CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Erti Syukur


"Tentu kita masih ingat pada satu judul filem Jins Shamsuddin dulu iaitu... "Esok Masih Ada"..... Memang lah benar.... esok tu masih ada..... tapi kita sendiri belum tentu lagi ada tidaknya esok tu...
"


Begitulah sedutan dari kata-kata Ustaz semasa menyelitkan sedikit tazkirah yang membuatkan kami semua yang mendengar tersenyum-senyum sesama sendiri.


Ustaz mengingatkan, kena perbanyakkanlah mengucap syukur ke hadrat Allah di atas segala nikmat yang Allah beri. Nikmat kesenangan, kelapangan hati, nikmat pancaindera, suami, isteri, anak-anak dan segala macam nikmat lagi yang tak terhitung. Hendaknya kita turut sedar yang segala nikmat itu boleh je ditarik oleh Allah bila-bila masa sahaja.


Oleh itu kena selalu bermuhasabah...sentiasalah berpegang pada tali, "La ilahaillallah", InsyaAllah akan terselamatlah aqidah kita. Aqidah harus dijaga kerana ia mudah tergugat samada melalui niat, percakapan mahupun perbuatan. Kena teguhkan Iman. Kalau iman kita tak teguh, hati akan mudah jadi gundah dan terugah bila datang dugaan/cabaran walaupun kecil. Bila ada cobaan sikit, kita dah jadi melatah dan tak dapat fikir lagi secara rasional.


Salah satu cara untuk tetap teguh iman maka jadilah orang yang sentiasa bersyukur.

Nak jadi orang yang bersyukur senang je... Kita jangan tengok orang yang lebih dari kita. Sentiasalah kita melihat pada orang yang agak kurang bernasib baik dari kita. Dari situ, InsyaAllah hati kita akan cepat rasa tersentuh dengan kesusahan orang lain dan dalam masa yang sama merasa bersyukur kepada Allah terhadap apa yang kita ada.


Perumpamaannya....

  • Orang yang bawak kereta tengoklah pada yang bawak motor
  • Yang bawak motor tengok lah pada yang berbasikal
  • Yang berbasikal tengoklah pada yang jalan kaki
  • Yang jalan kaki tengok pula pada yang sakit dan yang tak boleh bergerak
  • Yang sakit dan tak boleh bergerak tengoklah pada yang sudah meninggal dunia.


Firman Allah yang bermaksud,

....” Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur(ingkar), sesungguhnya siksa-Ku amat pedih
(Ibrahim : 7)


“Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung”
(Al A'raf : 69)



Seorang ayah yang dah pergi

Pagi-pagi lagi sudah gerimis di hati ini.Tiba-tiba rasa tergenang air di mata takkala membaca satu forwarded e-mail tentang seseorang yang bernama 'ayah'....


.........
................
.........................
Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar, kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepaya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.


Syukur, abah meninggal dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih
terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....

sambil

mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.


Sejam sebelum kematian ....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005.
Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat...
dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan

aku,

sebaliknya buat sijil kematian abah.


Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.


Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.


Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....

pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...

aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.


Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.


Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..Rizal beli kereta Satria
hijau 1.6.....

abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.
dll.......Abah catat
Kak Se keguguran... ..

Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi tue....


Abah sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.
Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama
dan berkenaan anak-anaknya
sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap
pasal
anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu
fikir...
aku...bukan anak yang baik.


Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah
yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"
...

abah gariskan perkataan 'ingat kubur'....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...
bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi
abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.


Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku
bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut
menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........


Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya. ...

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..


Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.


Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.


Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan... .

Kita diberi masa 24 jam sehari


"Kita semua diberi masa 24 jam sehari setiap orang, sama dengan Pok mat di Wakaf Licong dan Obama di Rumah Putih yang semua ada masa 24 jam setiap hari", itulah antara kata2 suami yang sering diulang2 dalam beberapa sesi tazkirah ringkas buat kami anak beranak.

