CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kueh Raya Kembali Lagi


Assalamualaikum kawan-kawan sekelian - Ramadhan bakal tiba 2 minggu lagi…


Seperti biasalah FZ Homemade Cookies hasil keluaran kami yang beroperasi di rumah KEMBALI LAGI dengan 3 pilihan cookies dan 1 jenis kek iaitu Chocolate cake. InsyaAllah dengan kelazatan dan kesedapan yang tersendiri, dibuat dari bahan2 yang berkualiti, halal dan suci. Sangat sesuai untuk hidangan atau cenderahati di Majlis Berbuka dan Hari Lebaran.


Bagi yang berhajat TEMPAHAN kini dibuka…sila e-mail saya di fzi.pkasih@gmail.com sekiranya berminat. Delivery sekitar kL/PJ InsyaAllah boleh diuruskan. Boleh juga datang mengambil sendiri samada temujanji di Tol Bukit Beruntung/di Stesen minyak Petronas @ Esso/terus ke rumah kami. Tarikh tutup tempahan sejurus Ramadhan bermula...Thanks


Slip tempahan

Chip Sporties

RM19

Oat Rings

RM19

Nestum Crispy

RM19

Kek Coklat (1kg)

RM25

Nama

Contact No

Tarikh Penghantaran

Nota: Maaf Almond London not in production.


5 comments:

sot said...

FZ Homemade Cookies ni adalah hasil usaha isteri saya tanpa pakai staf pun demi menjaga kualitinya. Cuma kadang tu anak2 yang membantu. Saya pulak more on marketing & distribution. Usaha kecil2an kami ni bermula semenjak 11 tahun yang lalu.

Alhamdulillah ramai customer kami adalah dari kalangan "repeat customer" kerana mungkin serasi dan berpuas hati dengan produk kami. Cumanya production limited, jadi sesiapa yang berhajat kenalah buat tempahan sebelum Ramadhan. Dan pada tahun ni walaupun harga barang mentah telah naik dan bekalan gula juga terhad di pasaran, namun kami masih mengekalkan harga tahun lepas.

Target maximum production kali ni setakat 300 pax. Disamping tu ada 3 orang kawan kami yang memang jadi distributor tetap. Anyway, buatlah pesanan segera jika berhajat. Siapa cepat dia dapat, insyaAllah.

mamamin said...

assalamualaikum fzi.. trima kasih kerana sudi singgah ke blog saya..Rajin buat kuih raya untuk di jual eh.. bagus laa.. Sya tinggal sorang fzi.. anak2 pun jarang2 sekali menjenguk rumah..raya tahun ni entah lah.. masing2 balik rumah mertua kot..dorang balik nanti, memasing pun bawak lah berbotol2 kuih raya.. nanti saya bagi blog anda pada anak2 saya yer, dorang dok area shah alam dan damansara jerk.. dekat kan??..saya mmg x rajin buat kuih raya ni..kalau buat pun kuih tart jerk..:) insyaAllah panjang umur ada rezki nanti saya tengok nak order kuih dari fzi yang mane eh..

fzi said...

Wsalam...
Tkasih cikmin... kueh raya tu memang buat tiap tahun sebab dah ada regular customer... pernah satu tahun tu saya cuti, sume pakat tanya why and why...hehe.. so nampak gaya kena lah kuatkan hati cuba buat secara berterusan...

Ohh cikmin nak rekemen kat anak2 tu...tqvm... boleh.. no problem kalu area dekat2 tu InsyaAllah boleh ejas.. :)

c-idah said...

bsnss kuih upanye....
mmmm..

idah plak bsnss kerepek..
:)

fzi said...

ha iya laa...idah
akak biz kue raya... le ni hari2 duk tenggelam dengan tepung kat dapur... :)

ohh nak le oder kerepek...boleh ke idah...jual nye camne?