Ambong Pelangi kak Ani siap
Labels: FZ Frozen Food
Rancangan berBBQ
Semalam merupakan hari yang sibuk dan agak memenatkan bagi saya. Bermula selepas shilah ke sekolah, saya mula masuk dapur untuk fokus buat karipap yang kak Ani oder. Kak ani nak 10 pek karipap ditambah dengan ambong pelangi 3 loyang. Kena buatkan extra karipap buat kak Bariah yang nak 5 pek dan Hani rumah sebelah 2 pek. So agak bizi la konon-kononnya....hehe...Tu yang sampai tak dapat pegi kelas ustaz kat masjid semalam... sibuknya saya dengan urusan dunia.... alahai...
Tapi dalam sibuk2 tu, happy rasa bila dapat call dari ke dua-dua anaknda yang masing2nya sorang di UIA PJ dan sorang lagi dekat SAMT Kuala Kubu Bharu.
"Mama, abang dapat balik Jumaat ni!", terdengar suara anak bujang memberikan khabar gembira... Orait! hehe
"Mama, esok kakak pereksa add maths... tolong doakan ek!", ini pula kata-kata kakak dari kuala kubu....:) InsyaAllah kakak boleh buat....yakin boleh!
Ohh... terubat rasa penat selepas berbual dengan anak2ku di telefon.
Hakikatnya, selepas hantar abang ke UIA minggu lepas dan kakak pula balik asrama sehari selepas tu, semua yang 3 orang tinggal kat rumah jadi tak berapa nak ceria....rumah rasa kosong takde orang...sunyi sepi.... huhuhu...
Bila cerita dekat papa dan shilah pasal abg dan kakak telefon, semua senyum lebar. Papa lantas bagi idea "Nanti kita pegi NSK beli sotong saiz besar".... masing2 sepakat nak buat BBQ bila semua berkumpul nanti... mmmmm :))
Solat Sunat Wudhu'
Saya dah miss kelas usrah kak asmah semalam. Kebetulan suami cuti, ada hal. Jadi takkan suami kat rumah saya nak ke kelas pulak.... tak sesuai, tak sesuai....:)
Labels: amalan sunat, wudhuk
Lusa anakku pergi
1.jpg)
Jauh di sudut hati dah mula rasa sedih bila ingatkan abg akan meninggalkan rumah, lusa. Petang Sabtu ini, abg akan lapur diri di Pusat Asasi UIA di PJ untuk mengikuti kursus asasi kejuruteraan selama minimanya setahun. Kalau tak tersekat dek Bahasa Inggeris, InsyaAllah akan terus ke induk UIA di Gombak bagi tahun berikutnya. Kalau tak lepas, kena sambung asasi untuk setengah tahun/setahun lagi. Cuba buat setahun je bang....
Belajar di peringkat universiti bukan perkara main-main. Kena set di fikiran untuk cuba fokus dan belajar dengan sistematik. Kalau main2, bukan saja tak mencapai target malah akan menyulitkan abg, papa dan mama nanti, terpaksa fikirkan alternatif buat abg kalau tak lepas mana2.
Memang rasa bersyukur sangat2 dengan tempat yang abg nak pergi ni. Moga itu yang terbaik buatnya dalam mengejar cita2. Moga bila keluar nanti anakku akan jadi insan yang bukan saja berilmu malah mempunyai peribadi yang mantap dan beramal soleh. Moga InsyaAllah abg mampu menjadi insan kelas pertama yang sentiasa diredhai Allah....aminn...
Dalam 2 hari yang berbaki ini, banyak lah benda yang nak kena selesaikan. Banyak yang last minute sebenarnya. Hari ini baru nak pegi sah kan sijil, baru nak pegi multi-stem borang2 tu, gambar ukuran pasport belum ambil lagi dan beberapa barang keperluan abg belum beli lagi. Harap2 semua dapat settle dengan mudah dan tak ada masalah.
Semalam selepas ke pasar malam, sempat le singgah pergi cari baju Raihan(baju macam baju melayu tapi digelar fesyen Raihan) yang jadi salah-satu keperluan yang dimestikan oleh UIA. Masa keluar weekend lalu dah cari tapi tak jumpa saiz abg. Yang ada pun, design dan jahitannya pula tak berapa cantik. So semalam lepas round 2 kedai, dapatlah baju Raihan yang pada saya nampak cantik sangat, berwarna plum plum gitu...
