CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Permudahkan amalan


Kelas semalam berjalan seperti biasa. Masih dalam surah al-Fadjr ayat ke 19 sambungan dari minggu lepas. Kami mulakan dengan membaca sebaris demi sebaris dari ayat 1 - 30 mengikut bacaan ustaz. Dah beberapa minggu mengulang ayat yang sama dari keseluruhan 30 ayat ini, rasanya skill bacaan makin elok dari masa ke semasa....alhamdulillah syukurlah...

Setelah selesai memperbetulkan bacaan kami dan menerangkan hukum-hukum tajwid yang terkandung dalam ayat2 surah al-Fadjr itu, ustaz lalu menyelitkan tazkirah pendek dalam bab melakukan amalan-amalan sunat.

Menurut ustaz, janganlah kita kelam kabut dalam menghadapi apa-apa situasi sekalipun. Jika berdepan dengan masalah, tenangkan diri dan bermuhasabahlah sebentar. Jadikan sesuatu amalan itu mudah. Jangan kerana disebabkan ada halangan yang tidak seberapa, kita tinggalkan atau abaikan amalan yang selalu dibuat sebelumnya.

Permudahkanlah amalan contohnya dalam bab mendirikan solat-solat sunat misalnya seperti solat dhuha, solat malam, hajat, istikharah dan sebagainya. Sepertimana yang kita tahu, Rasulallah s.a.w biasanya mendirikan solat sunat kebanyakannya di rumah sahaja. Manakala solat2 fardhu didirikan secara berjemaah di masjid. Surah2 lazim yang biasa di amalkan oleh Rasullallah s.a.w di dalam solat2 sunat termasuklah Surah al-Kafirun dan al-Ikhlas.

Oleh itu kita mudahkan lah untuk istiqamah dalam solat sunat ini dengan cukup hanya mengikut kebiasaan Rasulallah s.a.w yang sentiasa membaca ke dua-dua surah ini. Tak payahlah tangguh untuk melakukan solat dhuha di waktu2 lain sebab semata2 kerana belum hafal surah tertentu seperti as-Syam dan ad-Dhuha contohnya. Sebab sementara nak fasih dalam menghafal surah2 tersebut, alamat solat dhuha sampai hari ini belum dapat2 dilaksanakan. Rugi kalau nak tunggu dapat hafal surah2 tertentu itu dulu baru nak buat solat dhuha.

Teruskan saja solat hanya dengan baca surah2 lazim yang pendek dan yang kita telah mahir dengannya. InsyaAllah jika hati kita benar2 ikhlas dan berserah diri pada Allah swt, InsyaAllah amalan tersebut akan diterima Allah dan dapat ganjaran pahala di sisi-Nya.

Begitu juga dengan amalan membaca al-Quran. Kalau nak tunggu betul2 ada masa lapang, tunggu masa yang betul2 sesuai dan rasa kena pula berpakaian 'proper attire'(bertelekung dsb) baru nak baca Quran, alamatnya seminggu sekalipun payah nak baca.

Cukuplah sekadar mengambil wudhuk dan menutup aurat sekadarnya, langsung terus membuka dan membaca al-Quran. Bacalah sekalipun hanya 3 atau 4 baris ayat sahaja. Itu lebih baik dari tidak membaca langsung. Biasakanlah diri membaca al-Quran setiap hari di waktu-waktu mana yang terluang. Nak lebih baik lagi semaklah terjemahan ayat2 tersebut untuk tujuan nak faham apa yang dibaca.

Kalau itu dapat dilakukan , alhamdulillah jadilah kita teman yang rapat dengan al-Quran yang InsyaAllah mampu memberi kita syafaat di akhirat nanti.

Walau sesibuk mana sekalipun kita dengan urusan dunia, hendaklah kita pastikan usaha menambah ilmu di dada serta usaha untuk meraih keredhaan Allah diletakkan di tempat pertama dalam meniti perjalanan kehidupan di dunia yang fana ini.

Wallahu'alam.

2 comments:

stROZze said...

ya, kita mesti permudahkan yg rumit.. jgn ambil mudah yang penting.. :)

fzi said...

Strozze thanks...

Untuk mudahkan kita istiqamah dalam amalan, eloklah jangan dibuat banyak segaligus. Allah swt menyukai amalan yang sedikit tetapi istiqamah berbanding dengan amalan yang banyak tetapi tidak konsisten...
wallahu'alam.