Boleh kata every nite cakap dengan abang thru fon. Tapi ada satu malam tu, saya just sms bila menyedari takde any sign samada miskol/sms darinya di skrin handfon.
30.11.10
Perihal anak2 di asrama
Boleh kata every nite cakap dengan abang thru fon. Tapi ada satu malam tu, saya just sms bila menyedari takde any sign samada miskol/sms darinya di skrin handfon.
Labels: pesanan buat anakku
3.6.10
Happy Birthday Shilah!
Alhamdulillah....dah 15 tahun hari ni anak mama....
Hepi Befday anakku...
...mama doakan Shilah akan berjaya capai semua impian Shilah k....
Mama mohon pada Allah agar Shilah jadi anak yang baik budi pekerti, berhati mulia dan berilmu pengetahuan yang tinggi....aminnn
Ingatlah perjalanan Shilah masih panjang.... jadi cubalah untuk sentiasa berjalan di jalan yang lurus. Kalu pk-pk, senang kan perjalanan kita kalau kita lalu dekat jalan yang straight je pastu tanahnya pulak rata. Bila dah jalan elok tu, tidaklah kita mudah nak terjatuh atau terlanggar batu2 di perjalanan.
Shilah mesti cuba elak dari ikut jalan yang bengkang-bengkok dan yang tak brape rata. Jadi tidaklah kita asyik tersadung atau terjatuh je. Lagi pulak susah kan kita nak duga apa yang ada dekat selekoh sana dan apa yang ada kat selekoh2 yang seterusnya tuh. Kalu berjalan di jalan yang lurus, tempat destinasi kita pun senang nak nampak dari jauh... :))
Maka.... amatlah penting untuk kita sentiasa cuba berjalan di jalan yang lurus. ... Ingat pesan mama k....
Kuatkan jati diri lawan semua pengaruh yang tidak baik. Pengaruh yang tidak baik datang dari banyak pintu, pengaruh yang jadi musuh yang paling dekat dengan kita ialah nafsu yang ada dalam diri kita sendiri. Untuk nak kuat lawan nafsu ialah dengan cara mempersiapkan diri kita dengan benteng2 iman. Bersemangatlah untuk terus mengaji Quran kerana al-Quran penyuluh kehidupan kita. Kurangkan membuai hati dengan hiburan yang bersepah-sepah sekarang ini.
Pandai2lah atur jadual dan bahagikan masa Shilah. Solat harus di awal waktu, baru kita rasa mudah je buat keje2 kita selepas tunaikan solat. Bila Shilah leka atau malas nak bangun ambik wudhuk, mama rasa elok Shilah recall balik iklan yang mama tunjuk dekat Shilah dalam n3 sebelum ini. Jadikan ia motivasi, mesti sedar hakikat bahawa semua pekerjaan harus ditinggalkan bilamana terdengar seruan azan.
Ya Allah.... mudahkanlah perjalanan hidup anakku Iman Asilah....aminn
Labels: pesanan buat anakku
9.5.10
Surah Ar-Rahman
Nak kongsi dialog antara saya dengan Shilah di ruang tamu malam tadi....
Saya: "Shilah, tadi mama baca dalam satu buku, kata.... bila kita mati nanti akan ada tengkuk2 neraka..... tugas dia hanya pagut orang2 kafir dan munafik pastu humban masuk neraka. Tengkuk2 tu tahu bezakan mana orang kafir, munafik dan mukmin. Jadi mereka tahu nak pagut yang mana satu....Selepas semua puak kafir dan munafik dipagut oleh tengkuk2 neraka dan dihumban ke dalamnya, maka yang tinggal hanya golongan mukmin je...
Ish takutnya...."
Shilah: "Oh iya mama?....eeee......", balas Shilah dengan wajah yang berkerut2.
Saya: "Itu la.... mama harap Shilah kurangkan ek dengar lagu2 hiburan tu kat telinga, kadang dengar orang ngaji sama.... hmmm...dah masuk Juzuk Amma sama dalam Mp3 tu?"
Shilah: "Lom lagi....shilah nak masuk Surah Ar-Rahman...."
Saya: " Oh! caner yang Shilah jadi minat nak Surah tu?"
Shilah: "Ada satu pagi tu, masa tengah bersiap nak gi sekolah, ada budak suara best je baca surah tu dekat radio...."