Yang jadi buat lebih terasa di saat2 abg nak pergi ini, sebab selama lebih kurang 2 bulan abg kat rumah, banyak masanya hanya dengan saya saja kat rumah sehari-hari. Hari-hari masa abg banyak tolong-tolong kerja kat rumah. Tolong basuh kain, sidai kain kemudian petangnya angkat kemudian seterusnya lipat kesemuanya sampai clear semua. Lepas lipat terus hantar ke bilik masing-masing, takde nak tinggal bersusun kat family hall.
Abg juga banyak tolong dalam kerja2 saya buat frozen food di dapur. Nampaknya lepas ni tak dapat lah lagi nak tolong mama uli tepung....
Ini cabaran buat saya dan suami yang akan mula berpisah dengan anak-anak. Selepas ini abg akan terus mengorak langkah dalam usaha membentuk kehidupannya sendiri. Masanya bersama kami selepas ini mungkin semakin terbatas....ohhh...
Mama harap..."Abang belajarlah rajin2, jadi insan yang baik, sentiasa takutkan ALLAH, sentiasa terbuka hati abg untuk buat baik, solat di awal waktu, cari masa ngaji quran walaupun abg tentunya akan sibuk dengan tugas2 menuntut ilmu di sana nanti...."
Labels: cabaran
Kelebihan Surah al-Kahfi
"Jangan lupa shut down pc dan cabut modem kalau guruh/petir!"
"Kalau nak tidur baik2 bang, jangan terlupa pulak pintu belakang yang ternganga tu!"
Amboi! Banyak benar pesanan saya sebelum keluar pergi kelas tadi....hehe... Itulah antara skrip2 rutin yang rasanya abang dah hafal sepanjang dekat 2 bulan anak saya itu bercuti kat rumah ...hehe
Saya macam biasa agak tergesa-gesa gerak ke masjid, yalah nak kena settle kan dulu apa-apa yang belum settle kat rumah sebelum keluar. Sampai-sampai masjid tepat pukul 3....alhamdulillah... ustaz belum sampai jadi sempat le cool down kan nafas yang turun naik tu dulu.....
Hari ni Ustaz mula dengan surah baru iaitu Surah al-Kahfi yang terdiri dari 110 ayat kesemuanya. Jadi kami semua ikut ustaz baca dari ayat 1 - 10 sahaja. Masih berbaki 100 ayat. InsyaAllah to be continued membacanya pada minggu-minggu berikutnya. Tapi ustaz ada mintak kita orang cuba hafal 10 ayat yang pertama itu dan InsyaAllah ustaz akan test tengok camane minggu depan. Ya Allah, boleh ke saya nak hafal ni, dah le sekarang ni nak hafal doa 2 ayat pun payah nak lekat, apa lagi 10 ayat... hehe... apa2 pun cuba lah dulu, moga Allah mudahkan... :)
Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.
Ustaz menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:
Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)
**** sila klik di sini dan sini untuk melihat entri2 yang terdahulu yang pernah disebutkan tentang surah al-Kahfi dan hari Jumaat.
Wallahu'alam.
Bacaan Surah Al-Kahfi
Ashabul Kahfi - Nasyid Kumpulan Raihan
Labels: amalan sunat, Motivasi, tazkirah
Sekitar ketiadaan air hari ke 2
Sebelum lelapkan mata malam tadi, duk berdoa dalam hati moga adalah air bila bangun esok paginya. Bangun2 nak solat Subuh tadi, buka2 paip... Ohhh, tidak!.... masih belum ada lagi.
Saya dah jadi risau sebab hari ni sebenarnya banyak benda nak kena buat. Kebetulan hari ini sampai turn kami yang tinggal di area sini sediakan barang makan untuk kelas usrah kat rumah kak asmah. Jadi masa bincang2 thru sms dengan kak z saya nyatakan kesanggupan nak masak bagi mewakili kami berempat termasuk kak z dan ibu serta kak Jah rumah bawah. Jadi tiga orang lagi tu top-up duit modal beli bahan je. Upah masak takde la saya nak ambil, kira niat tolong je.
