Hari ni lepas jogging terus bergegas masuk rumah sediakan breakfast berupa roti, sosej dan telor. Kami bersarapan sambil menghirup nescafe di foyer depan rumah mengadap laman. Lapang rasa hati memandang kehijauan taman. Suami dah berkira-kira nak mesin rumput pagi ni. Baru dua minggu lepas mesin dah panjang balik, al-maklum lah pearl grass dah bertukar cow grass....hehehe..
Saya pula nak kena siapkan kek coklat Mr liew rumah depan. Beliau selalunya sekali order kek 2 biji sekali gus. Anak-beranak ramai. Dah 2 minggu berturut2 beliau order choc. cake. Ini sure sebab musim cuti sekolah. Budak2 semua sepanjang hari ada kat rumah. Lain lah halnya kalau ada ibu-bapa yang ngantar anak-anak pegi kursus jangka-pendek cuti sekolah kat mana2 seperti kem bina semangat, kelas hafazan, kelas komputer dan sebagainya.
Macam anak2 saya, cuti sekolah semua duk rumah saja. Ada juga papanya suggest suruh pergi ngaji kat surau dekat rumah yang offer pengajian al-quran/fardu ain secara percuma untuk musim cuti kali ini, tapi macam yang saya dah agak kedua-duanya refused. Kakak tu kira ok le juga sebab dah kira macam ustazah. Kakak baru-baru ini dah selamat menduduki exam SMA(Sijil Menengah Agama) untuk tingkatan 4. Syukurlah, anak saya yang seorang ni menuntut di sekolah agama, jadi pengetahuan agamanya jelas lebih baik, berbanding mama dan papanya sendiri. Abangnya juga belajar di sekolah yang sama sehingga ke tingkatan 3 sahaja sebelum meneruskan pengajian di tingkatan 4 di MRSM kedah sana. Sedangkan Shilah (anak yang paling kecil), saya memang rasa elok benar ke surau dan belajar apa yang patut tapi macam tu lah, tak nak pula bila ada kelas2 macam ni. Kami malas nak paksa tapi papanya tetapkan syarat.... "Ok kalau macam tu, kena study kat rumah secara konsisten."
Berjela-jela pula cerita pasal anak-anak. Yang sebenarnya nak cakap pasal choc. cake....hehehe...
Ok, choc. cake siap tepat jam 1.30 tadi. Janji semalam kat Leo cucu Mr Liew, siap lebih-kurang pukul 1.00. Lewat la setengah jam. Anak dan suami yang tolong hantarkan ke rumah Mr. Liew dengan keadaan topping kek yang masih belum kering sepenuhnya. Kakak ikut sama sebab nak tolong bawakan karipap 4 paket yang turut dipesan.
Chocolate cake
Labels: FZ Homemade Cookies
Karipap...Santapan Gaya Hidup Ceria
Labels: FZ Frozen Food
Bawang

Bila sebut pasal beli lauk, saya biasanya ke pasar sekali seminggu je. Kalau ada hari minggu yang termiss pegi pasar tu, saya hanya beli lauk-pauk dekat pasar malam je. Banyak choice , kebetulan pulak kat tempat kami ni ada pasar malam 2 kali dalam seminggu. So kalau tengah2 minggu lauk dalam peti-ais kehabisan, takde masalah, ke pasar malam lah jawabnya.
Satu hari tu, lepas joging dengan papa diaorang kat sekeliling area rumah kami, saya macam biasa masuk ke dalam rumah jap untuk ambil dompet saya dan suami, kemudian start kereta untuk kami keluar bersarapan di luar. Kami kadangkala hanya keluar berdua(to have a sweet time together..hehehe) tanpa anak-anak. Lagipun diaorang biasanya masih tidur(sambung balik tidur lepas solat Subuh yang sebenarnya merupakan satu habit yang tak berapa baik tu).
Kalau tidak gunakan kereta, kami hanya berskuter saja ke pekan yang hanya jauhnya dalam 4km saja jaraknya dari rumah. Tapi hari tu pegi dengan kereta sebab banyak tempat nak singgah iaitu ke pasar, ke kedai hardware(kedai faveret suami) dan juga rasanya mungkin akan ke Pasaraya Grand Union on the way back home(teringat bekas beras hampir kosong dan beberapa lagi barang dapur yang dah habis).
