CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kemahiran Hidup


"Lewatnya Shilah bangun hari ni ya.. Mama tadi kejut sampai 4, 5 kali baru nak bangun..", saya bersungut sambil tangan terus memegang stering, memandu menuju ke sekolah Shilah.

"Dah hari ni ada kelas PAFA, next time dah tau nak kena pegi awal, alert le sikit, bila mama kejut terus bangun..." sungutan saya bersambung lagi.

"Ya lah Ma... soriii.....hehehe", tu je la yang pandai jawab.

"Nanti mama tulis dalam blog citer Shilah bangun pukul 10 hari ni, nak tak?, saya macam mengugut tapi muka rasanya tersenyum.

"Ha'ah ok, nanti popular le sikit Shilah..hehe..", huh macam tu pula jawab yea... ishk...

Teringat pagi tadi, kelam kabut lah sikit anak saya tu bila dah terbangun lewat. Orang lain dah ke mana-mana dah waktu tu. Ishk rugi betul masa. Bila dah lepas breakfast, baru nak tengok mana2 kerja2 sekolah yang belum selesai, mana nak kemas buku, nak gosok baju lagi...

Itu semua termasuk dalam bab kemahiran hidup anakku... macam yang selalu papa ingatkan, kemahiran hidup ni sekolah tak ajar. Tu kena tau dan cuba belajar sendiri. Semua tu kerja2 asas je dalam kehidupan kita termasuklah juga kena terus kemas tempat tidur lepas bangun, terlangkupkan cawan yang dibasuh bukan dongakkan, susun balik buku2 atas meja jangan bagi berterabur lepas dah siap kemas buku yang dalam beg sekolah dan macam2 lagi lah. Tak larat mama nak kira.

Bila dah terbangun lewat tu, kerja2 kemahiran hidup tu kalau buat pun macam tak brapa sempurna. Ada je yang tak kena kat mata mama ni... :)

Sebab tu lah, kalau boleh usahakan agar hari2 mu lebih terurus anakku, baru semua kerja akan jadi lebih smooth dan hampir-hampir perfect(Kalau tak dapat sempurna 100% pun) .... Sekurang-kurangnya bagi mama puas hati sikit...

Sebelum turun dari rumah tadi, Shilah dah siap makan tengahari dulu(early lunch). Yalah baru pukul 11.30 dah makan tengahari. Saya tadi masak sotong goreng garam kunyit dan masak lemak cili api udang. Faveret dia la tu, jadi nampak berselera sekali anakku makan.

Abang pula nak makan kemudian... "Awal lagi la ma, kenyang yang breakfast tadi lagi", sahut abang dari pc corner masa diajak makan temankan adiknya.

Masa Shilah tengah bersiap-siap tu, saya pun bukak le satu cerita yang dapat dari satu e-mail pagi tadi. Saja nak tambah ceriakan mood anak2 ku sebelum keluar hantar Shilah. Dua-dua gelak bukan main lepas habis je saya bercerita... hehe...

Ceritanya begini...

Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".


Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri, jadi tak payah lah nak bagi tempat untuknya duduk. Kali ketiga bangun, lelaki muda itu sedikit menjerit,

"Kakkk, saya nak turun la! Dah terlepas dah perhentian saya tadi!"


:) -) :p (^_^)


Solat Sunat Taubat


Macam biasa hari Isnin ramai2 pakat pegi usrah rumah kak asmah. Kena make sure sampai awal sikit baru dapat join ngaji beramai-ramai dari beberapa surah terpilih yang diulang-baca setiap minggu.

Kalau minggu sebelum ini kak asmah menerangkan pasal solat sunat Istikharah, hari ini pula masuk bab solat sunat Taubat.

Dalam melayari perjalanan hidup ini, manusia memang tak lepas dari melakukan dosa. Sebabnya kita semua tergolong dalam golongan makhluk yang lemah. Dosa memang semua orang buat samada besar atau kecil.

Dosa ibarat hutang, mesti ditebus. Selayaknya kena cuba settle dosa semasa masih hidup di dunia ini. Kalau tidak semua akan di carry forward sampai ke akhirat nanti. Semua akan dicatit, tidak akan terlepas.