Tapi bila dah masuk hari ke 2 ni masih takde jugak air, mula lah terasa payahnya nak buat kerja2 kat dapur tu. Air di tangki dah selamattt..... kering kontang..... manakala yang ambil dari lori semalam tinggal 2 periuk besar je lagi.... "Ya Allah camane ni? Boleh kah siap makanan untuk kelas nanti? Air yang ada tu Shilah nak guna sikit untuk bersiap gi sekolah lagi...Ya Allah, mudahkanlah urusanku", saya terus berdoa dalam hati sambil mengerling dekat jam di dinding. "Alamak.. dah dekat pukul 10.30 baru nak start masak, sempat ke ni??" Saya terus dihambat resah. Huh, sengsaranya rasa.....
Dalam duk berjimat2 air yang berbaki tu, tiba2 terdengar macam bunyi injin lori. Cepat2 saya ke anjung belakang jenguk.... Alhamdulillah... lori Syabas datang lagi!! Masa tu betul2 ada depan rumah Fairuz kat jalan bawah. Rasa nak jerit je dari atas agar pemandu lori jangan sampai terlupa nak lalu depan rumah saya nanti....hehe
Hati terus berbunga-bunga dan confident keadaan akan jadi lebih baik lepas tu. Cepat2 le mintak abang stand-by dengan tong dan baldi2 kat luar sana. Nak tengok gambaran ambik air kat lori Syabas? Jom tengok... First time kami orang dapat pengalaman ini.... sebelum ni mana ada terputus bekalan air sampai nak kena ambik air kat lori.... hehe



Labels: celah2 kehidupan
Hari yang memenatkan
Petang ni semua penghuni rumah selain saya sedang lena diulit mimpi. Penat le tu.... Semua baru lepas angkut air dari lori Syabas yang lalu bergerak perlahan-lahan depan rumah tadi. Bila nampak kami berbondong-bondong angkat baldi2 beserta periuk besar tadi, pemandu lori yang baik hati terus mengundurkan lori lalu parkir depan rumah. Jadi senang le, tidak lah jauh sangat mengangkut air masuk ke rumah.
Hari ni takde air! Itu la pasal! Sejak pagi lagi bila saya mula2 ke dapur, kemudian nak basuh tangan di sinki, tup-tup tengok takde air. Saya cepat2 le mencapai talipon, mula la sms 2, 3 orang jiran, tanya. Betul lah, semua rumah takde air kecuali rumah yang paling bawah macam rumah kak z sana masih ada air. Rumah Kak Ina Hj Mokhtar di aras bukit yang kedua di atas kak z, airnya kecil sahaja. Maknanya masih ada tapi flow nya perlahan dan kecik. Manakala kami yang rumah2 di aras bukit yang paling tinggi, langsung tak ada!
Nasib baik le Syabas hantar lori air membantu kami yang kat dalam sini. Air dalam tangki dah hampir kehabisan dek diguna dari pagi lagi. Saya dapat bayangkan kalau lah lori Syabas tak datang tadi, mungkin kami kena ramai2 pegi gunakan bilik air dekat masjid.... alahai... :)
Penat pasal angkut air satu hal, penat berjalan semalam pun satu hal lagi. Tu yang buat semua terlantar tak sedarkan diri... saya jengok di tiap2 bilik, seorang masih buku di tangan, seorang dengan headfon di telinga, sorang depan tv, dan papa dia memang purposely masuk tidur...hehe
Cerita semalam.... sebenarnya keluar rumah sejak tengahari langsung terus sampai malam. Mula2 ke Pameran Mihas di Jalan Duta. Ronda2 cari barang2 makanan yang dijual dengan harga diskaun seperti sosej, meatball, kebab, roti pita, kurma, bermacam jenis air minuman, berbagai makanan ringan dll. Pendekkata kenyang kami sepanjang meronda dari booth ke booth. Dapat try semua jenis makanan yang dipamer dan dijual.
Yang paling kurang staminanya saya lah siapa lagi...hehe... Dalam berjalan tengah orang ramai tu sesekali rasa terhoyong-hayang dan hampir2 black-out. Sementelah saya ada low-blood pressure, jadi banyak le berhenti rehat di beberapa port to cool down. Anak2 dan suami ntah ke mana2 dah, masing2 ke sana ke mari melawat booth yang dalam jumlah 5 hall kesemuanya itu.
