CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

1.1.11

Perbaharui Azam


Alhamdulillah... posting baru di hari pertama tahun 2011.

Malam tadi kami suami-isteri berpeluang bersama2 dengan Makcik Kay, Laila dan lain2 warga BS/BB menghadiri majlis Forum yang membahas perihal sambutan tahun baru Hijrah dan sambutan tahun baru Masihi.

Forum dipengerusikan oleh nazir masjid iaitu Ustaz Abu Bakar Yan manakala jemputan ahli forum terdiri dari Ustaz Raihan dan Ustaz Syamsul. Alhamdulillah dapat pengisian ilmu yang bermanafaat malam tadi.

Kita sebagai hamba Allah harus lebih dekat dengan Allah, barulah Allah akan dekat dengan kita. Macammana Allah nak dekat dengan kita kalau kita sendiri tak dekat dengan Allah... takde amalkan zikir lepas solat, tak banyak luangkan masa mengaji quran, tak berminat untuk pegi ke majlis ilmu sedangkan lebih berminat untuk pegi/menonton acara hiburan yang disajikan dengan nyanyian oleh para artis, begitu bersemangat untuk mengadap TV berjam-jam lamanya menonton perlawanan siaran langsung bola sepak sehingga lalai terhadap kewajipan kita dalam menunaikan solat fardhu, tidak terfikir untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola kita sebaliknya menjadikan artis2 dan selebriti yang diminati sebagai idola. Mari pakat2 kita tanya diri kita, berapa banyak kisah para Sahabat yang kita tahu berbanding kisah2 peribadi artis2 yang kita duk sentiasa sibuk nak ambik tahu.

Lucu pun ya, terkedu pun ya bila mendengar nazir selitkan cerita tentang jawapan yang dijawab oleh seorang remaja takkala diajukan pertanyaan "...apa yang awak faham tentang Sumbang Mahram? Jawapan yang diterima..."Ohhh elok tu... sume pakat beri sumbangan di bulan Muharram.." Ohh... macam tu pulak jawabnya. Jelas betapa ceteknya ilmu yang ada di kalangan segelintir anak2 muda. Memang diakui logiknya, seseorang itu tak akan dapat jawab soalan yang orang lain rasa mudah nak jawab, bila dia tiada ilmu mengenainya. Silap kita sebagai ibu-bapakah atau silap sistem pendidikan yang ada sekarang ini? Wallahu'alam.

Sama2 kita mohon pada Allah agar anak2 kita dapat lebih didedahkan dengan perkara2 yang banyak kebaikan dalam membina jati-diri yang lebih kukuh sebagai umat Islam berbanding pendedahan kepada aktiviti2 yang sia-sia yang hanya mengundang banyak mudharat. Sayangi anak2 kita, jangan kita semua menganiaya diri kita sendiri. Sama2 cuba ubah gaya hidup, perbaharui azam....agar hidup lebih bererti.... InsyaAllah


28.12.10

Solat Subuh Berjamaah


"Firdaus, bukak la kedai pagi sikit... akak selalu datang pagi2, kedai lom bukak..."

"InsyaAllah kak... tapi tu laa... 7.10 baru balik masjid. Tu yang bukak kul 7.30...", jawab Firdaus, adik yang jual santan tu.

Saya kadang ke pasar pagi2, pukul 7 tu dah siap beli ikan dan sayur dah... bila berpaling ke arah gerai santan Firdaus, masih bertutup rapat lagi. Ish.. malas le rasa nak beli kat gerai lain. Suka beli tempat Firdaus sebab santan dia pure pekat, tak cair macam yang jual kat tempat lain. Jadi kalau beli sekilo tu boleh bahagi2kan masuk banyak plastik, dapat la dalam 5x masak.

