CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Cuaca yang panas


Cuaca panas kebelakangan ini buatkan saya rasa tak mahu keluar ke mana-mana pun. Elok duduk di rumah saja. Nak keluar ke laman pun tunggu betul2 hari dah redup baru keluar menyiram. Walau apapun, kena siram pokok2 tu, semua nak minum juga... kesian...

Bila sebut pasal cuaca yang panas ini, fikiran saya teringat pada anak perempuan saya di asrama Kuala Kubu. Kakak ni tak berapa konsisten minum air. Masa kat rumah pun nak kena remind suruh minum air. Tu yang buat saya risau. Dah le hari tu, demam hingga membawa kepada hilang suara lebih kurang seminggu. Harap2 kakak boleh lipat-gandakan usaha dengan lebihkan minum air untuk balance kan kesihatan diri sendiri. Saya kat rumah hanya mampu mendoakan.

Untuk selesaikan masalah kekeringan yang agak kritikal ini, saya pastikan bekalan air barli di rumah sentiasa ada. Banyak manafaatnya rebus air barli ini, bukan saja dapat legakan panas badan malah ada fakta yang menyebut barli baik untuk merawat buah-pinggang yang bermasalah.

Barli adalah satu alternatif yang baik di samping minuman2 lain yang dapat membantu menyejukkan badan dan mengembalikan tenaga i.e air cap badak, 100 plus, dan juga jus buah-buahan serta sayuran. Jom pakat2 rebus barli, boleh dibeli dengan hanya RM0.60 sen saja sepaket... hehe siap promote lagi! :)

4 comments:

amir acap said...

emm mmg bez air bali..kalo ltak dlm peti agi bez..sjuk je..hee

Cikgu_Anie said...

ya kak nak pi beli la barli, kat sabah ni tak tahu brapa harganya..murahnya kat sana kan kak, sy lama x balik KB hampir setahun dah ni..rindunyer nk balik uwaaa..suami sy pun kak smlm hilang hampir hilang suara dia, sy belikan 100 plus n sy buat lemon soy -gelaran d sabah(air limau suam)Alhamdulillah dh baik dah..agaknya musim skrg kan kak.Kat Tawau ni pulak skrg mendung kadang2 hujan, ribut petir juga..k kak see u

fzi said...

Wahhh...anakku siap tolong promote... thx bang hehehe

fzi said...

Elok le tu cikgu... kita try le ikhtiar cam-cam cara nak rawat kesihatan seisi keluarga. kat sini barli tu baru je akak perasan naik reganya...sebelum ni lagi murah 0.40 sen je...hehe Tapi yang seronoknya bila dah rebus dapat satu periuk air barli... haha
Thanks k cikgu!