"Mama, yang mama ajar Shilah jahit hari tu kuar dalam preksa...."
Shilah tiba2 bersuara masa saya tengah kusyuk di mesin jahit. Tadi sekerat hari duk oter seluar dan kain anak2 yang koyak di sana sini. Semua pakat timbun dekat mesin jahit suh mama oter... ish ish bukan main lagi!
"Oh iye ke... jahit yang mana?", tanya saya dalam nada excited..
"...Insang Pari...", sahut shilah.
"Woahhh...so shilah boley jawab la yea?", tanya saya lagi.
"Ha' iya laa... satu soklan je... nanti shilah amik...", kata shilah seraya berpusing ke biliknya ambik kertas soalan untuk subject 'Kemahiran Hidup Bersepadu.'
Alhamdulillah... ilmu yang dapat hari tu, dah selamat Shilah guna-pakai dalam preksa. Jahitan insang pari tu saya ajar dekat anak2 masa buat penanda buku dan kepala pensil guna kain fleaner dulu. Ingat lagi time tu sume pakat duk sibuk menjahit, ada masa luang je sambung menjahit... heheh
Alhamdulillah tak sia2 belajar kan anakku... :))
***update 10.12 pagi 10/6/2010
Khusus buat Lynn yang tanya dekat ruang komen, ni le kain fleaner yang akak citer tu. Boleh cari dekat Macy atau mana2 kedai jual barang jahit... :)
Ilmu diguna-pakai
Labels: ilmu yang bermanafaat
Surah Al-Insyiraah/As-Syarh/Alam Nasyrah
Dua hari lepas, sambil menemankan kakak ke rumah kawannya di BS3, saya ambil peluang untuk bertemu dengan seorang sahabat yang memang dah lama teringin nak jumpa. Bila dah jumpa tu, maka banyaklah kisah2 kehidupan yang kami sempat bualkan. Beliau termasuk antara sahabat yang saya kagumi. Cekal orangnya setelah menempuh beberapa pengalaman yang agak sukar sebelum ini. Alhamdulillah, sehingga kini beliau tabah dalam menghadapi ujian kehidupan. Ujian yang pada saya bukan semua orang mampu hadapi... ohh
Berkat pertemuan kami itu, saya kemudiannya jadi begitu bersemangat untuk balik membelek Musyaf Tajwid untuk melihat Surah Al-Insyiraah. Surah ini rupa-rupanya sentiasa menjadi amalan beliau setiap hari. Kata beliau, InsyaAllah akan murah rezeki, hidup pun akan tenang dan bahagia...aminnn
Saya sendiri sebenarnya ingat2 lupa bacaan surah ini. Dulu lancar, agaknya sebab tak bawak dalam solat, Allah dah tarik balik, jadi tak lancar dan tertukar2 tempat ayat-ayatnya. Masa memandu pulang tu, duk cuba ulang2 baca, tapi masih tertukar2 tempat.
Itu yang tak sabar2 balik untuk kembali hafal Surah Alam Nasyrah sebab memang tahu banyak fadhilatnya. Ingat lagi, dulu ustaz pernah sarankan (sila klik di SINI) iaitu jika kita bacakan surah ini misalnya pada anak2 yang tak berapa mendengar kata, InsyaAllah akan mudah lembut hatinya. Kata ustaz lagi, bermanafaat juga jika sekiranya kita sering2 baca surah ini buat suami kita, InsyaAllah kasih-sayang akan sentiasa mewangi... aminn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Labels: ilmu yang bermanafaat, Juz Amma, Motivasi
Kalau Ada Yang Memuji.....
Tiba2 terdetik di hati nak kongsi ilmu yang saya dapat dari kelas di bawah pimpinan Ustaz Fauzi satu ketika dulu. Ilmu tersebut disampaikan ustaz secara spontan semasa slot tazkirah. Tapi alhamdulillah.... ianya terus melekat di fikiran saya sehingga kini.
Yang tiba-tiba jadi teringat nak sebut pasal ni, bila baru sekejap tadi saya balas komen seorang sahabat iaitu Are10 di blog orkid saya, Seri Orkid.
Saya jawab pujian 10 dengan ayat "Hadza min fadli Rabbi" yang bermaksud.... "Ini adalah kurnia dari Tuhanku"....... :)
Kata Ustaz, bilamana kita menerima pujian dari kengkawan atau pun sesiapa saja, kita jangan lah pula menjawab dengan berkata yang tidak baik atau memberi jawapan yang agak negatif contohnya macam:
- ...eh...mana adaaa..... :)
- ishk taklah.......
- oh biasa-biasa je, mana ada cantikkk.....
- eh awak ni, perli pulak.....