Alhamdulillah.... Allah sentuh hati anakku dengan Surah Ar-Rahman di suatu pagi .... syukur.... :)
Labels: Motivasi, pesanan buat anakku
31.3.10
Right Brain

Saya: "Shilah ni cerdik, mama ngan papa rasa shilah lagi bijak dari abang ngan kakak...."
Shilah: "Ouhh...mesti la..."
Papa: "Betul tu, sebab shilah guna right brain.... orang kidal istimewanya pakai right brain... jadi shilah lain dari anak papa yang dua orang lagi..."
Shilah: "....Ehemmm....hehehe..."
Papa: "Cuba tengok, shilah belajar sikit je, last minute pulak tu, tapi boleh grab everything....that shows you're very smart, bijak... Kalau shilah put some effort, lebihkan sikit usaha tu, InsyaAllah shilah boleh berjaya papa rasa...."
Shilah: "OK!"
Saya: "Jadi, mama rasa mulai malam ni shilah kena ada wawasan sikit. Kurangkan masa santai shilah tu k. Ikut macam yang papa kata, cuba lebihkan sikit usaha....shilah bijak orangnya, jadi gunakan sebaik2nya nikmat yang Allah beri tu... lepas exam boleh santai puas-puas."
Shilah: "OK!"
Papa: "Tiap orang Allah jadikan ada kelebihan dan ada kelemahan. Jangan kita fokuskan pada kelemahan yang kita ada. Kalu camtu habis lah! Fokuskan pada kelebihan yang shilah ada, bila kita hargai kelebihan yang kita ada baru kita akan rasa bersyukur sangat2.
Shilah: "hmmmmm... OK!"
Saya: "Biar ada inisiatif sendiri la untuk study, shilah. Tak payah mama ngan papa suruh. Semangat sikit sebab shilah study tu bukan untuk orang lain, untuk diri shilah sendiri. Jadi jangan kasi mama jerit lagi k suh study...."
Shilah: "Ish... mama yang sukarela nak jerit..."
....Ggrrrrrr..........
Begitulah citernya malam tadi. Dalam perjalanan balik ke rumah dari kelas malam di sekolahnya, kami suami-isteri ambik peluang pujuk2 hati shilah dengan kata2 motivasi. Nak bagi semangat sikit sebab tahun ni anak kami yang bongsu tu akan hadapi PMR. Tinggal berapa bulan je lagi. Jadi risau pulak tengok santainya yang lebih tu. Banyak masanya asyik duk mengadap tv je....tak pun baca novel ngan komik. Sementelah baru je beli komik dan novel baru dari Pesta Buku minggu lepas...hmmm apa lagi, duk mengadap tu je lah sambil baring2....ish shilah..shilah...
Tengok dari keputusan ujian nya baru2 ini, alhamdulillah.... boleh tahan... Semalam keputusan PAI dapat 98 % markah. Pastu baru je lepas menang tempat kedua dalam pertandingan hafazan *ayat kursi dan satu ayat dalam Mathurat*, siap naik pentas lagi terima hadiah....hehehe
Harap2 shilah tambah bersemangat untuk belajar ya.... mama dan papa hanya mampu iringkan shilah dengan doa yang tak putus-putus.... :))
Labels: pesanan buat anakku
6.11.09
SPM menjelang tiba...

"Mama, esOk tOlong bwk ayaq kOpi ye ma..."
Baru kejap tadi dapat sms tu dari kakak.
Ohhh sayunya rasa hati bila kakak sebut nak air kopi tu...ok nanti esok mama bawak 2 flask.....satu kita minum sama2 kat bawah gazebo tepi padang sekolah, satu termos lagi mama tinggalkan kat kakak... tahan la sampai malam kalu kakak tak habiskan sekali gus belah petang.
SPM dah dekat dah.... saya tau kakak tengah struggle sekarang ni....semua yang lain pun tentu tengah struggle di saat2 yang masih berbaki beberapa hari lagi ni sebelum SPM bermula.
Yang buat saya jadi risau sikit, kakak sekarang ni tak berapa sihat....kena selsema dari hari pergi dengar Seminar kat Ampang Pecah tempohari lagi. Tak kebah2 lagi selsema tu. Dalam talipon hari tu cakap, dah rasa nak tercabut hidung.... ishk kesian anakku.... saya hanya boleh advise telan panadol, kalu tak baik juga kena ajak ustazah pegi hospital Kuala Kubu.... atau kena talipon mama, mama pegi ambik bawak ke klinik." Kakak cepat2 kata "takpe ma, biar kakak try makan ubat lagi, kalu tak tahan baru gitau ustazah."