So lepas pekena roti canai kat Restoren Salam Sentosa (dan 'tapaw' 2 bungkus nasi lemak buat 2 puteri yang sedang beradu kat rumah) kami pun terus corner kereta masuk parking kat pasar. Saya dah berkira-kira nak beli LaLa(seafood) sebab hari tu kakak ada kat rumah (saya jemput dari asrama hari Jumaat). Teringat kakak suka sangat LaLa. Saya kalau beli LaLa, buat samada LaLa masak lemak atau LaLa Goreng Bercili. Jadi singgah le ke pasar beli lauk-lauk lain sekali termasuk le ayam 2 ekor, ikan kembong 5 ekor, ikan tenggiri 5 hiris(bapak mahal 5 hiris rm15) , udang setengah kilo, sedikit daging batang pinang, santan rm3 dan sayur2 berupa kobis cina, kacang panjang, terung dan taugeh(faveret kakak). Habis le dalam RM80 untuk stok seminggu.
Apa yang nak saya highlightkan di sini sebenarnya kisah masa saya singgah kat gerai jual bawang dan rempah2 kat gerai hujung sebelum saya menuju ke kereta. Suami dah sampai ke kereta duluan lepas tolong bawak ayam dan ikan2 yang berat tu.
Begini citernya....
"Assalamualaikum", sapa saya kat tuan punya gerai.
"Waalaikummussalam kak, nak apa kak?, balasnya sambil tersenyum simpul.
"OOh, ok bagi akak bawang singgit, cili singgit dan kentang singgit k", pinta saya sambil membalas senyumnya.
"Emp, akak nak bawang pakai baju ke bawang takde baju?", tanya wanita yang kelihatannya muda 2, 3 tahun dari saya itu.
Terkejut saya. Dahi rasanya berkerut, hairan.
"Eh kenapa pulak, ada bawang pakai baju, ada yang takde baju ke pulak sekarang ni?",tanya saya sambil menahan ketawa. Tapi tak boleh tahan, tergelak juga akhirnya.
"Ha ah kak, yang ada baju rega rm1.80 sekilo, tapi kalau kakak nak singgit saya boleh kasi yang takde baju, murah kak.. singgit je sekilo", pintas wanita itu cepat.
"OOh gitu ke...?, balas saya sambil terus menunjukkan wajah kehairanan(rasanya lah..hehe)
Beliau terus menunjukkan kepada saya camana rupanya bawang-bawang tersebut. Yang berbaju cantik dalam kulit bawang, manakala yang tak berbaju pula rupanya takde kulit bawang...
OOo...itu je bezanya.
Lama gak saya membelek2 bawang2 yang tak berbaju tu.
"Emp... ok lah, akak ambik yang ni lah, ok apa.. tak berbaju, sama je, masih boleh guna lapisan yang luar ni, akak tengok ok je", kata saya, setuju dengan pilihan ke 2 yang ditawarnya.
"Ha ah betul tu kak, lapisan luar tu cantik macam yang dalam kulit gak, sebab tu sume orang niaga beli yang takde baju je. Beza banyak kak..reganya bila dah beli berkilo-kilo", cerita beliau dengan bersungguh2.
"Ha ah... betul tu", saya mengiakan kata-katanya sambil tersenyum, tanda setuju.
Selepas dapatkan ketiga2 barang dengan harga rm3 tu, saya berlalu meninggalkan gerai tersebut dengan wajah masih tersenyum2 seorang diri. Tak sangka dapat satu 'vocab' baru hari tu...hehehe..
Begitulah ceritanya pasal bawang yang takde baju ni. Actually benda ni first time saya dengar. Selalu tu saya bantai beli je bawang tak kira kat mana2, pilih2, timbang kemudian bayar. Padahal saya perasan boleh kata kat semua tempat yang saya beli bawang sebelum ni, semua bawang bercampur2 je tak kira ada baju ke atau takde baju. Mungkin pekedai 'take for granted' customer tak tau pasal perbezaan harga antara kedua-duanya. Tapi saya tak salahkan pekedai. Mungkin gerai kat pasar ni je yang bagi harga special buat bawang yang tak berbaju..hehehe..
Sajerr nak cerita. Wallahualam.
Labels: senyum
SPM Bermula!