Betul sangat tu papa, kita sering dilalaikan dalam hidup ini tanpa ada kesedaran nak improvekan lagi gaya hidup. Contoh yang ketara bermula dari nak bangun solat subuh. Sepatutnya untuk mulakan hari, eloknya kita bangun sebaik saja dengar azan Subuh dilaungkan. Tapi sebaliknya kita tangguh-tangguhkan nak bangun hinggalah masa untuk solat dah jam 6.30 pagi... Anak2 tu kadang terbabas dekat dengan pukul 7.00.. Solat apa tu... Bahaya, masa tu dah atas pagar...dah suntuk benar...wallahu'alam diterima atau tidak solat kita....

Kita tak rasa ada tanggung-jawab untuk dirikan solat di awal waktu.... contoh Subuh pun....Subuh Gajah, padahal kita sepatutnya gunakan waktu solat subuh itu sebaik mungkin, gunakan waktu itu untuk memohon pada Allah moga dipermudahkan perjalanan dan aktiviti kita sepanjang hari itu.

Anak2ku...
Kena ubah sekarang.... Mulakan:

  • solat di awal waktu
  • never solat alone, maknanya berjemaah all the time
  • never tinggal solat
  • biar ada value masa 24 jam itu... biar ada nilai such as biar ada masa untuk zikir kepada Allah, mengaji Quran, menghadiri majlis ilmu, solat sunat... walau pun sibuk dengan urusan dunia.
  • jadikan setiap aktiviti kita sepanjang hari sebagai amalan yang diniatkan sebagai ibadah, InsyaAllah dapat lah pahala..
Anak2ku....
Amalan yang kurang baik elok diubah sekarang, kalau tidak rugi kita....Cuba buat amalan-amalan sunat, bagus tu lebih2 lagi kita sekarang berada di bulan Syaaban, bulan yang amat digalakkan berpuasa sunat dan melakukan amalan2 sunat yang lain.

Bak kata ustaz masa mama ke surau Rabu lalu, "
Kalau dulu bila sebut je amalan sunat ni, kita sama2 maklum bahawa ianya [kalau dibuat dapat pahala dan kalau tak buat tidak mengapa].... Tapi sekarang elok kita tingkatkan lagi kefahaman kita dengan berpegang pada kata2... [Amalan sunat ni buat dapat pahala, kalau tak buat..... rugilah kita...]"





---------------------

Ayat Seribu Dinar


Usai solat Isyak berjemaah malam tadi, papa macam biasa cuit abang untuk sempurnakan bacaan doa selepas solat. Saya perasan setiapkali jika abang berdoa, pasti diselitkan ayat seribu dinar (surah at-Talaq: 2 - 3) sebelum mengakhiri doa yang kami sekeluarga aminkan. Sejak dari dulu lagi saya perhatikan abang memang istiqamah tambahkan ayat mohon murah rezeki ini dalam doanya setiapkali selepas mendirikan solat 5 waktu.

Ini membuatkan terbitnya cahaya kesedaran di hati saya untuk turut sama cuba mengamalkannya. Selama ini baca ayat seribu dinar hanya di waktu-waktu teringat sahaja. Tidak pun, sambung baca selepas membaca surah Al-Waqiah. Tak terlintas pula untuk membacanya secara berterusan dalam doa selepas solat.

Begitulah.... kekadang hidayah itu boleh datang dengan tiba-tiba... hanya melalui pemerhatian kita terhadap perkara2 kecil yang berlaku di sekeliling kita setiap hari. Pendek kata, bila-bila masa je hati boleh tersentuh bila melihat satu-satu peristiwa....

Apa yang diharapkan...moga ilmu dalam diri ini makin bertambah setiap hari dengan izin Allah....walaupun sedikit biarlah bertambah... semoga dengan ilmu yang ada sedikit sebanyak itu, akan membolehkan diri ini dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk, yang mana memberi kebaikan yang mana boleh datangkan mudarat....

