perbanyakkan bersyukur.*


Firman Allah swt:
Barangsiapa menginginkan balasan atas amalan nya di dunia ini, kami akan berikannya di dunia ini (dan tidak ada balasan untuknya di akhirat nanti). Dan sesiapa menginginkan balasan akhirat, kami akan memberinya balasan di akhirat (dan di dunia juga). Dan kami dengan segera akan memberi kepada orang yang bersyukur. Yakni kami akan memberi balasan dengan segera kepada orang yang beramal dengan berniat untuk mendapat pahala di akhirat. (Surah Ali Imran: 145)

Roti Jala


Pagi ni teringat nak menjala. Bukan menjala apa, menjala roti jala.... hehe

Teringat gulai ayam semalam ada berbaki kuahnya. Sayang pula kalau nak dibuang begitu saja. Intai2, roti pun habis nak cicah dengan gulai.

Jadi saya pun mula tapis tepung dan bancuh adunan setengah mangkuk nak buat roti jala. Senang je, bahan2nya hanyalah terdiri dari tepung, sebij telor, sedikit santan/susu, garam dan secubit kunyit bagi memeriahkan warna.

Masa mengirai roti jala tadi, anak2 masih diulit mimpi. Huh boleh tahan, cuti sekolah ni makin dilayan tidur tu. Hari2 bangun solat subuh pastu terus nak pergi sambung mimpi yang tergendala dek mama kejut solat subuh.... ishk!

Berbalik pada roti jala, kirai punya kirai, siap akhirnya roti jala sepinggan. Orite le tu. Ini lah hidangan breakfast kita pagi ni anak2ku....

Projek Cuti Sekolah (Sesi ke 2)



Gotong-royong membersihkan rumah bersambung lagi hari ini. Selepas sediakan breakfast berupa bihun goreng dan keropok keping terengganu yang dibeli dari Mihas tempohari, saya pun berkira2 dalam hati untuk terus sambung misi cuti sekolah kali ini.

Mula2 sekali bagi hint kat papa, "tingkap kecil(untuk circulation angin) yang kat atas sekali tu nampak berhabuk sangat. Hari tu kakak dah lap cermin tingkap tapi yang atas sekali tu tak sampai walaupun guna tangga." Saya dengan ayat2 memujuk mintak papa yang laksanakan kerja tersebut. Nak mintak tolong kena la puji2 dulu....hehe.... Ok lulus, papa terus mulakan tugas.... :)

Abang yang tengah seronok bermy-space, saya suruh break kejap dan tolong basuh lantai dan meja taman kat pergola.

Kemudian suruh shilah breakfast, "Lepas breakfast sapu porch sampai bersih." Shilah sambil duk menyapu tu tanya saya dari luar rumah, "Mama, ada orang nak datang ke ni?", shilah biasalah kalau kena buat kerja sikit, ada je yang dimusykilkannya...haha... "Bukan pasal ada orang nak datang, kita yang nak duduk!!", balas saya sambil disambut ketawa geli-hati dari abang yang mendengar dari bawah pergola... :)

Kakak pula kena incharge bahagian kain yang berlonggok tak lipat dari semalam.

Dan saya sendiri, make sure myself ada di sekitar papa yang sedang buat kerja supaya takde lah papa rasa duk buat kerja sorang-sorang basuh tingkap dari luar. Nanti pressure pulak suami ku..... hehe.... Saya pun ambik 'window cleaner(brand AMWAY)' dan kain buruk, terus lap cermin dari dalam rumah.

Projek overhaul rumah ini bermusim, kalau tak di musim2 cuti, semua agak liat nak buat kerja2 pembersihan tu semua. Weekend just sapu2 gitu je lantai porch dan pergola. Weekdays pula just buat yang rutin, menyapu dan vacuum.... tu je.....So bila semua turun padang bergotong-royong tolong mama ni, senang hati.....hihihi


Basuh Langsir



Saya plan macam2 sempena cuti sekolah ni. Bila ingatkan kelas usrah pun ikut cuti sama dalam 2 minggu ini, banyak lah masa free saya kat rumah. Kalau sibuk pun, sibuk dengan kerja2 di dapur saja lah. Al-maklum lah, anak2 kat rumah cuti sekolah, sekolah cuti dapur makin sibuk lah, tak boleh nak ikut cuti sama....hehehe

Sejak beberapa hari lalu, saya pakat2 dengan kedua2 anak2 perempuan ni untuk projek basuh langsir satu rumah. Dah lama sangat tak basuh, dikhuatiri jadi tempat persinggahan makhluk2 yang tak diingini. Yalah mereka2 ini memang suka tempat2 yang tidak berapa bersih. Risau pula nanti terganggu khusyuk waktu solat. Sepertimana yang kita maklum, syarat sah solat termasuklah suci diri, suci pakaian dan suci tempat solat. Kena ambik berat soal kebersihan ni....