Bila dengar jawapan balas dari Firdaus tu, dalam hati memuji ketetapan hati anak muda itu yang bersungguh2 menjaga Solat Subuh berjamaahnya. Firdaus yang kami kenali itu adalah seorang yang aktif dalam jamaah tablighnya. Alhamdulillah beliau jelas gigih dalam mencari redha Allah... sempurnakan urusannya dengan Allah terlebih dulu setiap pagi sebelum mula melaksanakan urusan dunia melalui gerai santannya.


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya mengerjakan shalat Isya' dan Subuh - dengan berjamaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua shalat itu, sekalipun dengan berjalan merangkak." (muttafaq'alaih)



24.12.10

Perbaiki Amalan


S
emasa terjaga pagi tadi bila alarm yang di-set radio Ikim berbunyi, terdengar satu ayat yang membuat saya termenung seketika. Ia merupakan ayat 195 dari Surah Al-Baqarah





Yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


Dalam suasana hening subuh, hati agak tersentuh bilamana mendengar maksud ayat tersebut. Timbul keazaman dalam diri untuk terus memperbaiki amalan. Ya Allah bantulah hamba... sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah...

Teringat kata-kata peringatan yang didengar di masjid dua malam lalu sebelum sesi kuliah maghrib bermula....
"Dunia ini sudah hampir sampai ke penghujung. Kita semua sudah berada di akhir zaman, sama2 kita berusaha menjaga solat 5 waktu dengan sebaik2nya, sama2 kita perbaiki amal masing-masing... semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah SWT...."

Aminnnn...

11.12.10

Kem Motivasi di Hulu Langat

Hari ni sekerat hari luangkan masa di Hulu Langat. Pagi2 lepas masak untuk lunch anak bujang kat rumah, kami bergegas ke Hulu Langat untuk jemput anak bongsu kami yang sedang mengikuti kem motivasi 4 hari 3 malam di sana. Ini merupakan kali ke-2 Shilah ikut Kem Motivasi SSQ 5R ~Keindahan bersamaMu~ anjuran JIM dengan kerjasama IKRAM ini.

Satu program motivasi yang bagus untuk remaja pada pendapat saya.... dah dua kali datang untuk sesi ibu-bapa dan anak2, telah berjaya membuat hati saya tersentuh. Anak2 dengan kita-kita sekali berlinangan airmata bila dipaparkan berbagai peringatan tentang pentingnya hubungan kekeluargaan dalam membina jati-diri serta menerbitkan perasaan kasih-sayang dalam diri anak2.

Sungguh, kadang kita hanya bersikap sambil lewa dalam mendidik anak2... tidak memerhatikan dan mengambil kira bagaimana perasaan mereka. Kurang menitikberatkan saat2 berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan anak2 selain dari hanya luangkan masa bersantai bersama2 depan TV... Perlu, kita sebagai ibu-bapa ambik inisiatif memastikan kita dapat wujudkan suasana berkualiti contohnya solat berjemaah, mengaji quran, membaca hadis Nabi SAW, zikir al-mathurat dan terjemahan al-quran secara beramai2 sekeluarga. Bila itu dapat dicapai maka kita dapat mengajak anak2 untuk lebih dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah maka Allah akan dekat dengan kita. InsyaAllah hidup pun akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Jika kurang ada masa dengan anak2, ia boleh menjadi salah satu penyebab mengapa terjadinya kurang interaksi dan komunikasi antara anak2 dengan kita, anak2 jadi tak dekat dengan kita dan tak dapat nak luahkan apa2 masalah mereka pada kita, rasa malu, takut, unsecure dan sebagainya....

Diberi saranan juga agar kita sesekali luahkan rasa sayang kita pada anak-anak contohnya dengan berkata... "mama sayang Shilah".. dan sebagainya... Kata2 secara langsung dari kita itu boleh membuat jiwa anak2 merasa diri mereka lebih dihargai dan disayangi..... So, jangan kita simpan perasaan kasih kita hanya dalam hati... sesekali, say it out, luahkan!... Wallahu'alam.

**************

Bila ditanya Shilah, "OK tak?"....