Hari ini Selasa 11/11/2008, maka bermulalah exam bagi anakku Amir Asyraf dan semua pelajar form 5 seluruh negara. SPM bermula!! Pejam celik pejam celik sekejap saja masa berlalu, tup tup semua masuk dewan pereksa jam 8.00 pagi tadi. Semoga anakku yang jauh di mata(nun di Kedah sana) melangkah ke dalam dewan dengan penuh tekad di dada, bersemangat waja dan tidak mengenal rasa putus asa. Mama dari jauh hanya mampu mendoakan, selebihnya tinggal lah usaha, doa dan tawakkal abang sendiri di sana.
Sejak 12 hari yang lalu, suami saya tekun menghantar pesanan setiap hari melalui sms buat anak sulung kami itu. Setiap kali sms dikirim, suami turut mengforwardkannya kepada saya sekali. Terdetik di hati untuk merakamkan pesanan penuh bermakna dari hati seorang bapa kepada anaknya dalam hari2 terakhir sebelum exam bermula.
12 hari lagi SPM - jgn pressure atau panik. Kurangkan riadah. Cukup tido & rehat. Jaga kesihatan.Hari ini fokus latihan BM & BI. Solat hajat selepas setiap solat fardu. Wassalam.
11 hari lagi SPM - kena sistematik. Study smart. Make sure masuk. Buat latihan, semak jawapan sampai faham. Tanya kwn. Doa setiap lepas solat sunat @ fardhu. Never give-up. Wassalam.
10 hari lagi SPM - kena sistematik. Study smart. Kalau dah penat baca buku, buat math & add math pula. Ikut jadual. Make sure cover 10 subjek. Abg nak 10A bukan 5A. Never give-up. Wassalam.
9 hari lagi SPM - istiqamah anakku. Study smart. Berikan yang terbaik & berdoa mohon dengan ikhlas pada Allah agar diberi kepada abang yang terbaik. Mama pesan, stay calm. Abg nak 10A bukan 5A. Never give-up. Mlm ni kalau free, miss call ye. Wassalam.
8 hari lagi SPM - sabar anakku. Menuntut ilmu ini adalah satu perjuangan. Ia akan berterusan. SPM, matrik, universiti, kerja. Jgn panik. Usaha semampu nya. Wassalam.
7 hari lagi SPM - tabah anakku. It is all in the mind. Yakin boleh. Ingat Kung Fu Panda, tiada rahsia cuma dia yakin mee nya sedap. All the best. Yakin pada diri sendiri & tawakal pada Allah. Jgn negatif. Always positive. Selalu cakap InsyaAllah. Wassalam.
6 hari lagi SPM - stay focus. Papa & mama sentiasa doakan agar abg diberi kekuatan, kesihatan & ketajaman minda dlm persediaan menghadapi spm ini. Dan agar dipermudahkan dlm spm nanti. InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti. Wassalam.
5 hari lagi SPM - yakin boleh anakku. Rajin usaha membawa jaya. InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti. Wassalam.
4 hari lagi SPM - fikiran tenang hati senang. Kakak kata 'agi idup agi gelaban'. Mama pesan pandang depan jgn pandang blkg. Shilah kata 'anak burung atas pokok kelapa, peduli apa '(maksudnya stay fokus). InsyaAllah kejayaan cemerlang milik abg. Wassalam.
3 hari lagi SPM - Ada 442,936 calon spm tahun ni termasuk abg. Pastikan jadual periksa & bawa IC setiap masa. Di samping study sejarah, jgn lupa BM & BI. Fokus & tawakal. Wassalam.
2 hari lagi SPM - Asri makan pengat, sendiri mau ingat. Pengalaman ambik PMR dulu jadikan azimat, 7B jadi 7A. Jgn give-up. yakin boleh. Fokus & tawakal. You must believe. Wassalam.
1 hari lagi SPM - esok bermula lah perjuangan sebenar, Hadapi dgn tenang. Fikir dulu sebelum jawab. Mlm ini papa, mama & shilah solat hajat memohon dipermudahkan abg dlm exam ni. Baca doa & ayat kursi. Insyaallah abg rasa mudah. Selamat berjaya anakku, Salin karangan BM sama mlm ni. You must believe. Wassalam.
Hari ini SPM bermula - all the best anakku. Hadapi dgn tenang. Ada 10 subjek. Jgn panik. Lupakan keputusan lalu, ini permulaan baru. Perjuangan sebenar. Berikan yg terbaik. You can do it. Fikir dulu sebelum jawab. Semak sampai puas hati. Selamat berjaya anakku. Never give-up. Wassalam.