Cara untuk hapuskan dosa:

  • hendaklah memperbanyakkan minta ampun pada Allah. Kalau bersalah kepada sesama manusia, kena mohon maaf pada orang tersebut.
  • selalu lah beristighfar "Astaghfirullah hal azim al la dzi la ila ha illa hu wal hayyul qayyum waatu bu ilaih"
  • melakukan Solat Taubat (kalau berkemahuan eloklah di buat hari2 kalau boleh)

Taubat ini ertinya dalam bahasa arab ialah Taubah dan dari segi bahasanya bermaksud 'kembali'.
Pengertian taubat ialah satu kewajipan yang dilakukan untuk hapuskan dosa-dosa yang lalu. Maknanya kita bersihkan balik hati yang kotor, jernihkan kembali.

Orang yang dekat dengan Allah ialah orang yang selalu bertaubat pada Allah. Orang yang selalu bertaubat hati dia bersih. Untuk merealisasikan taubat ini perlu ada kesungguhan dari segi lisan dan perbuatan. Sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah cepat2 memohon ampun dari Allah.

Syarat-syarat taubat:
  1. ikhlas hendak bertaubat
  2. niat akan meninggalkan dosa yang pernah dibuat
  3. menyesal
  4. berazam tidak akan mengulangi/bertekad tidak akan ulang
  5. menunaukan semua amalan fardhu
  6. melaksanakan solat sunat Taubat
  7. meminta halal ke atas hak-hak sesama manusia/bebaskan diri dari hak orang/caci orang
  8. mendidik/ melatih diri untuk taat pada Allah
  9. memperbanyakkan istighfar
  10. dikerjakan taubat sebelum ajal tiba(sebelum mati)
***to be continued next week...


Permudahkan amalan


Kelas semalam berjalan seperti biasa. Masih dalam surah al-Fadjr ayat ke 19 sambungan dari minggu lepas. Kami mulakan dengan membaca sebaris demi sebaris dari ayat 1 - 30 mengikut bacaan ustaz. Dah beberapa minggu mengulang ayat yang sama dari keseluruhan 30 ayat ini, rasanya skill bacaan makin elok dari masa ke semasa....alhamdulillah syukurlah...

Setelah selesai memperbetulkan bacaan kami dan menerangkan hukum-hukum tajwid yang terkandung dalam ayat2 surah al-Fadjr itu, ustaz lalu menyelitkan tazkirah pendek dalam bab melakukan amalan-amalan sunat.

Menurut ustaz, janganlah kita kelam kabut dalam menghadapi apa-apa situasi sekalipun. Jika berdepan dengan masalah, tenangkan diri dan bermuhasabahlah sebentar. Jadikan sesuatu amalan itu mudah. Jangan kerana disebabkan ada halangan yang tidak seberapa, kita tinggalkan atau abaikan amalan yang selalu dibuat sebelumnya.

Permudahkanlah amalan contohnya dalam bab mendirikan solat-solat sunat misalnya seperti solat dhuha, solat malam, hajat, istikharah dan sebagainya. Sepertimana yang kita tahu, Rasulallah s.a.w biasanya mendirikan solat sunat kebanyakannya di rumah sahaja. Manakala solat2 fardhu didirikan secara berjemaah di masjid. Surah2 lazim yang biasa di amalkan oleh Rasullallah s.a.w di dalam solat2 sunat termasuklah Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas.

Oleh itu kita mudahkan lah untuk istiqamah dalam solat sunat ini dengan cukup hanya mengikut kebiasaan Rasulallah s.a.w yang sentiasa membaca ke dua-dua surah ini. Tak payahlah tangguh untuk melakukan solat dhuha di waktu2 lain sebab semata2 kerana belum hafal surah tertentu seperti as-Syam dan ad-Dhuha contohnya. Sebab sementara nak fasih dalam menghafal surah2 tersebut, alamat solat dhuha sampai hari ini belum dapat2 dilaksanakan. Rugi kalau nak tunggu dapat hafal surah2 tertentu itu dulu baru nak buat solat dhuha.

Teruskan saja solat hanya dengan baca surah2 lazim yang pendek dan yang kita telah mahir dengannya. InsyaAllah jika hati kita benar2 ikhlas dan berserah diri pada Allah swt, InsyaAllah amalan tersebut akan diterima Allah dan dapat ganjaran pahala di sisi-Nya.

