CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Travelog ke Utara

Tanggal 12 March 2009, keputusan SPM dijadualkan keluar. Maka sehari sebelumnya, merupakan hari yang sibuk bagi saya. Ke hulu ke hilir bermula dari jam 12.30 t/hari lagi keluar dari rumah. Terus memecut menghala ke laluan Sg Choh - Rawang - Selayang.

Sampai di luar Stadium Selayang bertentangan dengan Restoren Tu Dia Pak Tam, budak2 seangkatan anak saya dari berbagai destinasi PLKN selamat tiba dari kem masing2. Anak saya dah siap menunggu untuk saya release kan namanya melalui tanda-tangan di senarai nama yang tersedia. Bagus PLKN ni, sistematik sekali sistemnya. Tidak main lepas berterabur je balik.

Bila dah selesai, kami menghala pula ke kuala kubu melalui jalan lama Sg. Choh - Serendah - Batang kali - kkb untuk ambil kakak. Kakak terpaksa ponteng 2 hari sebab semua sibuk nak ikut pegi Kedah ambil result abangnya. Tapi sudah siap telefon sekolah dan fax surat yang berkaitan memohon cuti. Begitu juga dengan Shilah yang juga terpaksa cuti 2 hari untuk tujuan ini. Kebetulan ujian prestasi tengah berlangsung bagi kedua2nya. Jadi memohon untuk ditunda mengambilnya di minggu berikut selepas cuti. Nasib baik diluluskan pihak sekolah..

Maka bergerak lah kami ke Kedah selepas solat Subuh esoknya. Udara pagi yang dingin membuat semua rasa segar dan bersemangat untuk memulakan perjalanan. Hanya sekali berhenti rehat di rest area Tapah untuk bersarapan bekal yang dibawa iaitu sandwich sosej Ramli dan Nescafe panas yang dibancuh dalam 2 thermos besar. Setelah itu kembali meneruskan perjalanan menuju destinasi.


Alhamdulillah sampai ke rest area Gurun(dah dekat dengan Kubang Pasu, Kedah) dalam pukul 11.30 pagi. Lalu kami lima beranak 'bersiap lebih kurang' di sana sebelum bergegas ke MRSM Kubang Pasu di mana ketika itu sudah ramai para pelajar serta ibu-bapa berpusu-pusu.

Dengan perasaan berdebar-debar, abang melangkah masuk ke dewan besar untuk menyemak keputusan peperiksaan yang tertulis untuk nya.....

__________
____________________
_________________________________
____________________

....alhamdulillah...
Abang mendapat 5a 3b dan 2c secara keseluruhan.
Walaupun terbayang sedikit kekecewaan di wajah abang dengan keputusan yang diterima, namun kami sekeluarga terus meyakinkan abang yang result itu ok dan sudah cantik sekali. Abang dapat mathA1 dan Add maths A2. Matapelajaran sains semuanya B. Itu pun dah tentu dapat menolong dalam usaha membuat permohonan ke mana-mana ipta/ipts nanti.

Jauh di sudut hati, saya memahami abang expect lebih lagi, sesuai dengan usahanya dalam mengharungi cabaran menghadapi Spm tempohari. Sabar lah bang, tak apalah... sudah rezeki abang setakat itu. Lagi pun dalam taklimat guru kaunseling jam 2.30 ptg selepas itu, banyak memberi tips dan kata2 semangat buat semua pelajar yang mengambil keputusan. Antara ayat yang terawal yang diucapkan, beliau khabarkan berita gembira bahawa semua student pioneer itu InsyaAllah akan layak ke menara gading! Syukur lah kalau begitu..
(
Untuk dapatkan keterangan yang lebih detail tentang taklimat di dewan besar MRSM Kubang Pasu sila klik di sini. Itu blog suami saya dan ini pula blog anak saya amir).

Kami bertolak balik dari MRSM lebih kurang jam 5.00 petang. Semua sudah sepakat hendak singgah di Penang. Bukan hendak bermalam pun, hanya untuk pekena nasi kandar Line Clear dan kemudiannya jalan2 menghirup udara malam di sekitar Padang Kota.


Tiba di Penang, parkir kereta di depan Komtar bersebelahan dengan sebuah Masjik Jamek. Kami mempercepatkan langkah menuju ke masjid sebab solat asar hampir luput waktunya.

Tiba2 datang seorang hamba Allah yang kelihatan uzur menghampiri kami, meminta ihsan buat makan malam. Dalam keadaan tergesa-gesa itu, saya hanya sempat memandang suami sebagai memberi isyarat. Selepas mendapat huluran dari suami, hamba Allah itu dengan tenang memandang tepat ke wajah saya sambil berkata... "moga mendapat rahmat Allah..."

Aduh! Tersentuh hati bila tiba-tiba dikurniakan doa seperti itu oleh orang yang tidak dikenali. Betapa kelihatan luhur hatinya takkala mengungkapkan kata2 itu.

"Terimakasih pakcik kerana menghadiahkan saya doa tersebut
", hati kecil saya sambung berkata2 setelah sebelum itu hanya mampu mengangguk kepala di hadapannya. Sampai setelah selesai mengambil wudhuk pun, fikiran saya masih terbayangkan raut wajah pakcik tersebut. Moga kehidupan beliau selepas ini akan lebih baik...amiin.


Hujan renyai-renyai di saat kami hendak meninggalkan Butterworth. Jam di waktu itu dah menunjukkan hampir pukul 12 tengahmalam. Kereta kami perlahan-lahan keluar menyusuri jambatan Pulau Pinang yang dikenali sebagai jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara itu.


4 comments:

RR said...

tahniah di atas kejayaan SPM anak.

fzi said...

Thanks Ayu...

Akak harap agar mudah jalan baginya selepas ini. Dah 2 hari dia ke Karnival Pendidikan Mara di PWTC ngan kengkawan... nak tengok2 jika ada peluang yang sesuai..

MaMa MuNiRa said...

tahniah,atas kejayaan anak,moga anak-anak kita dirahmati NYA dengan Kejayaan berganda.

fzi said...

Tima kasih kak...

Itulah yang diharapkan... mintak selamat dan cerah masa depan..InsyaAllah.