Harap kakak kuatkan semangat ya.... Study lah masa tengah boleh study lagi ni. Gunakan masa sebaik2nya. Mohon pada Allah agar Allah sembuhkan dari selsema tu supaya kakak dapat study dengan lebih selesa. Nanti mama jumpa kakak esok, InsyaAllah pegi petang la kot sebab Shilah ada extra class belah pagi... kakak pun ada kelas tambahan jugak kan belah pagi....abang pulak tak balik minggu ni.... jadi mama InsyaAllah pegi dengan papa dan shilah je nanti. Nanti mama bawak makanan........
Labels: pesanan buat anakku
19.10.09
Happy Birthday Kakak!!

Hepi sweet 7teen kak.....
Kami sekeluarga ramai2 mengangkat tangan berdoa semua yang baik2 untuk kakak sebelum mula menjamah makanan. Celebrate befday kakak semalam sebab minggu depan kakak tak balik. Ada program kat sekolah... dah sedia maklum, tentu bersusun program diatur untuk anak2 yang nak ambik SPM yang tinggal lagi berapa hari tuh.
Sempena meraikan hari kelahiran kakak yang ke 17, saya masak lah Soto kegemarannya. Sukanya hati tengok kakak makan.... nampak berselera tengok kakak, abang, shilah dan papa makan..... :))
Di samping soto buat kek black-forest yang dah siap beli bahan2nya dua hari lepas. Kek ni kalu nak beli yang dah siap, mahal le gheganya.... kalu kat kedai kek SR *kata abang* RM70 sebiji yang sama saiz dengan yang saya buat ni. Satu slice pun ghega RM6.50 ....fuhhh
Di samping mahal, yang tak terbeli tuh lagi sebab bahan2 yang terkandung di dalamnya agak dikhuatiri....sahih atau tidak halalnya....wallahu'alam. Tu yang kira dah lama la jugak saya tak beli kek di mana2 kedai2 kek....nak bagi senang hati buat je lah sendiri....Tapi penampilan kek takde lah cantik macam yang beli tuh...salutan whipping cream nya tak berapa kemas.... comot sikit le...heheh...
Untuk melengkapkan lagi hidangan, buat lah pulak Trifle sebagai pembasuh mulut....mmmm.....
Alhamdulillah...
Jadi dengan usia kakak yang dah seventeen ni, harapan mama.... agar kakak yang makin dewasa akan lebih bijak dalam nak bezakan yang mana baik yang mana buruk dalam meniti perjalanan hidup ini. Moga kakak dapat bezakan segala sesuatu yang mana boleh beri kebaikan dan yang mana pula boleh bawa mudarat....
Orite! Selamat berjaya dalam SPM anakku!
Labels: pesanan buat anakku
26.7.09
Kita diberi masa 24 jam sehari

"Kita semua diberi masa 24 jam sehari setiap orang, sama dengan Pok mat di Wakaf Licong dan Obama di Rumah Putih yang semua ada masa 24 jam setiap hari", itulah antara kata2 suami yang sering diulang2 dalam beberapa sesi tazkirah ringkas buat kami anak beranak.
Betul sangat tu papa, kita sering dilalaikan dalam hidup ini tanpa ada kesedaran nak improvekan lagi gaya hidup. Contoh yang ketara bermula dari nak bangun solat subuh. Sepatutnya untuk mulakan hari, eloknya kita bangun sebaik saja dengar azan Subuh dilaungkan. Tapi sebaliknya kita tangguh-tangguhkan nak bangun hinggalah masa untuk solat dah jam 6.30 pagi... Anak2 tu kadang terbabas dekat dengan pukul 7.00.. Solat apa tu... Bahaya, masa tu dah atas pagar...dah suntuk benar...wallahu'alam diterima atau tidak solat kita....
Kita tak rasa ada tanggung-jawab untuk dirikan solat di awal waktu.... contoh Subuh pun....Subuh Gajah, padahal kita sepatutnya gunakan waktu solat subuh itu sebaik mungkin, gunakan waktu itu untuk memohon pada Allah moga dipermudahkan perjalanan dan aktiviti kita sepanjang hari itu.
