CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Pentingnya Solat Dhuha

Kepulangan kakak dari asrama Jumaat lalu turut membawa pulang satu cerita yang elok untuk dikongsikan di sini. Sekilas pandang, ianya hanyalah satu kisah yang biasa saja, namun ternyata mampu tinggalkan satu kesedaran yang mendalam dalam diri ini.

Kakak dalam nada excited bercerita yang pada satu hari tu, ada beberapa orang kawannya terlibat dalam satu pertandingan Marhaban yang berlangsung antara sekolah di sekitar Hulu Selangor. Jadi rombongan seramai lebih-kurang 10 orang dari sekolah mereka turut disertai oleh 2 orang guru pengiring.

Mereka bertolak pagi2 lagi dari sekolah menuju ke sekolah tempat berlangsungnya pertandingan tersebut. Dalam perjalanan, kawan2 kakak split kepada dua kenderaan, sebahagiannya menaiki van yang boleh memuatkan ramai pelajar manakala selebihnya menaiki kereta salah-seorang ustazah.


"
Ohh nampaknya ada surau kat sana..." tiba-tiba ustazah Kamariah bersuara kepada Suzana dan dua orang lagi pelajarnya. Ketika itu mereka masih berada lebih-kurang 5km lagi jaraknya dari tempat yang dituju.

"
Jom kita singgah sekejap, kita solat Dhuha dulu", sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari mana2 kawan kakak.

Suzana dan kawan2nya hanya mengangguk tanda setuju. Lantas, secepat kilat kesemua mereka saling berpandangan sesama sendiri. Terpegun!


Dipendekkan cerita, sepulangnya mereka dari pertandingan tersebut, masing2 tak sabar2 nak cerita rasa
impress mereka terhadap ustazah berkenaan pada kengkawan lain di asrama. Bagus tu, tak salah berkongsi cerita yang baik...

The moral of the story:
Dalam sibuk2 mengejar masa untuk sesuatu urusan lain, ustazah tidak mahu terlepas dari rutin hariannya iaitu mengerjakan Solat Dhuha. Jelas, beliau lebih mengutamakan urusannya dengan Allah terlebih dahulu sebelum melangsaikan urusan lain. (dengan lain perkataan urusan dunia yang tak pernah surut keperluannya).


Bila cerita ini sampai pula kepada saya, saya jadi termenung sudahnya. Hati rasa berdebar-debar semacam. Terasa begitu kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan amalan teguh yang dilakukan insan lain. Kekadang kisah2 sebegini mampu membuat kita berfikir dan bermuhasabah diri di mana letaknya amal kita selama ini. Sebagaimana saya sendiri, dalam hal menunaikan Solat Dhuha ini kadang konsisten kadang tidak. Kalau sibuk dengan urusan lain, senang2 saja Solat Dhuha di pandang sepi. Tak rasa bersalah pun jika sesekali tertinggal mendirikannya.


Kisah ini membuat saya bagaikan tersedar dari mimpi. Dalam meniti kehidupan, banyak rahsia Allah yang tersembunyi. Allah ingatkan dan sedarkan kita melalui perkara-perkara yang tak terduga.
Saya selalu merasa terpegun dengan hal-hal kecil yang berlaku di depan mata. Dapat rasa Allah memberikan cinta-Nya melalui hal-hal yang berlaku. Dari apa yang berlaku membuat diri ini semakin banyak belajar. Allhamdulillah...syukurlah.

Nasihat buat diri sendiri, keluarga dan kawan2, jom kita istiqamah buat Solat Dhuha Kalau kita ikhlas dalam setiap langkah kita insyaAllah Allah permudahkan kita dalam melakukan apa jua pekerjaan atau ibadah. InsyaAllah rezeki pun murah dan mudah bagi kita... aminnn


**Malam tadi semasa menemani anak2 mengulang-kaji pelajaran di meja tengah, saya ada terbaca satu hadis berkaitan yang menyebut...


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w dengan tiga macam perkara, iaitu
  • berpuasa tiga hari dari setiap bulan
  • melakukan dua rakaat shalat Dhuha
  • dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur." (Muttafaq 'alaih)
Wallahu'alam.