Bang... walau di mana abang selepas ini, walau siapa abang in future, mama harap abang ingatlah kiriman sms papa yang 12 hari ini.... Ianya tulus dari papa buat abang yang tengah struggle sendirian nak hadapi exam di sana. Abang jauh dari papa untuk papa supervise, tak macam masa abang nak ambik PMR hari tu. Masa tu papa bagi special attention kat abang. Papa turut sama tidur lewat dengan abang dan kemudian kunci jam pukul 4 pagi bangun untuk supervise abang study.
.......Selamat pereksa anakku. Jawablah dengan tenang. Semua di rumah mendoakan abang.
Wassalam.
Labels: cabaran
SPM oh SPM
"Hai ma, abg ngah study sejarah ni. Slase ni pkse bm n sej."
Itu lah bunyi sms pendek dari anak saya Amir yang saya terima pagi tadi.
Saya segera menelefon balas memandangkan hari ini hari Jumaat(yang merupakan hari minggu di Kedah). Biasanya kami bertelefon waktu2 malam sepulangnya abang dari 'prep malam' dalam jam 11.30.
"Assalamualaikum, hai bang...." sapa saya.
"Waalaikumussalam, hai ma..." balas abang.
Kami terus bercerita pasal SPM yang lagi 4 hari akan dihadapi. Saya ulang mengingatkannya agar tidak panik di saat-saat akhir sebelum SPM bermula ini. Kata2 semangat terus di ulangi agar abang memandang ke depan dan tidak lagi menoleh pada result exam yang lepas2. Yang penting SPM. Exam semester yang dah berlalu(tidak berhasil mencapai ranking kelas pertama yang memerlukan aggr. 3.50 -4.00) jangan dijadikan ukuran. Ia harus dilupakan dan sekarang hanya perlu fokus untuk meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.
Teringat saya akan cerita Kungfu Panda yang ditontonnya bersama rakan2 form 5 semasa satu sesi tayangan di maktab baru-baru ini. Abang menceritakan kisah bagaimana Panda yang sedang bertarung telah ditanya oleh lawannya mengenai rahsia yang membuatkan 'masakan mee' nya menjadi kesukaan ramai.
Panda hanya menjawab, "Tiada rahsia apa2, hanya aku YAKIN mee aku sedap, itu saja!!"
Hahaha... kisah itu sering saya selitkan dalam perbualan telefon kami kebelakangan ini. Dan abang selalunya positif dan gelak...hehehe... bila saya kata "Bang, u must BELIEVE!" (kata2 hikmat dalam Kungfu Panda).
Ok bang, mama ucapkan Selamat Pereksa....InsyaAllah, ALLAH akan permudahkan abang dalam menjawab soalan peperiksaan. Mama dan papa selalu doakan abang mahupun adik2 agar berjaya di dalam pelajaran, menjadi insan yang berilmu pengetahuan yang tinggi, beramal Soleh dan berhati mulia. Jangan risau. Jangan sekali2 berputus asa. Selalulah bersolat hajat minta pertolongan Allah, sebaik-baiknya tunaikan selepas setiapkali Solat fardhu setiap hari. Usaha abang membuat latih-tubi di saat2 akhir ini di samping solat hajat 5 kali sehari, InsyaAllah akan membuat abang tambah yakin dalam mencapai apa yang diimpikan. InsyaAllah usaha abang akan membuahkan hasil. U must BELIEVE!
Kejap lagi mama akan ke Kuala Kubu ambil kakak. InsyaAllah mama akan ajak papa, kakak dan shilah solat hajat malam ni khusus buat abang yang akan pereksa Selasa ini. K bang...take care.
Love, mama
Wassalam.
Labels: cabaran
Adab-adab makan
"Baca doa dulu", pesan saya mahupun suami kepada anak2 setiapkali kami sekeluarga hendak mula makan.
Lalu Shilah(anak yang ke tiga dan paling kecil yang masih setia bersama kami kerana yang 2 nya lagi sebahagian besar masa mereka berada di asrama sekolah masing2) segera menadah tangan membaca "Bismilahirrahmanirrahim" seterusnya berdoa 'Allahumabariklana fima rozaktana waqina azabannar.........", baca sehingga habis tapi sebutan tak berapa jelas kedengaran sebab baca laju sangat.