"OKayyyyy.... kena dera perasaan la cam dulu...hihi.... tadi nangis, semalam pun nangis... Tapi Shilah rasa best lagi yang mula2 dulu, lebih banyak aktiviti out-door... kali ni kurang sikit.... mandi sungai pun sekali je... hari pertama mula tu nak mandi, baru je masuk kaki dalam air, daaaa hujan... hari kedua baru dapat merasa mandi sungai... kali pertama dan terakhir kita orang mandi sungai...hehe... hari ke tiga dah tak dapat, kali ni banyak indoor activity jeh.. "

Jom tengok gambar2 yang sempat snap tadi.... sejuknya hati tengok air sungai yang sejuk.... rasa nak terjun sama cam budak2 kecik tu sume... Boleh tahan nampak ramai yang datang berkelah kat sini, picnik serta mandi-manda kat sungai yang airnya begitu jernih... nampak jelas butiran pasir...




Alhamdulillah syukur kerana anakku berpeluang menjadi salah-seorang dari peserta KBM SSQ-5R... :))

1.10.10

Kehidupan

Teruja tiapkali fon papa berbunyi. Suka dan macam tertunggu2 pulak nak dengar ringing tone telefon suami saya tu. Dengar bunyi muziknya je, hati dah mula berdebar-debar... itu yang kengkadang mainkan lagu nasyid tu dekat window player untuk dengar liriknya yang boleh buat kita merenung erti hakikat kehidupan.

Jemput sama2 dengarkan lagu nasyid berjudul 'Kehidupan' ini...






Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


***link: Surah Alam Nasyrah

24.9.10

Insiden di plaza tol

Pulang dari hantar kakak balik uia Nilai minggu lepas, kami bertiga singgah solat maghrib di Plaza Tol Jalan Duta. Ramai orang masa tu, jadi beratur la sikit time nak ambik wudhuk. Nasib baik, ruang solat agak lapang. Jadi takde lah sesak sangat bila dah ramai2 duduk kat ruang solat bahagian wanita tu.

Masa tengah pakai telekung, tiba2 mata saya terpandang dekat satu bingkai kaca yang terletak betul2 di tengah dinding yang mengadap kiblat. Hati tertarik bila mata melihat ayat yang bertulis "Rabbana atina fiddunnia hasanah, wafil akhirati hasanah wakina aza bannar..." Ohh saya terus mengulang2 baca sebelum mula solat. Sebagaimana yang kita tahu, ayat tersebut memang sering kita ulang baca sebagai penutup setiapkali kita berdoa.

Selepas selesai solat pun, mata masih menjeling2 dekat bingkai gambar tersebut. Macam ada tarikan. Hati bagaikan terusik sikit bilamana mata memandang, mulut membaca sambil fikiran sekaligus mengingat-ingat makna ayat tersebut. Ohh betapa terasa kerdilnya diri ini...ya Allah....

maksud ayat:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,
dan peliharalah kami dari azab neraka".
(Surah Al-Baqarah 201)

Dah beberapa hari berlalu, tapi fikiran saya sesekali masih dibayangi oleh insiden tersebut. Alhamdulillah, ada hikmahnya kami singgah solat di sana tempohari....


_________________

Dari Anas r.a., katanya:
"Sebagian banyak doa Nabi SAW itu ialah: Rabbana atina fiddun-ya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'adzabannar - Ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan pada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka."
(Muttafaq 'alaih)

Imam Muslim dalam riwayatnya menambahkan: Katanya: Anas apabila berkehendak akan berdoa dengan sesuatu doa, maka berdoa dengan doa di atas itu. Juga apabila berkehendak memohonkan sesuatu permohonan yang lain, maka dalam doanya itu dimasukkanlah doa di atas itu pula.
(sumber: Kitab Riyadhus Shalihin - Taman Orang-orang Salih)

26.8.10

Bertudung/Hijab

Assalamualaikum...
Tertarik hati untuk kopipeskan e-mail yang dapat pagi ni.... sama2 kita renungkan... Ingatan buat diri sendiri agar berusaha menutup aurat dengan lebih sempurna. Buat teman2 ku yang masih belum terbuka hati, diharap bersegeralah.  Jangan tunggu sampai betul2 bersedia... Kita tidak muda lagi.... Pakailah tudung sahabatku....