Jadi turunkan langsir(bukan sekali gus) bermula dari ruang tamu dan family hall. Hari kedua baru mula turunkan yang dalam bilik masing2. Yang langsir dari bilik abang (satu2nya anak lelakiku...hehe) yang paling last, hari ni baru nak basuh. Takpe, abang balik weekend je, jarang ada kat bilik, so lambat2 lah sikit selesaikan abang punya...hehe

Tapi ada lagi yang paling mencabar(kena tunggu ada mood baru turunkan) iaitu langsir sliding door dan satu lagi dekat 2nd living yang terpanjang dan terberat itu....aduhai... tak larat nak basuh tangan dua "kepala langsir" yang berstone di birai2 scallop itu... sebab tambah dengan stone tu le yang jadi beratnya. Cantik tu memang lah cantik bila taruk gantungan batu2 kristal yang berblink-blink tu, tapi tiba time nak membasuhnya lah yang tak larat....dah le terpaksa basuh tangan, kalau masuk mesin....habis....berterabur lah putus stone nya... huhuhu...

Zikir yang sesuai dengan tempatnya


Setiap zikir memiliki kesesuaiannya. Salah satu bentuk penghambaan kepada Allah ialah berzikir kepada-Nya dalam pelbagai keadaan, dan kamu sentiasa terikat dengan zikir-zikir ini sesuai dengan kedudukannya, kerana kalau kamu menyalahi peraturan ini bererti kamu tidak mengikuti peraturan dan sunnah Rasulullah s.a.w.

1) Setelah melakukan sembahyang, Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk bertasbih(Subhanallah) sebanyak 33x, bertahmid (Alhamdulillah)33x, bertakbir(Allahuakbar) 33x dan bertahlil(La ila haillallah) sekali sehingga sempurna menjadi 100. Kemudian membaca ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas dan Al-Mu'awwidzatain(surah al-Falaq dan an-Nas).

2) Zikir yang sesuai sekali diucapkan contoh ketika mendaki gunung atau membawa beban berat yang menyukarkan ialah; "Laa hawla walaa quwwata illa billaah"(Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

Abu Musa Al-Asy'ari r.a mengatakan: "Kami pernah mendaki bersama Rasulullah s.a.w, lalu orang ramai mengeraskan suara mereka dengan bertakbir. Di dalam hati, saya mengucapkan: "Laa hawla walaa quwwata illaa billaah" (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah). Maka Rasululluh s.a.w berkata kepadaku: "Wahai Abu Musa, mahukah kamu saya tunjukkan kepada salah satu perbendaharaan syurga?" Saya menjawab; "Ya, tentu wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w lalu bersabda: "Laa hawla walaa quwwata illaa billaah" (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

3) Dan ketika bertafakkur terhadap ayat-ayat Allah dengan keindahan dan keajaiban ciptaan Allah, maka zikir yang sesuai diucapkan, adalah: "Subhanallah" (Maha Suci Allah).

4) Dan ketika teringat kepada maksiat, dosa dan kesalahan yang pernah diperbuat, maka zikir yang sesuai diucapkan, adalah; "Astaghfirullaaha wa atuubu ilaihi": (Aku minta ampun kepada Allah).

5) Dan ketika menyebut nama Rasulullah, maka yang diucapkan adalah dengan berselawat kepada baginda s.a.w.

6) Begitu juga ketika kita hendak makan, maka kita mengucapkan; "Bismillahirrahmanirrahim, dan ketika selesai dari makan, maka kita ucaplah "Alhamdulillah..."

Setiap zikir yang ada di dalam sunnah, sangat sesuai dengan keadaan dan kedudukannya...bagi orang yang mahu merenungkannya....


Wallahu'alam.


***sumber: buku tulisan
Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang judulnya "Jagalah Allah... Allah Menjagamu".