"Cepatnya baca, tak clear lah, tak baik tu nanti Allah tak terima doa kita", selalunya begitulah saya merungut setiapkali dengar Shilah membaca doa yang 'ekspres rakyat' tu...
Cepat2 Shilah cover dengan baca balik secara lebih slow motion untuk redakan wajah 'tak puas hati' mamanya..hehehe
Semalam saya ada dapat satu forwarded e-mail dari seorang hamba Allah yang agak menarik kisahnya. E-mail itu bersifat santai dan diceritakan oleh tuan punya cerita secara humor namun memberi mesej yang sangat jelas. Cerita beliau itu secara spontan terus melekat di kepala saya. Kadang-kala mesej yang kita terima panjang berjela2 lansung tidak berhasil memaut hati kita sebaliknya ada waktu di mana dengan hanya mesej yang santai dan bersahaja mampu memberi impak dalam jiwa. Ianya mengenai Sunnah Rasulallah saw bilamana hendak menjamah makanan.
Lantas, saya segera membelek dua tiga buku/kitab yang ada dalam koleksi kami untuk mencari perincian dari Hadis nabi saw dalam bab2 makan minum ini. Sesungguhnya makanan adalah nikmat besar dari Ilahi. Oleh itu, penting untuk kita memerhatikan adab2 makan minum terpelihara supaya dapat meyakinkan kita tentang berkat/tidaknya makanan yang dimakan.
Anak2ku, jom kita tengok adab-adab makan yang mama dapat dari buku yang tajuknya 'Adab dan Sopan Dalam Islam '. Buku ini ditulis oleh Ustaz Muhammad Khair Fatimah yang dalam bahasa Arabnya bertajuk 'Adab al-Islamiyyah Li al-Nasyia ah'. Mungkin anak2 ku masih ingat buku tersebut mama beli di kedai buku Jaafar Rawas dengan mendapat diskaun 70% sebab covernya agak kehitaman sedikit dek insiden kebakaran kedai tersebut satu ketika dulu. Namun alhamdulillah, isi buku keseluruhannya masih elok dan boleh diambil manafaat oleh kita semua..syukurlah.
Adab-Adab Makan:
- Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. "Daripada Salman al-Farisi r.a katanya: Rasulallah saw bersabda: 'Makanan yang berkat itu ialah berwuduk sebelum dan sesudah memakannya'. (Riwayat Tirmizi)
- Membaca Bismillah ketika hendak mulai makan, kemudian hadirkan niat untuk makan lalu berdoa (dengan doa makan yang selalu kita amalkan)
- Makanlah makanan yang halal dan bagus, hati-hati dari makanan yang haram, seperti makanan yang dicuri, syubhat dan lain2 seumpamanya. Allah swt berfirman yang bermaksud: " Maka, makanlah dari apa yang Allah beri kamu rezeki yang halal dan baik, dan bersyukurlah atas nikmat Allah jika kamu (benar-benar) menyembahNya." (al-Nahl:114) "Daripada Ka'ab bin 'Ajrah ra bahawa Rasulallah saw bersabda: "Tiap-tiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah yang paling patut tempatnya". (Riwayat Tirmizi)
- Makan makanan yang segar dan bersih, dilarang makan makanan yang kotor dan terdedah. Makan buah2an sesudah dibasuh bersih.
- Makan guna tangan kanan dan dengan tiga jari, dan digalakkan menjilat jari sesudah selesai makan(Ingat tak dulu abang selalu praktikkan masa masih menuntut di Samt, sekarang camne bang, masih amalkan lagi?!?!!*%) Daripada Ka'ab bin Malik ra, katanya: Aku melihat Rasulallah saw makan menggunakan tiga jari. Setelah selesai makan, beliau menjilat jari-jarinya". (Riwayat Muslim)
- Makan makanan yang dari sebelah kita, jangan ambil makanan yang ada di samping orang lain dan jangan pula ambil makanan dari tengah bejana(bekas/pinggan). "Daripada Umar bin Abu Salamah ra katanya : Aku adalah seorang kanak-kanak yang turut di samping Rasulallah saw. Tanganku mengambil makanan dalam bejana, lalu Nabi saw berkata kepadaku: "Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan ambillah makanan yang dekat denganmu". (Riwayat Bukhari & Muslim)
- Mengecilkan suapan, mengunyah makanan hingga lumat, jangan menyuap makanan ke mulut sebelum menelan makanan yang ada di dalamnya.
