CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Hari yang memenatkan

Petang ni semua penghuni rumah selain saya sedang lena diulit mimpi. Penat le tu.... Semua baru lepas angkut air dari lori Syabas yang lalu bergerak perlahan-lahan depan rumah tadi. Bila nampak kami berbondong-bondong angkat baldi2 beserta periuk besar tadi, pemandu lori yang baik hati terus mengundurkan lori lalu parkir depan rumah. Jadi senang le, tidak lah jauh sangat mengangkut air masuk ke rumah.

Hari ni takde air! Itu la pasal! Sejak pagi lagi bila saya mula2 ke dapur, kemudian nak basuh tangan di sinki, tup-tup tengok takde air. Saya cepat2 le mencapai talipon, mula la sms 2, 3 orang jiran, tanya. Betul lah, semua rumah takde air kecuali rumah yang paling bawah macam rumah kak z sana masih ada air. Rumah Kak Ina Hj Mokhtar di aras bukit yang kedua di atas kak z, airnya kecil sahaja. Maknanya masih ada tapi flow nya perlahan dan kecik. Manakala kami yang rumah2 di aras bukit yang paling tinggi, langsung tak ada!

Nasib baik le Syabas hantar lori air membantu kami yang kat dalam sini. Air dalam tangki dah hampir kehabisan dek diguna dari pagi lagi. Saya dapat bayangkan kalau lah lori Syabas tak datang tadi, mungkin kami kena ramai2 pegi gunakan bilik air dekat masjid.... alahai... :)

Penat pasal angkut air satu hal, penat berjalan semalam pun satu hal lagi. Tu yang buat semua terlantar tak sedarkan diri... saya jengok di tiap2 bilik, seorang masih buku di tangan, seorang dengan headfon di telinga, sorang depan tv, dan papa dia memang purposely masuk tidur...hehe

Cerita semalam.... sebenarnya keluar rumah sejak tengahari langsung terus sampai malam. Mula2 ke Pameran Mihas di Jalan Duta. Ronda2 cari barang2 makanan yang dijual dengan harga diskaun seperti sosej, meatball, kebab, roti pita, kurma, bermacam jenis air minuman, berbagai makanan ringan dll. Pendekkata kenyang kami sepanjang meronda dari booth ke booth. Dapat try semua jenis makanan yang dipamer dan dijual.


Yang paling kurang staminanya saya lah siapa lagi...hehe... Dalam berjalan tengah orang ramai tu sesekali rasa terhoyong-hayang dan hampir2 black-out. Sementelah saya ada low-blood pressure, jadi banyak le berhenti rehat di beberapa port to cool down. Anak2 dan suami ntah ke mana2 dah, masing2 ke sana ke mari melawat booth yang dalam jumlah 5 hall kesemuanya itu.

Bila dah selesai semua, kami singgah solat Maghrib di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum terus kan misi ke pasar malam jalan TAR. Singgah minum cendol dan makan nasi kukus yang boleh tahan sedap, kemudian ke Sogo sekejap untuk cari barang keperluan anakku Amir.

Bertolak balik pun dah pukul 10.30 malam. Dalam kereta anak2 masih larat bergelak ketawa sesama sendiri, excited dapat ronda2 cari makan sepanjang hari barangkali....hehe... Sampai je rumah semua terlentuk, lepas solat Isyak terus masuk tidur.