Durian oh durian


Ahad lalu bawak anak2 jalan jap ke pekan Rawang. Kebetulan diaorang pun ada nak cari barang2 stationary kat Parkson. Hmmm... kesian pula, bila tengok sume duk spend masa kat umah je weekend tu... Papa pulak ada keje outside...

So, on the way masa pegi lagi sume dah berkira-kira nak saya beli durian... kesian anak-anakku... Yang dua orang *abang dan kakak* duk asrama. Jarang2 ada kat rumah... jadi teringin le nak makan durian. Lain lah dengan Shilah yang hari2 duk rumah, kerap le dapat makan sebab mama ngan papa memang antu durian... hehe

Mula-mula kami terus ke destinasi asal iaitu Parkson. Hampir 2 jam ronda2 cari barang sekolah dan saya pula have a sweet time meninjau di sekitar area pinggan-mangkuk *tempat faveret tuh ... :) * Seronok cuci-cuci mata. Sempat juga masuk ke Giant kejap mencari barang dapur yang hampir terputus bekalan.

Setelah itu kami pun mula lah bergerak balik sehinggalah kemudiannya berhenti di pertengahan jalan Rawang - Sg.Choh. Di situ memang ada satu deretan panjang gerai2 menjual durian *tempat yang biasa disinggah*. Jadi singgah lah kitaorang pilih-pilih durian. Harga durian sekarang ni dah murah. Itu yang masa duk tengah memilih, tokeh cina tu langsung offer saya 3 bakul RM20 *yang sepatutnya 1 bakul RM10*(bakul boleh tahan besarnya)

Bila belek2 sebiji dua durian dalam bakul tu nampak ok je, saya pun setuju je lah...

....tapi.......

Penangan dari kopek durian yang lebih-kurang berjumlah 40 biji itu, ouhhh... habis sakit dan luka2 jari saya. Yang lain tak reti nak kopek. Mama juga yang kena selesaikan tugas yang mencabar itu...hehehh.. Terpaksa di kopek semua, bimbang nanti kalau dibiarkan lama isi didalamnya tidak fresh lagi.

Alhamdulillah, 80% dari durian-durian tersebut, isinya teramat lah sedap dan mantap. 20% selebihnya bukan lah tidak elok tapi tidak berapa fresh, so saya reservekan buat tempoyak. Puas anak-anak makan durian...alhamdulillah syukur.....


Doa Mohon Kemudahan





Sementara tunggu nak solat Subuh dengan papa, saya menbelek helaian al-quran *Mushaf Tajwid* sampai ke m/s 294.... Terus jumpa Surah Al-Kahfi. Mata melilau cari ayat 10 yang mengandungi satu doa pendek yang mudah dihafal.

Semalam di Surau Al-Bayan, ustaz syorkan kitaorang cuba hafal doa tersebut dan jadikan ianya salah-satu dari doa harian. Tapi kena mula baca dari...


"Rabbana.......sehinggalah....wahaiyik lana min amrina ro shada".

Maksud doa tersebut ialah...
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".


Alhamdulillah sempat le saya hafal doa yang pendek itu sebelum sempat papa muncul kat ruang tamu untuk mulakan Solat.

Jom kawan2... anak2.... kita ambil masa seminit dua untuk menghafal doa ini, sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan tambahan dalam doa kita yang dah sedia ada setiap hari...


Papa dah balik!!

Papa selamat balik dari Sepang jam 5 petang tadi. Alhamdulillah balik tumpang Hj Munir, jiran kami. Jom tengok beberapa snapshot yang dirakam papa semasa di Ijtimak Malaysia 2009. ....Subhanallah.....teruja tengok ramai nyerrrr orang....

