CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Ikhlas seorang isteri

Bila kenangkan kerja-kerja rutin yang perlu dilangsaikan setiap hari, kita kekadang tak dapat elak dari mengeluh. Kebetulan pula hari yang tak berapa ada mood, lagi la tak produktif kerja dan sesekali terkeluarlah keluhan. Penat juga duk ulang buat kerja yang sama. Macam kemas dapur tu memang kena kemas setiap-hari sebab hari2 guna. Kalau tidak berminyak dan melekit2. Menyapu juga kena hari2 sebab walaupun kita dah sapu semalam, sang cicak hari-hari lalu dan buang kotoran setiapkali lalu. Kena pastikan bersih untuk elakkan anasir2 yang tidak elok singgah lebih2 lagi di sekitar ruang solat. Kain pula hari2 nak kena clear, kalau tertangguh sehari alamat bertimbun lah jadinya. Tu belum masuk bab iron baju lagi...huuuu....

Masa rehat yang berharga saya gunakan sepenuhnya dengan cuba menambah ilmu dengan membaca buku2 yang banyak tak disentuh kebelakangan ini. Belek2 salah-satu buku yang dipinjam dari library, terbacalah oleh saya satu soalan yang dikemukakan oleh seorang individu, lalu dijawab oleh ustazah dalam buku soal-jawab feqah wanita itu. Ok lah, elok juga jika dikongsi di sini.

Soal-jawabnya adalah seperti berikut:

Soalan ?
: Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri apabila dia kadang-kadang terasa bahawa tugas rumah tangga yang dilakukan membebankannya dan timbul rasa tidak ikhlas melakukannya?


Ustazah: Perasaan ini timbul mungkin disebabkan oleh tugas yang banyak. Apabila ini berlaku boleh menyebabkan timbul perasaan tidak ikhlas melakukan tugas tersebut. Sebaiknya berbincang dengan suami bagi menyelesaikan masalah ini. Perasaan ikhlas boleh disemai apabila kita tahu ganjaran atau pahala yang kita terima kelak apabila ikhlas melakukan sesuatu untuk keluarga. Sentiasa berdoa kepada Allah bagi memudahkan urusan kita dalam menjalankan tanggung jawab kita terhadap suami dan keluarga.


Saya selalu ingatkan diri, mesti selalu memperbaharui tekad, *Semua terletak pada pilihan kita. Jika kita pilih untuk good mood, maka baik lah jadinya. Sebaliknya kalau memilih untuk bad mood, maka sepanjang harilah kita terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak gembira dan berat hati untuk lakukan banyak perkara." Jadi seeloknya bangun pagi2, mulakan hari dengan mood yang ceria, positif dan hargai nikmat kehidupan yang Allah kurniakan dengan perbanyakkan bersyukur.*


Firman Allah swt:
Barangsiapa menginginkan balasan atas amalan nya di dunia ini, kami akan berikannya di dunia ini (dan tidak ada balasan untuknya di akhirat nanti). Dan sesiapa menginginkan balasan akhirat, kami akan memberinya balasan di akhirat (dan di dunia juga). Dan kami dengan segera akan memberi kepada orang yang bersyukur. Yakni kami akan memberi balasan dengan segera kepada orang yang beramal dengan berniat untuk mendapat pahala di akhirat. (Surah Ali Imran: 145)

3 comments:

sot said...

Hanya Allah yg dapat mengukur keikhlasan kita. Apabila ikhlas melakukan sesuatu yang baik maka ada nilaiannya di sisi Allah. Berdoalah kepada-Nya agar dipermudahkan segala urusan kita hari ini & di jadikan segala kegiatan kita hari ini sebagai ibadah kepada-Nya.

Anonymous said...

kekadang rasa macam tu juga, yelah hampir 90% semua kerja kita buat termasuklah bekerja mencari rezeki. Tak dinafikan kadang2 timbul rasa tak ikhlasa tapi cepat2 ditolak ketepi bila lihat anak yang 2 orang tu... Ni nak masuk 3 dah jadi kenalah tawakal dengan apa yang ada...

fzi said...

Aya, memang kita tak dapat nak elak dari kekadang rasa tak ikhlas. Biasa la tu, bila rasa penat, mula la macam2 'rasa' lain timbul...;p

Tahniah nak dpt baby lagi...
Thanks aya...