CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
بسم الله الرحمن الرحيم

Allah Permudahkan Jalan

Semalam rasa mudah je semua benda.... Kueh untuk minum petang siap ada dua jenis iaitu pulut pagi dengan kek pisang sekali (untuk resepi sila ke blog MENU saya). Makanan untuk dinner pun dah siap terhidang di bawah saji. Tunggu makan je malam nanti.

Saya siapkan awal semua hidangan sebab dah berhajat nak ke Masjid As-Salam untuk mengikuti Kuliah Maghrib bersama suami. Jam 7.15 malam kami dah bergegas ke masjid untuk berjemaah Maghrib sebelum sesi kuliah bermula. Sampai2 ngam2 baru lepas azan.

Alhamdulillah....hepi sangat rasa sebab speaker masjid sekarang ni dah di tahap tip-top di bahagian ruang solat wanita. Jadi suara penceramah semalam iaitu Ustaz Osman jelas kedengaran, terang dan nyata dapat didengar isi kuliah..... syukur lah...

Malam ini dah plan dengan papa untuk sambung ikut kuliah magrib lagi. Dah check jadual kat notice board, sepanjang minggu ini padat dengan majlis ilmu.... Alhamdulillah rasa2nya Allah mudahkan jalan kami sementelah anak yang form 3 tu ada tusyen malam dari jam 8.00 - 10.00 malam di sekolahnya. Jadi just nice lah, masa dua jam tu boleh lah kami luangkan masa hadir di majlis ilmu di Masjid As-Salam....Syukur pada Allah.... :))


8 comments:

10 said...

alhamdulillah syukur sgt2 jika dipermudahkan oleh Allah dalam apa2 hal...

sot said...

"Syukurlah kerana diberi hidayah oleh Allah untuk berada di majlis ilmu." Itulah antara mukadimah Ust Osman semalam. "Setengah orang walaupun rumah kat sebelah masjid atau surau pun, tidak diberi hidayah oleh Allah untuk berada di majlis ilmu," tambahnya lagi.

Ilmu yg kita dapat itu, bolehlah kita sampai2kan melalui blog ini. Semoga tergolong dlm ilmu yg bermanafaat, yg hidup dan tidak mati.

shami2 said...

Salam Fzi..

Alhamdulillah...jika kita jaga Allah Allahkan jaga kita insyallah..salam ukhwah..kunjungan balas...cantik blog fzi..kandungannya pun cantik..

fzi said...

Betul tu 10... Alhamdulillah syukur....

fzi said...

Harap2 berpanjangan semangat kita untuk sentiasa ke majlis ilmu... kena cari jalan untuk improvekan diri...kan pa..

fzi said...

Wsalam shami2...
Alhamdulillah sama2 istiqamah kita...
Pasal rupaparas blog ni, timakasih... harap2 isi blog lebih cantik dari rupaparasnya...tq shami sudi membaca mana2 yang berkenan tu... :)

Anonymous said...

Masjid As-Salam Puchong ke kak fzi? sy br jek mendarat kat situ kelmarin

:)

fzi said...

Intan...
Masjid As-Salam yang ni dekat Bukit Sentosa, Rawang.
Oh nama sama ngan masjid kat puchong rupanya... :)