CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

i love kuala kubu




"Nah ! Ini Wak kasik jeh kat engko!"

Terkejut saya. Tiba2 wak gerai ikan bilis tu ambil secekak extra ikan bilis, masukkan dalam plastik ikan bilis 1kg saya yang sedang ditimbang. Ohh banyaknya wak kasi lebih... secekak penuh....
just imagine secekak penuh tangan orang lelaki...tak ke banyak tuh...jadi serba salah pulak saya dibuatnya...

Bila tengok wak nampak macam ikhlas je... saya pun ok le...suka sangatlah...hehe...makasih, makasih wak... nampaknya wak kuat bersedekah di bulan puasa ni. Moga bertambah2 rezeki wak ya... :)

Tambah berbunga2 hati bila dapat beli tulang dan daging lembu tempatan banyak2 terus kat pasar. Senang, takyah nak pikir kena datang lagi di bulan puasa ni. InsyaAllah cukup untuk stok sepanjang baki 3 minggu Ramadhan ini.


Itulah antara kelebihan berbelanja kat pasar kuala kubu nih. Dah le semua peniaga frenly frenly gitu...tak kira peniaga melayu ke cina ke...semua baik2.. Semua stail macam orang kampung, berbasa-basi dan banyak berlebih-kurang gitu.


Tu sebab saya suka dengan pekan kuala kubu ni....pagi2 lagi dah memecut ke sana dengan cik abang semalam. Belum cerah tanah lagi *orang kata*...hehee....
i love kuala kubu bharu very much... :))

Peristiwa di masjid

Dah seminggu kita semua menjalani ibadah puasa, alhamdulillah. Dalam sibuk2 saya dengan urusan cookies di rumah pada sebelah siangnya, saya cuba lah juga gagahkan diri mengikut suami dan anak2 ke masjid untuk dirikan solat Isyak dan Terawih bersama2.

Tiap kali berdetik di hati rasa penat dan mengantuk, cepat2 saya kembalikan semangat bila melihat kakak2 dan makcik2 yang lebih berusia di saf depan. Ramai juga warga emas yang hadir, tu yang buatkan saya jadi lebih bersemangat untuk terus ikut solat terawih sehingga selesai 20 rakaat. Orang yang uzur pun boleh buat apalagi kita yang lebih bertenaga ini... kena kuatkan hati, kena ingat kita bukan selalu dapat bertemu dengan Ramadhan... hanya setahun sekali... yang tahun depan pun belum tentu jumpa lagi.. wallahu'alam.


Setiap malam saya antara orang terakhir yang keluar dari ruang solat. Anak2 duk gesa, "
cepat la mama..." Saya bukan lewat apa, bukan sebab berwirid ke baca quran ke... tapi sebab tolong tutup mana2 kipas dinding yang masih ligat berpusing. Sekali dengan saya selalunya makcik Kay yang ikut selenggarakan tugas sukarela tu...hahaha...

Tengah sibuk2 ke hulu ke hilir menarik tali kipas tu, tiba2 terdengar suara, "
Fzi tadarus kat mana?" Ohh kak Jie rupanya yang menyapa. "Takde kat mana2 kak Jie, saya buat kueh raya, tu yang ngaji kat rumah je lah waktu2 luang". Masuk kali ni dah tiga empat kali saya disapa kengkawan, yang tanya "tadarus kat mana"...

Ohh memang rasa rugi tak dapat join kawan2 bertadarus. Hajat tu memang ada lebih2 lagi merata tempat kawan2 buat tadarus samada di masjid, surau dan di rumah tapi fikir2 kalau saya keluar bertadarus , bila masa pula saya nak buat cookies... Malamnya keluar solat terawih..
..

Sudahnya mengaji kat rumah saja lah lepas
time solat fardhu. Ambik masa kejap. Dalam masa saya berada di dapur pula, sesekali saya ikhtiarkan pasang kaset atau window player dari pc, dengar bacaan surah al-quran dari tuan Syeikh faveret iaitu Syeikh Mohamed Jibrel.