Begitu juga dengan amalan membaca al-Quran. Kalau nak tunggu betul2 ada masa lapang, tunggu masa yang betul2 sesuai dan rasa kena pula berpakaian 'proper attire'(bertelekung dsb) baru nak baca Quran, alamatnya seminggu sekalipun payah nak baca.

Cukuplah sekadar mengambil wudhuk dan menutup aurat sekadarnya, langsung terus membuka dan membaca al-Quran. Bacalah sekalipun hanya 3 atau 4 baris ayat sahaja. Itu lebih baik dari tidak membaca langsung. Biasakanlah diri membaca al-Quran setiap hari di waktu-waktu mana yang terluang. Nak lebih baik lagi semaklah terjemahan ayat2 tersebut untuk tujuan nak faham apa yang dibaca.

Kalau itu dapat dilakukan , alhamdulillah jadilah kita teman yang rapat dengan al-Quran yang InsyaAllah mampu memberi kita syafaat di akhirat nanti.

Walau sesibuk mana sekalipun kita dengan urusan dunia, hendaklah kita pastikan usaha menambah ilmu di dada serta usaha untuk meraih keredhaan Allah diletakkan di tempat pertama dalam meniti perjalanan kehidupan di dunia yang fana ini.

Wallahu'alam.

Donat


Dengan bantuan abang yang dah ada di rumah, dapat lah mulakan balik projek frozen food saya yang dah dekat 2 bulan tak berapa nak bergerak ni... hehe

Dari jauh kedengaran bunyi skuter. Kemudian terdengar pula derap tapak kaki abang melangkah ke arah pintu dapur. Kami dah plan nak mulakan projek ini lepas abang balik dari Solat Zohor. Sampai-sampai depan pintu, kedengaran anakku memberi salam.

Salam di jawab lantas terus saya bertanya, "Ramai kat surau tadi bang?...."

"Abang sorang je Ma, lepas azan tadi, tunggu2 tengok takde orang datang, solat je lah sorang-sorang...hehe"

"OOhh iya ke bang.... takpe lah agaknya semua orang takde kat rumah la tu..."(maksud saya jiran yang terdiri dari pakcik2 yang dah pencen tu, agaknya semua keluar).

"Takpe lah sekurang-kurangnya abang dah imarahkan surau tengahari ini...", sambung saya lagi.

Abang pun terus bergegas menukar pakaian yang lebih ringkas. Kemudian basuh tangan bersih2 dan mula menguli bahan2 yang telah saya sediakan untuk buat DONAT. Dengan tenaga budak remaja yang kuat, abang nampaknya takde masalah uli adunan yang sebanyak 2kg tepong itu. Siap diuli, abang tanpa disuruh terus menutup mangkuk adunan untuk proses menaikkan doh donat tersebut. Dah expert dah abang buat donat ni. Lepas tu, kena tunggu kurang lebih setengah jam untuk biarkan adunan betul2 naik.

Bila dah naik 3 kali ganda dari ukuran asal, abang mulalah timbang doh tersebut di atas alat penimbang digital kami. Dalam masa yang sama saya pun mula membentuk2 kan ia menjadi donat yang cantik dan solid.
Sedang kami sibuk menyiapkan kerja2 tersebut, tiba-tiba ada panggilan masuk dari Kak Ina Hj Mokhtar yang nak order Ambong Pelangi(apam kelantan) sebiji saiz loyang besar. Dan bila tau saya sedang buat donat waktu tu, terus Kak Ina nak 2 paket donat sekali.

"Nanti Kak Ina datang ambil dalam masa sejam k.... "

Ya Allah! camane ni.... Saya pandang abang, dan abang bagi sign "no problem". So bersambung lagi lah kerja anak saya tu tolong mesinkan kueh apam pula... OOhh thanks bang, nampaknya laju lah production line untuk kueh frozen kita dalam 2 bulan abang ada kat rumah ni.... Alhamdulillah syukur...


Di uji melalui karenah orang lain


"Mama, orang jual pisang tu tak tanya ke mama ni meniaga ke tak?", tanya anak saya Shilah.

Pertanyaan Shilah itu disambut dengan derai tawa oleh kakak dan abangnya. Semua rasa gelihati dengan soalan Shilah yang selamba tu.