- Jangan meniup(hembus) makanan yang panas.
- Jangan dekatkan mulut ke bejana, kerana dikhuatiri sesuatu jatuh dari mulut ke dalam bejana tersebut.
- Duduklah dengan lurus di depan makanan, jangan makan sambil bersandar, miring, berdiri, berbaring atau berjalan. "Daripada Wahab bin Abdullah ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar". (Riwayat Bukhari)
- Jangan sekali-kali mencaci makanan kerana ia adalah nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. "Daripada Abu Hurairah ra katanya: Rasulullah saw tidak pernah mencaci makanan, jika suka beliau makan dan jika tidak suka beliau tinggalkan". (Riwayat Bukhari & Muslim)
- Jangan memperkecil-kecilkan makanan yang sedikit dan jangan pula cepat-cepat membuang sisa makanan sebaik sahaja selesai makan kerana tidak boleh samakan sisa makanan dengan sampah sarap. "Daripada Jabir ra bahawa Rasulullah saw menyuruh supaya menjilat jari-jari dan pinggan, seraya beliau bersabda: "Kamu tidak tahu di bahagian mana keberkatan makanan tersebut". (Riwayat Muslim)
- Jangan makan terlalu banyak dan berlebihan kerana perut yang membusung menghilangkan kecerdasan dan menyebabkan pelbagai penyakit. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, jangan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan". (al-A'raf:31)
- Jangan bermegah-megah dengan makanan yang bermacam-macam, atau berbangga-bangga dengan bagusnya/mahalnya kerana yang demikian akan menyakiti hati si fakir, atau menyerupai orang kafir yang hanya mencari kelazatan dunia. Allah swt berfirman: "Dan orang-orang kafir bersenang-senang dan makan sebagaimana binatang ternak makan, dan nerakalah tempat (kembali) bagi mereka". (Muhammad:12) "Daripada Amrin bin Syu'aib, daripada ayahnya, dan daripada datuknya, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Makan dan minumlah, berpakaian dan bersedekahlah dengan cara yang tidak berlebih-lebihan dan bukan pula kerana kebanggaan". (Riwayat Ahmad & Abu Daud)
- Percakapan ketika makan biarlah tentang hal-hal yang berfaedah seperti hikayat orang-orang Soleh, menyuruh berbuat baik dan sebagainya.
- Jangan ketawa terbahak-bahak ketika makan, jangan pula memperolok-olok seseorang atau mengumpatnya atau merenung wajah orang-orang yang hadir(yang sama-sama makan) di majlis itu.
- Sebaik sahaja selesai makan, jangan terus tidur, mandi atau bangun untuk mulai bekerja tetapi beristirehatlah untuk beberapa ketika.
- Jangan guna pinggan yang dibuat daripada emas/perak kerana ia adalah haram digunakan.
- Jangan mula menyuap makanan jika dimajlis itu masih ada orang yang lehih tua, lebih berilmu dan lebih dihormati. "Daripada Huzaifah ra katanya: Jika kami ikut bersama Rasulullah saw (dimajlis makan), kami tidak menjamah makanan sebelum beliau menjamahnya lebih dahulu". (Riwayat Muslim)
- Jangan makan seorang diri(terpencil) jika masih boleh makan secara bersama-sama (berkumpulan) kerana ia lebih berkat, memupuk rasa saling mencintai dan bersatu hati. "Daripada Jabir ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang, makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk dimakan oleh lapan orang". (Riwayat Muslim) "Dan, daripada Wahsyi bin Harb ra bahawa para sahabat Rasulullah saw bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak sampai kenyang". Nabi berkata: "Barangkali kamu bercerai-berai?" Mereka menjawab "Ya, benar". Nabi berkata: "Berhimpunlah kamu pada makanan kamu dan sebutlah nama Allah, nescaya kamu diberi berkat padanya". (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)
- Selepas makan hendaklah memuji dan bersyukur kepada Allah swt yakni membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw menerusi hadis: "Daripada Abu Sa'id ra bahawa Rasulullah saw apabila selesai makan, beliau membaca: (yang ertinya) "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang-orang Islam". (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Bersamalah kita mengambil berat dalam adab-adab Islam supaya gerak geri, kebiasaan dan pergaulan yang mulia menjadi tabiat yang mendarah daging dalam pembentukan peribadi setiap dari kita.
Labels: doa, ilmu, pesanan buat anakku
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