Moga2 ada keseimbangan dalam garis amal di bulan puasa ini. Walau sibuk mengejar urusan dunia, saya mohon Allah tetapkan hati ini untuk dapat istiqamah mana2 ibadah yang termampu. Teringat ustaz wan tegaskan dalam tazkirah malam tadi... kita mesti cuba melawan hawa nafsu... nak lawan nafsu kena tingkatkan amal soleh.... cuba lebihkan berbuat ibadah berat...niat semata2 kerana Allah...... Wallahu'alam.

Operasi FZ Homemade Cookies 2009

Jemput tengok perjalanan operasi cookies kami yang sedang berlangsung....


Moga Allah permudahkan segala urusan...aminnn


Ramadhan Bulan Berkat




Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa
Isi lah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia…
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isi lah Ramadhan dengan sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Jom buat guide-line untuk teguhkan amalan fardhu dan tingkatkan amalan sunat di bulan Ramadhan....
  1. kunci jam 15 minit awal dari waktu nak masuk dapur untuk siapkan bersahur. Bolehlah gunakan 15 minit itu untuk sekurang-kurangnya solat sunat Tahajjud 2 rakaat dan 1 Witir.
  2. Antara jam 9.00 - 12.00 tengahari jom lari kejap ambik wudhuk dan solat Dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kalau sempat selaklah sekejap lembaran al-quran, baca surah-surah pendek.... Nak mula dari awal *bermula surah al-fatihah* untuk tujuan nak khatam di sepanjang bulan Ramadhan, itu lebih baik lagi... Bagi yang ada peluang bertaddarus dengan kawan2 di masjid...alhamdulillah itu tentunya lebih membahagiakan lagi...
  3. Selepas tiapkali keluar dari bilik air ambil wudhuk, dan solat sunat Wudhuk 2 rakaat.
  4. Solat fardhu di awal waktu...masuk waktu je tinggalkan semua kerja, terus pegi ambik wudhuk dan dirikan solat
  5. Slotkan masa sekejap untuk baca quran sekurang-kurangnya 1 m/s setiapkali selepas solat Zohor dan Asar *Alhamdulillah sehingga kini saya usahakan juga untuk tetap membaca surah al-Waqiah setiap hari...moga berterusan InsyaAllah*
  6. Terus-terusan berdoa pada Allah.
  7. Terus-terusan mengamalkan zikrullah contohnya bertasbih, bertahmid, bertahlil dan lain-lain zikir walaupun ketika tangan sibuk melakukan kerja-kerja di dapur.
  8. Terus-terusan mengamalkan membaca ayat seribu dinar
  9. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktunya.
  10. Malam selepas Isyak, sangat elok diisikan dengan solat Terawih beserta Witir samada berjemaah di masjid atau buat di rumah sahaja.
  11. Baca surah al-Mulk sebelum tidur...
***guide-line ini khusus untuk saya menyemak tugasan amal setiap-hari...biarpun sedikit amalnya namun ingin cuba untuk istiqamah melakukannya. Biar sedikit asal berterusan...moga diterima oleh-Nya... Teringat kata2 yang menyebut, "jangan kita alim di sisi manusia, biar kita mulia di sisi Allah Taala".... Wallahu'alam...


Kakak Demam



Risaunya saya.... kakak masih demam lagi. Dah masuk 2 hari... kebah sekejap kemudian panas balik silih berganti. Dah makan ubat ikut time... tapi still macam tu jugak. Batuk, selsema semua ada sekali...

Hari ini atas permintaannya saya masakkan sup lagi. Semalam pun masak sup sebab fikir2 itu sajalah nampaknya yang boleh buat kakak dapat banyak air. Dalam pada tu, cepat2 saya rebuskan barli satu periuk. Kakak kurang minum air, tu la pasal. Jadi bila rebus barli tu, alhamdulillah banyak juga la nampak minum...kakak memang suka air barli. Sepanjang duk hostel pun kakak jarang minum air masak pun, minum time lepas makan kat DM *dewan makan* je, tapi bila dah naik hostel minum 100 plus je time dahaga. Tu sebab kami bekalkan kakak air 100 plus tiapkali kakak nak balik asrama. Kalau harapkan kakak nak minum air masak, payah la sikit.