Anak2ku... Kena ubah sekarang.... Mulakan:
- solat di awal waktu
- never solat alone, maknanya berjemaah all the time
- never tinggal solat
- biar ada value masa 24 jam itu... biar ada nilai such as biar ada masa untuk zikir kepada Allah, mengaji Quran, menghadiri majlis ilmu, solat sunat... walau pun sibuk dengan urusan dunia.
- jadikan setiap aktiviti kita sepanjang hari sebagai amalan yang diniatkan sebagai ibadah, InsyaAllah dapat lah pahala..
Amalan yang kurang baik elok diubah sekarang, kalau tidak rugi kita....Cuba buat amalan-amalan sunat, bagus tu lebih2 lagi kita sekarang berada di bulan Syaaban, bulan yang amat digalakkan berpuasa sunat dan melakukan amalan2 sunat yang lain.
Bak kata ustaz masa mama ke surau Rabu lalu, "Kalau dulu bila sebut je amalan sunat ni, kita sama2 maklum bahawa ianya [kalau dibuat dapat pahala dan kalau tak buat tidak mengapa].... Tapi sekarang elok kita tingkatkan lagi kefahaman kita dengan berpegang pada kata2... [Amalan sunat ni buat dapat pahala, kalau tak buat..... rugilah kita...]"
---------------------
Labels: pesanan buat anakku
26.6.09
Hari tandatangan buku rekod
.jpg)
Dah beberapa kali dalam sehari dua ini, Shilah duk ulang tanya, "Mama, kalau shilah dapat no 10 mama nak kasi apa?" "Mmm...Tengok lah nanti biar dapat dulu, mama kasi le", jawab saya dengan acuh tak acuh je.
Tak lama lepas tu Shilah tanya lagi, "Mama, cakap la betul2 kalau Shilah dapat top 5 pula, mama nak kasi apa?" "Empp, kalau betul dapat macam tu, nanti mama kasi hadiah yang paling Shilah suka k...", jawab saya untuk sedapkan hatinya, sekaligus hendak menutup pertanyaan yang berulang-ulang kali itu. Dalam hati saya berkata2, *biar betul anakku dapat top 5, hari tu rasa dapat nombor corot...Shilah...Shilah... *
Maka tibalah hari ini, hari untuk tandatangan buku rekod di sekolah. Saya turun rumah tadi pun dah dekat pukul 3. Tu pun Shilah tak berhenti hantar mesej suruh cepat. Kesian...penat lah tu. Hari ini dia terpaksa ke sekolah dari pagi lagi sebab terlibat dalam urusan cari barang2 dengan guru kelas untuk persediaan Pesta Makanan hari Ahad nanti.
Sampai2 mata terus melilau cari parking. Kereta bersesak-sesak sepanjang jalan depan sekolah. Nasib baik adalah rezeki satu lot parkir tersedia untuk saya tidak jauh dari hujung pagar sekolah. Ibu-bapa dah ramai sampai. Bagus betul, semua nampaknya prihatin untuk datang. Even kaum bapa pun ramai *Wallahu'alam samada ambik cuti/balik awal dari ofis* untuk datang tandatangan buku rekod dan tanya2 cikgu perihal pelajaran anak2 di sekolah.
Sampai saja di pintu makmal *cikgu tak buat kat kelas*, tiba2 Malia kawan saya menyapa...."Tahniah kak... Iman dapat nombor 5...pandai....."
Saya yang masih terpinga2 hanya menjawab, "Oh iya ke... Alhamdulillah..."
Ohh... itu lah sebabnya Shilah duk ulang2 tanya tu, rupa2nya dia dah dapat info dari sumber2 yang boleh dipercayai yang dia dapat top 5.... syukurlah...
Tahniah anakku...maafkan mama sebab kekadang under-rate Shilah... bukan kata Shilah tak bagus tapi mama assume macam tu sebab tak de tengok Shilah study sangat. Yang mama nampak Shilah duk asyik dengan novel je hari2 sebelum pereksa hari tu. Kalau tak novel, komik... Kalau tak yang dua2 tu, ber'my-space' la jawabnya...;p
Camane pun, tahniah ya, belajar lagi dengan extra tekun untuk pereksa penggal ke 3 nanti. Cikgu Shilah kata tadi dekat mama, "Kalau Iman dapat nombor satu InsyaAllah dapat naik kelas samada Tingkatan 3A atau B tahun depan. Kalau dah kelas bagus tu InsyaAllah semua yang lain pun bagus termasuk kawan-kawan dan guru yang lebih bagus dan prihatin."
