CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Bekal kehidupan rumah tangga


"Huh! Penat...." kekadang keluhan semacam itu dan yang seumpama dengannya terkeluar juga.

Semalam dekat sekerat hari buat ironing. Dari baju keje papa, jubah dan baju melayu papa yang nak ke surau hingga la ke baju2 kurung saya nak pegi kelas. Dah pagi nya sibuk ketuk arang dan batu-bata untuk tanam cutting2 orkid yang beli weekend ari tu(yang ni sendiri cari penyakit..hehe). After lunch baru teringat stok baju yang dah iron hampir zero. Sedangkan petang ni kul 3 ada kelas Ustaz Amran kat masjid. Tak boleh tak pegi sebab usrah rumah kak asmah dah cancel dulu kemarin(kak asmah kebetulan ada hal). Tak pegi petang ni bermakna takde pengisian le minggu ni. Dah le Kelantan tv susah nak dapat siarannya lately. Dah banyak kali cuba, still tak dapat nak dengar kuliah tok guru.

Emp....nasib baik le shilah iron sendiri baju sekolah dia. Ya lah dah besar camtu takkan nak suruh mama lagi...

Camane pun saya selalu cuba perbaharui tekad setiap hari agar keluhan2 yang boleh kata negatif tu hanya terbit takat di bibir je bukan dari hati. Biasa le tu kan... kadang mengeluh juga dengan keje umah yang bersambung-sambung...hehe

Pernah satu ketika dulu, ada member yang luahkan keluh-kesahnya dalam bab-bab penat ni. Melalui e-mail yang dikirim, tu je la citer yang sering keluar. Noted! Masalah tu semua orang alami. Tapi kita kena cari solusi cara nak atasi atau sekurang-kurangnya cuba cari jalan camane nak improve kan diri.

Pandai nak nasihat orang(sebenarnya nasihat tu buat diri sendiri gak), saya pun citer la pada kawan tu satu citer yang maybe boleh membantu dalam masalah ni...InsyaAllah.

Ianya kisah mengenai puteri Rasulallah s.aw yang pada satu hari tu pegi jumpa Rasulallah s.a.w untuk minta seorang pembantu rumah-tangganya.

Bila dah nikah, puteri bungsu Nabi s.a.w telah didorong oleh suaminya agar menemui ayahnya dan minta seorang di antara para tawanan perang perempuan untuk dijadikan pembantu rumah-tangga. Tujuannya untuk nak ringankan beban pekerjaan isterinya sehari-hari.
Namun ternyata permintaan itu tidak dapat dipenuhi oleh Rasulallah s.a.w.

Walaubagaimanapun, Rasulallah pada malamnya telah pergi ke rumah anak-menantunya itu.

Pada malam itu udara dingin terasa menggigit kulit. Ali r.a. dan isterinya tidak dapat tidur kerana kedinginan. Pintu rumah tertutup, tetapi tidak terkunci. Kerana tertiup angin lambat laun terbuka menganga.

Rasulullah s.a.w. datang dan melihat pintu terbuka. Beliau yakin dua orang suami isteri itu belum tidur. Secara diam-diam beliau memperhatikan mereka sambil tersenyum melihat menantu dan puterinya 'berebut' selimut berukuran pendek. Bila dipakai menutup kaki, kepala mereka terbuka dan bila dipakai menutup kepala, kaki mereka pula terbuka.

Melihat beliau datang secara tiba-tiba mereka agak terperanjat, lalu segera bangun dan memberi hormat kepada beliau seraya mengucapkan salam, sekalipun beliau minta supaya tetap saja di tempat tidur.


Beliau mendahului bertanya dengan rasa kasih sayang. "Maukah kalian ku beritahu mengenai permintaan kalian siang tadi?"

Mereka menyahut: "Tentu, ya Rasululllah!"

Beliau melanjutkan:

"Malaikat Jibril memberitahu kepadaku beberapa kalimat:
Tiap kali habis shalat hendaklah kalian bertasbih, bertahmid dan bertakbir masing-masing 10x. Tiap kali hendak tidur bertasbihlah 33x, bertahmid 33x dan bertakbir 33x."

Hanya untuk keperluan itu sajalah beliau datang dan setelah menyampaikan maksud kedatangannya beliau pergi meninggalkan rumah menantunya.


Kalimat-kalimat tersebut jika diucapkan dengan segenap fikiran dan perasaan merupakan bekal kehidupan rumah tangga yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.... Bekal kekuatan rohani(mental) yang dapat mengalahkan kesukaran dan kesulitan....


(sumber dari buku "Rumah Tangga Nabi Muhammad s.a.w (Baitun Nubuwwah) karya H.M.H Al-Hamid Al-Husaini terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura)

  • tasbih= Subhanallah
  • tahmid= Alhamdulillah
  • takbir= Allahukbar

Wallahu'alam.

4 comments:

stROZze said...

salam kenal jugak.. jgn lupa berkunjung selalu.. bagus blog ni, ada ilmu2 berguna.. :)

fzi said...

tq strozze...
Kalau ada yang baik dan dapat disampaikan-sampaikan...moga dapat saham pahala dari-Nya walaupun sekelumit..wassalam

Roza said...

Assalamualaikum Oked,

Mak Wa (nenek) juga pesan begitu semasa Kak Roza (10 tahun)menangis kerana terpaksa melakukan kerja-kerja rumah sewaktu mak di dalam pantang (bersalin).

Katanya lagi,"Niat di dalam hati kita lakukan semua ini kerana Allah taala.."

fzi said...

Wsalam.
Kak Roza thanks...

Kita cuba amalkan sunnah Nabi s.a.w. semampu kita. InsyaAllah akan beroleh barokah dalam rumah-tangga...