Nampak tadi makan pun tak berapa lalu. Sikit je jamah. Padahal semalam masa lunch dan dinner saya dah rasa lega dah bila tengok kakak agak berselera... habis sepinggan nasik tu dan semangkuk penuh sup ayam.

Tapi hari ni sikit benar pulak makannya. Risaunya.... mama tau kakak tak kenyang makan tadi...dah la pagi tadi makan cekodok pisang dalam 5 biji je.... ohhh kesian anakku.. mama harap kakak kuatkan hati ya, lawan perasaan tak nak makan dan minum tu. At-least kalau kakak paksakan diri makan, ada lah tenaga tu sikit... ni lemah sangat mama nampak kakak.... even mama jelung2 kepala kakak pun masih tak mau turun panasnya... kalau turun pun sikit je kot.... risaunya hatiku Ya Allah....susah hati rasa... cepat2 la papa balik...rasa lambat sangat masa berjalan nak tunggu petang nanti papa sampai umah...


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan
Ramadhan
kali ini

penuh makna
agar dapat kulalui
dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun sudah pun berlalu
masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa
ku berada
di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
sebagaimana yang diperintah-Nya
moga dapat ku lenturkan
nafsu
yang selalu
membelenggu diri

tiada henti-henti

tak ingin ku biarkan
Ramadhan
berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku
yang lemah
mengharungi
segalanya
dengan sabar


ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan
diterima amalan

selangkah demi selangkah...
dengan rahmat-Mu oh Tuhanku...
ku tempuh jua

Harapan Ramadhan_1...



Brisk Walking


"Jom take a walk...."

Pagi2 minggu selalu nya macam tu lah papa ngajak keluar menghirup udara pagi yang dingin di kawasan sekitar kediaman kami. Keluar pagi-pagi cum exercise sekali lah kiranya samada jogging, brisk walking(jalan cepat, pantas, cergas) atau jalan2 santai je... kalau anak-anak ikut sekali, mesti ada salah-sorang yang berbeskal... yang paling kecik tu la biasanya..tapi time nak naik bukit, pas beskal kat orang lain... tak larat..

Papa selalunya jogging tapi hari ni sakit kaki so jalan santai je.... macam saya as usual lah...dulu, kini dan selamanya selalu pilih untuk jalan santai2 je sambil gerakkan/hayunkan tangan dalam beberapa gerakan ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah secara berterusan.

"Mama, brisk walking le...baru keluar peluh sikit...", tegur papa bila tengok gaya saya yang bermalas-malasan. Saya segera mempercepatkan langkah, berjalan dengan lebih pantas lagi. Kami melalui persisiran jalan utama mengelilingi taman perumahan, jadi bertembung lah dengan dua tiga orang jiran yang lalu lalang berkenderaan. Jenuh mengangkat tangan ambik syarat tanda semangat kejiranan kononnya...hehe

Ok le... berpeluh le jugak...tu pun round satu pusingan je.... ok lah tuh... InsyaAllah to be continued tomoro.... Wah semangat tu bukan apa, nak cuba sedaya-upaya kekalkan gaya hidup sihat nih... kena jaga kesihatan sebab umur pun dah makin ke depan... :)

Tapi.....


Masalahnya, dah elok keluar beriadah tu, balik2 umah pekena pulak
nasi belauk yang dah siap masak. Gulai ikan Aya(ikan tongkol) ada yang lebih malam tadi. So, sebelum keluar riadah, dah siap2 basuh beras dan ON kan rice-cooker....huuuu.... hasrat mula-mula nak kurangkan kalori, tengok2 bertambah balik lah bila pekena nasi belauk ni...papa pulak bukan takat makan sepinggan, nampak tadi tambah nasi 2x lagi... hehehe.... nampak gaya pi mai pi mai tang tu jugak le.... :)

Senyum di pagi hari


Pagi-pagi ni sebelum masuk keje kat dapur *untuk projek FZ Homemade Cookies*, duk la kejap ngadap pc. Orkid dan bunga2 di laman dah keluar dah tadi jengok. Dah siap letak hidung kat mana2 orkid yang ada aroma pot-pouri asli tu.... wangiiiii.......