Saya tau Shilah tanya macam tu mungkin sebab heran bila tengok banyaknya saya beli pisang petang tu. Singgah beli pisang tu dekat pasar malam on the way balik dari masjid. Sampai dua beg plastik besar. Berat benar rasanya masa nak angkut keluar dari bonet kereta. Terfikir juga,"hai banyaknya pisang aku beli kali ni... "

Hehehe... beli banyak2 bukannya apa, kan sekarang ni cuti sekolah. Anak2 semua ada kat rumah... nak makan. Jadi pisang2 tu i.e pisang Raja dan Abu boleh buat pisang goreng, pisang Tanduk tu pula sedap kalau dibuat pengat dan pisang Awak yang dah agak terlebih masak tu boleh je dibuat cekodok...hehe... InsyaAllah kenyang anak2ku buat minum petang hari2... :)

Bila dah habis cover cerita pasal pisang, saya pun mulalah sampaikan satu mesej yang berguna titipan Ustaz Amran dari kelas kami petang tu. Anak-anak sering menunjukkan minat tiapkali saya mula membuka cerita. Ada sense of humor barangkali mama ni... hehe.. Diaorang ni macam tunggu nak gelak je kalau ada kata2 saya yang mencuit hati... :)

Tapi mesej kali ini serius anak2ku...dengarkanlah dan hubungkait kanlah ia dengan kehidupan kita sekarang ini.

Kata Ustaz....

TERKADANG KITA DIUJI DENGAN KESUSAHAN
KADANGKALA KITA DUJI DENGAN KEMEWAHAN
ADAKALANYA DIUJI DENGAN KESEDIHAN MAUPUN KESERONOKAN
SESEKALI KITA DIUJI DENGAN NAFSU AMARAH DAN TAHAP KESABARAN

Diri kita dijadikan Allah sebagai ujian. Diciptakan harta sebagai satu ujian. Sebagai hamba Allah kita sebenarnya adalah makhluk yang serba kekurangan dan sering terdedah melakukan kesalahan. Jadi kalau ada orang tegur kita bila kita buat silap, kita jangan tengok siapa yang menegur. Sebaliknya tengok apa yang ditegur.

Apa saja yang Allah bagi, ada hikmah disebaliknya. Allah tak bagi kita jadi jahat tapi kadang Allah bagi kita karenah orang lain untuk uji kita. Allah sedang mendidik kita dengan menduga kita melalui karenah orang lain yang diutuskan. Di sini terujilah tahap kesabaran dan tahap keimanan kita...


Wassalam.

Travelog ke Utara

Tanggal 12 March 2009, keputusan SPM dijadualkan keluar. Maka sehari sebelumnya, merupakan hari yang sibuk bagi saya. Ke hulu ke hilir bermula dari jam 12.30 t/hari lagi keluar dari rumah. Terus memecut menghala ke laluan Sg Choh - Rawang - Selayang.

Sampai di luar Stadium Selayang bertentangan dengan Restoren Tu Dia Pak Tam, budak2 seangkatan anak saya dari berbagai destinasi PLKN selamat tiba dari kem masing2. Anak saya dah siap menunggu untuk saya release kan namanya melalui tanda-tangan di senarai nama yang tersedia. Bagus PLKN ni, sistematik sekali sistemnya. Tidak main lepas berterabur je balik.

Bila dah selesai, kami menghala pula ke kuala kubu melalui jalan lama Sg. Choh - Serendah - Batang kali - kkb untuk ambil kakak. Kakak terpaksa ponteng 2 hari sebab semua sibuk nak ikut pegi Kedah ambil result abangnya. Tapi sudah siap telefon sekolah dan fax surat yang berkaitan memohon cuti. Begitu juga dengan Shilah yang juga terpaksa cuti 2 hari untuk tujuan ini. Kebetulan ujian prestasi tengah berlangsung bagi kedua2nya. Jadi memohon untuk ditunda mengambilnya di minggu berikut selepas cuti. Nasib baik diluluskan pihak sekolah..

Maka bergerak lah kami ke Kedah selepas solat Subuh esoknya. Udara pagi yang dingin membuat semua rasa segar dan bersemangat untuk memulakan perjalanan. Hanya sekali berhenti rehat di rest area Tapah untuk bersarapan bekal yang dibawa iaitu sandwich sosej Ramli dan Nescafe panas yang dibancuh dalam 2 thermos besar. Setelah itu kembali meneruskan perjalanan menuju destinasi.