Bila dah selesai semua, kami singgah solat Maghrib di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum terus kan misi ke pasar malam jalan TAR. Singgah minum cendol dan makan nasi kukus yang boleh tahan sedap, kemudian ke Sogo sekejap untuk cari barang keperluan anakku Amir.
Bertolak balik pun dah pukul 10.30 malam. Dalam kereta anak2 masih larat bergelak ketawa sesama sendiri, excited dapat ronda2 cari makan sepanjang hari barangkali....hehe... Sampai je rumah semua terlentuk, lepas solat Isyak terus masuk tidur.
Labels: celah2 kehidupan
Macam-macam jenis asam
Hari ini tergerak hati nak cerita pasal asam. Mungkin pelik benar bunyinya...takpe baca dulu ceritanya... hehe
Makan tengahari selalunya saya sediakan yang simple simple saja. Abang dan shilah selalunya suka yang selain dari nasi kalau ditanya pilihan yang mana. Contoh jika saya tanya nak makan nasi atau burger, diaorang nak burger sebab burger yang buat sendiri lagi rich dengan macam2 aksesori...hehe
Samalah kalau ditanya nak makan nasi atau bihun/macaroni/mee goreng.... maka jawapan mereka tentu sekali pilihan yang kedua. Semua nak yang light light je sebab tau malam nanti mama for sure masak nasi.... hehehe
Panjangnya intro.... hehe... sebenarnya nak cerita pasal rasa masam dalam masakan. Nak kongsi cerita...tengahari ini saya gunakan buah tomato yang diblend sebagai pengganti sos tomato yang dibeli ready-made sebagai perisa tambahan untuk masak mee goreng. Selalunya begitulah, saya suka blend sendiri buah tomato. Rasanya lain sedikit rasa masakan kita jika gunakan buah tomato ori berbanding gunakan sos tomato botol tu. Bahan pengawet yang terkandung dalam sos tomato yang diproses pun boleh cuba dielakkan. Dan yang paling seronoknya, anak2 pun nampak lebih suka dengan rasa masam-masam dari tomato ori ini.
Bercakap pasal rasa masam ni, selain dari sos tomato(samada yang diblend sendiri/ready-made) banyak benda lain boleh replace kalau sesak-sesak. Kadang bahan2 untuk memasak kehabisan stok sedangkan kita nak guna 'dan dan' tu jugak. Jadi takkala saya di dapur, berbagai jenis asam yang saya gunakan dalam masakan. Contohnya kalau tengah buat sambal tumis, hulur2 tangan nak capai asam jawa... dah habis rupanya. Relax.. dont wori be hepi.... Banyak alternatif lain yang saya ada contoh boleh gunakan asam keping(asam gelugur)/cuka/asam limau nipis/asam limau kasturi. Kalau ada beli lemon pun, boleh juga. Kalau kebetulan semua jenis asam tu tak ada, saya masih tidak berputus asa.... pati oren sunquick pun jalan.... hehe
Saya dulu tidak terfikir pasal boleh je masukkan pati oren sunquick ini dalam sambal tumis, sehinggalah pada satu hari tu mendapat idea yang bermanafaat ini dari seorang kawan. Setelah dicuba ternyata hasilnya tidak mengecewakan malah lebih sedap pula rasanya sambal tumis udang saya tu....hehe... Hinggakan anak-anak pun menegur..."Sedapnya rasa masak sambal hari ni mama, resepi baru?'' ...... emp tak cuba tak tau.... baik cuba kalau nak tau..... :)
Labels: sedap dan berkhasiat
Cuaca yang panas
.jpg)
Cuaca panas kebelakangan ini buatkan saya rasa tak mahu keluar ke mana-mana pun. Elok duduk di rumah saja. Nak keluar ke laman pun tunggu betul2 hari dah redup baru keluar menyiram. Walau apapun, kena siram pokok2 tu, semua nak minum juga... kesian...