Dah selesai cuci-cuci mata dan siram-siram pokok yang nampak kering tu, masuk umah on pc jap. Breakfast belum lagi... tadi neman je suami breakfast dengan roti taruk jem dan nescafe panas sebelum berangkat pegi ofis. Kita sendiri tak leh nak terima lagi pagi-pagi ni... hehe

Round-round internet, banyak input dapat dari info terkini kat dua tiga paper on-line.... dah tu, baca dan renungkan pulak kisah2 gembira, sedih dan lucu dalam mana2 blog rerakan blogger... banyak tulisan bermutu para blogger....best!

Dalam banyak2 tu, tetiba terjumpa la lawak kartun juragan ni... hehehe..... jom kita pakat2 senyum tengok kartun ni....*bese la tu...kebanyakan.. bukan semua... orang pompuan termasuk saya memang selalu tergoda dengan 'sale' di sana-sini (tak kira lah tengah pakai mask ke tak pakai mask ke, tetap nampak sign 'sale' tuh)* :)

pesanan penaja: ....senyuman menceriakan pagi anda... :)


Gula Oh Gula



Ohhh...Sebut pasal gula ni, hati saya betul2 tengah risau sekarang ni. Mau tidaknya, nak dapat sekilo pun susah. Asal keluar je, mesti singgah kat pasaraya atau kedai2 runcit berhampiran cari gula... tapi malangnya tetap masih takde...

Minggu lepas dapat jugak la dalam 2kg seorang *saya dan suami beratur dikaunter bayaran yang berasingan di Pasaraya G.U sebab seorang hanya terhad dapat 2kg saja*. Minggu ni langsung tak dapat, jawapan yang diberi bila tanya, "tak de" atau semua just tunjuk isyarat pusing2 tangan.

Alahai....camana sudahnya projek kueh raya saya ni... order alhamdulillah tengah masuk sedangkan bekalan gula yang ada kat rumah dari hari ke hari makin berkurangan.

"Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini....aminnn..."

Kueh Raya Kembali Lagi


Assalamualaikum kawan-kawan sekelian - Ramadhan bakal tiba 2 minggu lagi…


Seperti biasalah FZ Homemade Cookies hasil keluaran kami yang beroperasi di rumah KEMBALI LAGI dengan 3 pilihan cookies dan 1 jenis kek iaitu Chocolate cake. InsyaAllah dengan kelazatan dan kesedapan yang tersendiri, dibuat dari bahan2 yang berkualiti, halal dan suci. Sangat sesuai untuk hidangan atau cenderahati di Majlis Berbuka dan Hari Lebaran.


Bagi yang berhajat TEMPAHAN kini dibuka…sila e-mail saya di fzi.pkasih@gmail.com sekiranya berminat. Delivery sekitar kL/PJ InsyaAllah boleh diuruskan. Boleh juga datang mengambil sendiri samada temujanji di Tol Bukit Beruntung/di Stesen minyak Petronas @ Esso/terus ke rumah kami. Tarikh tutup tempahan sejurus Ramadhan bermula...Thanks


Slip tempahan

Chip Sporties

RM19

Oat Rings

RM19

Nestum Crispy

RM19

Kek Coklat (1kg)

RM25

Nama

Contact No

Tarikh Penghantaran

Nota: Maaf Almond London not in production.


Indahnya Doa Selepas Solat Dhuha


“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhamu,

kecantikan itu ialah kecantikanmu,
keindahan itu keindahanmu,
kekuatan itu kekuatanmu,
kekuasaan itu kekuasaanmu
dan perlindungan itu perlindunganmu.”

Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”