Alhamdulillah sampai ke rest area Gurun(dah dekat dengan Kubang Pasu, Kedah) dalam pukul 11.30 pagi. Lalu kami lima beranak 'bersiap lebih kurang' di sana sebelum bergegas ke MRSM Kubang Pasu di mana ketika itu sudah ramai para pelajar serta ibu-bapa berpusu-pusu.

Dengan perasaan berdebar-debar, abang melangkah masuk ke dewan besar untuk menyemak keputusan peperiksaan yang tertulis untuk nya.....

__________
____________________
_________________________________
____________________

....alhamdulillah...
Abang mendapat 5a 3b dan 2c secara keseluruhan.
Walaupun terbayang sedikit kekecewaan di wajah abang dengan keputusan yang diterima, namun kami sekeluarga terus meyakinkan abang yang result itu ok dan sudah cantik sekali. Abang dapat mathA1 dan Add maths A2. Matapelajaran sains semuanya B. Itu pun dah tentu dapat menolong dalam usaha membuat permohonan ke mana-mana ipta/ipts nanti.

Jauh di sudut hati, saya memahami abang expect lebih lagi, sesuai dengan usahanya dalam mengharungi cabaran menghadapi Spm tempohari. Sabar lah bang, tak apalah... sudah rezeki abang setakat itu. Lagi pun dalam taklimat guru kaunseling jam 2.30 ptg selepas itu, banyak memberi tips dan kata2 semangat buat semua pelajar yang mengambil keputusan. Antara ayat yang terawal yang diucapkan, beliau khabarkan berita gembira bahawa semua student pioneer itu InsyaAllah akan layak ke menara gading! Syukur lah kalau begitu..
(
Untuk dapatkan keterangan yang lebih detail tentang taklimat di dewan besar MRSM Kubang Pasu sila klik di sini. Itu blog suami saya dan ini pula blog anak saya amir).

Kami bertolak balik dari MRSM lebih kurang jam 5.00 petang. Semua sudah sepakat hendak singgah di Penang. Bukan hendak bermalam pun, hanya untuk pekena nasi kandar Line Clear dan kemudiannya jalan2 menghirup udara malam di sekitar Padang Kota.


Tiba di Penang, parkir kereta di depan Komtar bersebelahan dengan sebuah Masjik Jamek. Kami mempercepatkan langkah menuju ke masjid sebab solat asar hampir luput waktunya.

Tiba2 datang seorang hamba Allah yang kelihatan uzur menghampiri kami, meminta ihsan buat makan malam. Dalam keadaan tergesa-gesa itu, saya hanya sempat memandang suami sebagai memberi isyarat. Selepas mendapat huluran dari suami, hamba Allah itu dengan tenang memandang tepat ke wajah saya sambil berkata... "moga mendapat rahmat Allah..."

Aduh! Tersentuh hati bila tiba-tiba dikurniakan doa seperti itu oleh orang yang tidak dikenali. Betapa kelihatan luhur hatinya takkala mengungkapkan kata2 itu.

"Terimakasih pakcik kerana menghadiahkan saya doa tersebut
", hati kecil saya sambung berkata2 setelah sebelum itu hanya mampu mengangguk kepala di hadapannya. Sampai setelah selesai mengambil wudhuk pun, fikiran saya masih terbayangkan raut wajah pakcik tersebut. Moga kehidupan beliau selepas ini akan lebih baik...amiin.


Hujan renyai-renyai di saat kami hendak meninggalkan Butterworth. Jam di waktu itu dah menunjukkan hampir pukul 12 tengahmalam. Kereta kami perlahan-lahan keluar menyusuri jambatan Pulau Pinang yang dikenali sebagai jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara itu.


Pentingnya Solat Dhuha

Kepulangan kakak dari asrama Jumaat lalu turut membawa pulang satu cerita yang elok untuk dikongsikan di sini. Sekilas pandang, ianya hanyalah satu kisah yang biasa saja, namun ternyata mampu tinggalkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri ini.

