CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Peristiwa di masjid

Dah seminggu kita semua menjalani ibadah puasa, alhamdulillah. Dalam sibuk2 saya dengan urusan cookies di rumah pada sebelah siangnya, saya cuba lah juga gagahkan diri mengikut suami dan anak2 ke masjid untuk dirikan solat Isyak dan Terawih bersama2.

Tiap kali berdetik di hati rasa penat dan mengantuk, cepat2 saya kembalikan semangat bila melihat kakak2 dan makcik2 yang lebih berusia di saf depan. Ramai juga warga emas yang hadir, tu yang buatkan saya jadi lebih bersemangat untuk terus ikut solat terawih sehingga selesai 20 rakaat. Orang yang uzur pun boleh buat apalagi kita yang lebih bertenaga ini... kena kuatkan hati, kena ingat kita bukan selalu dapat bertemu dengan Ramadhan... hanya setahun sekali... yang tahun depan pun belum tentu jumpa lagi.. wallahu'alam.


Setiap malam saya antara orang terakhir yang keluar dari ruang solat. Anak2 duk gesa, "
cepat la mama..." Saya bukan lewat apa, bukan sebab berwirid ke baca quran ke... tapi sebab tolong tutup mana2 kipas dinding yang masih ligat berpusing. Sekali dengan saya selalunya makcik Kay yang ikut selenggarakan tugas sukarela tu...hahaha...

Tengah sibuk2 ke hulu ke hilir menarik tali kipas tu, tiba2 terdengar suara, "
Fzi tadarus kat mana?" Ohh kak Jie rupanya yang menyapa. "Takde kat mana2 kak Jie, saya buat kueh raya, tu yang ngaji kat rumah je lah waktu2 luang". Masuk kali ni dah tiga empat kali saya disapa kengkawan, yang tanya "tadarus kat mana"...

Ohh memang rasa rugi tak dapat join kawan2 bertadarus. Hajat tu memang ada lebih2 lagi merata tempat kawan2 buat tadarus samada di masjid, surau dan di rumah tapi fikir2 kalau saya keluar bertadarus , bila masa pula saya nak buat cookies... Malamnya keluar solat terawih..
..

Sudahnya mengaji kat rumah saja lah lepas
time solat fardhu. Ambik masa kejap. Dalam masa saya berada di dapur pula, sesekali saya ikhtiarkan pasang kaset atau window player dari pc, dengar bacaan surah al-quran dari tuan Syeikh faveret iaitu Syeikh Mohamed Jibrel.

Moga2 ada keseimbangan dalam garis amal di bulan puasa ini. Walau sibuk mengejar urusan dunia, saya mohon Allah tetapkan hati ini untuk dapat istiqamah mana2 ibadah yang termampu. Teringat ustaz wan tegaskan dalam tazkirah malam tadi... kita mesti cuba melawan hawa nafsu... nak lawan nafsu kena tingkatkan amal soleh.... cuba lebihkan berbuat ibadah berat...niat semata2 kerana Allah...... Wallahu'alam.

3 comments:

sot said...

Cuba khatam Qur'an dlm bulan Ramadhan ini, insyaAllah. Dan istiqamah menyebut nama Allah dalam setiap gerak kerja. Ingat tidak rugi berniaga dengan Allah.

amir acap said...

pergh kuat gle wat 20 rakaat..abg xlarat nak abihkan 20 kat msjid uia..hehehe..truskan..smoge mendapat keredhaan Allah..

fzi said...

Insyaallah pa... :)


Abg try le teruskan ya... ingat macam papa kata, kalu mula sekali berenti takat lapan... malas dah pastu nak ikut sampai 20.. ajak geng2 abang tu, jadikan diri abang sebagai contoh yang baik.. InsyaAllah kawan2 nnt ikut join sekali :)