Many people ask a question  
why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil...
and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL)  

Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...  

Could it be anyway better than this?

An amazing example indeed...........check it out.


Read the below exemplary article..!

Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters

The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as
told by one of his daughters:

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."


Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.


4.8.10

Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dengan izin Allah kami tadinya beramai2 selamat buat Solat Sunat Tasbih di bawah pimpinan Ustaz Amran di Surau Al-Bayan.

Timbul rasa semangat bila buat solat tasbih ramai2. Kalau nak harap saya buat sorang2, rasanya tak terbuat. Masalah saya, kurang dapat fokus masa mengira tasbih yang dibaca. Dikhuatiri kalau sorang2,tak cukup bilangan tasbihnya nanti. Jadi rasa lebih selamat bila follow ustaz , InsyaAllah sempurna bilangan tasbihnya, cukup 300 tasbih... alhamdulillah..

Sebelum mula solat, ustaz memberi taklimat ringkas berkenaan dengan cara2 solat beserta bacaannya. Alhamdulillah terus faham walaupun ustaz terangkan secara sepintas lalu. Tahu sikit sebanyak cara2nya sebab sebelum ini pernah sekali dua buat, juga secara beramai2 dengan kengkawan usrah.... tapi lamaaaa dulu la...

Ustaz kata, kita tak boleh niat solat tasbih mengikut imam tetapi boleh ikut hanya pergerakan orang yang meminpin solat tersebut. Bacaan tasbih ustaz begitu jelas, jadi kami masing2 dapat ikut bertasbih dengan lebih yakin dan kusyuk...alhamdulillah


SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih


Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."


Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih

2. rukuk - 10 kali tasbih

3. iktidal - 10 kali tasbih

4. sujud - 10 kali tasbih

5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih

6. sujud semula - 10 kali tasbih

7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih


Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala


Surah-surah lazim yang kami baca selepas al-Fatihah tadi ialah:

1. Rakaat pertama : Surah al-Kafirun
2. Rakaat Kedua : Surah al-Ikhlas
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Falaq
4. Rakaat Keempat : Surah an-Nas


Sekian, Selamat Beramal...


30.7.10

Surah Ad-Dhuha

Salam pagi Jumaat....

Alhamdulillah, nak kongsi apa kata
Ustaz Taufik dalam kuliah Maghrib di masjid kami malam kelmarin.

*********
Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 di dalam al-Quran. Surah ini telah ditetapkan susunannya oleh Allah selepas kedudukan Surah Al-Lail di mana pasti ada hikmahnya. Semua surah yang ditentukan susunannya di dalam al-Quran ada hubungkait antara satu sama lain bermula dari Surah Al-Fatihah yang pertama sehinggalah kepada yang terakhir iaitu Surah An-Nas.


Surah Ad-Dhuha
dimulakan Allah dengan satu sumpah iaitu "Demi waktu Dhuha." Kita sebagai hamba Allah hendaklah perhatikan hakikat betapa
pentingnya waktu Dhuha itu sehingga Allah bersumpah dengan waktu Dhuha.

Ternyata di waktu itu ada satu ibadah yang amat digalakkan kita melakukannya iaitu Solat Sunat Dhuha. Biasa orang kata, "..takpe sunat je... buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa..." Hakikatnya dalam membicarakan Solat Sunat Dhuha ini, kita sebaiknya tukar pendapat tersebut biar jadi... " Jika buat dapat pahala, tapi kalu tak buat rugi besar lah kita..."


Ustaz merujuk kepada dua hadis yang memberi gambaran tentang betapa istimewanya Solat Sunat Dhuha ini. Ia dijelaskan dalam Kitab Hadis Riyadhus Shalihin susunan Imam Nawawi...