Detik2 Papa di Ijtimak Ulamak


Hati teruja untuk berkongsi isi-isi sms yang dikirim oleh papa yang sekarang berada di Ijtimak Ulamak, Sepang. Tujuan untuk dikongsi catatan hanyalah untuk kita sama2 dapat feel bagaimana situasi di sana. Walau saya di rumah namun hati seakan turut berada di sana dengan semangat yang dibawa dari Ijtimak Ulamak yang sedang berlangsung.


10hb Julai
5.37 petang

  • Beg buat hal tercabut kepala zip. Kalau bukak ni takleh tutup. Ini bukan main2 tapi betul2 terjadi.
fzi.... saya terus tertawa dan call papa supaya cool down..."pa, tu sume cobaannnnnn"....hehe
Papa masa tu dah kat Bangsar atas komuter on the way to Nilai.


10hb Julai
7.25 petang

  • Sampai di nilai. Kini di masjid untuk solat. Akan dihantar bas ke Ijtimak jap lagi. Ramai peserta dari India, bangla, Cina, Indon, Singapore.
fzi... syukurlah papa dah sampai nilai...


10hb Julai
10.30 malam - Papa call(tiga empat kali try baru boleh bercakap, line kat sana problem)...alhamdulillah dah selamat jumpa Hj Munir. Hj Munir dah siap2 reserve kan tempat untuk papa. Tapi belum jumpa abang lagi. Baru mesej2 (try call tak dapat, still masalah line). Papa pesan kalau saya dapat call abang bagitau papa tunggu kat tiang K1 11 (K satu sebelas).

fzi... cuba banyak kali still takleh call abg.... mesej je lepas..... harap abang ok ngan kawan2nya.
Alhamdulillah abang dapat balas mesej.


11hb. Julai
3.23 pagi

  • Papa dah jumpa Abang....don't worry...

11hb. Julai
4.05 pagi

  • Papa baru tahajjud. Melihat ramainya manusia. Khemah ini saja muat 10 ribu. MasyaAllah hebat. Macam kat Mekah.
fzi.... saya terus bangun, ambil wuduk dan solat....


11hb. Julai
7.27 pagi

  • First time dapat solat jemaah Subuh dengan 200 ribu orang. Now tengah dengar kuliah urdu di translate ke BM. "Orang di jalan hidayah Allah adalah berjaya walau fakir harta benda."
fzi.... ouhhhh



****bersambung.....


***update:
11hb. Julai
11.14 pagi

  • Now ada program untuk pelajar, ulama, profesional. Sarapan 5 orang sedulang RM10. Ramai manusia, pelbagai negara. Ada bisu, pekak, tempang.... macam-macam ada. Air kolah kering.

3.45 petang - papa call....


5.23 petang
  • Ujian.... tangki air pecah di masjid. Papa mandi guna 2 botol air. Wuduk dari semalam lagi guna 1 botol. Mama kalau boring, gi pasar malam...
fzi... mama doakan Allah mudahkan segala urusan papa dan semua jemaah di sana...amiin
* berita terbaru yang diterima, masalah tangki air di masjid, settle*




Papa ke Ijtimak Ulamak di Sepang



"Dik, bagi akak kelapa parut sebiji ek", kata saya pada adik gerai santan tu.

"Ohh, dah abih la kak... tak sempat dah nak mesin lagi sebab saya dah nak tutup kedai", jawab Firdaus yang selalu berkopiah itu.

"Nak pegi Ijtimak ni kak", sambung beliau lagi.


Ohhh, ramai rupa-rupanya yang nak ke sana. Hj Munir jiran kami pun dah pegi sejak semalam (Khamis). Ustaz Sobri pun agaknya dah pegi, tu yang tutup terus gerai ikannya hari ini. Ustaz Wan yang papa jumpa kat masjid masa solat Jumaat tadi pun nak 'gerak' malam ni.