Jadi kata ustaz, ada baiknya kita menjawab pujian sahabat kita dengan mengucapkan Alhamdulillah kemudian di-ikuti dengan ayat yang tersebut di atas iaitu dari Surah 27 An-Namlu Juz 19 ayat 40 *sila baca terjemahan ayat tersebut yang begitu indah maksudnya untuk dimengertikan (kisah Nabi Sulaiman a.s)*
Sekian....wassalam... :))
Labels: ilmu yang bermanafaat
Rahsia 'banana split' yang sedap
"Waaahh, malam ni mama dapat satu ilmu pa... hehe", kata saya sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta.
Suami hanya mengerling sambil tersenyum. Keriangan jelas terasa dari perbualan pendek antara saya dengan jurujual kat gerai pisang semalam. Walaupun mungkin tiada apa lah sangat info yang dapat tu, namun berguna bagi saya dan mungkin sesapa saja yang berminat nak tahu... :)
Suami saya tunjuk sesikat 'pisang berangan' yang lain dalam banyak2 pisang yang tergantung tu, namun saya pilih yang lain pula. Saya lalu berpaling sambil memberi isyarat pada suami yang duk dalam kereta dengan hanya mengangkat ibu jari sebagai tanda pisang pilihan saya yang lebih sedap.
"Pandai akak pilih pisang...", kata isteri jurujual.
"Tak semua orang tahu pilih pisang. Ramai yang terpikat pada kulitnya yang bersih cantik saja. Yang orang biasa panggil 'pisang comel' tu. Yang sebenarnya yang akak pilih kulit berbintik2 ni lagi sedap dan manis rasanya. Kalau yang macam ni diaorang kat kampung2 tu tanam betul2 di tempat yang panas. Tu yang buat rasanya manis dan isi lebih sedap. Kalau yang licin cantik ni pula biasanya pisang dari pokok yang ditanam di tempat2 yang redup dan tak dapat cahaya matahari sepenuhnya, tu yang rasa dia masam sikit...", fuhhh panjang lebar beliau bercerita. "Boleh tulis dalam blog ni", bisik hati kecil ku sambil wajah tersenyum girang....:)
So teramat le sedapnya 'Banana Split' yang di serve kan buat suami dan anak2 ku malam tadi... hihi
Singgah di Masjid Kepong

"Mama, ada doa tau kalau masa kita kuar dari masjid",
...tiba2 Shilah bersuara semasa kami sedang beriringan berjalan keluar dari masjid malam tu. Kami sekeluarga singgah solat maghrib di Masjid Ammaniah dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jaya Jusco Kepong Sabtu lalu. Masa tu baru berkumandang azan di masjid. Papa pun terus ajak singgah solat sementelah dah lalu depan masjid. Alhamdulillah maka dapat lah semua bersolat di awal waktu.
Tersangatlah cantik masjidnya luar dan dalam. Hiasan tulisan2 khat di sekeliling dindingnya bertuliskan kalimah nama2 Allah. Begitu seni dan indah sekali dekorasinya. Imam yang mengimami solat maghrib kami pun tersangatlah sedap bacaannya. Bertuah rasanya dapat singgah solat di sana.

Berbalik pada kata2 Shilah, saya terus menunjukkan minat dengan bertanya lebih lanjut.
"Ohh iya ke, camane doanya?", saya cepat2 bertanya.
"Allahumma inni as aluka min fadlik"
bermaksud: "Yaa Allah aku mohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.” (H.R. Muslim, Abu Daud dan Nasai)
"Doa nak masuk masjid pun ada Ma, cam ni.... Allahummaf tahlik abwaba rahmatik".
bermaksud: "Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu" ((H.R. Muslim)
Saya terus meminta shilah mengulang2 bacaan doa tersebut supaya saya dapat ikut dan terus dapat menghafalnya. Alhamdulillah sesampai sahaja kami di kereta, saya rasa dah ingat dah dan rasa happy sangat dapat satu ilmu dari anakku itu. Woahh...

Sebaik sahaja masuk kereta, saya pun apalagi terus bukak cerita pada papa dan abang yang dah duk tunggu lama tu (biasa la ya, orang perempuan lambat sikit...hehe). Ilmu yang baru dapat tadi terus disampaikan pula pada ke dua-dua mereka. Sama macam saya, papa pun terus mintak shilah ulang2kan doa tersebut. Abang dengan earfon masih di telinga hanya tersenyum memandang kami yang tengah sibuk berguru dengan shilah tu... :)
Kemudian shilah menambah, "Ustazah kata kalau kita masuk masjid tapi masa tu takde orang, kita boleh baca 'Assalamualaina wa a'la iba dillah hissolihin', tu ayat ke 3 masa kita baca tahhiyat dalam solat", terang shilah panjang lebar.