Bila sebut pasal cuaca yang panas ini, fikiran saya teringat pada anak perempuan saya di asrama Kuala Kubu. Kakak ni tak berapa konsisten minum air. Masa kat rumah pun nak kena remind suruh minum air. Tu yang buat saya risau. Dah le hari tu, demam hingga membawa kepada hilang suara lebih kurang seminggu. Harap2 kakak boleh lipat-gandakan usaha dengan lebihkan minum air untuk balance kan kesihatan diri sendiri. Saya kat rumah hanya mampu mendoakan.
Untuk selesaikan masalah kekeringan yang agak kritikal ini, saya pastikan bekalan air barli di rumah sentiasa ada. Banyak manafaatnya rebus air barli ini, bukan saja dapat legakan panas badan malah ada fakta yang menyebut barli baik untuk merawat buah-pinggang yang bermasalah.
Barli adalah satu alternatif yang baik di samping minuman2 lain yang dapat membantu menyejukkan badan dan mengembalikan tenaga i.e air cap badak, 100 plus, dan juga jus buah-buahan serta sayuran. Jom pakat2 rebus barli, boleh dibeli dengan hanya RM0.60 sen saja sepaket... hehe siap promote lagi! :)
Labels: santai
Pahala terakhir seorang isteri

Lagi... satu forwarded e-mail yang ingin dikongsi. Semoga bermanafaat buat kita semua.
Pahala terakhir seorang isteri
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya... Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat di-ubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.
Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat... Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah SAW, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, airmata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon ampun daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan
Labels: ujian kehidupan
Air panas yang mendidih
Rabu lalu dapat kembali sambung pergi kelas ustaz. Dah banyak minggu ponteng. Rasanya bukan sengaja, tapi kebetulan ada saja hal nya yang menghalang.
Nampaknya saya dah terlepas kelas yang ustaz nak kupas pasal Surah al-Fajr tempohari. Jadi minggu ini saya join rakan2 lain mengaji ikut ustaz untuk surah al-Ghaasyiyah dari ayat 6 -16. Masih berbaki 10 ayat untuk disambung minggu depan InsyaAllah. Surah ini penceritaannya adalah perihal hari pembalasan.
Rasa berdebar-debar hati di saat ustaz memberi penjelasan tentang ayat2 yang sedang kami baca itu. Betapa kita kebanyakannya hari ini tidak begitu ambil kisah dan hanya mengambil sikap sambil lewa saja tentang kepastian satu hari iaitu Hari Pembalasan.
Dalam mengecapi nikmat Allah di dunia yang fana ini, kita selalunya begitu asyik dan leka dengan segala nikmat yang ada seperti nikmat kesihatan, nikmat kesenangan, hartabenda yang berupa rumah, kereta dan wang ringgit. Juga tak ketinggalan sudah merasa selesa dengan kurniaan kasih sayang yang melimpah ruah dari suami, isteri dan anak2. Semua dah rasa selesa dan selamat tanpa ada perasaan ingin bersusah-susah menambah ilmu untuk mengecap kebahagiaan di negeri akhirat kelak.
Kematian tidak mengenal umur. Samada kita muda atau tua, kita tetap akan menghadapi mati yang sudah ditetapkan sejak azali oleh Allah Taala. Kepastian itu tidak dapat di lambatkan atau di cepatkan walau seminit pun. Semua kita tidak tahu bila ajal kita sampai. Semua kita tidak terfikir tentang kemungkinan akan ditimpa penyakit/musibah suatu hari nanti.
Koreksi diri. Mulakan dari sekarang jika kita masih belum mula lagi. Harus ada muhasabah diri untuk memperbaiki segala kekurangan dalam amalan dan perbuatan. Harus berusaha buangkan segala sifat mazmumah yang bersarang dalam diri. Semua mesti dibuang jauh2.
Dalam meniti perjalanan hidup ini, haruslah kita menanam rasa takut pada azab Allah di neraka yang menanti. Jika tergelincir dari jalan-Nya, betapa minuman yang disediakan nanti adalah berupa air panas yang sedang mendidih....
Persoalannya bila menyebut tentang hari pembalasan ini, adakah kita ada 3 keyakinan iaitu yakin di mulut, yakin di hati seterusnya yakin melalui perbuatan? Tepuk dada tanya lah iman, di mana kita....
Wallahu'alam.
Labels: sebelum terlambat



1.jpg)