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w dengan tiga macam perkara, iaitu
  • berpuasa tiga hari dari setiap bulan
  • melakukan dua rakaat shalat Dhuha
  • dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur." (Muttafaq 'alaih)

Kata ustaz, jika kita perhatikan, yang paling ringan lah di antara ketiga2 wasiat tersebut ialah buat Solat Dhuha. Sebabnya waktu yang dikhususkan untuk kita bersolat Dhuha adalah waktu yang amat panjang. Kita ada tempoh masa lebihkurang 5 jam dari waktu terawal yang dibolehkan. Amat rugilah jika kita gagal manfaatkan solat Dhuha yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja dari masa kita untuk dirikan hanya 2 rakaat.

Satu lagi hadis yang diberi penerangan oleh ustaz ialah:

Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
  • setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
  • setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
  • setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
  • setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
  • menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
  • melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
  • dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha." (Riwayat Muslim)

SURAH AD-DHUHA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi waktu Duha.
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
[6]
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


Wallahu'alam.



link:

29.7.10

Zikir Munajat



USTAZ DZULKARNAIN


—————————————————————

munajat1.jpg
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.


munajat7.jpg

Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar


munajat8.jpg
Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.


munajat10.jpg

Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. Tiada Tuhan melainkan Allah.


munajat11.jpg
Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah


munajat12.jpg
Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai


munajat13.jpg
Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat


munajat14.jpg
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah


munajat15.jpg
Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah


munajat16.jpg
Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut


munajat17.jpg
Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui


munajat15.jpg
Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah


munajat19.jpg
Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah. Kami kembali kepada-Mu ya Allah. Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan


munajat8.jpg
Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.


2.7.10

Surah Yaasin



Malam tadi sebagaimana biasa saya mengambil jalan pintas lalu ikut masjid untuk balik lepas hantar anak ke kelas malam.

Saya biarkan tingkap kereta terbuka agar dapat dengar sepintas lalu, suara ustaz yang setiap malam berkumandang sampaikan kuliah maghrib. Ohh rupanya malam tadi ada majlis baca Yaasin. Nampak dari cahaya yang terang di masjid, boleh tahan juga ramai jemaah yang hadir. Terkilan pulak rasa sebab dalam seminggu dua ni saya tak singgah masjid pun lepas hantar anak...dah terlepas banyak peluang ke majlis ilmu... ouhhh

Bila dengar suara ustaz meminpin bacaan Yaasin malam tadi, teringat saya pada pesanan salah-seorang ustaz dalam kuliah maghrib yang kami sempat pegi satu malam tu.

"Bacalah yaasin dengan hati yang hidup... . Untuk hidupkan hati, kenalah faham apa yang dibaca. Kita bacalah 1000 kali sekalipun tapi kalau tak faham apa yang dibaca, hati kita jadi kurang hidup. Oleh itu cubalah untuk faham apa yang dibaca...

Contoh bila kita baca ayat 51

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ
yang bermaksud:

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

...kalau tak faham maksud, kita tak akan rasa apa2 tiapkali kita sampai pada ayat tersebut. Sebaliknya jika kita faham maksud, InsyaAllah hati akan bergetar dan akan timbul rasa takut bila kita dengar/baca ayat yang menyebut tentang hari pembalasan itu. ini akan tambahkan lagi rasa taqwa kita pada Allah..."



... timbul semangat untuk lebihkan usaha memahami ayat2 quran yang dibaca...
Sama2 hidupkan hati....

22.6.10

Niat Kerana Allah


"Ingat.... niat kerana Allah...."

Begitulah sms balas yang sering saya dapat dari suami tiapkali saya sms beliau sebelum melangkah keluar pegi kelas.