____________________
____________
_________
Hmmm....Mama doakan Shilah dapat score PMR nanti....InsyaAllah.
Labels: pesanan buat anakku
5.11.08
Adab-adab makan
"Baca doa dulu", pesan saya mahupun suami kepada anak2 setiapkali kami sekeluarga hendak mula makan.
Lalu Shilah(anak yang ke tiga dan paling kecil yang masih setia bersama kami kerana yang 2 nya lagi sebahagian besar masa mereka berada di asrama sekolah masing2) segera menadah tangan membaca "Bismilahirrahmanirrahim" seterusnya berdoa 'Allahumabariklana fima rozaktana waqina azabannar.........", baca sehingga habis tapi sebutan tak berapa jelas kedengaran sebab baca laju sangat.
"Cepatnya baca, tak clear lah, tak baik tu nanti Allah tak terima doa kita", selalunya begitulah saya merungut setiapkali dengar Shilah membaca doa yang 'ekspres rakyat' tu...
Cepat2 Shilah cover dengan baca balik secara lebih slow motion untuk redakan wajah 'tak puas hati' mamanya..hehehe
Semalam saya ada dapat satu forwarded e-mail dari seorang hamba Allah yang agak menarik kisahnya. E-mail itu bersifat santai dan diceritakan oleh tuan punya cerita secara humor namun memberi mesej yang sangat jelas. Cerita beliau itu secara spontan terus melekat di kepala saya. Kadang-kala mesej yang kita terima panjang berjela2 lansung tidak berhasil memaut hati kita sebaliknya ada waktu di mana dengan hanya mesej yang santai dan bersahaja mampu memberi impak dalam jiwa. Ianya mengenai Sunnah Rasulallah saw bilamana hendak menjamah makanan.
Lantas, saya segera membelek dua tiga buku/kitab yang ada dalam koleksi kami untuk mencari perincian dari Hadis nabi saw dalam bab2 makan minum ini. Sesungguhnya makanan adalah nikmat besar dari Ilahi. Oleh itu, penting untuk kita memerhatikan adab2 makan minum terpelihara supaya dapat meyakinkan kita tentang berkat/tidaknya makanan yang dimakan.
Anak2ku, jom kita tengok adab-adab makan yang mama dapat dari buku yang tajuknya 'Adab dan Sopan Dalam Islam '. Buku ini ditulis oleh Ustaz Muhammad Khair Fatimah yang dalam bahasa Arabnya bertajuk 'Adab al-Islamiyyah Li al-Nasyia ah'. Mungkin anak2 ku masih ingat buku tersebut mama beli di kedai buku Jaafar Rawas dengan mendapat diskaun 70% sebab covernya agak kehitaman sedikit dek insiden kebakaran kedai tersebut satu ketika dulu. Namun alhamdulillah, isi buku keseluruhannya masih elok dan boleh diambil manafaat oleh kita semua..syukurlah.
Adab-Adab Makan:
- Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. "Daripada Salman al-Farisi r.a katanya: Rasulallah saw bersabda: 'Makanan yang berkat itu ialah berwuduk sebelum dan sesudah memakannya'. (Riwayat Tirmizi)
- Membaca Bismillah ketika hendak mulai makan, kemudian hadirkan niat untuk makan lalu berdoa (dengan doa makan yang selalu kita amalkan)
- Makanlah makanan yang halal dan bagus, hati-hati dari makanan yang haram, seperti makanan yang dicuri, syubhat dan lain2 seumpamanya. Allah swt berfirman yang bermaksud: " Maka, makanlah dari apa yang Allah beri kamu rezeki yang halal dan baik, dan bersyukurlah atas nikmat Allah jika kamu (benar-benar) menyembahNya." (al-Nahl:114) "Daripada Ka'ab bin 'Ajrah ra bahawa Rasulallah saw bersabda: "Tiap-tiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah yang paling patut tempatnya". (Riwayat Tirmizi)
- Makan makanan yang segar dan bersih, dilarang makan makanan yang kotor dan terdedah. Makan buah2an sesudah dibasuh bersih.