Papa pula baru je saya hantar ke stesen bas tadi. Nanti sampai Rawang papa akan naik komuter Rawang -Nilai. Tak pasti saya papa kena tukar train kat KL Central atau tidak. Harap2 train tu yang dapat terus pegi Nilai (Komuter Rawang - Seremban). So dari Nilai, InsyaAllah papa akan naik 'feeder bus' yang disediakan untuk mengangkut orang-ramai ke Ijtimak Umat Islam yang bertempat di Kuarters KLIA Sepang itu.

Papa tak nak lepaskan peluang untuk mengikuti program 4 hari itu(9 - 12 Julai,2009) kerana ia adalah Ijtimak(perjumpaan) umat Islam yang julung2 kalinya di adakan dalam tempoh 30 tahun. Dari sumber yang didengar, dijangka Ijtimak ini akan dihadiri oleh 300,000 umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ia di adakan di tapak seluas 100 ekar bersebelahan dengan masjid kuarters KLIA. Berpuluh2 khemah besar didirikan. Dari khabar yang didengar, di tempat ambik wuduk disediakan 50 buah kolam berukuran 15' x 15' dan sebanyak 1500 tandas mangkuk disediakan....perghh.....

Anak saya yang dekat UIA PJ pun telah bertolak ke sana selepas solat Jumaat tadi. Abang pergi bersama rombongan UIA di mana beliau mewakili Marhalah Abu Bakar (salah satu asrama lelaki)...Menurut abang banyak juga trip dari UIA yang akan ke sana. Yang mana ada kelas petang ini akan bergerak malam nanti....

Alhamdulillah.... semoga papa, abang, Syamil(kenet) dan kawan-kawan abang yang lain, Hj Munir, Ustaz Wan, Ustaz Sobri, Firdaus gerai santan serta semua jemaah yang berhimpun akan sama-sama dapat merasai satu 'kemanisan iman' yang luar-biasa sepanjang mereka berada di sana....amiinn....


Hari Tandatangan Buku Rekod 2




H
ari itu tiba lagi..... Kali ini untuk sekolah kakak pulak. Jadi seawal jam 9 pagi saya dah memecut ke Kuala Kubu Bharu.

Sesampai di Dewan Abu Hurairah, nampaknya sudah ramai orang memenuhi ruang. Rupa2nya diaorang lagi 'pagi' dari saya. Ingatkan saya di antara orang yang terawal, rupa-rupanya antara yang terlewat...hehehe

Jumpa guru ganti bagi kelas kakak 5A. Ustaz Khairul Nizam ada urusan jadi terpaksa digantikan dengan salah-seorang ustazah untuk sempurnakan urusan dengan ibu-bapa para pelajar.


Alhamdulillah, kakak dapat tempat ke 10 dengan keputusan agak memberangsangkan iaitu 6A dari 11 m/pelajaran SPM. Tahniah k kak... Camane pun peratus masih perlu ditingkatkan lagi sekurang-kurangnya 10% lagi baru kakak berada dalam kedudukan yang selesa sikit. So, lebihkan lagi usaha k kak.....

Ok settle kat sekolah kakak singgah library hantar buku-buku yang dah dipinjam dalam tempoh yang agak lama. Dah berapa kali call Mona(kawan merangkap petugas library) untuk renew date....hihi

Last sekali sebelum tinggalkan pekan KKB, singgah ke pasar beli lauk. Ouhh...best nya hari ni dapat beli daging dan tulang lembu tempatan. Pakcik jual daging tu kata daging tempatan hanya ada kat pasar hari Jumaat dan Ahad je.... Ohhh berbunga-bunga rasa hati, dah lama tak dapat. Tak lalu dah nak makan daging impot.

Masa nak keluar dari parkir....tiba-tiba nampak sesuatu yang memaksa saya untuk turun balik dari kereta. Nampak apa tu???
_______________
______
____________
_________

....apa lagi.....D.U.R.I.A.N lahhhh...... hehehe...

Alhamdulillah dapat 3 biji yang besar dengan harga RM10.....