Begitu juga semasa kami sekeluarga di meja makan, papa turut ingatkan .... "....apa2 jua yang kita buat biarlah semuanya kerana Allah. Tukar amalan biasa biar jadi ibadah. Semua perkara yang kita lakukan bila dah kita niatkan buat kerana Allah akan bertukar menjadi ibadah dan sudah tentunya InsyaAllah akan dapat ganjaran pahala dari Allah jika kita ikhlas dalam melakukannya..."


Ilmu yang papa dapat di Surau, papa sampaikan balik pada kami2 yang tak ikut pergi ni. Alhamdulillah dapat disematkan sebagai motivasi buat diri dan anak2. Diperingatkan tentang nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya pada kita...Alhamdulillah syukur... Disamping perlu mengukuhkan ibadah fardhu, hendaklah kita tambahi dengan amalan sunat. Kemudian tambahi lagi mencari redha Allah melalui apa jua amalan baik yang kita lakukan setiap hari....


....iaitu bermula

  • dari bangkitnya kita dari tidur, kita lafazkan doa mensyukuri nikmat hidup selepas mati selama 8 jam (tidur) itu
  • Kita membersihkan diri niat kerana Allah
  • solat subuh
  • bersarapan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim
  • berpakaian menutup aurat kerana Allah
  • membuat kerja rumah niat kerana Allah untuk kesejahteraan keluarga
  • melakukan semua kerja dengan sebaik2nya... semampu mungkin, niat kerana Allah
  • solat sentiasa di awal waktu
  • tidak berbohong, tidak mengata orang, jauhi hasad dengki dan tidak berburuk sangka kerana takut akan azab Allah
  • Berdakwah, ingat mengingati, menghadiri majlis ilmu dan bersilaturahim kerana Allah
  • Menjaga pergaulan dan tuturkata kerana Allah SWT
  • Beraktiviti dengan masyarakat kerana Allah
  • Beraktiviti dengan keluarga kerana Allah
  • Menjamah juadah makan tengahari atau makan malam dengan nama Allah
  • Terlelap dan beristirehat itu juga kerana Allah.
Maka benarlah... jika 24 jam yang terisi itu nawaitunya hanya kerana Allah, maka 24 jam itu InsyaAllah akan menjadi ibadah kepada Allah SWT.... aminn

***nota fzi: jemput lihat post saya yang terdahulu berkaitan dengan 'Niat Kerana Allah' di SINI. Takzkirah tempohari disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz NurSalam dari seberang..

14.6.10

Beramal dengan Al-Mathurat

Alhamdulillah... akhirnya jumpa juga saya dengan mp3 doa al-Mathurat ini. Syukurlah, kali ini jumpa yang tak tersekat2. InsyaAllah, bolehlah dengar sambil membacanya dari kitab kecil yang ada tu. Selalu bila baca ayat2 Mathurat susunan Al Syahid Imam Hassan Al Banna, merangkak2 sikit bacaan saya bila sampai pada doa2 yang mana kurang familiar tu. Jadi dengan adanya mp3 al-Mathurat ini InsyaAllah dapat melancarkan lagi bacaan... Alhamdulillah syukur...

Semangat untuk terus membaca al-Mathurat di sebelah pagi *petang belum stat lagi...* timbul selepas saya melihat kakak *anak yang ke 2* sentiasa istiqamah membacanya usai Solat Subuh. Berdebar2 rasa hati bila melihatkan kesungguhan serta ketetapan hati kakak beramal dengan doa2 al-Mathurat. Sedangkan waktu itu kebanyakan mata2 kami yang lain termasuk saya sedang dilayan oleh rasa mengantuk, maklumlah lepas2 Subuh tu... Ohh

Mungkin berkat kakak dulunya menuntut di sekolah agama dari tingkatan 1 - 5, maka terselit lah sedikit sebanyak nilai2 murni yang mungkin sudah sebati dalam diri kakak...alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.... moga berterusan sampai bila2.. aminn

اَعُوذُ باِ الله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ



9.5.10

Surah Ar-Rahman


Nak kongsi dialog antara saya dengan Shilah di ruang tamu malam tadi....

