CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Basuh Langsir



Saya plan macam2 sempena cuti sekolah ni. Bila ingatkan kelas usrah pun ikut cuti sama dalam 2 minggu ini, banyak lah masa free saya kat rumah. Kalau sibuk pun, sibuk dengan kerja2 di dapur saja lah. Al-maklum lah, anak2 kat rumah cuti sekolah, sekolah cuti dapur makin sibuk lah, tak boleh nak ikut cuti sama....hehehe

Sejak beberapa hari lalu, saya pakat2 dengan kedua2 anak2 perempuan ni untuk projek basuh langsir satu rumah. Dah lama sangat tak basuh, dikhuatiri jadi tempat persinggahan makhluk2 yang tak diingini. Yalah mereka2 ini memang suka tempat2 yang tidak berapa bersih. Risau pula nanti terganggu khusyuk waktu solat. Sepertimana yang kita maklum, syarat sah solat termasuklah suci diri, suci pakaian dan suci tempat solat. Kena ambik berat soal kebersihan ni....

Jadi turunkan langsir(bukan sekali gus) bermula dari ruang tamu dan family hall. Hari kedua baru mula turunkan yang dalam bilik masing2. Yang langsir dari bilik abang (satu2nya anak lelakiku...hehe) yang paling last, hari ni baru nak basuh. Takpe, abang balik weekend je, jarang ada kat bilik, so lambat2 lah sikit selesaikan abang punya...hehe

Tapi ada lagi yang paling mencabar(kena tunggu ada mood baru turunkan) iaitu langsir sliding door dan satu lagi dekat 2nd living yang terpanjang dan terberat itu....aduhai... tak larat nak basuh tangan dua "kepala langsir" yang berstone di birai2 scallop itu... sebab tambah dengan stone tu le yang jadi beratnya. Cantik tu memang lah cantik bila taruk gantungan batu2 kristal yang berblink-blink tu, tapi tiba time nak membasuhnya lah yang tak larat....dah le terpaksa basuh tangan, kalau masuk mesin....habis....berterabur lah putus stone nya... huhuhu...

1 comments:

sot said...

idea tukar2 susunan perabot dan kini salin langsir memang memberi nafas dan mood baru serta element of suprise untuk penyeri rumahtangga...maka teruskan usaha baik ini dengan istiqamah dan tanpa jemu.