CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Kita diberi masa 24 jam sehari


"Kita semua diberi masa 24 jam sehari setiap orang, sama dengan Pok mat di Wakaf Licong dan Obama di Rumah Putih yang semua ada masa 24 jam setiap hari", itulah antara kata2 suami yang sering diulang2 dalam beberapa sesi tazkirah ringkas buat kami anak beranak.

Betul sangat tu papa, kita sering dilalaikan dalam hidup ini tanpa ada kesedaran nak improvekan lagi gaya hidup. Contoh yang ketara bermula dari nak bangun solat subuh. Sepatutnya untuk mulakan hari, eloknya kita bangun sebaik saja dengar azan Subuh dilaungkan. Tapi sebaliknya kita tangguh-tangguhkan nak bangun hinggalah masa untuk solat dah jam 6.30 pagi... Anak2 tu kadang terbabas dekat dengan pukul 7.00.. Solat apa tu... Bahaya, masa tu dah atas pagar...dah suntuk benar...wallahu'alam diterima atau tidak solat kita....

Kita tak rasa ada tanggung-jawab untuk dirikan solat di awal waktu.... contoh Subuh pun....Subuh Gajah, padahal kita sepatutnya gunakan waktu solat subuh itu sebaik mungkin, gunakan waktu itu untuk memohon pada Allah moga dipermudahkan perjalanan dan aktiviti kita sepanjang hari itu.

Anak2ku...
Kena ubah sekarang.... Mulakan:

  • solat di awal waktu
  • never solat alone, maknanya berjemaah all the time
  • never tinggal solat
  • biar ada value masa 24 jam itu... biar ada nilai such as biar ada masa untuk zikir kepada Allah, mengaji Quran, menghadiri majlis ilmu, solat sunat... walau pun sibuk dengan urusan dunia.
  • jadikan setiap aktiviti kita sepanjang hari sebagai amalan yang diniatkan sebagai ibadah, InsyaAllah dapat lah pahala..
Anak2ku....
Amalan yang kurang baik elok diubah sekarang, kalau tidak rugi kita....Cuba buat amalan-amalan sunat, bagus tu lebih2 lagi kita sekarang berada di bulan Syaaban, bulan yang amat digalakkan berpuasa sunat dan melakukan amalan2 sunat yang lain.

Bak kata ustaz masa mama ke surau Rabu lalu, "
Kalau dulu bila sebut je amalan sunat ni, kita sama2 maklum bahawa ianya [kalau dibuat dapat pahala dan kalau tak buat tidak mengapa].... Tapi sekarang elok kita tingkatkan lagi kefahaman kita dengan berpegang pada kata2... [Amalan sunat ni buat dapat pahala, kalau tak buat..... rugilah kita...]"





---------------------

2 comments:

Puan Sue said...

salam kak fzi..jelas benar kekurangan diri ni kan..kadang kadang rasa mcm tak cukup je masa 24 jam tu..(Yg sebenarnya kita ni yg tak pandai merancang dan menguruskan masa..)

fzi said...

Wsalam...
memang ya sue... kadang sedar2 masa berlalu begitu saja...dah rasa rugi tak dimanafaatkan sangat masa yang dah lepas tu...
Pendek kata..kena selalu perbaharui azam agar kita dapat mengurus masa dengan sebaik-baiknya..tak gitu sue..