Saya: "Shilah, tadi mama baca dalam satu buku, kata.... bila kita mati nanti akan ada tengkuk2 neraka..... tugas dia hanya pagut orang2 kafir dan munafik pastu humban masuk neraka. Tengkuk2 tu tahu bezakan mana orang kafir, munafik dan mukmin. Jadi mereka tahu nak pagut yang mana satu....Selepas semua puak kafir dan munafik dipagut oleh tengkuk2 neraka dan dihumban ke dalamnya, maka yang tinggal hanya golongan mukmin je...
Ish takutnya...."

Shilah: "Oh iya mama?....eeee......", balas Shilah dengan wajah yang berkerut2.

Saya: "Itu la.... mama harap Shilah kurangkan ek dengar lagu2 hiburan tu kat telinga, kadang dengar orang ngaji sama.... hmmm...dah masuk Juzuk Amma sama dalam Mp3 tu?"

Shilah: "Lom lagi....shilah nak masuk Surah Ar-Rahman...."

Saya: " Oh! caner yang Shilah jadi minat nak Surah tu?"

Shilah: "Ada satu pagi tu, masa tengah bersiap nak gi sekolah, ada budak suara best je baca surah tu dekat radio...."

Alhamdulillah.... Allah sentuh hati anakku dengan Surah Ar-Rahman di suatu pagi .... syukur.... :)

18.3.10

Surah Al-Insyiraah/As-Syarh/Alam Nasyrah



Dua hari lepas, sambil menemankan kakak ke rumah kawannya di BS3, saya ambil peluang untuk bertemu dengan seorang sahabat yang memang dah lama teringin nak jumpa. Bila dah jumpa tu, maka banyaklah kisah2 kehidupan yang kami sempat bualkan. Beliau termasuk antara sahabat yang saya kagumi. Cekal orangnya setelah menempuh beberapa pengalaman yang agak sukar sebelum ini. Alhamdulillah, sehingga kini beliau tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Ujian yang pada saya bukan semua orang mampu hadapi... ohh

Berkat pertemuan kami itu, saya kemudiannya jadi begitu bersemangat untuk balik membelek Musyaf Tajwid untuk melihat Surah Al-Insyiraah. Surah ini rupa-rupanya sentiasa menjadi amalan beliau setiap hari. Kata beliau, InsyaAllah akan murah rezeki, hidup pun akan tenang dan bahagia...aminnn

Saya sendiri sebenarnya ingat2 lupa bacaan surah ini. Dulu lancar, agaknya sebab tak bawak dalam solat, Allah dah tarik balik, jadi tak lancar dan tertukar2 tempat ayat-ayatnya. Masa memandu pulang tu, duk cuba ulang2 baca, tapi masih tertukar2 tempat.

Itu yang tak sabar2 balik untuk kembali hafal Surah Alam Nasyrah sebab memang tahu banyak fadhilatnya. Ingat lagi, dulu ustaz pernah sarankan (sila klik di SINI) iaitu jika kita bacakan surah ini misalnya pada anak2 yang tak berapa mendengar kata, InsyaAllah akan mudah lembut hatinya. Kata ustaz lagi, bermanafaat juga jika sekiranya kita sering2 baca surah ini buat suami kita, InsyaAllah kasih-sayang akan sentiasa mewangi...
aminn





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


25.2.10

Junjungan Mulia

Alhamdulillah.... petang semalam berjaya dengan selamatnya sampai ke majlis ilmu di Surau Al-Bayan. Sebelum jadi pegi tu, macam2 bisikan timbul suh tak payah pegi.

"Rehat je lah petang ni....",

"...penat la pulak sebab tiap malam dah pegi masjid dengan papa...",

"...next week lah pegi...",

"...nanti kalu pegi pun kena keluar awal.... nak kena ambik kakak balik keje...takdan abih kelas pun..."


Bisikan yang bertalu2 datang, jelas cuba halang niat saya untuk hadir pukul 3.00 petang di Surau Al-Bayan.