Kakak dalam nada excited bercerita yang pada satu hari tu, ada beberapa orang kawannya terlibat dalam satu pertandingan Marhaban yang berlangsung antara sekolah di sekitar Hulu Selangor. Jadi rombongan seramai lebih-kurang 10 orang dari sekolah mereka turut disertai oleh 2 orang guru pengiring.

Mereka bertolak pagi2 lagi dari sekolah menuju ke sekolah tempat berlangsungnya pertandingan tersebut. Dalam perjalanan, kawan2 kakak split kepada dua kenderaan, sebahagiannya menaiki van yang boleh memuatkan ramai pelajar manakala selebihnya menaiki kereta salah-seorang ustazah.


"
Ohh nampaknya ada surau kat sana..." tiba-tiba ustazah Kamariah bersuara kepada Suzana dan dua orang lagi pelajarnya. Ketika itu mereka masih berada lebih-kurang 5km lagi jaraknya dari tempat yang dituju.

"
Jom kita singgah sekejap, kita solat Dhuha dulu", sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari mana2 kawan kakak.

Suzana dan kawan2nya hanya mengangguk tanda setuju. Lantas, secepat kilat kesemua mereka saling berpandangan sesama sendiri. Terpegun!


Dipendekkan cerita, sepulangnya mereka dari pertandingan tersebut, masing2 tak sabar2 nak cerita rasa
impress mereka terhadap ustazah berkenaan pada kengkawan lain di asrama. Bagus tu, tak salah berkongsi cerita yang baik...

The moral of the story:
Dalam sibuk2 mengejar masa untuk sesuatu urusan lain, ustazah tidak mahu terlepas dari rutin hariannya iaitu mengerjakan Solat Dhuha. Jelas, beliau lebih mengutamakan urusannya dengan Allah terlebih dahulu sebelum melangsaikan urusan lain. (dengan lain perkataan urusan dunia yang tak pernah surut keperluannya).


Bila cerita ini sampai pula kepada saya, saya jadi termenung sudahnya. Hati rasa berdebar-debar semacam. Terasa begitu kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan amalan teguh yang dilakukan insan lain. Kekadang kisah2 sebegini mampu membuat kita berfikir dan bermuhasabah diri di mana letaknya amal kita selama ini. Sebagaimana saya sendiri, dalam hal menunaikan Solat Dhuha ini kadang konsisten kadang tidak. Kalau sibuk dengan urusan lain, senang2 saja Solat Dhuha di pandang sepi. Tak rasa bersalah pun jika sesekali tertinggal mendirikannya.


Kisah ini membuat saya bagaikan tersedar dari mimpi. Dalam meniti kehidupan, banyak rahsia Allah yang tersembunyi. Allah ingatkan dan sedarkan kita melalui perkara-perkara yang tak terduga.
Saya selalu merasa terpegun dengan hal-hal kecil yang berlaku di depan mata. Dapat rasa Allah memberikan cinta-Nya melalui hal-hal yang berlaku. Dari apa yang berlaku membuat diri ini semakin banyak belajar. Allhamdulillah...syukurlah.

Nasihat buat diri sendiri, keluarga dan kawan2, jom kita istiqamah buat Solat Dhuha Kalau kita ikhlas dalam setiap langkah kita insyaAllah Allah permudahkan kita dalam melakukan apa jua pekerjaan atau ibadah. InsyaAllah rezeki pun murah dan mudah bagi kita... aminnn


**Malam tadi semasa menemani anak2 mengulang-kaji pelajaran di meja tengah, saya ada terbaca satu hadis berkaitan yang menyebut...


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w dengan tiga macam perkara, iaitu
  • berpuasa tiga hari dari setiap bulan
  • melakukan dua rakaat shalat Dhuha
  • dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur." (Muttafaq 'alaih)
Wallahu'alam.


Bekal kehidupan rumah tangga


"Huh! Penat...." kekadang keluhan semacam itu dan yang seumpama dengannya terkeluar juga.

Semalam dekat sekerat hari buat ironing. Dari baju keje papa, jubah dan baju melayu papa yang nak ke surau hingga la ke baju2 kurung saya nak pegi kelas. Dah pagi nya sibuk ketuk arang dan batu-bata untuk tanam cutting2 orkid yang beli weekend ari tu(yang ni sendiri cari penyakit..hehe). After lunch baru teringat stok baju yang dah iron hampir zero. Sedangkan petang ni kul 3 ada kelas Ustaz Amran kat masjid. Tak boleh tak pegi sebab usrah rumah kak asmah dah cancel dulu kemarin(kak asmah kebetulan ada hal). Tak pegi petang ni bermakna takde pengisian le minggu ni. Dah le Kelantan tv susah nak dapat siarannya lately. Dah banyak kali cuba, still tak dapat nak dengar kuliah tok guru.