Perihal TAQWA


"Alhamdulillah... kat rumah ada buku tu...."

Saya tersenyum hepi bila nampak buku yang akan ustaz gunakan sebagai rujukan untuk kelas kami *...senang ada buku, balik rumah boleh refer buku.....*

Kuliah mingguan Ustaz Amran minggu ini berlangsung di Surau Al-Bayan. Sebelum memulakan kelas, ustaz memaklumkan pada kami yang sebulan sekali InsyaAllah beliau akan menyampaikan tazkirah dengan merujuk buku "Nasihat Agama dan Wasiat Iman" hasil tulisan
Imam Habib Abdullah Haddad itu. Minggu2 berikutnya akan dijalankan kelas sebagaimana biasa iaitu memperbetulkan tajwid dan mengelokkan bacaan al-quran *..yang sekarang kami masih dalam bacaan surah Al-Kahfi 1 - 7...*.


"Taqwa ialah takut kepada Allah",
.....itu antara intro ustaz semasa memulakan bab pertama iaitu 'Perihal Taqwa.'

  • Bila sebut pasal takut ini, amat berbeza keadaannya antara kita yang takutkan Allah dengan takut kepada manusia.
  • Bila takut pada Allah, kita makin hari makin dekat dengan Allah. Sebabnya, kita akan tingkatkan usaha berbuat amalan sebanyak dan sebaik mungkin kerana takutkan Allah. Kita akan berusaha menjalankan perintahNya dan cuba untuk menjauhi laranganNya atas sebab takutkan Allah. Hasilnya InsyaAllah Allah makin dekat lah dengan kita.
  • Sebaliknya keadaan jadi berbeza contohnya bila kita menyimpan rasa takut pada sesama manusia. Biasanya bila rasa takut pada seseorang, kita sebolehnya cuba sedaya-upaya mengelak dari berjumpa/berkomunikasi dengannya *..kalau tak jumpa pun tak apa....* Akibatnya hubungan akan jadi tambah renggang. Sudahnya, kita makin jauh dari manusia.
  • Oleh itu berpegang teguh lah kita pada tali Allah. Niatkan segala-galanya hanya kerana Allah. Kalau berlaku apa2 kekeliruan atau masalah, jangan berpecah-belah. Sebaliknya pujuk hati kita supaya sentiasa sabar. Terus kembali kepada ajaran al-quran dan sunnah Nabi s.a.w. sebagai rujukan.
  • Biar kita termasuk dalam golongan orang yang berbuat baik sekaligus dapat pula mengajak orang lain pun berbuat baik. Biar kita tergolong dalam kumpulan orang yang tidak berbuat jahat dan dalam masa yang sama turut melarang orang dari berbuat jahat. (rujuk Surah Ali Imran: 102 - 105)

Allah berfirman(yang bermaksud):
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguh taqwa
." (Ali Imran: 102)


Ini adalah perintah Allah kepada hambaNya dari golongan kaum Mu'minin supaya bertaqwa, kerana Allah telah kumpulkan di dalam sifat taqwa itu segala kebaikan dunia dan akhirat.


Antara kebaikan itu ialah:
  • Penyertaan Allah dalam pemeliharaan diri kita (Surah Al-Baqarah: 194)
  • Allah akan mengajar kita (Surah Al-Baqarah: 282)
  • Mampu membezakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan. Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci dosa-dosa (Surah An-Anfal:29)
  • Keselamatan dari api neraka (Surah Maryam: 71 - 72)
  • Terpelihara dari tekanan hidup, rezeki sentiasa datang melimpah-ruah tanpa diduga, sentiasa hidup berlapang dada dan mendapat ganjaran yang besar pula (Surah Ath-Thalaq: 2 - 3) *ayat seribu dinar*
  • Janji akan memasukkan ke dalam Syurga (Surah Al-Qalam: 34)
  • Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat (Surah Al-Hujurat:13)


Wallah'alam.





---------------------