CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Zikir yang sesuai dengan tempatnya


Setiap zikir memiliki kesesuaiannya. Salah satu bentuk penghambaan kepada Allah ialah berzikir kepada-Nya dalam pelbagai keadaan, dan kamu sentiasa terikat dengan zikir-zikir ini sesuai dengan kedudukannya, kerana kalau kamu menyalahi peraturan ini bererti kamu tidak mengikuti peraturan dan sunnah Rasulullah s.a.w.

1) Setelah melakukan sembahyang, Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk bertasbih(Subhanallah) sebanyak 33x, bertahmid (Alhamdulillah)33x, bertakbir(Allahuakbar) 33x dan bertahlil(La ila haillallah) sekali sehingga sempurna menjadi 100. Kemudian membaca ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas dan Al-Mu'awwidzatain(surah al-Falaq dan an-Nas).

2) Zikir yang sesuai sekali diucapkan contoh ketika mendaki gunung atau membawa beban berat yang menyukarkan ialah; "Laa hawla walaa quwwata illa billaah"(Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

Abu Musa Al-Asy'ari r.a mengatakan: "Kami pernah mendaki bersama Rasulullah s.a.w, lalu orang ramai mengeraskan suara mereka dengan bertakbir. Di dalam hati, saya mengucapkan: "Laa hawla walaa quwwata illaa billaah" (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah). Maka Rasululluh s.a.w berkata kepadaku: "Wahai Abu Musa, mahukah kamu saya tunjukkan kepada salah satu perbendaharaan syurga?" Saya menjawab; "Ya, tentu wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w lalu bersabda: "Laa hawla walaa quwwata illaa billaah" (Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

3) Dan ketika bertafakkur terhadap ayat-ayat Allah dengan keindahan dan keajaiban ciptaan Allah, maka zikir yang sesuai diucapkan, adalah: "Subhanallah" (Maha Suci Allah).

4) Dan ketika teringat kepada maksiat, dosa dan kesalahan yang pernah diperbuat, maka zikir yang sesuai diucapkan, adalah; "Astaghfirullaaha wa atuubu ilaihi": (Aku minta ampun kepada Allah).

5) Dan ketika menyebut nama Rasulullah, maka yang diucapkan adalah dengan berselawat kepada baginda s.a.w.

6) Begitu juga ketika kita hendak makan, maka kita mengucapkan; "Bismillahirrahmanirrahim, dan ketika selesai dari makan, maka kita ucaplah "Alhamdulillah..."

Setiap zikir yang ada di dalam sunnah, sangat sesuai dengan keadaan dan kedudukannya...bagi orang yang mahu merenungkannya....


Wallahu'alam.


***sumber: buku tulisan
Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang judulnya "Jagalah Allah... Allah Menjagamu".

1 comments:

sot said...

Amalkan zikir selalu agar hidup aman dan hati tenang. Ringan2kan bibir mengucapkan zikir pada setiap kelapangan.

"Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agama-Nya kepada sesiapa yang rujuk kepada-Nya. Iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah, dengan zikrullah hati akan tenang tenteram." (ar-Ra'd:27-28)