- Makan guna tangan kanan dan dengan tiga jari, dan digalakkan menjilat jari sesudah selesai makan(Ingat tak dulu abang selalu praktikkan masa masih menuntut di Samt, sekarang camne bang, masih amalkan lagi?!?!!*%) Daripada Ka'ab bin Malik ra, katanya: Aku melihat Rasulallah saw makan menggunakan tiga jari. Setelah selesai makan, beliau menjilat jari-jarinya". (Riwayat Muslim)
- Makan makanan yang dari sebelah kita, jangan ambil makanan yang ada di samping orang lain dan jangan pula ambil makanan dari tengah bejana(bekas/pinggan). "Daripada Umar bin Abu Salamah ra katanya : Aku adalah seorang kanak-kanak yang turut di samping Rasulallah saw. Tanganku mengambil makanan dalam bejana, lalu Nabi saw berkata kepadaku: "Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan ambillah makanan yang dekat denganmu". (Riwayat Bukhari & Muslim)
- Mengecilkan suapan, mengunyah makanan hingga lumat, jangan menyuap makanan ke mulut sebelum menelan makanan yang ada di dalamnya.
- Jangan meniup(hembus) makanan yang panas.
- Jangan dekatkan mulut ke bejana, kerana dikhuatiri sesuatu jatuh dari mulut ke dalam bejana tersebut.
- Duduklah dengan lurus di depan makanan, jangan makan sambil bersandar, miring, berdiri, berbaring atau berjalan. "Daripada Wahab bin Abdullah ra katanya: Rasulullah saw bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar". (Riwayat Bukhari)
- Jangan sekali-kali mencaci makanan kerana ia adalah nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. "Daripada Abu Hurairah ra katanya: Rasulullah saw tidak pernah mencaci makanan, jika suka beliau makan dan jika tidak suka beliau tinggalkan". (Riwayat Bukhari & Muslim)
- Jangan memperkecil-kecilkan makanan yang sedikit dan jangan pula cepat-cepat membuang sisa makanan sebaik sahaja selesai makan kerana tidak boleh samakan sisa makanan dengan sampah sarap. "Daripada Jabir ra bahawa Rasulullah saw menyuruh supaya menjilat jari-jari dan pinggan, seraya beliau bersabda: "Kamu tidak tahu di bahagian mana keberkatan makanan tersebut". (Riwayat Muslim)
- Jangan makan terlalu banyak dan berlebihan kerana perut yang membusung menghilangkan kecerdasan dan menyebabkan pelbagai penyakit. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan makan dan minumlah kamu, jangan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan". (al-A'raf:31)
- Jangan bermegah-megah dengan makanan yang bermacam-macam, atau berbangga-bangga dengan bagusnya/mahalnya kerana yang demikian akan menyakiti hati si fakir, atau menyerupai orang kafir yang hanya mencari kelazatan dunia. Allah swt berfirman: "Dan orang-orang kafir bersenang-senang dan makan sebagaimana binatang ternak makan, dan nerakalah tempat (kembali) bagi mereka". (Muhammad:12) "Daripada Amrin bin Syu'aib, daripada ayahnya, dan daripada datuknya, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Makan dan minumlah, berpakaian dan bersedekahlah dengan cara yang tidak berlebih-lebihan dan bukan pula kerana kebanggaan". (Riwayat Ahmad & Abu Daud)
- Percakapan ketika makan biarlah tentang hal-hal yang berfaedah seperti hikayat orang-orang Soleh, menyuruh berbuat baik dan sebagainya.
- Jangan ketawa terbahak-bahak ketika makan, jangan pula memperolok-olok seseorang atau mengumpatnya atau merenung wajah orang-orang yang hadir(yang sama-sama makan) di majlis itu.
- Sebaik sahaja selesai makan, jangan terus tidur, mandi atau bangun untuk mulai bekerja tetapi beristirehatlah untuk beberapa ketika.
- Jangan guna pinggan yang dibuat daripada emas/perak kerana ia adalah haram digunakan.