Emp....nasib baik le shilah iron sendiri baju sekolah dia. Ya lah dah besar camtu takkan nak suruh mama lagi...

Camane pun saya selalu cuba perbaharui tekad setiap hari agar keluhan2 yang boleh kata negatif tu hanya terbit takat di bibir je bukan dari hati. Biasa le tu kan... kadang mengeluh juga dengan keje umah yang bersambung-sambung...hehe

Pernah satu ketika dulu, ada member yang luahkan keluh-kesahnya dalam bab-bab penat ni. Melalui e-mail yang dikirim, tu je la citer yang sering keluar. Noted! Masalah tu semua orang alami. Tapi kita kena cari solusi cara nak atasi atau sekurang-kurangnya cuba cari jalan camane nak improve kan diri.

Pandai nak nasihat orang(sebenarnya nasihat tu buat diri sendiri gak), saya pun citer la pada kawan tu satu citer yang maybe boleh membantu dalam masalah ni...InsyaAllah.

Ianya kisah mengenai puteri Rasulallah s.aw yang pada satu hari tu pegi jumpa Rasulallah s.a.w untuk minta seorang pembantu rumah-tangganya.

Bila dah nikah, puteri bungsu Nabi s.a.w telah didorong oleh suaminya agar menemui ayahnya dan minta seorang di antara para tawanan perang perempuan untuk dijadikan pembantu rumah-tangga. Tujuannya untuk nak ringankan beban pekerjaan isterinya sehari-hari.
Namun ternyata permintaan itu tidak dapat dipenuhi oleh Rasulallah s.a.w.

Walaubagaimanapun, Rasulallah pada malamnya telah pergi ke rumah anak-menantunya itu.

Pada malam itu udara dingin terasa menggigit kulit. Ali r.a. dan isterinya tidak dapat tidur kerana kedinginan. Pintu rumah tertutup, tetapi tidak terkunci. Kerana tertiup angin lambat laun terbuka menganga.

Rasulullah s.a.w. datang dan melihat pintu terbuka. Beliau yakin dua orang suami isteri itu belum tidur. Secara diam-diam beliau memperhatikan mereka sambil tersenyum melihat menantu dan puterinya 'berebut' selimut berukuran pendek. Bila dipakai menutup kaki, kepala mereka terbuka dan bila dipakai menutup kepala, kaki mereka pula terbuka.

Melihat beliau datang secara tiba-tiba mereka agak terperanjat, lalu segera bangun dan memberi hormat kepada beliau seraya mengucapkan salam, sekalipun beliau minta supaya tetap saja di tempat tidur.


Beliau mendahului bertanya dengan rasa kasih sayang. "Maukah kalian ku beritahu mengenai permintaan kalian siang tadi?"

Mereka menyahut: "Tentu, ya Rasululllah!"

Beliau melanjutkan:

"Malaikat Jibril memberitahu kepadaku beberapa kalimat:
Tiap kali habis shalat hendaklah kalian bertasbih, bertahmid dan bertakbir masing-masing 10x. Tiap kali hendak tidur bertasbihlah 33x, bertahmid 33x dan bertakbir 33x."

Hanya untuk keperluan itu sajalah beliau datang dan setelah menyampaikan maksud kedatangannya beliau pergi meninggalkan rumah menantunya.


Kalimat-kalimat tersebut jika diucapkan dengan segenap fikiran dan perasaan merupakan bekal kehidupan rumah tangga yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.... Bekal kekuatan rohani(mental) yang dapat mengalahkan kesukaran dan kesulitan....


(sumber dari buku "Rumah Tangga Nabi Muhammad s.a.w (Baitun Nubuwwah) karya H.M.H Al-Hamid Al-Husaini terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura)

  • tasbih= Subhanallah
  • tahmid= Alhamdulillah
  • takbir= Allahukbar

Wallahu'alam.