CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Erti Syukur


"Tentu kita masih ingat pada satu judul filem Jins Shamsuddin dulu iaitu... "Esok Masih Ada"..... Memang lah benar.... esok tu masih ada..... tapi kita sendiri belum tentu lagi ada tidaknya esok tu...
"


Begitulah sedutan dari kata-kata Ustaz semasa menyelitkan sedikit tazkirah yang membuatkan kami semua yang mendengar tersenyum-senyum sesama sendiri.


Ustaz mengingatkan, kena perbanyakkanlah mengucap syukur ke hadrat Allah di atas segala nikmat yang Allah beri. Nikmat kesenangan, kelapangan hati, nikmat pancaindera, suami, isteri, anak-anak dan segala macam nikmat lagi yang tak terhitung. Hendaknya kita turut sedar yang segala nikmat itu boleh je ditarik oleh Allah bila-bila masa sahaja.


Oleh itu kena selalu bermuhasabah...sentiasalah berpegang pada tali, "La ilahaillallah", InsyaAllah akan terselamatlah aqidah kita. Aqidah harus dijaga kerana ia mudah tergugat samada melalui niat, percakapan mahupun perbuatan. Kena teguhkan Iman. Kalau iman kita tak teguh, hati akan mudah jadi gundah dan terugah bila datang dugaan/cabaran walaupun kecil. Bila ada cobaan sikit, kita dah jadi melatah dan tak dapat fikir lagi secara rasional.


Salah satu cara untuk tetap teguh iman maka jadilah orang yang sentiasa bersyukur.

Nak jadi orang yang bersyukur senang je... Kita jangan tengok orang yang lebih dari kita. Sentiasalah kita melihat pada orang yang agak kurang bernasib baik dari kita. Dari situ, InsyaAllah hati kita akan cepat rasa tersentuh dengan kesusahan orang lain dan dalam masa yang sama merasa bersyukur kepada Allah terhadap apa yang kita ada.


Perumpamaannya....

  • Orang yang bawak kereta tengoklah pada yang bawak motor
  • Yang bawak motor tengok lah pada yang berbasikal
  • Yang berbasikal tengoklah pada yang jalan kaki
  • Yang jalan kaki tengok pula pada yang sakit dan yang tak boleh bergerak
  • Yang sakit dan tak boleh bergerak tengoklah pada yang sudah meninggal dunia.


Firman Allah yang bermaksud,

....” Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur(ingkar), sesungguhnya siksa-Ku amat pedih
(Ibrahim : 7)


“Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung”
(Al A'raf : 69)