- Jangan mula menyuap makanan jika dimajlis itu masih ada orang yang lehih tua, lebih berilmu dan lebih dihormati. "Daripada Huzaifah ra katanya: Jika kami ikut bersama Rasulullah saw (dimajlis makan), kami tidak menjamah makanan sebelum beliau menjamahnya lebih dahulu". (Riwayat Muslim)
- Jangan makan seorang diri(terpencil) jika masih boleh makan secara bersama-sama (berkumpulan) kerana ia lebih berkat, memupuk rasa saling mencintai dan bersatu hati. "Daripada Jabir ra katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang, makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk dimakan oleh lapan orang". (Riwayat Muslim) "Dan, daripada Wahsyi bin Harb ra bahawa para sahabat Rasulullah saw bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak sampai kenyang". Nabi berkata: "Barangkali kamu bercerai-berai?" Mereka menjawab "Ya, benar". Nabi berkata: "Berhimpunlah kamu pada makanan kamu dan sebutlah nama Allah, nescaya kamu diberi berkat padanya". (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)
- Selepas makan hendaklah memuji dan bersyukur kepada Allah swt yakni membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah saw menerusi hadis: "Daripada Abu Sa'id ra bahawa Rasulullah saw apabila selesai makan, beliau membaca: (yang ertinya) "Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami orang-orang Islam". (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Bersamalah kita mengambil berat dalam adab-adab Islam supaya gerak geri, kebiasaan dan pergaulan yang mulia menjadi tabiat yang mendarah daging dalam pembentukan peribadi setiap dari kita.
Labels: doa, ilmu, pesanan buat anakku
23.5.08
Hari Jumaat yang mulia
Hari ini hari Jumaat di mana pagi-pagi lagi tadi saya telah bergegas ke stesen keretapi untuk menjemput anak sulung saya yang pulang bercuti selama 2 minggu dari sesi persekolahannya di Kedah. Ada satu tulisan yang saya baca baru-baru ini yang membuat hati saya tertarik untuk menulisnya di blog ini dan ia khusus ditujukan buat anakku ini.
Anakku Amir...
ah sunat ini dipelihara baik-baik. Dan hendaklah menyegerakan pergi ke masjid awal-awal lagi. Jangan melengah-lengahkan diri untuk pergi menunaikan solat Jumaat kerana solat itu adalah wajib ke atasmu. Di waktu Imam berkhutbah, hendaklah memasang telinga baik-baik untuk mendengar segala yang disampaikan oleh Imam yang berupa tunjuk-ajar dan nasihat. Kemudian hendaklah menurut apa yang dikatakan di dalam khutbah itu. Anggaplah dirimu itu sebagai orang yang ditujukan segala nasihat itu.
Labels: pesanan buat anakku
15.4.08
Pesanan buat anakku Amir
Anakku …
1. Apabila mendengar azan, bangunlah segera dan Solat.
2. Amalkanlah Zikrullah dan selalulah membaca Al-Quran.
3. Amalkanlah Solat Hajat selepas Solat Isyak dan jika dapat, bangunlah untuk Solat Tahajud sepertimana yang abang lakukan sewaktu akan menghadapi PMR dulu.
3. Berusahalah untuk terus belajar bahasa Arab. Kan bahasa Arab tu, bahasa Al-Quran dan bahasa di Syurga..
4. Jangan banyak bertengkar kerana ia tidak baik untuk diri abang. Jangan berdendam dengan sesiapa. Mari kita kenangkan kebaikan orang dan cuba lupakan keburukannya. Kena ingat kita juga ada kelemahan, bukan sempurna.
5. Jangan banyak ketawa, ia boleh menyusahkan diri abang dan membawa keburukan. Banyak ketawa boleh mematikan jiwa.
6. Jangan bergurau berlebihan dengan kawan2 abang.
7. Jangan bercakap terlalu kuat hingga mengganggu orang lain.
8. Jangan mengumpat di belakang kawan.
9. Berkenalanlah dengan ramai orang kerana ia boleh menggerakkan asas dakwah dan merapatkan ukhwah. (jangan berkawan dalam satu kumpulan kecil sahaja)
10. Kewajipan lebih banyak daripada masa. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik2nya.
Akhir sekali....'Happy Birthday' (18/4/08)..Dah 17thn umur abang.. dah dewasa anak mama.. jadi mama doakan abang insyaAllah
~ berjaya dalam SPM tak lama lagi
~ menjadi insan yang Soleh
~ dan berbudi pekerti yang mulia...
mama 15/4/08
Labels: pesanan buat anakku