Ohhh terima kasih anakku... kerana dapat sampaikan sesuatu yang bermanafaat buat mama, papa dan abang malam tu. Dapat belajar 3 doa segaligus dari Shilah...alhamdulillah syukur...
Labels: doa, ilmu yang bermanafaat
Ilmu Yang Bermanafaat
"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfa'atan daripadanya dan anak yang soleh yang akan mendoakan untuknya". (HR Muslim)
Bila merenungkan hadis di atas, saya lantas teringat satu sesi tazkirah yang saya dengar semasa di dapur melalui kaset yang disampaikan oleh yang berbahagia Tok Guru. Antara kata-kata beliau..
"... jangan ingat bila kita rasa mempunyai ilmu yang sedikit sahaja maka kita langsung mengabaikan tanggungjawab menyampaikan balik ilmu tersebut. Jika ilmu sesudu, sampaikanlah yang sesudu itu, jika sesenduk sampaikanlah sebanyak sesenduk itu dan seterusnya jika banyak dari itu teruslah menyampaikan selagi mampu. Tidak mengapa jika hanya mempunyai ilmu yang sedikit dengan syarat kita tidak jemu dan terus menuntut ilmu lalu ilmu itu kita sampaikan pula kepada keluarga maupun sahabat supaya ianya berkembang. Selebihnya serahkan sahaja kepada orang yang banyak ilmu atau ilmuwan islam yang lain untuk menyampaikannya dengan lebih banyak dan terperinci. Bercakap pasal agama ini atau dengan kata lain berdakwah sesama kawan/sahabat jangan 'bellit' (berkisar) di atas surau/masjid sahaja. Berdakwah perlu dilakukan di mana sahaja tidak terhad hanya di tempat ibadat sahaja"....
Saya suka dengar kuliah yang disampaikan Tok Guru kerana bagi saya ia bersifat objektif dan jelas. Gaya bahasa beliau mudah dan senang difahami jalan cerita/pengajaran yang disampaikan. Sebab itu lah saya suka memanafaatkan masa saya di dapur dengan sesekali mendengar kuliah yang disampaikan Tok Guru. Ia berfungsi sebagai halwa telinga dan pengisian ruhani walaupun di ketika yang sama tangan saya sibuk membentuk donat atau 'mengelim' karipap. Tok Guru yang berpandangan jauh sesekali menyelitkan ucapan yang kelakar dan mencuit hati bilamana beliau memberikan contoh2 yang relevan dengan isi kuliah.
Kebetulan semasa pulang ke Kelantan cuti bulan 5 tempohari saya sempat mengajak suami singgah ke kedai buku Jaafar Rawas on the way keluar dari bandar Kota Bharu untuk pulang ke kL. Dalam waktu yang terbatas kerana matahari pun dah mula tinggi sedangkan kami masih belum memulakan perjalanan, saya dan anak yang sulung bergegas mengejar masa memilih kaset Tok Guru bagi menambah koleksi kaset yang sedia ada di rumah.
Akhirnya dapatlah saya membeli 5 kaset bertajuk 'Akidah Islamiyah dan Asasnya' dari siri 14 hingga 18. Walau pun ada alternatif untuk saya mendengar kuliah mingguan beliau di Dewan Dzulkifli/Dataran Ilmu menerusi Kelantan tv di internet namun saya tetap mengambil langkah tambahan untuk cuba mendapatkan seberapa banyak ilmu yang disampaikan beliau. Apa yang saya harapkan, semoga Tok Guru sentiasa dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbangkan ilmu yang bermanafaat yang penuh keberkatan itu..Insyaallah.
Labels: ilmu yang bermanafaat
Petua
1)Ubat untuk sakit Gout ~
Cari 3 benda kat pasar Chow kit iaitu Bonglai, Lampuyang dan Halia Bara. Kena perhati dan tanya penjual kat gerai sayur tu yang mana satu sebab bonglai dan halia bara bendanya hampir sama. Ok..ambil sebesar ibu jari setiap satu benda tadi, tumbuk dan buboh ibu garam 2,3 biji. Lepas tu, perah untuk dapatkan airnya lebih kurang 1/4 cawan. Minumlah sebulan sekali InsyaAllah berkesan untuk merawat Gout. Petua ni saya dapat masa borak dengan emak neighbour sebelah rumah.
2)Menyuburkan rambut ~
Seminggu sekali saya cuba usahakan untuk merawat rambut saya, suami dan anak2 yang nampak tak bermaya. Caranya... ambil 2,3 batang daun lidah buaya, kupas kulit, bersihkan dan blend untuk dapatkan jelinya. Jeli itu kemudiannya dilumur di kepala dan dibiarkan selama lebihkurang 15 minit sebelum membilasnya. Nampak gaya berkesan...cubalah.
Labels: ilmu yang bermanafaat