Syukurlah... berjaya gak lawan, fokus pada tujuan asal, terus bangun dan bersiap untuk ke kelas. Selamat le jugak sampai..... Alhamdulillah.... :)

Nak citer, sampai2 je kat surau, saya macam biasa ambil tempat yang paling dekat dengan pintu. Memang strategik, senang nak kluar awal time nak pegi ambik kakak. Kurang le sikit kacau tumpuan kengkawan yang sedang belajar.

Tiba2 datang sorang kawan tu, terus datang duduk sebelah saya. Selepas salam2 dan bertegur-sapa lebih kurang kami mula fokus pada pengajian yang baru bermula.

Ustaz semalam cerita pasal hadis2 hasan dan soheh yang berkaitan dengan rupa-paras dan sifat2 Rasulallah SAW yang menjadi suri teladan bagi kita umat manusia. Ustaz mengambil peluang menghuraikan hadis2 tersebut satu-persatu sempena mengingati Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Jumaat 12 Rabiul Awwal bersamaan dengan 26hb February 2010.

Dalam pada duduk kusyuk mendengar tu, kawan yang duduk di sebelah saya tu sempat cuit saya sambil berkata,

" Elok kalu kita suh anak2 nyanyi lagu yang sapa tu nyanyi..Jawaher? Al-Mizan? Hmmm mana-mana le... tapi yang lagu macam gini... Tercipta satu lembaran sejarah di.....", ujar beliau sambil cuba melagukan lagu tersebut.

"Ohhh..tau... lagu tu.....", pintas saya cepat sambil mengangguk2.

"Hah...itu la....elok sangat kalu kita suh anak2 nyanyi sebab dengan sendirinya jadi ingat tarikh lahir Nabi, lahir kat mana, nama mak ayah nabi...kan? Macam kita sendiri pun, kadang lupa tarikh2 tu sume... bila nyanyi lagu tu, kita sendiri pun dapat hapal....."

Dialog singkat antara saya dan kawan tadi, telah berjaya menyentuh hati. Dalam keta masa nak pegi ambik kakak tu, fikiran masih duk teringat2 terhadap apa yang beliau kata. Alhamdulillah, Allah telah sentuh hati ini melalui perkara2 kecil yang berlaku di sekelilingku.... syukurlah...

Jom ingat2kan anak2 tentang tarikh 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah ini, hari kelahiran Rasulalllah SAW, junjungan mulia Nabi Muhammad SAW....




22.2.10

Allah Permudahkan Jalan

Semalam rasa mudah je semua benda.... Kueh untuk minum petang siap ada dua jenis iaitu pulut pagi dengan kek pisang sekali (untuk resepi sila ke blog MENU saya). Makanan untuk dinner pun dah siap terhidang di bawah saji. Tunggu makan je malam nanti.

Saya siapkan awal semua hidangan sebab dah berhajat nak ke Masjid As-Salam untuk mengikuti Kuliah Maghrib bersama suami. Jam 7.15 malam kami dah bergegas ke masjid untuk berjemaah Maghrib sebelum sesi kuliah bermula. Sampai2 ngam2 baru lepas azan.

Alhamdulillah....hepi sangat rasa sebab speaker masjid sekarang ni dah di tahap tip-top di bahagian ruang solat wanita. Jadi suara penceramah semalam iaitu Ustaz Osman jelas kedengaran, terang dan nyata dapat didengar isi kuliah..... syukur lah...

Malam ini dah plan dengan papa untuk sambung ikut kuliah magrib lagi. Dah check jadual kat notice board, sepanjang minggu ini padat dengan majlis ilmu.... Alhamdulillah rasa2nya Allah mudahkan jalan kami sementelah anak yang form 3 tu ada tusyen malam dari jam 8.00 - 10.00 malam di sekolahnya. Jadi just nice lah, masa dua jam tu boleh lah kami luangkan masa hadir di majlis ilmu di Masjid As-Salam....Syukur pada Allah.... :))