CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Donat


Dengan bantuan abang yang dah ada di rumah, dapat lah mulakan balik projek frozen food saya yang dah dekat 2 bulan tak berapa nak bergerak ni... hehe

Dari jauh kedengaran bunyi skuter. Kemudian terdengar pula derap tapak kaki abang melangkah ke arah pintu dapur. Kami dah plan nak mulakan projek ini lepas abang balik dari Solat Zohor. Sampai-sampai depan pintu, kedengaran anakku memberi salam.

Salam di jawab lantas terus saya bertanya, "Ramai kat surau tadi bang?...."

"Abang sorang je Ma, lepas azan tadi, tunggu2 tengok takde orang datang, solat je lah sorang-sorang...hehe"

"OOhh iya ke bang.... takpe lah agaknya semua orang takde kat rumah la tu..."(maksud saya jiran yang terdiri dari pakcik2 yang dah pencen tu, agaknya semua keluar).

"Takpe lah sekurang-kurangnya abang dah imarahkan surau tengahari ini...", sambung saya lagi.

Abang pun terus bergegas menukar pakaian yang lebih ringkas. Kemudian basuh tangan bersih2 dan mula menguli bahan2 yang telah saya sediakan untuk buat DONAT. Dengan tenaga budak remaja yang kuat, abang nampaknya takde masalah uli adunan yang sebanyak 2kg tepong itu. Siap diuli, abang tanpa disuruh terus menutup mangkuk adunan untuk proses menaikkan doh donat tersebut. Dah expert dah abang buat donat ni. Lepas tu, kena tunggu kurang lebih setengah jam untuk biarkan adunan betul2 naik.

Bila dah naik 3 kali ganda dari ukuran asal, abang mulalah timbang doh tersebut di atas alat penimbang digital kami. Dalam masa yang sama saya pun mula membentuk2 kan ia menjadi donat yang cantik dan solid.
Sedang kami sibuk menyiapkan kerja2 tersebut, tiba-tiba ada panggilan masuk dari Kak Ina Hj Mokhtar yang nak order Ambong Pelangi(apam kelantan) sebiji saiz loyang besar. Dan bila tau saya sedang buat donat waktu tu, terus Kak Ina nak 2 paket donat sekali.

"Nanti Kak Ina datang ambil dalam masa sejam k.... "

Ya Allah! camane ni.... Saya pandang abang, dan abang bagi sign "no problem". So bersambung lagi lah kerja anak saya tu tolong mesinkan kueh apam pula... OOhh thanks bang, nampaknya laju lah production line untuk kueh frozen kita dalam 2 bulan abang ada kat rumah ni.... Alhamdulillah syukur...